Mari lihat lebih jelas rupa Pelamin Bajau. Abang sado single pack tu kita abai ajelah eh. Rasanya tak mengganggu estetika pelamin itu,kan. |
Sunday, April 26, 2015
Pengantin Dwi Pelamin
Biasa kalau sebut Bajau saja, orang yang rajin membaca pasti "pap" dalam mindanya jeng...jeng..jeng Kota Belud! Tapi siapa sangka,kan saya amat bertuah dapat tengok pengantin Bajau di Kinarut yang jauhnya tak sampai pun 20 km dari Kota Kinabalu. Semalam saya menghadiri kenduri kawen anak mantan Ketua Bahagian Audit Dalam KPM Cawangan Sabah, Encik Anuar bin Tumang. ok seperti biasa makin dah berumur dah macam malas nak mereceh,kan...tengok gambar sahajalah apa beza, apa persamaan Majlis orang Semenanjung dengan orang Kampung Soka, Kinarut ini....
Thursday, April 23, 2015
Stalker.... (angst seorang ADAM)
Berdiri sorang
24.04.2015
Jalan Punat Tanah
bertelanjangan
kesejukan
memotret
bara angst
seperti tak pernah surut
tak pernah padam
seperti tak pernah surut
tak pernah padam
hati berbisik
aduh
terlalu dalam luka dia, barangkali
dan
air mata jatuh
satu
satu
,
,
,
,
,
tika hati sibuk
melihat, mengkoreksi diri
melihat, mengkoreksi diri
mencari cela dan aib
andai ada,
ah, perempuan
andai Adam sang pelindung
tak bisa betah dengan kelakuanmu
apatah DIA pentadbir seluruh alam
aku jua perempuan
andai ada,
ah, perempuan
andai Adam sang pelindung
tak bisa betah dengan kelakuanmu
apatah DIA pentadbir seluruh alam
aku jua perempuan
walau ku kira aku tidak
setolol dan serosak itu
setolol dan serosak itu
hati ku tetap luluh
kerna aku ini perempuan
bukan lelaki
lalu kubisik
kerna aku ini perempuan
bukan lelaki
lalu kubisik
kalimah suci ini
perlahan-lahan
Ya Rabb,
tenangkanlah kembali
rasa hati nan berkocakan ini
andai ada khilafku
perlahan-lahan
Ya Rabb,
tenangkanlah kembali
rasa hati nan berkocakan ini
andai ada khilafku
khilaf kaum sejenisku
lembutkanlah hati mereka
untuk berlapang dada seadanya....
lembutkanlah hati mereka
untuk berlapang dada seadanya....
24.04.2015
Jalan Punat Tanah
Tuesday, April 21, 2015
Bahasa Badan
Biasa orang/kawan (especially mak saya) tanya sana ok? Saya kata ok. Tadi saya pergi ambil Baucar Buku 1Malaysia. Hari ini adalah hari terakhir. Yang teruknya saya tak bawa Kad Pengenalan. Kad Pengenalan saya bersama slip kebenaran menduduki peperiksaan. Dalam beg lain.
Bayangkan dah dua hari saya pergi balik kerja tanpa kad pengenalan. Ini bukan pertama kali saya buat kerja bodoh ini. Sejak belajar macam itulah saya lepas periksa kalau tak mau diguna kad pengenalan, berlama-lamaanlah kad itu bersandingan dengan slip tersebut.
Saya keluarkan lesen memandu. Pass ok, tak banyak cekadak, cuma achik tu komplen tulisan kocik sangat. Saya keluarkan kad kuasa saya. Bosar sikit tulisan no kad pengenalan. Wah sangat impress betul mereka dengan kad kuasa saya. Lalu bertanyalah salah seorang dari mereka macam mana kerja sini, ok tak. Saya kata okkkkk dengan nada suara dan sinar mata yang ceria. Mendung sikit wajahnya, mencerut mukanya dan menyambung tanya, "sana tak ok ka?" Saya berterus terang..."kurang siok, politiking" sambil mengherot-perotkan muka sendiri. Wahamlah dia dengan memek muka saya, cerah kembali wajahnya sambil berkata "Putrajaya Darul PKR". Semua yang ada tergelak sama.
Bayangkan dah dua hari saya pergi balik kerja tanpa kad pengenalan. Ini bukan pertama kali saya buat kerja bodoh ini. Sejak belajar macam itulah saya lepas periksa kalau tak mau diguna kad pengenalan, berlama-lamaanlah kad itu bersandingan dengan slip tersebut.
Saya keluarkan lesen memandu. Pass ok, tak banyak cekadak, cuma achik tu komplen tulisan kocik sangat. Saya keluarkan kad kuasa saya. Bosar sikit tulisan no kad pengenalan. Wah sangat impress betul mereka dengan kad kuasa saya. Lalu bertanyalah salah seorang dari mereka macam mana kerja sini, ok tak. Saya kata okkkkk dengan nada suara dan sinar mata yang ceria. Mendung sikit wajahnya, mencerut mukanya dan menyambung tanya, "sana tak ok ka?" Saya berterus terang..."kurang siok, politiking" sambil mengherot-perotkan muka sendiri. Wahamlah dia dengan memek muka saya, cerah kembali wajahnya sambil berkata "Putrajaya Darul PKR". Semua yang ada tergelak sama.
Tepat pada waktu, saya nak ke Pesta buka, tengok mana booth yang ada offer pertandingan dan cuba. |
Sunday, April 19, 2015
Agen Cari Jodoh
Agen cari jodoh ni memang dah lama kita dengar, tapi dulu dia tak online, renyah nak pergi agency dan sebagainya mungkin juga jadi ia kurang menarik. Dok saya pung-pang-pang pasal jodoh, tetiba geng yang itu-itu itulah dok advertisekan online dating di FB. Dia tak advertise kat saya, tapi kat kawan dia. Saya pula yang ambil kesempatan isi borang....
Tunggu punya tunggu, tak ada reply...alahai kenapa ya. dan dah lat dekat seminggu juga baru ada massage dalam in box saya. Tapi kena tunggu. Doa-doalah ye kali ini saya berjaya :-
Tunggu punya tunggu, tak ada reply...alahai kenapa ya. dan dah lat dekat seminggu juga baru ada massage dalam in box saya. Tapi kena tunggu. Doa-doalah ye kali ini saya berjaya :-
Akhirnya berjawab....doa dipermudahkan usaha murni ini |
Saturday, April 18, 2015
PLus Size, please
Jumaat lalu saya dan ofis mate ke satu shopping complex yang
baru dibuka, berhampiran dengan tempat kerja ini. Oklah bolehlah…sekadar nak
pergi makan-makan sekali-sekala, lepas tu selfie upload dalam sosial media memang
ohsem. Tapi selebihnya biasa-biasa aje. Kedai banyak juga yang masih belum di
buka.
Saya melilau juga tengok Top Girl ka, Ms Read, hmmm tak
ada. Apa Peace, tempat canggih macam tu apa barang mau ada Peacelah pulakan.
Satu perkara saya terlepas pandang bila bawa baju ke mari, ialah bila mau bikin
“physical check.” OMG, saya tak bawa pants. Ms Read memang tak ada di sini.
Seksa,kan. Nampaknya kena shopping onlinelah gitu.
Apapun tempatnya shopping ni cantik, tapi tidaklah akan saya kungjungi sangat. I wonder manalah kakak-kakak plus size yang saya tengok kat tempat makan ofis saya tu shopping eh.Musti kalau tak di luar Negara, mesti KL. Apa ko ingat perempuan sini tu semua saiz comel-comel ka? Kesianlah sikit orang plus-size ini,kan.
Apapun tempatnya shopping ni cantik, tapi tidaklah akan saya kungjungi sangat. I wonder manalah kakak-kakak plus size yang saya tengok kat tempat makan ofis saya tu shopping eh.Musti kalau tak di luar Negara, mesti KL. Apa ko ingat perempuan sini tu semua saiz comel-comel ka? Kesianlah sikit orang plus-size ini,kan.
Nak beli baju tak de saiz, makan ajelah kita nih….jemput
makan....apa gambar selfie. well kawan-kawan saya ini suci dari selfie. Did they feel Selfie is a sin. No, You gotta understand, it's nothing about heaven or hell, it's just us. By Law requirement, nature of the job pun...,kan. nantila saya analisa psycho secara berasingan. What I'm going to say here, if we don't do selfie, it doesn't mean that we hate those who did.
Some suka goreng pisang dengan cheese, saya lebih sukakannya dengan ice-cream. Rasa sejuk panas, pergh memang wallah... |
Bukankah menteri janji hari itu cukainya 6% aje? Yang 10% itu apa ya? Jika begitu, GST ini sama ajelah dengan SST,kan. |
p.s:- Kalau ada makcik Joyah yang komen "dari pada ko cari Ms Read apa kata ko kuruskan badan ko, barulah laku, ini dah berpuluh entri masih tak laku-laku."
Respond saya:- Kenapalah kita orang perempuan ini harus dimandulkan lelaki yang kurang keyakinan ini. Lelaki kalau betul lelaki apa rupa, apa saiz pun mereka tetap boleh menjalankan amanahnya tanpa ada sebarang rungutan dan masalah.
Respond saya:- Kenapalah kita orang perempuan ini harus dimandulkan lelaki yang kurang keyakinan ini. Lelaki kalau betul lelaki apa rupa, apa saiz pun mereka tetap boleh menjalankan amanahnya tanpa ada sebarang rungutan dan masalah.
Wednesday, April 15, 2015
MenJAJA CINTA atas talian
Bila kawan FB buka cerita lama zaman-zaman blog, chatroom, zaman-zaman
aktif cari jodoh tetiba teringat plak cerita lama. Saya adalah orang yang tak
berjaya. Tapi tidaklah saya punya surat cinta untuk dititipkan bersama. Ingat
memang nak tulis, tapi tak terkeluar. Cerita saya memang gila. Saya ini senang,
kalau saya berkenan saya terus terang. Dalam hidup ini, baru 2 kali, saya buat
kerja gila itu.
Pertama kali memang kena kutuk. Dia kata saya perempuan
gila, lepas tu dia terhegeh-hegeh plak kata nak kawan balik. Tapi masa tu saya
telah engage gila dengan satu mamat lain. Mamat ini okeh, awesome, cool tahap gaban, tapi kengkadang annoying juga. Mixture of awesome & annoying. “you
can talk almost about everything? anything? Pun tetiba ada perempuan meroyan
marah-marah.
Tapi tak apalah, saya kira itu pengorbanan kecil untuk masa
depan Negara. Saya bla macam itu aje ka? Tak juga, kira merayu-rayulah juga. “Jagalah
aku, jagalah aku…jaga perempuan meroyan buat pening kepala aje. Jaga, aku
senang, ko kena pastikan aku makan ubat, tiba masa bawa/ingatkan aku pergi hospital” Tapi dia
buat derk…iyalah,kan apa jadahnya ko nak
jaga orang biasa kalau ko ada tuan puteri dari keturunan mulia punya kerajaan besar in the making yang tergila-gilakan, ko,kan.
Nak patah balik pada kawan yang terhegeh-hegeh balik tu, no
tipun, no contact semua haku dah buang tepi dah. Waima emel pun dah buang. Satu
saya ini saya memang susah ingat emel orang. Kalau dah buang delete means dah
buanglah. Masuk balik chat…chat room tu plak dah bubar maaaaakkkk aiiiii.
Nangis-nangis-nagis. Kira dalam tangis frust menonggeng giler tu.. tak
ketahuan, saya pun sambung belajar, kut-kut ada dapat jodoh lain, hampeh.
Pensyarah pun rata-rata semua lebih muda dari saya. Kalau dah pensyarahnya taraf adik, student, coursematenya, taraf anak pun bule. Budak genius,kan 16 tahun dah masuk U. Saya 40, dia 16, tak ka anak, tu?
Sekarang ini saya dah nak habis Ijazah pertama dah ada lagi 3 trismester to go…harap-2016 boleh bergraduasi. Harap layak untuk dapat
sambung master. Mungkin di sana ada kawan-kawan, pensyarah sebaya yang seperti
saya ini, yang masih tercari-cari. Bolehlah saya buat kerja gila untuk kali ke
3 pula. Pun untuk kali ke 3 ni saya akan lebih hati-hati.
Dah nak menopause, masih gatal nak kawen? Apa ada hal kawen
dan menopause, orang kampung marhaen, kawen sebab nak berkawan, nak elak sunyi.
Lainlah orang bangsawan, aristocrat, royal-blue-blood, mereka kawen bukan
semata-mata nak elak sunyi, tapi jua jihad sex untuk beri zuriat keturunan
terbaik untuk Negara.
Tuesday, April 14, 2015
PENAT
Minggu ini saya mengalami keletihan emosi. Final exam, satu hal, lain hal lagi satu hal juga... Lepas exam saya rasa mau singgah KFC di bandar. Tapi ntahla sebab letih (fatigue) saya terus pulang. Saya singgah supermarket beli bahan mentah dan masak. Menteri CGPA 3.85 kata masak sendiri jimat dari makan luar. Saya ambil ayam, carrot, gula...alamak boleh habis stok suda, saya ambil gula kastor yang harganya RM2.60. Tengok bil jadi RM9.40. Mak aiii kalau macam ini aku singgah KFC tadi sikit lebih kurang saja..tak penat nak masak. Tidak mengapalah sekurang-kurangnya masak sendiri healthy la tu kunun...mehlah ke dapur tengok apalah yang healthy sangat tu?
Memang tak sedap jika mau dibandingkan dengan KFC, tapi dah penat punya pasalkan, jadilah macam ini sahaja rupanya. Yang penting kenyang dan boleh tidur lena.
Healthy amendenya kalau nak healthy masak sup terjun-terjun saja kata bos saya. Kalau dah tumis-tumis kuranglah darjah ke"healthy"annya |
Potong sayur cantik-cantik ek. Ukir sikit lobak merah tu. |
Dah masak boleh makanlah ni. Sebab malas nak tanak nasi, rendam dan celur beehoon jadi beehoon sup. |
Saturday, April 11, 2015
Acar Ikan Masin
Duduk di tempat orang ini saya dapat penyakit baru, dok tangkap gambar apa yang saya makan, lepas tu watsapp ke kampung... Mak susah hati anak dia kurus kering di tempat orang, so saya pos gambar ikan masin, terus dia tak risau nanti dia tak kenal anaknya sebab dah kurus. Ikan masin, telur masin, nasi putih sudah cukup bukan sahaja untuk mengekalkan berat badan, tapi kalau tak berhati-hati boleh jadi dipam-pam nanti berat kita nih...
Saya pos gambar acar ikan masin, mak itam saya tanya susah tak nak buat, jawabnya, tak susah, tapi pada saya eish renyah...ok kenapa renyah, mari tengok gambar untuk lebih senang nak faham. oh btw, resipi acar ini saya ambil di sini. Katanya resipi ini dari Allahyarham Noreen Noor penyanyi/pelakon popular zaman saya sekolah dulu... ok jom proceed dengan gambar:-
Saya pos gambar acar ikan masin, mak itam saya tanya susah tak nak buat, jawabnya, tak susah, tapi pada saya eish renyah...ok kenapa renyah, mari tengok gambar untuk lebih senang nak faham. oh btw, resipi acar ini saya ambil di sini. Katanya resipi ini dari Allahyarham Noreen Noor penyanyi/pelakon popular zaman saya sekolah dulu... ok jom proceed dengan gambar:-
Rupa ikan masinnya. Apa nama ikannya idaklah saya tau. Kawan yang bagi, dia pun tak tau apa nama ikan ini |
Gunting ni beli khas untuk projek ini. |
Isi ikan perlu diasing dari tulangnya. Tinggallah tulang. Tulang ini sedap dicampur dalam masak lemak nenas, hmm memang ohsemmm. |
Last sekali inilah rupa isi ikan yang telah dibuang dari tulang dan digunting kecil-kecil. Nak dapat isi ikan kecil-kecil inilah yang renyah.
|
Lepas tu goreng...dan toskan |
Tumis pula bahan-bahan ikut langkah dalam panduan resipi ini |
Ok Acar ikan siap. |
hah makan dengan bubur nasi. Memang sedap. |
Thursday, April 9, 2015
Hujan Di Bundu Tuhan
Yang bestnya kerja dengan Audit, ni kita boleh berkerja sambil ambil gambar yang cantik-cantik. Ala pakai kamera HP jer nih. Semalam kami ke SMK Bundu Tuhan yang sudah semistinyalah terletak di Bundu Tuhan, kan. Menurut bos saya, Bundu Tuhan ini bahasa Dusun. Bahasa Melayu ini Bundu, lundu iaitu pokok binjai manakala Tuhan pula bererti tebing runtuh. SMK ini jauhnya lebih kuranglah 82km dari Pejabat kami. Tulis banyak pun dah tua-tua ni letih, meh tengok gambar.
Sebelum Hujan... sebenarnya sekolah ini lebih luas tapi saya ambil dari kantin sekolah semasa kami berhenti makan tengahari. ambil mana sempat saja. |
Bakat muda. Sempat menyilok, skit tika bikin pemeriksaan di bilik seni mereka. Apa yang diperiksanya di dalam tu???... Rahasia kerajaan he he mana bule bagi tau. |
Kami tinggalkan Sekolah ini tika hujan masih lebat kerna jika ditunggu teduh dulu, nanti KK jem. |
Monday, April 6, 2015
Mengejas (adjust) Sendirilah....
Soket elektrik bilik saya memang tak berfungsi, bila memikio nak panggil orang bikin, eish malaslah pula, so saya pun googlelah tengok boleh tidak dibikin sendiri, sebab saya tengok di Supermarket ada jual. Taklah mahal RM4.90 ada RM5.40 pun ada, pendek kata tak sampai RM10.00lah. Setelah yakin semalam saya pun mulalah jadi Mcgyver siok-sendiri. Saya beli yang RM5.40. Saya beli screwdriver berharga RM3.90. Sampai rumah saya mula bekerja.
Meh tengok gambar sebagai bukti...
Meh tengok gambar sebagai bukti...
Inilah dia rupanya kalau kita longgarkan skrew pada soket punya "cover plate". Tapi sebelum buat ini pastikanlah kita dah off dulu main power dekat fuse box sana... |
hah tu dah nyala... |
Saturday, April 4, 2015
Belangsungkawa JJ
Sejujurnya saya tidaklah “very fond” of JJ atau nama penuh
al-marhum Jamaludin Jarjis. Masa di Firm dulu my Chinese buddy, sebut, Jakjis.
Dia tak boleh sebut “r”. Kawan saya tu pun punyala tak suka si JJ, tak suka dia
mengira cukai JJ, lalu dia suruh saya kira, tapi nama JJ tetap dalam portfolio
dia. JJ ini kira notorious clientlah di mata mereka. To them he is orang kaya
jadian-jadian aje. To themlahlah agaknya semua non-them especially Malay yang
kaya itu semua jadi-jadian belaka. Greatness thrust upon them??? Kegemilangan yang dilonjakkan atas mereka, ops kami. But is JJ really that lousy? Biasa kita orang
Melayu ni walau macam mana teruk pun orang tu, bila dah arwah kita sedekah
fatihah, kita hanya sebut yang baik-baik sahaja tentang arwah…
Jadi sukalah saya share something dari Allahyarham,
something yang berjela-jela, tapi yang saya suka ajelah eh saya share di sini.
Saya dapat dari watsapp group. No, saya tak group dengan beliau. Kawan sayalah tu yang ambil dan share dalam group kami. Ok without further ado,
let read apa pesan Allahyarham:-
So if you are
not on the back nine yet, let me remind you, that it will be here faster than u
think. So whatever you would like to accomplish in your life please do it
quickly! Don’t put thing off too long. Life goes by quickly. So do whatever you
can do today, as you can never sure whether you are on the back nine or not.
Saya tak pastilah jika saya back nine or not, back-nine, or
non-back nine, saya ada satu aje wish yang belum accomplish lagi…iaitu
berkayak. Saya tanya watapp group if they think saya boleh muat indak lubang
kayak tu, one of them respond kata nanti boleh bikinkan customize kayak untuk saya. Cis! He he
Apa White Water Rafting??? Hmmm. Hmmm..hmmmm. sound interesting,
tapi baik pi terapung kat Pulau Manukan dulu ek.
Admirer???
Tulis-tulis ni takkanlah langsung tak admirerkan. Saya
bermula di online esastera. Saya kritik pasal perangai pendewaan sesama
penulis. Penulis baru mendewa-dewakan penulis dulu-dulu. Apa lagi teruk saya
kena. Orang yang mengkritik saya balik tu student medic belajo kat Ireland. Saya
ni pula masa tu kerani cabuk pejabat kerajaan, aje. Jadi adalah satu tu, ntah,
pempuan ka lelaki ka, tak taulah sebab guna nama samaran, ntah dia minat ka,
kesian ka, tak taulah. Tapi dia memang tak berani komen balas di situ, berani
emel jeh.
Dia suruh saya keep on tulis, ko gila apa, ko ingat aku ni
robot tak de hati dan perasaan. Saya malas nak layan orang tulis emel, guna
nama samaran, tapi dek kerna pujinya yang taklah melambung tapi bestlah,kan.
Make u feel good, saya pun layan, balas, 2 ke 3 emel ka gitu, dia start ajak
benci that mufti, the same mufti, yang hater yang baru menang buku tu ajak
hate.
Ok wat about cikgu yang ajar ko tulis-menulis ni? Dah kalau
anak murid kena cubit, cikgunya mestila kena blasah. Dia tak tahan, dia lari
pergi luar Negara. I don’t know what had happened to him. Ntah hidup, ntah dah
mati, saya tak tau. Kami lost contact macam itu saja. Saya anggap dia sudah
matilah saja. Tinggallah saya keseorang terkontang-kanting, gitu. That is the
worst period in my life.
Lepas tu, adalah dua tiga orang kontek, kami bertemu
offline. Ada yang pelawa join group Jalan Telawi. Itu saya kira penghargaan
yang terbaik pernah saya terima, but then again kita kerja kerajaan di Melaka,
Jalan Telawi Bangsar, dan kebiasaannya kalau nak ikut abang ni, biasa malam,
sampai 3, 4 pagi gitu.
Keje gomen gaji kecik, pun keciklahkan, ikut deme, tak tau
lagi arah. Arah-arah nak mendewakan DSAI dan family. Itu saya tak suka, saya
tak setuju. Lagi pun saya kerja gomen.
Suka tak suka kita makan gaji gomen, bersama abang ini tadi umpama saya ini bermain kayu tiga. Tak setia. Orang yang tak setia ni jahat tu. Khianat. Untuk tidak kecilkan hati kawan,
saya pun sambung belajar. Ada juga penulis sastera bagi galakkan, tapi macam
yang saya cakap blog ni blog cari jodoh, bukanlah blog cari nama, atau blog nak
ubah dunia. Tapi idaklah saya cakap yang blog ini ditulis untuk mencari jodoh. Kang
dia kata ko kawen jah dengan aku bini no 2 kang….tak ke haru. btw, dia memang
dah tua dah, la ni dah kembali ke rahmatullah pun. Nasib baik,kan…tak dah janda
dah mak, nih. Kalau janda Hugh Hafner berbaloilah juga. Janda sasterawan
Malaysia, minta mahaple….memang menyedihkan. Sasterawan dulu-dulu,la, Sasterawan zaman sekarang, berebut orang mau. Hadiah sastera sekarang ni pun dah besar-besar, Orang kita pun dah mula menjadikan seni itu sebagai karang aku tulis sini menyinggung pula...ok ok cuba cari yang terlembut eh ok begini.Orang kita sudah jadikan seni itu sebagai lifestyle orang intelek.
Tulisan feminist 18sx ini memang taboo. Bagi sesetengah (majority
I guess) orang, ia boleh menyuburkan imaginasi yang he he he….I leave it to
your imagination. Saya di persimpangan dilemma, mau tulis tak mau tulis? Tak
pernah pun. Always this blog untuk cari jodoh jah. Oghang lelaki suka ka
bininya tulis frinjan 18sx? Kita sendiri, yang perempuan ni, pun tepuk dada
tanyalah selera/iman. Lebih baik diejek sebagai hanya berada sekadar di pinggiran,
dari jadi bahan imaginasi seks orang tak kira lelaki, perempuan. Zaman cyber ni
macam-macam seks ada. Puisi pun boleh dijadikan alat siok-siok sendiri? Nauzubillah, zaman dah nak kiamat, ni,kan macam-macam ada, Cam mana? Ntahlah, ntah iya ntah tidak, ntahkan paraniod seorang seniman, yang saya bet mesti jantan punya kije nih. Apapun jom click sini dan gunakan
imaginasi anda kui—kui--, selamat berimaginasi.
Friday, April 3, 2015
Minggu Lepas Punya Cerita
Bila saya dapat tawaran ke Kota Kinabalu, perkara pertama yang paling mak risau ialah pasal makan. Makan elok elok makan elok...ada ka macam itu, patutnya kerja elok-elok,kan. Macamlah saya mau ke Jepun ka, ke Korea ka,kan. Dia risau akan kesejahteraan perut saya. Takut dia saya termakan di tempat yang tak ada sijil halal. Ok jadinya saya merajinkan diri memasak...
Last week saya masak tomyan. Jom layan gambar-gambar...
Itu saja menu kali ini.
Last week saya masak tomyan. Jom layan gambar-gambar...
Bahan-bahan mentah. Bumbunya rahasia. |
Ala bumbu tomyam biasa aje bawang, cili, digoreng kemudian blender, lepas tu rebus dengan serai ketuk dan daun limau perut |
Bila dah mendidih, masuk ayam,ka daging, kalau mau seafood masukkanlah makanan laut seperti sotong, udang kupang dan lain-lain, ikut kesukaan. rasa dah ok masukkan sayur-sayur tadi. Siap |
Tom yam sedap dimakan dengan nasi dan telur dadar |
Subscribe to:
Posts (Atom)