Saturday, August 11, 2012

Moving on with Life Part II


Dan seterusnya life saya ialah sessi-sessi ulang-alik jumpa pakar sakit psikiatri hospital kerajaan. Saya tidak ada apa nak dikomplenkan. Ada juga berubat cara kampung, tapi orang kata baik berubat cara Bandar.  Cara kampung ini banyak benda yang mistikal, bukan saya tak percaya unsur mistik tapi itu biarlah kita berpengang dengan sesuatu yang konkrit. Mungkinlah sebab saya dianugerahi bapa saudara sepupu-dua pupu yang mempunyai pelajaran yang agak baik jika dibanding dengan penduduk kampung yang lain membuatkan saya lebih terpengaruh dan percaya dengan rawatan cara moden.

Dalam senang ada juga susahnya jadi orang sakit mental ni. Orang tak percaya sama kita. Pernah satu ketika dalam kerjaya saya, orang ambil semua kerja saya dan saya disuruh berkerja sebagai budak pejabat sahaja. Tapi itu semua telah berlalu.  Hari ini semua sudah ok. Bahkan saya diamanahkan menjaga 2 tanggungjawab berbeza, sekali gus. Saya kena jaga rekod hasil, pada masa yang sama saya kena jaga bajet.

Itu satu kepercayaan yang sangat mengharukan dan tidak akan saya persia-siakan. Oh pasal jodoh? Pernah juga selepas sakit itu saya dilanda mabuk kasmaran. Tapi takat itu ajelah. Nak kata bertepuk sebelah tangan tak juga. Saya akur dengan kehendak, standard piawaian status sosial keluarga pihak lelaki. Kakak si jejaka tak setuju. Meraka adalah tu pilihan yang lebih sekufu dan setaraf bukan sahaja demi kebaikan adiknya, tapi demi kegemilangan masa depan sosio/politik/etnik mereka juga. Saya ini pula, orang ambitious-ambitious nak ubah itu nak ubah ini, ni saya memang ngeri sikit. I’m a naturalist /firm believer of Adam Smith's “Law of the invisible hand”

Itu sahajalah yang saya boleh ceritakan pasal cerita cinta saya.

Period. TITIK. 

No comments: