Cerita ini tak ada kene mengena dengan yang
hidup atau mati melainkan rekaan semata-mata, iya Cik Tembun ini sedang
menyiapkan hikayat cerita mengarut mengenai Pulau Sebulat Bulan yang
terbengkalai lama sudah.
Ok ini cerita nya:-
Ntahlah kata kawan, gossip kata yang dia dah
nganut fahaman Cinta-Cinta. Sapa dia? Dia yang mencanang-canangkan diri dia
sebagai penyelamat tu. Penyelamat apa, penduduk tanah besar yang leka dengan
kilau-kemilau materi, tidak berapa nak tau. Mereka ke Pulau Sebulat Bulan pun
sebab sama ada nak berbulan Madu, atau nak bayar niat, hajat. Iya di sana
katanya ada Menara Orang Takut Dosa yang sangat terkenal. Duduk di Menaranya
berhajatla kamu, maka, hajat kamu akan sampai ke langit 7. Sebab katanya lagi
duduk geografi menara itu terletak bersetentangan dengan pintu langit.
Digossipkan lagi sang penyelamat/pembela itu
nganut fahaman Cinta Zuriat Ahli Cinta-cinta pabila dia dijemput ke rumah
seorang politikus ternama yang sedang bercita-cita untuk menumbangkan kerajaan
yang sedia ada. Orang cakap lagi, politikus itulah sebenarnya susur
galur-salisilahnya berasal Zuriat suci Ahli Cinta yang berkahwin dengan Puteri Raja-Raja
Purba Pulau Sebulat Bulat. Sejak hari itulah sang penyelamat tadi gigih
mempromosikan idea biar pembangkang kuat, rakyat dapat nikmat.
Sama ada benar cinta, atau semata sudah
dijanjikan habuan jawatan jika Partai pembangkang berjaya memerintah, itu tak
berani tukang karut ini menebak-nebak apa-apa. Tukang karut ialah seorang yang
perlu berpendirian berbaik sangka, walau ikut mazhabnya, tidak salah berburuk
sangka pada golongan Cinta-Cinta ini sebab sudah difatwakan oleh orang agama
parti pemerintah yang kumpulan Cinta-Cinta ini sesat. Tapi tukang karut masih nak berbaik
sangka juga, ntah atas sebab apa, ntah. CINTA??? Oh no, Heaven Forbid, OMG OMG.
Oh ya atas sebab bab baik sangka ajelah, simple-simple gitu, now can you alls
semua berbaik sangka dengan situkang karut ini buleh tak? seperti ajaran dan
pesanan Imam besar tukang karut agar berbaik sangka waima dengan orang yang tak
sependirian, seideology, sefalsafah, seakidah dengan kita. Dan ajar pesan baik
sangka ini kemungkinan besar disandarkan terus dengan ayat kitab besar sakti yang
berbunyi begini:-
“Tolaklah kejahatan
yang dituju kepadamu dengan cara yang lebih baik; dengan demikian orang yang
menaruh perasaan permusuhan terhadapmu akan jadi seolah sahabat karib”
Cara lebih baik itu dengan berbaik sangkalah
agak-agak tukang karut begitula kiranya.
Namun ada satu perkembangan politik yang
berlaku berdebang-debung-bergeme-gema muthahir ini sebelum Pilihanraya Besar
akan berlangsung tidak lama lagi, yang menurut kata tilik, para dukun, iya inilah
eventnya, inilah peristiwa besarnya di mana, sejarah dunia akan berlaku. Fajar
baru yang dipanggil “the new horizon” akan menyingsing, Raja segala raja akan
bangkit membawa kemakmuran total kepada dunia yang serba daif dan sengsara ini”
i.e menyebabkan suasana dunia akan bertukar tak lama lagi, yang benar-benar HAK
akan merampas hak dari yang BATIL. Wallahuaalam.
Apa ke ceritanya, besarnya itu? Pulau kecil
yang lama sudah jadi sarang pendatang yang berperangai macam tikus yang kuat
beranak dan pengotor dan bakal membawa penyakit berjangkit ke Pulau Sebulat
Bulan yang permai (seperti yang diuar-uarkan), kunun-kunun kata bukan nak
dibersih/putihkan. Tapi katanya pemimpin terdahulu yang masih liat mau mati
bercadang pula mau bagi naik taraf Pulau kecil itu dan mengiktiraf penduduknya
sebagai rakyat sejati Pulau Sebulat Bulan.
Maka berketak-ketuklah pembangkang
berbising-bising tentang Penduduk pulau kecil tersebut. Kerajaan yang sedia ada
percaya, jika di-upgrade-diajar cara beranak-berak-kencing yang betul, Pulau
kecil akan semurni Pulau Sebulat Bulat dan makanya, tak perlulah penghuni pulau
Sebulat Bulan risau-risau akan penyakit yang bakal berjangkit. Kerajaan yang
sedia ada lebih bimbangkan Penduduk Pulau Sebulat Bulan yang buat masa ini
kurang gemar beranak sebab terlalu lebih suka main permainan video game dari
Tanah Besar. Baik video game yang legal, mau pun illegal. Semasa Akauntan
Kerajaan imbangan bayaran kerajaan, dia dapat mengesan ada pengaliran wang
keluar yang masuk ke situs-situs game dan fantasi yang, atau bahasa lembaran
kerja kedudukan kewangan dan kunci kira-kira di tulis sebagai Perbelanjaan
keluar dari urusniaga Hiburan orang Dewasa atau bahasa Inggerisnya “Adult
Entertainment” yang banyak dibangunkan di Tanah Besar.
Pemerintah merasakan bahawa jika keadaan ini
terus berlaku, sekurang-kurangnya anak-anak manusia yang padat macam anak tikus
di Pulau Kecil boleh dilatih, diasuh, digaji untuk berkerja di perindustrian
yang tak boleh ganti mesin di Pulau Sebulat Bulan juga. Lagi pun anak-anak
Pulau Sebulat Bulan, mana mungkin mereka mau berkerja membasuh kaki, tangan,
memandikan para pengunjung Pulau Sebulat Bulan itu. Kalu jadi gundik peneman
pelancong, jadi biduan atau biduanita, penyair, pemuizik mungkinlah mau jugalah
mereka. Suruh cuci-cuci itu ini minta maaflah….bahkan mereka pun suka jika dicuci-cuci
setelah kotor melayan sesetengah pelancong yang memang kotor-kotor berdebu,
sehingga terlekat kotor debu semasa mereka mengeskot, melayan waima beramah
tamah dengan pelancung tadipun bule terlekat debu kotor mereka, yang kalau tak
dicuci betul-betul hah itulah jadinya, jadi mengikut tegar laman-laman hiburan
dewasa kepunyaan kawan-kawan pelancung kaya yang memang suka dan minat lagi
kreatif mencipta hiburan demi hiburan yang macam-macam lagi beraneka ragam.
Dan lagi sebagai gundik/escort, memang sudah diwajibkan
mereka mengambil ubat pencegahan kehamilan. Wah bertambah parahlah krisis apa
yang ahli sosiologi dunia kata sebagai Aging Population & declining
fertility di Pulau yang aman damai dan jadi syurga Pelancung itu.
Lontaran idea debang-debung dari pemimpin
vateren yang dah tak lagi memerintah tapi masih lantang suaranya ini semacam
dihidu sebagai sesuatu yang tak menyenangkan puak-puak cinta-cinta, seolah dia
merasakan yang kedudukan cinta akan terancam jika puak pengotor beranak tanpa
cinta macam tikus, tadi diberikan pengiktirafan kerakyatan Pulau Sebulat Bulan.
Pun begitu tukang karut percaya Pemimpin Veteran itu sekarang hanya menggertak.
Menggertak Muda-mudi baik lelaki-wanita yang leka bercinta dengan kucaha-kucahan
air liur muah, muah muah “on line” , sykep dan sebagainya, tanpa berani
menemukan dada ke dada, mulut kemulut, dan lutut kelutu itu di alam nyata. Atau
juga dia gertak pemuda-pemudi yang ghairah mau kerja jadi eskot pelancung,
penyair, biduan, tukang karut, mau pun biduan/biduanita. Pulau Sebulat Bulan
ini bercabang mencapah kegiatan ekonomi yang boleh di buat. Bukan pelancungan
sahaja. Bahkan pakej pelancungan yang melibatkan eskot mengeskot itu pakej
haram, illegal yang tidak diiktiraf sebagai sumber pendapatan Negara Pulau
Sebulat Bulan.
Tapi masih dibiar berlaku atas dasar apa, tak
taulah dan tak kuasalah tukang karut nak menyiasatnya. Itu kena tanya geng
skuad siasat edit 69. Ia sungguh keji dan illegal tapi memang dibiar begitu.
Ada tukang karut yang mengarut, kata perniagaan macam itu perlu bagi memenuhi
keperluan biology suami kepada Tuan-tuan Puteri baik di Tanah Besar mau pun di
Pulau Sebulat Bulan sendiri yang selalu mendapat penyakit tumpah darah
berbulan-bulan lamanya mereka tumpah darah. Katanya lagi penyakit itu datangnya
dari sihir yang dikenakan oleh pesaing Tuan-tuan Puteri juga yang kalah dalam
pertandingan mencari Tuan Puteri yang diadakan saban tika bulan mengambang
BIRU. Memang mengarutlahkan alasan yang
langung tak ada nilai intelek ini. Memang bako darahlah siapa pun yang
mendengarnya, kan. Kalau betul ada sihir
tumpah darah bukan nak dicarinya, sapa yang menghantar sihir tersebut, dibuat
cerita kelakar-kelakar pula jadinya. Mana nak cari sebab peserta yang kalah itu
ramai dari perserta yang menang.
Ok berhenti darah-darah, sambung balik pasal
idea mengikiraf anak tikus di Pulau kecil.
Sebab datangnya ia dari pemimpin veteran yang masih ada power, ia dilihat
sebagai sesuatu yang mengancam. Maka cepat-cepat tukang-tilik-tulis puak-puak
pembangkang di Pulau tersebut mengeluarkan fatwa cinta yang kunun, macam kalau
anak pulau tikus itu diberi taraf kewarganegaraan, mereka akan berbuat kejam
kepada Penduduk Pulau Sebulat Bulan. Mereka seolah takut Penduduk baru Pulau
akan memulau penduduk lama, atau ntah apa-apalah ketakutan yang melanda,
tidaklah tukang karut ini dapat menekanya….
Tapi Ahli-ahli penyelamat terutama yang
menganut mazhab cinta-cinta yang pernah dihukum sesat ini memang itu perangai
mereka, suka benar menuduh mereka yang tidak semazhab sebagi dengki, iri dan
sakit hati akan kelebihan kurniaan Tuhan kepada mereka. Satu dunia irikan
mereka dengan amanah yang diberi Tuhan untuk menjaga kesucian agama Tuhan yang
maha Besar lagi Benar.
Ada konspirasi membunuh mereka dan seluruh ahli
keluarga mereka bukan sahaja di alam nyata, tapi juga di alam internet, mereka
sering jadi mangsa, teman-teman wanita mereka turut jadi mangsa buruan bala
tentera syaitan bertanduk dua dan juga bala tentera dajjal bermata satu. Betul
ka? Sekali lagi tukang karut tak ada kuasa, mau pun kuderat untuk memverifykan
cerita ini, sebab cerita ini lebih berbentuk mistikal yang tak dapat ditangkap
deria kasar kita untuk kita hadap-bicarakan di Mahkamah kasar kita yang
biasa-biasa sahaja tarafnya itu. Bagaimana mereka disiksa pun tukang karut
kurang jelas…kata orang sekali syaitan dan dajjal menyerang, katanya mereka tak
boleh kencing malam, juga yang kata siang harinya mereka terpaksa kencing di
dahi. Alat kemaluan mereka beralih seinci-demi seinci dari tempat asalnya
semasa mereka tidur di malam hari. Ntahlah wallahualam. Apa ke bentuk siksaan
yang ditanggung memang tak jelaslah pada kita. Kesian, memang kesian. Tapi
itulah, syaitan dan dajjal ini makhluk mistikal, kita tak nampak. Kesan kejahatannya
juga tak nampak. Kita tengok mereka biasa-biasa aje. Tapi bila berada dalam
toiletlah baru tau rupanya mereka terpaksa kencing menonggeng di mangkuk
tandas, dan orang gila aje yang sanggup tengok kawannya berqada’ hajat dalam
tandas. Jadi so far, cerita-cerita kena buli kena siksa dengan bala tentera
Dajjal & Syaitan ini memang sistem verifikasi cerita/dakwaan yang spesifik
untuknya masih belum dibangunkan lagi. Yang tinggal hanyalah baik-sangka tukang
karut terhadap mereka-mereka yang mengaku telah dipilih Tuhan untuk menjaga
kesucian agama Tuhan yang Besar lagi Benar ini.
Oklah apa karut besar kali ini. Oh Ahli Mazhab
cinta-cinta yang dikata kounun ada kuasa tilik-tilik intai kuak screen masa
depan. Ya ya ya….salah satu kurnia besar yang ada pada mereka, ialah mereka ada
kuasa melihat apa akan berlaku pada masa depan. Ada tukang karut kata mereka dikurnai
time machine yang membolehkan mereka bergerak rentas masa dan zaman, iya macam
siri kartun DOREMON tu. Tak taulah betul ka atau tidak…so bila mereka dah ke
masa hadapan, itu agaknyalah tu, mereka dapat lihat anak tikus pulau kecil memanggang penduduk asal Pulau Sebulat Bulat
Bulan.
Namun satu yang tuntas, yang sudah berlaku di
time zone real pada masa ini ialah di Pulau yang terletak di Selatan Pulau
Sebulat Bulan, ntah apa nama pulau itu Costadinaroraturitadewa ntah apa tah…atau
tukang karut lebih suka panggil sebagai
Pulau Sekangkang Anjing, sempena nama diberikan kepada pemimpin tua mereka yang
gemar nyalak itu ini, sudah berlaku, penduduk asing yang diimpot dari Tanah
Besar sebagai respond kepada masalah Penduduk Pulau yang culas beranak, sudah
mereka berjaya. Berjaya-jaya di Pulau baru, sampai boleh naik Ferari, dan
dilanggar mati kataklah pula Penduduk asal Pulau sekangkang Anjing yang gemar
berjoging waktu dinihari dari bermesra-mesraan dengan pasangan masing-masing itu.
Jadi agaknya memang puak mazhab Cinta-cinta memang
tak ada time machine, pun. Menurut Einstein idea time machine memang karut!!!!.
Tapi mereka mengambil iktibar dari peristiwa keramat yang berlaku di Pulau
Sekangkang Anjing itu dan menebak-teka, kalau anak tikus Pulau kecil diberi
muka, tak mustahil satu hari nanti penduduk asal akan terancam.
Maka menjeritlah sang penyelamat yang digossip-gossip
riakan sebagai sudah menganut mazhab Cinta-Cinta sebagai berseru dengan atas
nama Penghulu segala CINTA, seruannya berbunyi begini:-
“Beware! Whoever is cruel and hard on a Cinta-Cinta
minority, curtails their rights, burdens them with more than they can bear, or
takes anything from them against their free will; I will complain against the
person on the Day of Judgement.”
Sebenarnya nobody in Pulau
Sebulat Bulan have a heart to be hard on anybody, pooon, bila masalah pulak
orang rampas hak dia, tak ketahuanlah pula kita. Setahu tukang karut, penduduk
Pulau Sebulat Bulan relativenya bersifat pencinta. Namun bila ada yang mau
lihat lebih mencinta, takkan ternampak dia lebih mencinta, jika tak karutkan
satu watak gelap yang mengerikan sedang berlegar-legar dalam kalangan sesama
penduduk Pulau. Dan pihak yang selalu kena tempek/tuduh watak gelap itu ialah
Pemerintah Pulau itu sendiri dan juga pegawai dan pelaksanaan yang akur dengan
arahan dan tak reti/malu/rasa tidak cukup bagus untuk kecek hodoh sesuka hati pasal
pemerintah.
Hakikatnya semua kita CINTA…….
Cuma kadang-kadang itu
perangai Puak Cinta-cinta ini memang agak melampaui batas, bermain dengan emosi
dan psikologi melampau, menjerit-jerit kunun mereka terinaya, diinaya dan
ditidas, tertindas. Dan sememangnya begitulah pembawaan perangai Puak
Cinta-Cinta ini, yang pendendam sukar memaafi khilaf sesama saudara yang memang
terkadang itu bikin sesetengah orang macam tukang karut yang sedang tengah
mengarut ini lemas dan cuak. Ngeri.
Atau mungkin kerajaan
pemerintah patut juga mengkaji semula fatwa sesat yang pernah dikeluarkankan
dulu untuk meredakan sedikit dendam di hati puak Cinta-cinta ini. Jika mau
iktiraf anak tikus Pulau Kecil, iktiraf jugalah cara ekspresi CINTA Puak Cinta-cinta ini. Biarlah mereka bebas
mengekspresikan cinta mereka. Jangan disekat. Mereka nak berbantai, mereka nak
pukul-pukul diri, berdarah-darah, meratap macam orang gila, sebagai ekspresi
CINTA, biarlah. Lagi pun setahun sekali sahaja mereka meroyan-royan tahap ekstream
begitu. Hari lainnya mereka ok aje. Kalu dia jadi rakan sekerja kamu, tak akan
dapat kamu hidu rupanya dialah yang menyalak-nyalak menangis-nagis meratap hiba
pada hari peringatan Cinta yang mereka wajib sambut tiap-tiap tahun itu. Sebab
dia bukan menagis, dia melalak, meraung, guna suara bukan air mata. Kalu
menagis betul memanglah akan jadi sembab-sembab, bengkak-bengkak mata mereka. Dan
kalau jika rakan mu itu memang jenis kaki suara power, meraung melalaklah banyak
mana pun suara tetap maintain, tak pecah. Kan mereka ada anugerah istimewa dari
tuhan, salah satu lagi anugerahnya itulah suara yang kuat bagus dan mantap.
Cuma para politikus yang
mempergunakan CINTA untuk kuasa itulah mereka semacam disampuk HANTU CINTA, 24
jam sehari 365 hari setahun mereka meracau-racaukan CINTA, kedamaian, cahaya
dihujung ufuk, sesamarataan, sebangsa, sejiwa dan yang ntah apa-apa tah lagi. Mereka inilah yang menghasut sesama kita agar berantakan dan saling menaruh syak-wasangka sama
saudara. Tak taula kenapa mereka jadi macam itu, sama ada demi cita-cita politik, atau saja-saja aje nak puaskan
rasa dendam luka kesumat di hati yang sentiasa dipelihara dengan baik agar
tidak sembuh-sembuh tak taulah kita.