Friday, December 23, 2011

Alahai SBPA


Rumah siap pahat berbunyi? Sesuai ka, kena ka peribahasa ini untuk menggambarkan kisah CUEPECS yang memohon penangguhan SBPA yang sepatutnya di jadualkan pada Januari 2012 ini? Ntahlah ek. Dek kerana CUEPECS bising-bising, maka banyaklah cerita pasal ini. Ramai tak puas hati.

Bagi saya, memang saya agak kecewa juga bila mendapat tawaran opsyen minggu lalu, tapi saya sign ajelah. Kita orang kecil apa mampu nak kita buat. Kita tiada kuasa nak ubah keadaan, melainkan kita menjalani hari-hari kita dengan penuh hati-hati agar tidak sakit hati.

Kenapa saya kecewa? Saya tak sangkalah tawaran yang diterima ternyata tersasar langsung dari tawaran yang diuar-uarkan di kaca TV. Sekilas pandang PM kita bohonglah. Tapi saya tau bukan PM yang sediakan semua itu. Pegawai PM yang bikin. Kenapa mereka buat kerja macam itu. Hanya Allah sahajalah yang tahu.

Kalu nak cerita benda buruk-buruk pasal mereka ini memang banyak, tapi yang pernah saya kenal semua baik-baik dan rajin-rajin belaka. Kalau orang kata ada dikalangan mereka yang kerjanya main golf, bersembang, berpolitik dan main betina, jawatan saya dalam sector awam ini tidak tinggi untuk saya mengenali elit premier ini. Mungkin benar, mungkin cerita mulut yang disampaikan oleh mereka-mereka yang dengki dan iri-hati.

Namun bila mendapat tawaran yang diluar range percentage gaji yang diumumkan oleh perdana Menteri di kaca TV, kita tak buleh tahan orang lain dari sikit-sikit berspekulasi kenapa pegawai tinggi kerajaan ini sanggup buat begitu kepada perdana menteri kita.

Bagi saya yang sekolah tak tinggi ni, saya fikir macam ini, sahaja mungkinlah bila asyik main golf, main betina, minum arak, otak mereka yang bergeliga sewaktu belajar di Universiti dulu sudah jadi rosak. Jadi bila PM assign satu tugas untuk mereka, mereka tak boleh laksanakannya dengan betul dan sempurna. Kira kalau dalam exam tu, cikgu suruh kira, hah kasi gaji orang naik orang jangan tak kurang dari 7% dan tak lebih dari 13%, dia tak tau macam mana nak menggayakannya, dia ambil hentam kromo dan akhirnya, ada orang bule dapat  sampai 100% kenaikkan gaji pun ada.

Pasal kemungkinan konspirasi mereka nak memburuk-burukkan PM supaya kelihatan seperti PM kita berbangsa Melayu, beragama Islam itu seorang yang pembohong, saya fikir mereka tidaklah begitu busuk hati untuk bertindak sedemikian rupa.  Cuma orang kata agaknyalah bila menempah gaya hidup yang merosakkan, otak pun jadi rosak sama. Bila rosak itulah jadinya. Kira-kira mudah pun depa tak boleh nak kira. Depa ingat kita ni semua bodoh dan sama rosak akalnya macam mereka juga, tak mampu langsung mengira peratusan kenaikkan gaji yang ditawarkan.

Apa pun seperti yang saya cerita awal tadi, saya sudah siap menandatangai borang tersebut sebab saya melihat jalan untuk melayakkan diri menjadi ahli Malaysian Institute of Accountant lebih selesa dengan sector ini dari sektor swasta yang ada luar sana. Jadi saya tidak ada banyak benda untuk dibebelkan. You loose some, you win some.  Kalau anda berada di tempat saya, you cannot afford to kalah semua, so kalah sikit pun tak apalah.

Bila kira balik, TV itu hari announce, kerani macam saya akan dapat 9.6% kenaikkan, tapi kenaikkan yang tertera di borang opsyen saya hanya 4.3%. Kurang 5.3%. Tapi tidak mengapa. Jangankan kerana tak puas hati dengan 5.3% saya terlepas peratus yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.

Pasal pegawai tak cekap, itu masalah mereka. Mereka yang buat kerja cincai boncai, mereka hadaplah kemarahan orang. Orang buat kerja tak betul memang patut dibuang kerja sahaja. Tapi kita pun tau dalam sektor awam bukan mudah nak buang orang kerja, sementalah yang buat kerja tak betul tu bukan calang-calang orang. Orang pandai-pandai orang belajar tinggi, elit lagi premier gitu.

No comments: