Kawan yang baru pulang dari kenduri
nikah-kawen-kawan-teman-seperjuangan di university merungut-rungut akan perihal
walimah yang serba mewah lagi meriah. Kawan rasa tertipu dan pada masa yang
sama kawan lebih sebenarnya tertanya, mana datang duit banyak-banyak bikin
kenduri yang sangat gah sedangkan, selama di university kawan sangat percaya
jemaah yang kawan sertai sangat simple.
Iyalah kawan sama kawan bukan orang kaya, pun, mak mentua
kawan pun 2x5 aje, biasa-biasa saja. Di
saat itulah kawan dapat menyaksikan suasana ironi, yang sama-sekali kawan tak
sangka. Kes terkejut beruklah gitu. Pada satu ketika dulu pemimpin yang datang
melawat kawan di university dengan keadaan yang sempoi rupa-rupanya mengenakan
jubah yang sangat gah dan menaiki kenderaan yang sangat pergh!!! Melopong kau
jang nengok eh.
Itu cerita dulu, kawan pun bukan jenis yang suka beruar-uar,
bersiaran. Setakat bising-bising dengan kawan-kawan yang sama jenis tak kuasa
nak uar-uarkan benda-benda pelik/contradict pasal perangai pemimpin-pemimpin
yang dilihat khalayak sebagai memperjuangkan Islam. Tak ada faedahnya membuka
pekung orang, sedangkan diri sendiri pun bukannya bebas pekung, pun.
Namun tahun demi, tahun berganti, keadah manusia bersosial,
berkongsi maklumat, kian berbeza membolehkan benda yang kalau boleh kita nak
sorok, makin nak sorok makin terdedah. Memang saya sebagai umat Islam walau tak
menyertai mana-mana parti, saya malu dengan perbuatan segelintir pemimpin kita
yang ntah-apa-apa-tah. Dari skandal kewangan hinggalah keskandal rumahtangga.
Apa yang mereka dakwa-dakwi sebagai makanan ruji kepada musuh mereka, tiba masa
tersebar-terbongkar, mereka pun 2x5 mereka pun turut makan juga.
Ke mana ntah mereka
campakkan Al-Quran dan hadis, sehingga mereka pun 2x5 terjebak dengan masalah
sama seperti lawan mereka, itu satu persoalan yang sangat menghairankan sesiapa
sahaja.
Mendepani keadaan yang sangat mengerikan ini, saya jadi
takut, takut, jika di masa hadapan aish nauzubillah kata-kata paku dulang paku
serpih itu betul-betul kena batang hidung saya sendiri. Memanglah kita ini
manusia yang sangat lemah. Hanya Allah sahaja yang mampu membantu kita. Ya
tuhan, janganlah aku ni jadi paku dulang paku serpih.
Cuma saya memikir, memikir, masih wujudkah lagi pemimpin
yang tak tenggelam dengan cara-gaya-hidup the rich & famous, dalam zaman
yang memang memberikan kemewahan pada orang politik.
No comments:
Post a Comment