Baru balik dari PD dan nak kata penat itu tidak, tapi tengah
berada dalam kesakitan yang teramat. Bukan saya sahaja yang sakit, semua
peserta kursus sakit. Saya sakit sebab saya rasa sebab terjatuh ketika main
bola tampar pantai. Adik-adik muda pula mendodoi-dodoi sakit tika turun-naik
tangga bas, sebab mereka kata kita main game tak bikin warm-up, starching bla-bla-bla.
Saya belum lagi, mungkin tak brani nak sound pegawai sukan yang lain kali kalu
nak ajak kami main apa-apa kena senam-robik dulu.
Tapi ni memang sakit gila ni bukan sebab pegawai sukan tak
aturkan acara warm-up beramai-ramai, tapi sebab tulah jatuh telepok atas pasir.
Puas tuam-tuam sakit juga. Aii ai ai macam mana nak teman kawan main bowling esok ni? Ni sebenornya nak ngadu bukan pasal
sakit fizikal. Ni nak cerita pasal bengang kena kritik.
Well, saya bukan jenis yang tak boleh terima kritikan, tapi
saya kena kritik depan-depan orang ramai. Hada ka bos saya tanya apa saya dah
bikin penambah-baikkan nak mengurangkan berat badan. Sistem perkhidmatan awam
kita dah tak boleh ada orang gemuk, atau mengamalkan fatism ka? Saya tidak
fikir begitu, tapi kita harus realistic yang pembayar cukai tak suka orang
gemuk. Realiti orang di Malaysia, walau mereka tak berani nak mengaku mereka
memang malu dengan orang gemuk. Duduk di Pejabat Pelajaran ni semua orang
tengok, kalau orang datang tak dilayan, orang gemuk juga salah, kalau ada
kaunter tapi tak ada orang duduk di kaunter, orang gemuk juga yang salah, ada
gossip berbentuk fitna, orang gemuk jugalah yang dituduh kunun punca pembawa
fitna tadi.
Orang gemuk tak usah ambil hati sangat pasal perkara ini. Ko
nak kerja, ko nak maju dalam kerjaya ko kenalah buat apa yang patut-patut. Lagi
pun kat Melaka ni cara orang nak kuruskan badan macam-macam ada, pilih sajalah
cara yang termampu.
Kita nak kerja umur sampai 60. Kita kena ada perancangan dan
stratergi ke arah itu. Kesihatan memang perlu dijaga. Allah tidak mengurniakan
kesihatan tanpa usaha. Gemuk-gemuk ini mengundang penyakit. Apa kita dah bikin, apa kita sudah buat, kita
tak usahlah nak canang-canang sangat kat orang, kita tunggu ajelah 20, 30 tahun
lagi. Saya malas nak layan bos tu bila dia tanya, soalan macam itu, saya cakap
aje saya memasak dan buat kek coklat banyak-banyak. Ha ha ha… orang Melaka kata
bagi jawapan bako darah, korang ni semua, tak ada yang menyejukkan, “panas” aje kalau aku tengok tau!
Hah bila dia dah terbakau, ambik ko, berdas-daslah ko kena
tembak. Tapi ada saya ada sebutir peluru yang kalau saya tembak dia balik mesti
dia terkedu….(nanti ko cikgu, siap ko, sikit hari kenalah tu) he he he. Kami
bukan bergaduh, tapi itulah saya dan bos saya, macam anak beranak. Idaklah saya
bergaduh, tapi kalau dia nak saya kurus, dia dan anak-anak buah dia yang lain kenalah
‘layan’ saya bersukan. 1 Staff 1 Sukan,
barulah tahun depan penyertaan kita di carnival sukan jadi real dan terancang,
bukan macam tahun ini, pakai main tangkap muat, main tembak-tembak aje.
No comments:
Post a Comment