Friday, August 3, 2012

Sosialis ka dia?


Oh ya saya kata saya nak tulis, kunun nak bedah to see if betul atau tidak DAP itu parti sosialis. Tak payah bedah pun, bila kita berdepan dengan politik, kita guna ilmu persepsi. Dan guna persepsi awam yang biasa-biasa macam saya. Jangan guna pendapat ahli akademik yang ada sijil, ijazah, master, phd dalam bidang sains politik. Guna persepsi orang-orang yang tak ada masa/malas atau IQ nya hanya boleh bawa untuk baca bahan bacaan berbentuk hiburan, gossip yang rendah mutunya. Persepsi rakyat yang membentuk majority pengundi.

Orang macam kami ini mudah sahaja perkiraan dia DAP=PAP. PAP kawan Israel. Israel/zionis=pemodal/banker/pelobi yang kaya-raya.

Sekadar, kita pandai-pandai nak letak, kalau dah MCA kapitalis, DAP mestilah sosialis itu itu hanyalah satu pendekatan yang agak aneh, namun tidak juga boleh diperkecilkan akan kebolehannya mengubah persepsi pengundi.

Ia bila kita semua buta, kita tak kenal, sosialis tu lagu mana rupa bentuknya, terkadang kita hanya terima aje apa orang kata. Samalah seperti kita yang tak kenal ahli-sufi, siapa-siapa sahaja, mana-mana sahaja individu yang berpakaian seperti saya, boleh berhujah menggunakan ayat Quran, dan bila meramal itu-ini, kena, jadi-menjadilah pula, maka terpengasan-pengsan sebahagian dari kamu menyangkakan orang seperti kami  adalah ahli sufi peramal hebat yang bakal mengalahkan rekod kehebatan ramalan, peramal handalan dunia,  Nostradamus. Dan, dengan secara tidak sengaja, kita mendown-gradekan mereka-mereka yang sedang berjuang mencari kesempurnaan spritual sebagai ahli nujum sahaja?


Jika ada diantara kita yang silap mencari sufi, atau kita cari sufi hanya semata-mata mau lihat future untuk apa sebab, hanya kita sahaja yang tahu, tidak mustahil juga kita tersilap dalam memaknaai sebuah perkataan yang disebut sebagai sosialis. Mungkin kita terlalu rindukan sosialisme sampai siapa-siapa sahaja yang kayuh basikal dan menyalak memperjuangkan hak kesama-rataan rakyat kita bantai semuanya sosialis.  

Masa dia miskin,belum jadi YB jah dia naik kapal terbang kelas rakyat, kayuh basikal, bila dia dah jadi YB, cubalah buka mata tu luas-luas. Jangan jadi macam kawan saya yang terkejut beruk bila lihat pemimpin-pemimpin pujaan hati dia naik kereta mewah, pakai baju mahal pada majlis-majlis kenduri kawen, anak pemimpin yang lain.

Kesimpulannya saya kata DAP hanyalah sebuah boneka kepada satu lagi entiti politik yang lebih besar yang datang dari selatan tanah air kita. Kamu boleh teruskan mencanang formula laga-laga MCA Kapitalis, DAP mesti sosialis, MCA jahat, DAP baik itu. Dan, saya percaya tak sedikit orang yang akan terpengaruh dengan formula yang sangat alien ini. tapi tak alien bila hidup kita dibataskan dengan "kalau tak putih mesti hitam, kalau tak ayam, mesti musang, kalau dah sekor tu ayam, tak mungkin yang lagi sekor tu ayam juga, musti musang" walau pun kita ada dengar "musang berbulu ayam", masa kita sekolah-sekolah dulu.

No comments: