Friday, February 27, 2015

HYSTERIA

Semalam di ofis, masa tengah khusyuk baca nota, tiba-tiba dengar nama saya disebut-sebut. Saya pun tanya kenapa, tapi kawan saya terus menuju keluar, saya tanya…staff perempuan dari unit lain yang tidak saya kenal, dia tengah mengagihkan surat. Jadi saya jump into conclusion, ada bungkusan untuk saya…he he he…

Bos saya pun ada, saya tanya…ada bungkusan untuk saya ka, kenapa sebut-sebut nama saya?”
“tidakkkk ini, ada orang hysteria!” sahut staff wanita dari unit lain itu dengan gaya berbisik mak joyah yang sedang menyimpan rahasia yang maha besar.

Saya dan bos pun terlibatlah dalam borak-borak bangunan berhantu. Kununnya bangunan tempat kami ini dulunya kawasan Jepun buang mayat. Macam-macamlah yang diborakkan, sehinggalah kawan lelaki pulang semula ke unit kami dan bercerita perihal perempuan yang kesampukan tadi. Dia tak ganas, Cuma merintih “aku mau kau sorang saja”.

Mujurlah Pejabat Pelajaran Daerah juga di tempatkan di bangunan yang sama. Jadi di PPD ramai ustaz dan ustazlah sedang menyelesaikan segalanya. Kira ustaz is HERO of the daylah gitu. Dan nama saya kawan sebut sebab suruh saya baca ayat Quran. Nak tersedak saya mendengarnya. Kita bercerita-cerita lagi. Saya cakap “masih tak ok lagi, lama juga eh”

“uish lama….sama ada, dia termakan sesuatu, atau orang hantar”

“oh kalau macam itu bukan angkara orang sinilah”

“hah, gitulah bah”

“kalau abang suruh saya tadi saya panggil orang hospital. Kasi tembak ubat tidur”

Kawan  buat-buat tak dengar, lalu terus cerita, cerita mistik… Gasak engkaulah. Nak tunggu semua lelaki tak ada tinggal aku shj, ko tunggulah,kan, mau hysteria-hysteria, memang ku panggil misi di hospital sana minta kasi sama satu dos ubat penenang.

Sepulang ke rumah saya ceritakan pada housemate yang kerja di jabatan pendaftran nikah cerai orang Islam. Kira kawan saya ini ustazah yang diseganilah gitu. Tiap-tiap pagi mesti baca Quran.

Nak tau apa respond dia, begini:-
“Ala tu bah, belakun saja tu…..banyak macam itu, Dia memang pandaiii tu. Belakunnnn!” dengan nada yang agak sedikit meluat campur geram dan marah.

Dia pun masa tu nak ke tandas, eh emo pula kawan. Saya pun diam, ambil wuduk, masuk bilik, solat Isya’  lepas solat mengaji sikit, belum jam 9.00 saya sudah guling-guling di tilam gitu. Hah ko kat sini saya memang masuk tidur satu jam lebih awal dari biasa. Bangun pun begitu. Saya fikir-fikir kalau orang belakun mau bikin apa ya….apa ya…..apa…ya…apa…ya….. lalu saya pun terlena.

Keesokkan pagi barulah saya tanya kawan pasal kes semalam yang dia kata “ala belakun saja tuh” dan respond ustazah begini;

“Dah tau dia berlakun, biarkan saja…” tuturnya dengan nada tegas.

Mak aiii tentu banyak kes nikah cerai di opis sana, sampai heartless lagi brutel sekali,kan respond kawan saya itu. Kes hysteria di opis pun kes perempuan yang baru kematian suami. Mujur ustaz, saja yang kena kencing, kalau tidak pasti misi-misi di hospital Queen Elizabeth pun turut kena kencing sama melayan sebuah lakunan yang ntah-apa-apa- tah,


Itulah kalau panggil Auditor selesaikan sebuah hysteria. Kalau kes curi wang, cuai wang, bolehlah bangga-bangga yang kita boleh kenal orang belakun atau jujur. Ini tidak, assignment pertama ko kasi kes hysteria, panic juga ya lalu ambil keputusan dari analisa yang salah.

Monday, February 23, 2015

SERIUS SIKIT NI...


Oklah asyik merapu aje ni let get some serious writing. Apalah lagi kalau tak politik tanah air melalui ejek-mengejek kawan-kawan facebook kita. Sebelah pihak mengejek-ejek kita bergaduhkan benda yang ntah-ntah. Mungkin ada satu hal mereka lepas pandang yang kita (perhatian khusus pada orang Pahang) yang diperhatikan oleh Frank Swetthenham. Kita malas berkerja, tapi tak kisah berusaha keras untuk maruah raja kita…. Sebab itu kita rela berbantah-bantahan sedangkan ianya tidak releven langsung dengan kita.

Setelah pakatan hilang dua tunggak utama, ada juga yang sinis mengejek…. "mereka itu macam Waiting for Godot saja….kesian, kan”. Saya tidak rasa kesian pun bahkan saya rasa kesian pula pada kawan yang selalu konfiden bahawa Malay supremacy is unshakable itu.  Kawan saya tidak patut begitu cepat excited dengan kemurungan, yang melanda pakatan yang kurang disenanginya itu.

Saya percaya, orang yang sedang sangat percaya ada kuasa lain sedang menekan dan menginaya dirinya akan bikin apa sahaja untuk melawan. Keadaannya, sekarang mereka terus garang menerjang dan tak kisah kalau terpaksa menerima waima Medusa, pun jika itu dapat menumbangkan rejim yang dipercayai sangat keji lagi zalim itu.

Rejim itu kini adalah rejim yang dikuasai bangsa saya. Jika anda tanya adakah bangsa saya ini satu bangsa yang zalim, sudah pastilah saya menafikan sekeras-kerasnya. Tapi kalau kamu hujani saya dengan 1001 macam isu ketirisan, ketidak-cekapan salah-urus dan macam-macam lagi, saya hanya mampu diam dan berdoa seperti ini di dalam hati

Untuk meramalkan apakah rejim ini akan terus dikuasai oleh bangsa saya, memang baiklah kita tunggu dan lihat sahaja melainkanlah PAS dan UMNO dua parti dominan orang Melayu bersatu. Tanpa penyatuan dua parti besar ini, keadaan kita agak sulit. Itulah pasal janganla kita cepat mengejek-ejek orang yang sedang tertunggu-tunggu itu, ntah barangkali kitalah sebenarnya yang tertunggu-tunggu, bukan mereka.

sekadar gambar hiasan saja 

my GAYBOIFREN vs her GAYHUSBAND

Seorang pengarang/wartawan berbangsa sikh kata, gay bukanlah ancaman kepada keselamatan Negara. Memang saya setuju dengan kenyataan itu. Bahkah saya ada kenalan pondan yang seluruh tubuh sudah berubah jadi perempuan. Bahkan dia adalah kawan bikin-bikin gubahan hantaran pengantin saya.

Saya ini suka bikin bunga, tapi bab gubah-gubah memang boleh, tapi bikinan saya tidak sekemas dia, jadi kami pun bergabung tenaga. Dia rajin. Rumah dia kemas gila, kalah anak dara. Saya ini malas sikit. Dan berkat berkawan dengannyalah saya jadi rajin sikit, pun taklah serajin dan sekemas dia. Saya selalu jadikan dia sebagai inspirasi untuk kemas dan teratur.

Tapi kes kawan saya tak sama dengan gay yang dimaksudkan dalam tulis wartawan sikh ini. Kawang saya memang gay, sedangkan watak yang dituliskan dalam artikel ini adalah gay yang tak mau mengaku gay. Nope, saya tak rasa dia mental, dia tau dia gay, tapi dia terpaksa menafikan ke”gay”an dan terpaksa berlakun watak  pemimpin anugerah tuhan demi orang yang dia sayang.

Itulah aje bezanya my gayboifren dengan her gayhusband……


(disclaimer) Cerita ini hanya rekaan tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati.

Sunday, February 22, 2015

SETIA



Anjing itu kurus kelabu
Lidah terjelir nafas termengah-mengah
Menjaga istana tuannya yang gemuk
Patuh setia, menerima dan menyerah

Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya mendayu-dayu
Bukan kerana ada musuh
Tetapi minta makanan, perutnya lapar
Tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti kering.

Anjing itu, tidak dibebaskan
Lehernya dirantai, punca digenggaman tuannya.

Anjing itu, bila perlu, diperah
Bagi menjaga keselamatan tuannya
Menjadi binatang lindungan desakan luar
Dan himpitan dalam

Begitu rupa nasib, anjing itu
Kurus kering, dalam semuanya tak cukupan
Hanya menanti rahim tuannya
Cebis-cebis roti kering
Dan tulang-tulang tak berdaging
Itulah jadi makanan, dan hidup jadi
Alat kesenangan manusia jahat memperhambakannya.

Siapa anjing
Hanya binatang setia.

3 Jun 1950, Utusan Zaman

Orang kata sebuah tulisan yang baik adalah nyawa untuk penulisnya hidup 1,000 tahun lagi. Ia relevant sampai kapanpun. Dalam sajak ini anjing ini milik tuan yang jahat. Orang Melayu tak punya anjing. Anjing bikin rumah kita tak masuk malaikat.

Jadi secara psikologinya orang Melayu yang baik tak akan pernah miliki anjing. Pun begitu tidak ada satu binatang pun yang sesetia anjing,kan. Lalu terinspirasi tulisan yang sebegini.

Andai dia mau
jadi bintangmu, bulanmu
Aku hanya mau jadi
Sesetia anjing
Ditendang, dipukul, diherdik
Aku pasti aku tak berpaling

Kerna ku sendiri
ada masa gagal tenang
 bimbang aku, andai,
khilaf tuturku
kau ambil pusing, simpan jadi dendam
Lalu tikam aku dari belakang

Sahabat,
 andai  kau pernah rasai
sakitnya ditikam sahabat dari belakang
pasti kau harap nanti dia tau jua
walau teruk kau ditikamnya bertubi-tubi
hanya doa sejahtera yang kau titipkan untuk dia

kerna nabimu sebaik ummat
tak pernah ajar doa celaka.

Sadong Jaya
22.02.2015

Friday, February 20, 2015

CINTA

Saya tergelak guling-guling baca artikel ini. Ntah betul, ntah tidak, tak taulah. Ini mungkin ditulis orang anak-anak generasi “Y” atau “X”. Generasi “R” atau yang selalu saya kata rock kapak taklah sejalang itu kemauan, fantasi dan imaginasi kami. Kita Rock!!!! Brutel, Ganaz, yeay, yeay, yeay…. Generasi saya diasak oleh cerita pembukaan terusan Suez, kemerosotan kualiti Islami orang Mesir. Zaman itu Anwar Ibrahim ialah icon, ABIM’s pesona/boys (ala-ala acuan, jelmaan Anwar) really rock us to the core. To some of us,la.

Faisal Tehrani, Nazeri Johani (Raihan), Kumpulan Nasyid Inteam, ketua-ketua usrah, Naqib berwibawa dan yang sewaktu dengannya adalah lelaki idaman budak perempuan pemalu, hard-working ini. Alhamdulilah semua kawan saya sudah berjaya mendirikan rumah-tangga dan bahagia, bersama-sama “ustaz”mereka. Lelaki jelmaan Anwar yang kacak lagi maksum ini sememangnya hardworking, sehingga membolehkan kawan-kawan saya indak perlu terkejar-kejar sama mencari rezeki, sebab mereka “has feed them enough” Kalau tengok FB mereka tiap-tiap tahun mesti ada gambar family trip ke luar Negara. Itulah untung orang yang taat dan bijak lagi rajin pergi usrah. Itulah untungnya usrah, anda bukan sahaja dapat ilmu, tapi bila sampai saatnya anda akan diperkenalkan untuk diberi ruang dapat jodoh yang sepandan dengan anda.

Bagi, saya yang usrah drop-out ni apa ceritanya yeah…adakah saya turut merasai apa yang dirasai oleh penulis tadi? Honestly saya memang tak berkenan dengan ketua usrah. Ntahlah sebab saya akan banding ayah (paklong) saya dengan mereka. It always my Pak Long, Pak Long & my Pak Long. Nothings compare.

Ok let me tell u something…consider this scenario, budak perempuan kena ilmu pengasih, what would your kepala usrah said?

I don’t care apa mereka nak kata, my Pak Long kata macam ini “sihir ini mulanya nak menolong. Ahli sihir mau menolong jejaka yang dah angau tu yang cintanya ditolak ini, niatnya baik. Tapi niat tak menghalalkan cara. Islam, ada penyelesaian untuk kes bertepuk sebelah tangan ini,tapi apa yang ditawar bomoh lebih short curt”

And tell me what your kepala usrah would say to those yang mau convert, yang pakai tak menutup aurat, smooching, kissing & hugging their boyfriend, buka tudung, love bite betepek sana sini, (aik takkan ko jatuh katil, toilet lebam kat leher? Kalau jatuh tersembam lebam leher tak ka boleh mati, atau masuk ICU ka) dan sebagainya…. Think of what my Pak Long will say.

So, nak kata saya tak pernah sukakan lelakilah ni, eish suka, adalah tu, sekali dengan mamat masa kerja di Firm. Chinese rambut ikal bergelombang….bukan hensem yang jadi taruhan, tapi ke 18-sx dia yang mengujakan. Ko pasti kata lelaki macam itu sex maniac, tapi pada saya lelaki macam itu adalah lelaki yang sukar teruja.  Apa yang bikin saya terjatuh terjelepok tak bangun-bangun dengan si ikal gelombang ni….biarlah rahasia. Tapi orang macam itu mesti tak pandang saya punya.

Lagi sekali, dengan mamat ala-ala, Aku (Chairil Anwar). “Aku binatang jalang, jika aku pergi tak perlu sedu-sedan.” Tapi itu hanyalah alter-ego di alam maya aje yang telah bertahun dia tinggal pergi.


Kesian,kan. Tapi tak usahlah kesiankan saya kerna sebenarnya saya lebih bahagia begini. Kalau nak berpasangan pun biarlah yang sepadan dari segi IQ dan spritualnya. Saya percaya ketidak-sepadanan akan menimbulkan konflik. Kalau masa muda remaja dulu mungkinlah, saya punya ruang waktu untuk menyelesaikan konflik, tapi suda masuk remang ini, sudah punyai konflik di ofis, untuk saya tambah lagi satu konfik di rumah, itu adalah perkara yang tidak adil untuk diri dan DIA yang menciptakan diri ini.

Wednesday, February 18, 2015

Puisi Frinjan

PIG terhasil apabila baca update FB kawan maya (seperti di bawah) yang tak pernah ketemu di alam yang fana. 

I wear this crown of thorns
Upon my liar's chair
Full of broken thoughts
I cannot repair
The feelings disappear
You are someone else
I am still right here

A PIG WHO DREAM THAT SHE CAN SWIM

In this land,
pain, sorrow and longing
couple up with last straw of patience
bring us closer and closer to her

A Queen,
Who sits on the throne of lies,
garlanded herself with serpents

I am an ordinary PIG,
the very same PIG, 
never be anything else other than a PIG,
nothing more, nothing less

the only difference is,
this time around,
the very same PIG becoming ambitious enough
building a small tongkang
as her escape plan from the Queen’s BBQ Pit

Putrajaya
13.02.2015

Note:-

Yahudi/kapitalis/zionis Eropah agaknya suka makan lembu, jadi mereka mengoyimkan kita yang bukan berketurunan yang mulia itu... Yahudi/kapitalis Asia suka makan babi, jadi tak mustahil kalau mereka lihat kita yang manja bertongkat ini seperti babi tembun yang menyelerakan kalau digolek-golek atas pemanggang BBQ.

Tuesday, February 10, 2015

N3 GILA YANG PERASAN

Dah lama rasanya tak mengumpat iye… semalam adalah hari sedih buat ramai kawan-kawan saya. Saya sebenarnya on-line aje berkawan dengan Anti-Anwar, Anti-PKR segala bagai. Off-line rasanya semua kawan-kawan saya pencinta DSAI, baik dari sekolah Menengah, tingkatan 3 dulu, masa itu DSAI kita punya Menteri Pelajaran??? Pendidikan…sampailah kini. Baik Cina mau pun India, Melayu apatah laginya semua cinta, semua sayang sama DSAI, kecuali saya yang berkecuali…

Itu perkara normal bagi insan artistic berjiwa bebas dan merdeka, yang sangat kreatif lagi berbakat besar ini, kita tak suka ganas-ganas, bakar sana-bakar sini, kita tak berapa terkarenlah. It is very un-me, it’s very un-us… prasanlah tuuuuu. PENIPU…. Cer cer tanya exSAMURA SPM 90, terutama yang lelaki. Mesti mereka gelak guling-guling punya kalau mereka terbaca statement perasan jobo-gedik tahap dewa ini.

Jadi usah nak perasan sangat, mari kita berbalik pada cerita kawan-kawan kita. Semalam adalah hari sedih untuk kawan-kawanku. Sedih sampai ada yang tak boleh terima kenyataan, dan mula bercerita wali, nabi, pejuang Islam pun kena penjara, menyedapkan hati dan perasaan sendiri, lah tuuuu. Wali, Nabi, HERO pejuang kebenaran semua kena penjara, DSAI kena penjara, deduksinya DSAI HERO/IKON Islam yang diinaya. Lalu sebagai seorang saya yang sangat faham bahawa manusia tika dirundung duka, hanya mau dengar perkataan yang mereka mahu dengar, saya pun bermulut manis, walau seluruh hati saya meragui kata-kata saya sendiri, merasai yang cerita yang saya petik dalam percakapan saya ini hanyalah sebuah israilliyat tapi saya dengan penuh yakin tanpa rasa sedikit pun bersalah menghamburkan kata-kata ini;

“5 tahun bukannya lama pun, pasti keluar nanti tuhan akan bagi mukjizat, Anwar muda remaja semula seperti sama seperti mukjizat yang dikurnai kepada Siti Zulaikha, satu ketika dulu”


Dan saya percaya ramai akan mengaminkan kata-kata di atas dan mendoakan kesejahteraan dia yang telah dikurnai ilham semanis itu. 

Sunday, February 8, 2015

BERANI UNTUK KALAH

Kita boleh kata kita apa sahaja, jelmaan Imam Mahadi, Picasso, Einstein, Salahuddin Al Ayubi, apa-apalah ya, kan. Atau satu masa dahulu kita berangan dah besar esok nak jadi macam si polan, polanah yang berjaya.

Apabila dewasa kita pun tahu kemampuan sebenar kita, contoh saya mau jadi sehebat Santiago Calatrava… tapi saya cepat sedar yang itu hanyalah angan-angan sahaja. Satu ketika seolahnya seorang sahabat maya begitu menyukai tulisan saya. Pun saya cepat sedar tulisan saya berbentuk pinggiran “frinjan” yang jika saya teruskan akan menyakiti ramai hati yang rapat dengan saya.

Kawan-kawan saya kebanyakkannya orang alim, ustaz, ustazah, atau secular seperti saya yang rapat jinak, terkadang taksub dengan ustaz, syeikh, tuan, tok guru. Tak mungkin saya menyakiti mereka hanya ingin mengembirakan kawan yang hanya saya kenal di alam maya. Pun begitu saya tetap mengiktiraf bakat frinjan yang ada dalam diri dan sama sekali tidak saya sanggup menyelar mereka yang berfrinjan sebagai ahli maksiat.

Tapi sukalah saya share di sini, akan itulah pandangan extreme tentang seni di Malaysia ini. Sedangkan HAMKA pun mereka sudah nampak bakal menghuni neraka satu hari nanti. Seni dianggap melalaikan, melainkan seni untuk memuji kebesaran Ilahi dan rasul pesuruhnya. Seni haruslah dipasakkan dengan nilai agama dan budipekerti baik.

Sejujurnya sebagai orang yang kreatif dan punya citarasa seni yang lorat, saya tidak ada masalah dengan seni dari barat, atau seni yang langsung tidak berpaksikan agama, tatasusila kemasyarakatan yang tinggi. Seni Hedonis. Saya tidak memandang mereka yang memiliki koleksi nude art sebagai sex maniac yang berperibadi keji lagi jijik. Begitulah juga dengan looser literature, hasil seni yang ditukangi oleh mereka yang akhirnya membunuh diri, hidup sebagai penagih arak/dadah yang tegar, clubbing, semuanya itu saya ok aje.

Pendapat saya mudah, saya orang baik. Dalam dunia orang baik, ada orang jahat. Bagaimana saya ingin hidup aman, jika setiap masa saya mau berperang dengan orang jahat ini sedangkan mereka tidaklah pernah menyakiti saya. Menyakiti di sini ialah mereka datang, ke rumah saya, maki-hamun saya, ambil-curi barang saya, paksa saya ikut sama dalam aktiviti mereka. Mereka hanya menjaja kisah looser mereka, kalau tak suka mereka tak pernah acu pistol, senapang untuk kita baca lepas tu meraung menangis sama mengenangkan ke “looser”an mereka, pun,kan.

Bagaimana pula mereka ingin tertarik dengan kebaikan saya jika saban masa saya terus-terusan memaki-hamun mereka, menggelar mereka sebagai looser yang langsung tidak punya harapan apa-apa, melainkan terus-terusan menghasilkan karya demi karya gila lagi merosakkan bangsa saya, sedangkan saya juga jika berkarya, karyanya ntah-apa-apa-tah.

Pun di sini, saya fikir untuk jadi orang baik, untuk diterima oleh khalayak MELAYU elitis, saya perlu memaki-hamun looser, saya perlu mengkafirkan setiap pemikir yang datang dari barat. Yang ilmunya selama ini saya amal demi mendapat rezeki untuk kelangsungan hidup. Saya ini kerja kewangan, bukan ustazah. Macam mana  saya mau memaki-maki ilmu duit, ilmu bajet duit, ilmu perancangan bajet, sedangkan hari-hari saya kira  duit, dan tidak pernah rasah pun hidup kira duit orang, sendiri pula habis bulan habis gaji? Atau diam sahaja.

Jadi, untuk tidak bertambah-tambah “teruk” bertambah-tambahlah kawan-kawan fikir saya sudah kena sihir atau apa-apa yang menjurus kepada fitnah kepada kawan-kawan maya, penggiat frinjan, baiklah saya berhenti merapu berkreatif. Kelebihan berfrinjan ini bukanlah satu sahaja kelebihan yang saya ada. Saya boleh memasak dan menggubah bunga yang dilihat tidaklah begitu absurd bagi perempuan sederhana seperti saya. Di luar sana pun, saya memiliki kehidupan yang biasa, yang tidak hebat, tidak juga signifikan, tapi tidaklah pathetic sehingga saya rasa mau bunuh orang atau  bunuh diri sendiri.


Hanya segelintir kita sahaja ditakdir hidup untuk menulis sejarah dunia. Pun begitu mereka yang tidak menulisnya bukanlah mengalami penyakit inferiority complex yang acute atau, looser yang kecewa, merana, penuh dendam kesumat yang tiada kesudahannya yang akhirnya mati bunuh diri, atau bunuh orang lepas tu, orang bunuh mereka balik.  

Thursday, February 5, 2015

BALAKBOLAKBALIK

Dari jauh lagi Reeta sudah melambai-lambai sambil terlompat-lompat kepada saya. Bimbang benar jika saya tidak perasankannya. Kami bersalaman dan berpelukkan sekadar perlu dan terus menuju ke warung tidak jauh dari situ. Kali ini dia mengenakan baju kurung moden berwarna kuning cair bunga-bunga kecil dari kain kapas. Rambutnya yang lurus itu dibiarnya lepas-lepas gitu sahaja, beralun lembut bila disapa bayu. Saya menegur “ itu yang ko terlompat-lompat tadi takut aku tak perasan sebab baju kurung ni?” gelak saya…

Reeta yang bertubuh petit itu anak kacuk yang pelbagai, Siam ada, Melayu (Jawa-hindu) ada, Eropah, ada, Cina, India pun ada, tapi di kad pengenalannya ditulis sebagai Cina. Cina yang berwarganegara Malaysia. Walau kebanyakkan masanya lepas dia bergraduat, dihabiskan di Jepun dan Hong Kong. Walau dia selalu menyebut-nyebut darah Indianya apabila dia marah-marah, emotional, macamlah Cina tak pandai emo-emo. Nama penuhnya Reeta J. Chong.  

“emrmm kita order makan dululah. Nasi campur lauk kampung” Balasnya.

Reeta yang saya kenal kalau pakai baju kurung, makan lauk Melayu, kalau berpunjabi suit akan makan capati atau nasi Beryani….kalau berjeans dan tee shirt seperti selalunya yang kami pakai masa waktu belajar, makna apalah lagi kalau tak “fast-food”. Tapi sejak dia berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya, dia makan rebus-rebus dan sup-sup sahaja. Kali ini jadi normal semula setelah dia bercerai dan kini berpacaran sama Abdul Halim Mansur, pereka grafik yang bercita-cita untuk jadi pengiat seni Indie berjaya di Kuala Lumpur ini. Dia makan nasi lauk ikan keli salai masak lemak Cili api, dan ulam dengan berselera sekali, sehingga saya tak tahan dan berkata begini

“Lama engkau tak buruk lantak macam ini iye”……

Dia angguk-angguk dan selepas segala makanan habis  ditelannya, dia bersuara “yup, sejak aku bernikah and, that was 7 years ago”

 “eh seriously sepanjang engkau bersama dia langsung ko tak sentuh makanan Melayu ka?”

“Dia, kan anti-melayu, anti segala….kecuali keluarganya yang gah itu”

“Hitler, the Great Aryan, Netanyahu the Great Zion” ha ha ha ha

“yup, exactly, heee choooi,  aku tak nak cakap pasal little Hitler itulah, so apa kata kawan kau tu, ok tak kalau aku pump in money into ehm ehm…?”

“aku nasihatkan ko jangan. It has nothing to with emotion, feeling, of me being jealous of you, or wat so ever… tapi  it is political. We never know sapa akan perintah Negara ini pada masa akan datang.”

“oohh shit, if really akan ada perubahan kuasa, pun, bukankan ka YB Elaei yang bagi support semua… I don’t think Elaei is kind of person, belum dapat lain, dah dapat lain, and kalau yang ada ni mau berketuat sampai kiamat pun bukankan, our current ketua Pemuda is ever Hips then ever”

“It is not Elaei, but it is the other block”

“you mean the green one…that one is already finished, looor?”

“true….Dari lagak cakap kawan aku, dengan konfiden dia, tu… I think kalau ko nak venture into this kinda business, baik ko based di Indonesia… Would it be a problem, dear? Ko kata Abdul Halim bukannya jenis yang ambitious, dia cuma mau berseni aje,kan, bukan berseni untuk tumbang itu ini, rampas balik itu ini, kan. The Green one is grooming someone sort of Pekasam and SIMA combined. Never underestimate orang yang terlalu lama terluka dan oppress, they might go into the extreme even forging an allied with SATAN. 

“AJEG BALIk?.....eiii scarynya” tanya Reeta seperti ketakutan….

“Sort off, daahhhh makan-makan-makan, don’t let those people upset us, you dah lama bersedih dengan your little Hitler and don’t let this Anjeng Balak rampas your happiness for the second time”

“You’re rite, if we cannot avoid the BALAK, let get away from it,kan” kembali ceria.

“Exactly.  Bumi tuhan luas, tak usah berebutkan BALAKBOLAKBALIK itu semua” sahut saya girang.

Sunday, February 1, 2015

WANNABE sebuah MINI Ceretot.

Dia bercakap bla bla bla sangat meyakinkan bercakap tentang etika, kemendirian seorang profesional, membuat keputusan, kejujuran dan macam-macam. Tapi betullah kata seorang sahabat bila hati kita sudah penuh, ko cakaplah apa ko nak cakap, pun, ia akan jadi seperti mencurah air ke daun keladi. Saya rasa mau agar pertemuan ini segera ditamatkan iaitu dia berhenti bercakap dan saya dibenarkan pulang....

Melihatkan saya yang kebosanan dia memancing dengan sebuah pertanyaan "Awak tak mau ka terkenal macam Cynthia Cooper?"

"huh Cynthia Cooper? And miss the fun psychoanalyzing people without feeling guilty?" Jawab saya.

Dia mengeluh berat dan membenarkan saya pergi "You may go now"


Penafian:-

Cereka Kontot (Ceretot) ini hanyalah rekaan sahaja. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati.