Minggu lepas sambung hingga ke minggu ini heboh pasai Anwar
buat cerita kunun Tun M yang mohon bantuan luar dan dia yang hero, tolak
bantuan tersebut. Kemudian Tun pohon lagi lepas dia masuk penjara. Maka puak-puak yang dok harap sangat UMNO be
Endlah, pun menyeru-nyeru Tun supaya menghentikan fitna.
Keluar pula cerita kunun Tun Mlah sebenarnya anggota
Freemason. Freemason ini sekumpulan orangg elit yang memuja dan membawa agenda
syaitan yang mereka panggil sebagai Lucifer. Kunun musibah yang berlaku, aib
yang menimpa semua adalah “rancangan/konspirasi/idea/mastermind” Lucifer yang digerakkan oleh Tun sebagai wakil
pelaksana di bumi Malaya ini. Kalau anda gemar tengok cerita-cerita syaitan, agak-agaknya
kan ntah-ntah Lucifer ini sudah meresap/ meminjam badan Tun. Memang nak pecah-perut gelaklah kalau
memikirkan kemungkinan yang sebegini.
Tapi buat kata orang pun kalau dia datang dari kerani cabuk yang
memang tiap-tiap 4 bulan sekali jumpa pegawai kesihatan mental ko bulehlah kata
aku dah gila isim dan sebagainya. Tapi kalu ianya datang dari seorang yang
highprofile macam Anwar, sungguh tak kenalah jika kita merendah-rendahkan
individu/personality yang sangat tinggi seperti beliau hingga ke tahap itu. Maka
untuk menunjukkan kita ini bangsa yang beradab, terpelajar lagi bertamadun tak
kurang tingginya juga, kita kata ajelah emosi, isu yang ditimbulkan oleh
Pemimpin tertinggi pembangkan itu sebagai PARADOX.
Sama ada kita mau percaya atau tidak akan paradox ini satu
kenyataan, terpulang. Bagi saya yang tengah teruja nak sign SBPA dan sakit hati
dengar cerita kunun saya masih tak dapat lagi pegang borang opsyen yang
sepatutnya saya pegang hari ini, sebab presiden CUPECS nak jumpa PM dulu,
mestilah saya akan menyakini apa yang saya baca dalam artikel ini bagi
membolehkan saya berkerja dengan tenang, gembira dan aman.
Bagi nak sedap hati saya cakap sahajalah dalam hati itu
paradox-paradox tu untuk orang makam-makam tinggi, kasyaflah tu. Saya ni cuma
dikurnai Allah pandangan yang kasar-kasar aje. Paradox-paradox, memang saya tak
nampak. Saya nampak dalam video lucah itu muka iras Anwar, dalam lif pun muka
iras Anwar, dalam video yang menari-nari gelek sakan pun iras Anwar, yang
menyanyi-nyanyi itu pun memang sah
Anwar. Kalu ada yang berhujah itu bukan Anwar, tapi lelaki yang serupa, atau
pakai topeng mission impossible itu saya tak boleh nampak ke tahap itu.
Untuk itu saya berdoa moga saya tak mati disambar petir,
atau ditimpa hujan batu kerana tak mampu nak mempercayai kemungkinan benar paradox
yang dibawa oleh seorang pemimpin negara yang diangkat oleh isterinya sendiri
sebagai Pemimpin Anugerah Tuhan.
No comments:
Post a Comment