Thursday, December 8, 2011

FATIST, FATISM


Macam saya tulis semalam, bos saya mau pun orang besar yang ada perkhidmatan awam ini belumlah lagi mengamalkan polisi fatism. Biasa bos-besar ini orang lelaki, mereka ni memang pencinta wanita, walau macam mana “panas” pun perempuan itu dah bikin. Kalau ada lelaki Islam yang fatist, habislah, susahlah saya. Nak cakap tak ada langsung lelaki Melayu/Bumiputera Islam macam itu, tu mungkinlah tak betul, adalah tu, tapi kita belum lagi seteruk Amerika yang menganggap gemuk itu musuh utama yang perlu diperang habis-habisan. Kita pun belum sampai ke tahap Singapura lagi, tapi sikit-sikit itu memang lama-lama kita akan sampai juga ke tahap itu.

Contoh kita sudah ada 1 Murid, 1 Sukan. Tidak lama lagi mungkin kita akan memantau dan menahan pelajar-pelajar yang beratnya melebihi umur selepas waktu sekolah untuk latihan jasmani. Saya tidak fikir benda ini sebagai tindakan dari pemimpin yang fatist, tapi pemimpin yang realistic. Memang manusia macam itulah mereka, makin mereka banyak pilihan, mereka akan memilih yang terbaik, penjawat awam sepatutnya diisi oleh mereka yang terbaik sahaja. Saya percaya Islam pun tak galakkan umatnya gemuk-gemuk sangat pun. Sebab itulah tadi, gemuk itu mengundang penyakit dan Islam adalah sebuah agama yang lebih menggalakkan pencegahan dari pengubatan.

Macam saya ni, kat tempat kerja ada pegawai sukan, ada gelanggan tenis, ada meja pimpong, petang-petang kalau tak hujan ada seman-robik Isnin, Rabu dan Jumaat, kalau hujan on the way nak balik kerja ada Gym Rakyat di Ayer Keroh, ada kolam renang standard olimpik di Pusat Akauatik Hang Jebat yang berbumbung dan kalis hujan, kalau saya tak maintan kecergasan yang sepatutnya, tak bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu memanglah saya ini seorang keji lagi kufur nikmat namanya tu.

So fikir-fikirlahkan ingatan bos itu. Bos tegur bukan bos fatist, tapi kalau nanti polisi penjawat awam sampai macam polisi nak masuk tentera, kan saya juga yang terlepas peluang untuk berkembang dalam kerjaya. Dulu lain, sekarang lain. Dulu pun dengar cerita, memang ada satu menteri tu di sebuah kementerian itu, memang dia bilang “floor saya ni saya tak nak tengok orang gemuk” jadi kalau ketua penjaga tempat floor itu nampak ada staff dia yang dah naik berat badan tu, maka akan ditukarkanlah ke floor lain. Orang kata macam itu, betul tak betul tu wallahuaalamlah.

Tapi bos saya di sini tu sebenarnya lain, dia dah lama kenal saya dan dia kesian, setiap kali ada masalah, orang tuduh saya. Iya, memang,  yang terbaru ni kami memang ada sorang staff kontrak yang suka cerita-sana-cerita-sini. Pendek cerita, punyalah ghairah bercerita, sudahlah terfitnakan orang. Dah buat fitna, pandailah pula takut kena ganyang,  dia spinlah cerita kunun dia dengar cerita tu dari saya yang gemuk ini. Di pihak saya, memang saya tidak mahu besar-besarkan isu, mengadu-sana-mengadu-sini, iyakan aje cakap dia, tunggulah lagi 20, 30 tahun, lagi. Kalau nak baca yassin, nak solat hajat minta celaka, yang celaka nanti bangsa kita juga, umat Melayu Islam juga. Jadi istigfar sahajalah banyak-banyak.

Pendek kata, satu benda tu, satu keadaan itu, sesuatu kejadian yang menimpa, kalau kita ambil ia sebagai postif, maka positiflah out comenya, dan kalau kita pandang negetif, maka negetiflah impak yang akan menyelubungi diri kita juga akhirnya.

No comments: