Monday, November 28, 2016

IDEA...(Advocacy)

(Sambungan dari cerita 1 dan cerita 2)

Owh kata dah tak ada cerita pasal lelaki yang beristerikan perempuan sakit mental. tapi ini sibuk nak bersambung-sambung pula ini, apa? Memang tak ada cerita, sebab cerita sikit lebih kurang sama jak.... Isteri jadi ganas, marah-marah, mengganggu jiran dan macam-macamlah tu,kan. Nak tanyapun tak payahlah. Yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya. Pendek cerita waktu itu memang kepala hotak pesakit dah kelam-kabut dan kebanyakan pesakit akan menyakiti "caregiver". Memang perlu banyak sabar.

Kalau tanya ustaz Kazim, apa jawab ustaz. Suami kawen lain le. Bini nak jadi apa? Pendapat peribadi saya, kalau tak tahan, baik ceraikan sahaja dari berpoligami. Apa ekspektasi saya? tak tahulah,kan. Kalau suami kamu ustaz, especially ustaz yang punya ramai admirer, kamu jatuh gila, tentulah ramai peminat-peminat suami kamu, tak sabar mau ambil alih tugas kamu menjaga suamimu. Bagaimana pula dengan kamu, maukah kamu dijagai oleh madu kamu? Adakah dia sanggup jaga kamu? Kamu gone case already.

Tanya Pope. Mana ada poligami dalam agama Pope! Bini mental, kalau sanggup jaga, means kau meng"Ghandi"lah,kan. Me"Mother Theresa"lah kan nafsumu itu ya!. Ber "celibacy" Saya tidak pasti apa pandangan Islam tentang pilihan ini. Mungkin sama taraf dengan murtad, berdosa besar kerana menyangahi firman tuhan "Nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan" Ni kena tanya Ustaz Kazim. Saya pasti, katalah kamu belum dikurnai zuriat, mesti Ustaz Kazim kata "kawenla lagi kamukan lelaki hebat, marilah kuatkan ummat islam dengan meramaikan umat yang sebagus macam kamu. Rugi bila orang-orang hebat tak turunkan zuriat kepada ummat!"

Ok enuf ustaz Kazim, yang sangat annoying, itukan. Mari berbalik pasal lelaki beristeri MENTAL. Ha ini, adalah sedikit nak cerita sikit pasal lelaki yang sanggup jaga isterinya yang sakit. He is a church-goerlah. Devoted one. Good-looking senior citizen, muda-muda dulu mesti ada rope-rope artis Korea tuh. Soft spoken, umur mangkali dah pencen dah tu. Tak berani nak tanya lebih-lebih. Bagusnya saya panggil Abang lah ya. Abang ini, masa urusetia minta "apa kau(caregive) mahu atau harapkan kerajaan, atau diri sendiri, persatuan boleh buat untuk usaha Advocacy?"

Hah apa dia mau? Dia cakap yang ada dalam MMHA ini orang tua-tua belaka, dan kita pun dah sedia maklum sakit ini seawal belasan tahun pun dah ada budak sakit, jadi kalau yang sakit itu orang muda, orang tua nak jaga hai cubalah bayangkan. Dia mau lebih ramai orang muda menerajui persatuan ini. Dia juga bercakap pasal buletin kitaorang yang hehhehehe.... dah orang tua yang duduk situ, rope orang tualah buletinnya iya idok? Gitew...kalau minat nak tengok rope eh, bolehlah klik sini. Ini issue yang paling cantiklah dalam 2016 tuh sebab dalam ada selebriti Sanchita Islam.

Macam-macamlah idea dia yang saya pendekkan sebagai "Rebranding the outlook of MMHA" Kau bayangkanlah dalam keadaan dia yang sudah berumur, isteri yang begitu,kan, dia boleh dicampakkan tuhan dengan idea yang sebegitu bernas dan baik. Well itu baru idea. I'm looking forward pada sessi pertemuan akan datang untuk kembangkan lagi idea Abang ini tadi.

oklah itu sajalah cerita pasal lelaki beristeri MENTAL. Apa? mau saya bikin coverage lelaki beristeri MENTEL? Boleh baca dalam gossip-gossip ARTIS & VIPlah ramai tu rasanya mak Datin terlampau yang masih MENTEL-MENTEL tu. Atau boleh juga cari pemain "industri anak ikan" atau goggle "COUGER DATING"

Cuma di sini saya nak sikit layan suara-suara Jahat. ok jom layan

Katakanlah bertahun dulu PM berhenti jadi wakil rakyat dan jaga bini dia yang mengalami post-natal disorder....Siapakah Najib Tun Razak hari, ini? I wish boleh masuk dalam kereta cerita back to the future memandu pulang ke masa lampau, dan bawa cerita-cerita bahawa mental illness/disorder are treatable. Saya akan bercerita pasal Sanchita Islam, Selena Gomez, Catherine Zeta Jones,  pada dia hiks. Tapi tuhan kata no such thing as back to the future dan takdirnya lelaki bernama Mohamad Najib Tun Razak itu pada tanggal 29.11.2016 adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling orang menyampah.

Namun, saya percaya Tuhan bagi beliaulah itu best PM for us. Kita aje rasa yang ada orang lain selain dia yang lebih layak menerajui Negara ini, buat masa ini. Saya susah mau percaya yang tuhan sudah tidak sayang sama kita lagi dan menghukum kita dengan memberikan kita seorang pemimpin yang sangat JAHAT. Bukan saya sorang aje kata dia oklah bolehla tu, sapa lagi yang kau nak sangat tu, kau rasa baik sangat tu? Ada orang lain pun rasa dialah terbaik untuk kita buat masa ini. Kenapa dia kata baik, jom baca... Makna bukan saya sorang ajelah rasa PM ok. Senang hati mak hehehehe...kalau salah bukan mak sorang yang salah, kalau masuk longkang ada kawan ek krik krik krik



Sunday, November 27, 2016

DOSA PENULIS?

SENI UNTUK SENI  vs SENI UNTUK MASYARAKAT

Soklan-soklan-soklan, eh makcik. Saya ada satu soklan….
Saya ini penulis puisi cinta, saya kacak, berkedudukan dan masih single. Abeh kalau katalah tak lama lagi saya kawen, ada peminat saya bunuh diri, jadi gila, macam mana eh? Adakah saya berdosa?

Itu gimik jer tu hehehhe….jawabnya di bawah nanti.

Saya menulis sebagai terapi dan saya tidaklah orang kata apa eh… macam ada goal ke hapa ka,kan. Saya sedar tulisan saya tak Dewan Bahasa & Pustaka compliance. Saya bukan penulis. Saya cuma pembaca, peminat sastera sahaja.Dulu masa saya sakit, memang iyalahkan orang sakit, mana boleh banyak bergerak sangat. Jadi saya habiskan masa membaca buku-buku sastera ni. Baca blog orang. Zaman itulah zaman blog tengah power. Blog dengan pengiat sastera macam aur dengan tebing. Hari ini mereka lebih kepada FB. Tweeter dan insta, dan entah apa lagi,lahkan yang saya tak tau.

Saya slow baca sastera ini bukanlah bermakna saya dah tak hobi lagi sastera, cuma bila saya mula belajar semula saya tak ada masa nak baca karya kreatif. Bila saya sudah semakin pulih, saya took swimming, hah lagilah kurang masa, itu,kan.  Saya rasa aktiviti ini lagi best dari baca karya sastera. Bila saya sudah semakin pulih, saya masuk advocate Mental, hah lagilah masa saya dengan sastera makin kurang-kurang-kurang-kurang, dan hanya follow sikit-sikit dalam FB. Isu deme tetap macam dulu, adakah aku berdosa? Iya seperti yang saya pernah ulas dulu apa orang kata polemic??? Seni untuk seni  Vs Seni Untuk masyarakat. Saya memang tak pro mana-mana. Adakah penulis patut dipertanggungjawabkan atas setiap kesan, impak dia pada peminat? Pada Masyarakat?

Biasa yang rasa bersalah ini adalah penulis frinjan, penulis persendirian. Penulis yang menulis untuk ITBNM dan Dewan sastera, mereka dah ada standard yang ditetapkan. Kiranya kalau karya kau terterbit di sana memang kau dapat pahala berganda-ganda, tak de dosalah. Badan-badan ini dah tapis semua. Halalan Toiiyiiibaaa.

Kita cakap pasal yang tak bertapis, tak ada sijil Halalan Toiiyiiibaa ini. Rasa bengangla mamat sorang ini,kan. Ada orang dah murtad,ka baca karya dia? Ada orang dah commit zinaka? blab la bla…. Over thingkinglah pula dia, ya. Ginilah adik. Kalau kau menulis karya sastera. Sastera ini sudah tinggi. Orang-orang tinggi sahaja baca karya kau itu, jadi tak timbul, mereka jadi gila, murtad, berzina sebab benda yang engkau tulis hokey…

Abeh apa yang melalak-lalak marah yang penulis akan dipertanggungjawabkan itu? Ntahlah,kan. Sapa yang melalak tu? Mungkinla pembaca yang overgenius, yang anak mereka baru tumbuh gigi, tak mahir berfikir, sudah pandai baca kitab itu,lah tu.Risaulah tu benda-benda ini akan merosakkan anak-anak mereka.

Berbalik kepada soklan pada mula tulisan tadi. Adakah dia berdosa? Macam saya kata tadi, sastera ini untuk orang yang tinggi. Mustahil ada dalam kalangan orang tinggi turn psiko ka kerna cinta? Kalau tengok cerita drama Melayu petang-petang itu,kan. Yang jatuh gila sebab berebut hero-heroen semua anak datuk-datuk, professional belaka….dan saya percaya pada karya Ibnu Jauziah dengan judul Cinta dan Rindu mengikut Al-Quran & Sunnah bahawa MENTEL yang tak disalur/dilayan dengan betul boleh mengakibatkan ke MENTALAN/turn psiko. Orang tinggi-tinggi cuma ada cita dan kalis cinta ka?

Let say dia tak kalis cinta? Dia turn psiko, dia bunuh diri, gara-gara tulisan penulis puisi cinta yang "berhantu" itu, ada penulis berdosa?

Cuba kita lihat at the bright side of it (saja2 nak nyedapkan hati penulis jak ni seeloknya tanyala USTAZ, iya idok). Bila dah psiko, sembahyang, puasa semua-semua dah tak wajib dah. Bunuh diri dalam keadaan psaiko tak de hukum derrr. Hrmmm, patut dia berterima kasihlah pada penulis tadi,kan kepsikoan dia bikin dia dah terlepas dari pemerhatian malaikat Rakib dan Atid, dah. Hehehehe….

Ini  saya punya personal opinion hokeyyyy! Di ulang lagi sekali ini opinion ala-ala terapi minda dan nak nyedapkan hati sendiri. Janganla ada yang marah-marah, ya.

Apa Cerita 2...

Ini sambungan dari cerita yang dulu....

Kata nak tulis pasal lelaki yang jaga isteri mental. Tak jadilah, sebab rasa memang tak sempat dah nak sembang hal peribadi lepas ni. Terus dah hada kije dah kita ni. Hah itulah deme, orang bukan Islam ni. Cepat jer, memang tak de kupi-kupi,lah.

Apa kerjanya ek. Advocacy,lah apa lagi,kan. Kami kalau boleh mau distigmatized kan sakit mental ini. Hajatnya biarlah orang tau sakit ini, macam sakit biasa juga. Macam sakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantunglah.

Advocacy memang perlu sebab pada September 2016 statistic kejadian ini sangat tinggi, iaitu pada tahap 29% dari penduduk negara ini. Pada angka ini, impaknya pada Negara adalah besar. Jadi memang kami ada banyak kerja mau dibikin ni. Tak de masa nak mengarut nak mengenang ape cer ape cer, ape cer.

Tambah kalut lagi kami ini bukanlah golongan yang mendapat keutamaan dalam bajet Negara. Jadi kenalah berusaha keras untuk ini. Ramai percaya kerajaan kena buat sesuatu. Tapi cuba kau bayang, PM kita itu bagai mana orang nya? Sibuk dengan PERMATA. Bekas isteri tua dia sakit gila meroyanpun dia boleh tinggalkan dan kawen PERMATA lain, apa kau fikir dia kisah pasal mental-mental ini? Kita pun faham kalau dia berenti kerja jaga bini sakit, kita taklah punya Perdana Menteri Terhebat alaf ini,kan. Otaknya bergeliga. Kita taklah punya PERMATA umur belasanpun dah mampu buat konsert keluar Negara sana sini. Orang keluar bon 10, 15 tahun, 1MDB keluar 35 tahun. Punyalah hebat tuh...hehehe. Kita tengoklah nanti apa lagi kehebatan yang dia bakal cipta untuk kita semua. Pengeskpot utama Elektrik (dari Nuklear) utama Asia? hehehhe.

Bolehla doa minta sama tuhan orang tua tu sedar akan kesilapan lalu dan mau tebus kesalahan,kan manalah tau makbul doa kita ini. Manalah tahu aleh-aleh ada anak-anak MENTAL kita bertukar PERMATA, atau macam Salina Gomez,tu, aleh-aleh ada retis kita bikin statement dalam surat khabar"I mental u". Buat konsert luar Negara tarik juta-juta peminat, tapi sakit MENTAL, Hah baru, itu,kan PERMATA, bulat bijik mata kau menengoknya,kan.

Apa pun sementara menunggu doa dimakbul ada baiknya bergerak dengan apa yang ada dari mereceh tak puas hati dengan establishment,kan.



Thursday, November 24, 2016

DOA KITA

Saya senyum sendiri bila baca doa kengkawan yang bebujang minta jodoh di FB.... dulu selalu juga terbaca, tapi tak ambil port. Tapi entah apa barakahnya hari Jumaat ini, doa minta jodoh kawan FB ini melekat di hati dan bikin kepala saya berfikir.... sebelum saya tulis fikiran saya, marilah kita sama-sama baca doanya:-

  Ya Allah,
   tidak ku pinta pemilik tulang rusukku yang sempurna.
   tidak ku harap yang hartawan dan berkedudukan
   cuma aku inginkan insan yang boleh membimbingku ke jalan mu Ya Allah, yang faham kerenah, ikhlas dan jujur...


itu dia punya pinta.

Saya punya

Saya minta yang macam artis KOREA, bangun pagi sudah menyanyi-nyanyikan saya, lagu-lagu pop ceria, Saya juga minta yang banyak duit, berpangkat dan berkedudukan supaya bila saya minta dia belanja-belanja tolong orang susah, tolong orang kampung, bagi makan jemaah masjid, bla bla bla dia rasa tak terbeban. Supaya dengan kedudukannya mudah dia menolong orang kampung dan mereka yang dalam kesusahan. Dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat agama dan bangsa.

Ustazah saya kata kita boleh minta apa saja sama tuhan. Kalau boleh minta yang sempurna, kenapa mau yang tak sempurna,yang tak kuat, yang tak boleh walk the talk, hanya boleh bergebang-gebang di kedai kopi sahaja? Kita meminta, sama ada tuhan kabul atau tidak itu bukan kerja kita untuk tentukan.

Akceli, saya rasa, dia tak perlu faham saya pun. dia tak perlu ikhlas, pun. Cukuplah dia boleh kasi saya makan dan menyanyi-nyanyikan saya selalu-selalu hehehehe.... proses faham-memahami-selam-menyelam tak usahlah nak dibikin, Apa, kita ni semua ada six sense tahap wali, ahli sufi,ka? Ikhlas hanya milik tuhan. Saya dengan ibu sayapun kadang tak ikhlas, pun. Saya buat apa disuruh sebab nak suruh dia berhenti membebel jeerrrr... biasalah tu tipikal Malay Mom. Perfectionista. hehehe.

You don't have to understand me,
all you need to do is to make me happy.
and I am not the type of person which is hard to please....

cuma, cuma....

maybe it is very hard for many of you to sing for your women selalu-selalu. Tak semua orang punya suara yang merdu. Kalau merdu,pun korang ada masalah malu untuk menyanyi di hadapan pujaan hati,kan....hehehhe

Monday, November 14, 2016

Memang Kaki Gaduh, so what?


I dalam group ni memang samseng, dari dulu. I was their representative. Mereka lantik saya sebulat suara selepas adalah benda tak sedap berlaku. No bukan antara sesama kami, tapi antara kami dan pensyarah kami.

Ya saya punya masa silam yang sangat brutel. Pensyarah pun saya nyahkan kalau dah semua student dalam kelas termasuklah student batch senior-senior yang terdahulu "tak ble tahan" dengan dia..he hehehe...Sapa tak kenal pensyarah yang asyik kena tendang dengan student tu dan sapa pula yang tak pernah kena buli dengan saya masa presentation kalau tak prepare betul-betul. Tapi itu,kan saya hanya membuli budak-budak lelaki yang datang dari sekolah yang lebih best dari saya. Apalah sekolah yang lagi best dari Sains Muar itu ya? Alah, MCKK dan RMC leeerrr. Manalah ada lagi sekolah yang lagi best dari Sekolah Sains,kan. Alam Shah? Maksud saya dalam kelas saya itu budak lelaki yang lagi teror dari saya ialah dari MCKK dan RMC jer. Afterward derang nak bikin cerita "dia tu saja buli saya sebab dia nak date dengan saya, saya rejek dia" ada saya kisah?

That's explain why they have female as their representative. This particular female really dominant & kerek, kahau  hehehe..ala-ala Donald Trump giteww. Back to our argument, the verdict, yeah girls win. Boys, you guys "shut-up, please". Once an for all tolonglah dengar cakap kami ya. 

Apa pun jom tengok pergaduhan kami ini, sebagai bukti saya ini belum lagi mengalami apa-apa relaps dengan berhalusinasi kununnya ada kawan, tapi sebenar tak ada sapa mau kawan dengan saya,pun.





Kesimpulannya, kalau kau ada perasaan takut terhadap selain Allah, pleaselah check your IMAN. I bukan nak gaduh dengan sesiapa, atau nak berdakwah ka hapa ka. I faham you all punya susah. Dan tolong juga faham-memahafi sesama kita. Dajjal-dajjal ni tak bawa apa-apa faedah, melainkan akhirnya nanti kita mengesyaki sesama kita ini ajen dajjal datang menggoda. Kita kafir-mengkafir sesama sendiri. Semua benda jadi tidak tenang.

Itu pasal Nabi masa sahabat tau ada seorang sahabat yang memang busuk hatinya, pepat di luar, dalamnya runcing terhadap Islam dan menasihati agar baginda menyahkan orang tersebut, respond Nabi ialah "aku tidak mau kelihatan seperti membunuh saudaraku sendiri" Ini cerita Allahyarham Ayah Saya. Saya tak taulah hadis dari sapa, apa sanadnya...saya cuma tau cerita ini dari Ayah(paklong) saya.

Paklong cukup "pantang" kalau kami merenyeh-renyeh cakap ex-school mate, alumni university dah gitu-gini-begini-begitu...ie dah tersendat makan dedak sehingga sanggup jual agama dan maruah bangsa demi mengejar pangkat dan kedudukan. Kau merenyehlah, pasti kau tersentap dengan cerita pendek itu tadi. Nabi, pun tak buang kawan, walau zaman nabi dulu dikeliling individu yang kasyafnya memang 100% tajam & telus, tembus.

Sunday, November 13, 2016

Apa Cerita?

Semalam adalah part-II dari kursus caregive yang saya jalani di Malaysian Mental Health Association (MMHA). Masa Part-I hari tu Penceramahnya Dr Ang dia jadi attached dengan MMHA sebab adik dan juga anaknya mengalami masalah mental. Mdm Mala pula anak perempuannya mengalami Schizophrenia. Part-II punyalah saya terperanjat kerana Encik Mohan yang merupa paramadik di Hospital ntah mana tah mempunyai isteri yang mengalami masalah mental.

Part-II ni best sikit mau cerita sebab kami diberikan “case-study” dan ianya dilakukan secara berkumpulan. Yang saya mau share di sini, ialah kali ini kami ada 3 orang perserta muda belia yang dengan sesuci-hati mengambil insiatif untuk belajar cara-cara untuk menjaga keluarga yang mengalami masalah ini. 2 dari mereka mempunyai ibu yang mengalami masalah mental, dan seorang darinya  menemani sepupunya dengan setia.

Sungguh mengejutkan sekali ibu mereka disahkan mengidap masalah ini pada umur seperti saya. Ya Allah betapa saya bersyukur sebab saya mengetahui masalah ini pada seawal usia belasan tahun. Dulu saya selalu menyalahkan diri sendiri kerana masalah ini. Saya fikir kalau saya ikut cakap ibu, tidak pergi temuduga JPA, pasti saya tak dapat tawaran JPA dan saya masuk matrik UM. Bila masuk UM pasti jiwa saya tidak kacau. Saya tamat belajar dengan cemerlang dan bertemu jodoh dan bahagia, blab la blabla.

 Mengenali 3 gadis manis tadi, menyedarkan saya kalau penyakit tu dah ada dalam badan, tak konflik-ibu-anak yang  bikin saya tergedang dalam alam halusinasi, lambat-laun kalau tak konflik-suami-isteri, konflik-ibu-anak pasti akan menghantar saya ke alam itu juga. Mujurlah pada usia begini saya sudah selesaikan banyak isu jiwa kacau dalam diri, tapi andai kata jika saya ada terkacau jiwa orang lain maafkanlah saya, saya tak bermaksud untuk buat begitu.

Apa sebenarnya masalah orang yang punya penyakit seperti saya ini ya? Dia sakit mental ini banyak jenis, yang lain saya tak berapa pandai. Yang saya pandai sakit saya ajelah. Tapi symptom dia tu kadang lebih kurang sama aje. Bertindak ganas,  mengasingkan diri, mencederakan diri sendiri, tidak mampu menguruskan diri sendiri. Ada juga yang bertindak membunuh diri sendiri, atau membunuh sapa-sapalah yang tak bernasib baik itu,kan.

Apapun sakitnya, sebenarnya pesakit bertindak tidak seperti manusia normal adalah kerana apa ek alamak nota lupa bawalah pula. Pesakit cuba menyesuaikan diri, bertidak balas, membela dirinya sendiri dari ancaman, rasa insecured yang hadir disebabkan oleh penyakitnya. Sedangkan ancaman itu tentulah palsu, mainan fikiran kacau yang dialami pesakit.

Macam si dara yang datang bersama sepupunya menceritakan, ibunya mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia. Tapi bila ibu dan ayahnya bercerai, ibunya jadi maniac. Dia mengesyaki orang luar terutama orang gajinya "possessed by demon" yang mau mengancam keselamatan keluarganya. Ibunya bertindak ganas terhadap ayah mereka kerana dia mendakwa ayah mereka sudah bertukar menjadi orang lain. Bila dihantar ke hospital, pakar mengesyaki yang ibu si Dara berkemungkinan sudah mengalami penyakit ini semenjak si ibu melahirkan adiknya yang bongsu. Sekarang adiknya sudah berumur 17 tahun. Baru kini, 2016 ibu disahkan mengidap sakit mental. Saya tanya “berapalah umur ibumu, dear?” Dia menjawab “43”. Rasa jantung saya mau putus. 43? Umur saya tu. Pergh.

Mungkinlah selama 17 tahun si Ayah mungkin sudah rasa resah dengan perangai isterinya yang pelik. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan isterinya. “now her aspiration has shatter” Tutur si Dara sedih. Kami cuma boleh rasa simpati dan berdoa, ibunya boleh move-on with life dengan sisa-sisa kasih dari anak-anak dan saudara yang masih boleh bertahan dan menerima dia seadanya.

Lelaki jahat? Saya kata tidak sebab peserta-peserta yang menghadiri kursus ini “is a living proof” that ada lelaki yang sanggup bertahan dengan diri isterinya yang malang. Kami juga ada peserta yang sanggup menghabiskan masa mendengar ceramah demi isteri tercinta. Dalam kelompok kecil itu, kalau dalam ilmu statistic kita katalah sampellah kan. Sempel dari 20 orang  4 orang kes isteri mental, 3 dari mereka tidak bertindak meninggalkan isteri. Saya kira jika ayah si Dara tahu awal yang isterinya bersikap pelik kerana penyakitnya, bukan suka-suka buat perangai, pasti keadaan akan jadi lebih baik. Ouwh ada lagi satu kes. Ayah masih takut ibu… ayah tak percaya ubat moden. Ayah marah anak hantar ibu ke hospital. 2 minggu dari sekarang saya akan bertemu dengan anaknya. Kami akan sembang lagi…

Cerita pasal 3 lelaki penyabar itu? Kita sambung lain kali. Sebab saya kena dapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. Alah, kalau budak kolej baru nak naik, cakap bahasa Melayu pun tak pandai beranilah aku cerita. Hehehehe…..lagi pun budak muda zaman IT deme tak sensitive sangat pasal blog-blog ini. Konfiden aje mak. Mak ada sebut nama tak? Tak ada,kan.

Oh kesimpulan, kesimpulan dari 20 sampel 4 isteri mental, 3 setia, 1 saja yang cabut. Kita bolehla simpulkan yang lelaki Malaysia ini memang lelaki terbaik,lah, cuma saya sahajalah mungkin belum jumpa lagi lelaki yang sanggup menjaga saya lagi itu. Insyaallah ada jodoh, bertemu jualah akhirnya nanti.

Thursday, November 10, 2016

Meroyan Pun Tak Guna


Sebab yang meroyan itu bukan calang-calang orang, saya pun membuat pertanyaan kepada Encik Google “kenapa Trump jahat”

Wah banyaklah situs yang saya jumpai. Semua dalam bahasa Indonesia. Nak tau kenapa dia ini dikatakan akan membuat dunia huru-hara? Banyak sebabnya, kamu googlelah sendiri. Banyak sangat, sampai saya tak ingat. Yang saya ingat berkenaan dasar luarnya dan sikap peribadinya. Dia yang dikatakan suka mengejek-ejek dan merendah-rendahkan lawannya. Pendek kata sarkastikla. Tak gentleman. Orang Melaka kata dia ini kahau. Biadap.

Dengan semua kuasa besar dia nak gaduh, nak tunjuk dia campin. Tunjuk dia HERO besar. Dengan Arab yang kaya mau dirampasnya minyak Pak Arab, dengan Cina yang mempunyai pasaran terbesar dunia, mau dipajaknya dengan Negara Cina itu. Dengan kawan-kawan NATO dia nak tunjuk senjata sapa lagi power. Penghabisannya semua orang nak dilawan sebab nak tunjuk dia paling HERO. 

Untuk menguatkan hujjah yang si Trump ini bakal memusnahkan dunia, diambil ramalan Nostradamus yang dikata tak pernah silap itu. Nostradamus telah meramalkan yang tak lama lagi akan berlaku perang dunia ke 3. Kita tengokkan ajelah adakah ramalan ini akan benar-benar berlaku.

 Kalau betul kiamat memang baguspun apa? lagi sekali "look at the bright side of it" Kita orang Islam memang dah gerenti masuk syurga. Bukankah kita sepatutnya merindui untuk menemui pencipta kita Tuhan semesta Alam. Bila dapat bersua? Hanya setelah kiamat. So apa yang doomednya kalau kiamat? Kenyataan ini kedengaranya sangat bongkak sekali,kan. Memang sapa tak takut kiamat ooohhhh... debaran sama ada dapat jumpa tuhan atau terus "masak" dalam neraka,kan? Berdebarlah gitewww. hah!

Bertabah dan beristiqamah ajelah buat baik…berhablumminanas dan berhablumminallah. Jangan Minallah aje, sampai minannas terabai. Kalau dah ada anak bini, jaga mereka baik-baik. Yang masih single macam saya, masih ada sedara-mara-mak-ayah-sepupu-sepapat-jiran-rakan-taulan yang perlu kita santuni. Masih ada majikan yang perlu saya tunaikan tugasan harian saya, kerana apa? Saya perlu bertanggung jawab ke atas nyawa kurniaan tuhan ini.

Nyawa saya ni, tak minum air, tak makan seharian dah kebelai, tak tahan. Saya tak tahulah berapa lama tak makan tak minum, ia akan bertahan. Nak makan kena kerja dapat gaji, beli makanan dan minuman. Selain itu ia perlukan juga tempat perlindungan dari cuaca panas, sejuk, hujan dan segala macam musibah yang boleh mengancam nyawa kalau duduk-tidur baring beralaskan rumput, berbumbungkan langit. Itu semua maukan duit. Mau duit kena kerja,lahkan.  Gitu-gitulah kita dalam menghadap kiamat. Kalau kiamat besar tak berlaku, dah umur 40an, kiamat kecil tetap datang juga. Takkanlah kita manusia tak mati-mati,kan. Hah! Apa barang mau bising-bising kata doomed doomed doomed. Memang akan doomed pun kita, ni. Tak ke mana hidup ni, tak denya hidup menongkat langit, der.

Tips Sejahtera Minda

Belajar seni-bina sekerat jalan lepas tu dengan SPM dapat jadi kerani, sudah tentulah saya kena bekerja dengan orang yang IQnya jauh lebih rendah dari saya. Ada ok, ada kala tak ok. Ok kita cerita yang tak OK. Yang tak OK itu sampai dia kata saya ejen spy dia buat kerja. Saya ini staff Akautan Negara. Jadi dia rasa saya mengadu-domba dengan akauntan akan hal dia. Dia ada buat salah dengan Akauntan ka? Mana saya tau, saya jaga bajet jer. Saya tak ambil cakna pun bajet yang saya minta untuk dia dan diluluskan itu benar-benar diguna/dibelanjakan dengan sewajarnya. Saya ditukarkan buat kerja yang tak boleh saya membajet… Ya saya rasa malu jugalah bila sudah berkhidmat lebih 10 tahun saya kena buat kerja budak junior. Kutip duit, duduk kaunter bantu kawan kalau ramai orang datang bayar saman.

Tapi saya cakap dalam hati saya mau kerja. Kalau tak kerja sapa nak bagi makan. Cakap-cakap orang tak usahlah nak ambil cakna sangat. Tapi banyak yang ok dari tak ok. Contoh saya rasa seronok bantu kawan duduk di kaunter. Saya juga rasa tidak terbeban bila melakukan kerja yang tidak ada risiko fraud. Ya benar kutipan hasil pun ada terdedah dengan fraud. Tapi sebab system yang kami guna ok. Pematuhan kewangannya tahap 5 bintang, kerja pun senang.

Hubungan saya yang tegang satu ketika dulu dengan bos jadi baik semula, sehingga saya dapat naik pangkat pula. Alhamdulillah. Resipi kerja dengan orang yang IQnya rendah dari kita ialah selalu berbaik-baik dengannya dan jangan sesekali menyampah dengannya walau ada ketika solusi yang dia arahnya berbelit-belit-berputar-putar dan susah yang amat, dan kita ada solusi yang lebih ringkas, tapi dia ragui keberkesanannya. Bukan setakat dia rejek idea kita, dia pula kata idea kita bodoh, gila! Hehehe sabau ajelah.

Jangan sesekali rasa jengkel bila kita diperlaku seperti orang bodoh sebab rasa jengkel dan menyampah akan melantunkan rasa menyampah balik pada kita. Amalan yang saya lakukan ialah membaca ayat 200 surah Ali Imran. Boleh juga amal ayat 1-4 surah Yusof. Pagi-pagi masa memandu kereta saya amalkan penghulu istigfar. Saya ni cepat menjawab, cepat panas, melentinglah jua. Bangun pagi jangan lupa baca doa bangun tidur. Selalu amal baca Quran, solat tahajjud kalau terkejut nak terkencing tetengah malam.

Ada juga masa semua ayat dah tak jalan. Pernah juga kawan sekerja yang IQnya tersangatlah rendah jika mau banding dengan saya, rasa menyampah tahap gaban dengan saya. Solusi saya senang aje. Minta pindah tempat kerja. Selesai masalah.

Wah yang panjang lebar ni mukadimah aje ni…. Yang nak ceritanya sedikit secoit jak bawah ni.

Masalahnya sekarang yang ramai meroyan dengan Donald Trump yang duduknya beribu batu dari kita, tapi kita rasa insecure, saya pun tak tahulah. Risau tak dapat masuk Amerika? Risau saham berkepuk di Wallstreet, mereka reject suruh jual, balik KLSE ajelah ?

Ntahlah… Nasib baikla saya tak kaya. Kalau tak susah juga hati saya ini,kan. By the way berapa IQ Trump ya? Betul ka rendah? Bila bini dia fleshing a lot of flesh sampai kawan kata merecik, kenapa ramai yang meroyan… bimbang tentera tampal gambar separuh bogel wanita pertama? Apa semua tentera gatal macam itu ka? Semua lelaki merecik bila tengok gambar wanita pertama dunia ka? Tak faham. Apa masalahnya gambar separuh bogel itu, sedangkan gambar bogel terus dah melambak dalam internet.

Wednesday, November 9, 2016

Bebel Tak Habis

Kenapa anak kau suka ponteng sekolah, kau sibuk nak salahkan anak orang kampung lain?

Tuminah bukan nama sebenar merupakan anak bongsu kepada Haji Ahkhil yang merupakan orang kaya kampung. Haji Akhil anak tunggal, Dia dikahwenkan dengan Hajjah Humaira yang merupakan anak bongsu Guru Sekolah pondok kampung Binjai

Tuminah merupakan anak bongsu yang nakal juga masa sekolah dulu. Dia gemar berpeleseran di Pasar Malam dan masa umur 16 tahun dia sudah pandai berdating di Pantai Pasir Emas, tempat remaja-muda-mudi kilang pergi merendek. Adalah sangat keji kalau Anak orang baik-baik, kaya-raya-kampung pergi merendek sama macam budak-budak kilang.

Kawasan kejiranan kampung kami tak ada budak perempuan yang pandai merendek. Umur 17 mereka akan sibuk belajar menaip, bagi yang cemerlang akademik, atau bagi yang kurang, mereka akan menghabiskan masa sementara menunggu keputusan SPM keluar dengan belajar menjahit. Begitulah rutin remaja Kampung Binjai Sebatang yang luhur lagi murni itu. Macam mana kisah Tuminah tadi?

Orang kampung tak berani nak tegur. Tak tahu apa ceritanya umur berapa ntah Tuminah akhirnya berkahwin juga dengan jejaka idamannya dan dikurnia beberapa orang cahaya mata. Anak bongsu dia yang perempuan ikut perangai emaknya. Jika dulu emak suka berpeleseran di Pasar Malam, anaknya pula suka membuang masa di Shopping Complex dan pusat Bowling. Dia salahkan Asnida Lela anak kampung jiran kerana menyeret anaknya ke Pusat beli-belah sehingga dapat amaran cikgu kerana ponteng sekolah.

Anak lelakinya Hazami Asran pula dikenakan tindakan tatatertib sebab merokok di sekolah dan ponteng sekolah juga. Sekali lagi Tuminah menyalahkan anak orang kampung 2belah pula kerana mengajar anaknya merokok.

Itulah ceritanya. Kenapa ya? Anak orang saja yang jahat.

JAHATnya Saya

Bila Donald Trump menang, saya tahu kawan elit saya akan mula meroyan. Saya cepat matikan royanan dia. Iya saya memang jahat gila hehehe. Buli kawan sendiri. Ceh, saya memang menyampah dengan golongan elit terinaya semi-pupus yang selalu rasa semua orang berkonspirasi nak rosakkan keturunan dia.

Dia kata akan doomed. Apa yang doomednya tak tahulah saya. Penghabisan cerita, saya ketawa gelihati sebab rasa ntah-ntah Trump tak pernah tau pun akan kewujudan Negara yang bernama Malaysia ini. Ada juga ajakan beli saham banyak-banyak kalau betul doomed dan berlaku market crash sebagai pujukan untuk menyuruh kita "look at the bright side of it" selain dari meroyankan domed domed domed.

Iya saya memang jahat hehehehe...

Tuesday, November 8, 2016

Tak Mengharap pun

Biasa saya memang tak ambil port sangat sapa president Amerika, walau orang kata President Amerika itu president dunia, kita sebagai salah seorang manusia yang menghuni dunia ini kena ambil cakna pasal ini. Sapa yang jadi President boleh ada kesan ke atas kehidupan kita. Katanya.

Ntah sapa kita itu yang akan terkesan dengan siapa jadi President Amerika itu tak tahulah saya. Yang saya tahu kehidupan saya tak ada kena-mengena dengan mereka. Sapa pun jadi Tuan Rumah Putih itu, saya kena makan, cari makan untuk hidup. tak denya kalau si A menang, kehidupan saya akan berubah, saya tak perlu cari makan seperti sekarang. Sekelip mata jadi jutawan. Gitewww.

Tapi saya agak sukalah pada pemilihan kali ini sebab ada calon wanita bertanding. Saya harap dia menang. Saja suka-suka sokong sesama jantina. Itu aje. Tak harap pun dia akan Pro-Islam, tenyeh Zionist. Mengarut aje. Dah sekian ramai president lelaki perintah dunia, Zionist tetap buli Palestin juga, apalah kederat seorang wanita nak bela rakyat Palestin? Itu adalah satu harapan, espektasi yang akan bikin saya menjeruk rasa kalau keadaan tetap macam itu juga. Lagi sakit hati nanti kalau Zionist makin menggila membedil umat Palestin.

Saya saja sukalah tengok beza orang lelaki dengan orang pempuan mentadbir dunia. Mesti ada beza. Umum orang memang menyampah kalau dapat bos perempuan. Saya ok aje. Dah dia pempuan memang ada cerewet, emosional, bla bla bla...tapi okla bolehlah, nak hidup,kan. Lelaki dan perempuan ni sama saja. Kau kuli, kena ikut cara kuli,lah,kan. Jangan tunjuk kau lebih dari bos.

kita tunggu sapa yang akan jadi Pemimpin Dunia sikit masa lagi eh...

erk, pasal lawan dia? Yang lelaki itu. No komenlah. Memang bodoh tahap gabanlah lelaki tu. Bini dia nauzubillah bodoh piang macam siyal. Tak ke pelik kalau orang kalau sat lagi orang bodoh (baca IQ rendah) kalahkan orang cerdik (IQ tinggi)?  Akhir zaman tak ada apa yang mustahil. Tak takut ke orang bodoh perintah dunia? Apa nak takut, Allah,kan ada.

Sunday, November 6, 2016

KARMA AMMA

Until the lion learns how to write, every story will glorify the hunter  - African Proverb

Saya tidaklah mengharapkan miracle, destigmatised skala besar dengan kehadiran 2 buah buku ini. Cuma sebagai inspirasi pada diri sendiri saja untuk terus maju dalam hidup.
Stigma pasal mental ini memang teruk. Yang dah sakit tu memanglah sakit, yang menjaganya turut merasa. Dulu masa kecil-kecil nenek ngah saya ada jiran India yang saya panggil Amma. Amma ni masa saya ingat dia, dia dah janda. Amma pakai sari putih. Amma ini macam sami pun ada. Sangat taat agama.

Namun dua orang anak Amma sakit mental. India-india lain di kampung mengejek Amma “padan muka dia sebab tak pandai ajar anak. Anak dia jadi gila sebab makan daging lembu”

Ntah betul ntah tidak anak Amma jadi gila sebab makan lembu tak tahulah saya. Tapi itulah cerita Amma. Yang saya perasan Amma tak ada kawan India. Anak-anak Amma semua sekolah Inggeris. Tak sorang pun pergi sekolah Tamil. Ada yang berkahwin dengan lelaki Cina dan menukar agama. Amma kuat sembahyang tapi di mata masyarakat hindu kampung yang minority, Amma tak pandai jaga anak.

She must be very strong woman. I don’t talk much to her, I was so small, all I can remember is one of her daughters bring me to her friend's house for birthday party and she gave me an ice cream. There got jelly inside the ice cream. That was the best ice-cream that I ever had. Another thing is biskut lidah kucing. Not rainbow like, that we have today. It only consists of 2 colour, chocolate and milky. It is heart shape cookie with vanilla on a half side of it, and chocolate flavor at the other half. Aha! And, her shiny aluminum pot that she used to heat her milk.  

In the eyes of a kindergarten kid, Amma is an angle. God must love her a lot because she prays a lot. I only know about the lembu thing when I was older, after she has passed away for so many years. We never know about Amma’s side of the story, we only know Amma was curse by God because she allows her kids to eat lembu. Never mind the lembu thing…. What I want to say, despite of being curse by God because of Lembu business, Amma never stop praying until she took her last breath.