Friday, July 30, 2010

Jom Makan-makan

Dulu masa kecil, mak akan suruh saya tumbuk lada guna lesung, nak masak asam pedas. Kami cuma berempat saja, jadi tidak perlu masak gulai banyak-banyak, cukup sekadar cilinya ditumbuk saja. Kecualilah bila nak buat sambal tumis, atau ketika musim buah-buahan, cuti sekolah, ramai sepupu datang bertandang, kita akan guna batu lagan kita. Itu pun Busu yang akan menggiling. Berlainan pula dengan keluarga makcik Nab saya. Anak dia ramai, 6 orang. Kalau makcik nak bikin masak gulai asam pedas, Angah terpaksa menggiling lada. Angah tak bulehlah tubuk cili bawang macam saya.

Kalau saya balik rumah nenek di Singapura, Mak Andak pula yang kerja giling cili bawang. Saya akan leka melihat Mak Andak, Anggah dan Busu menggiling cili. Sesekali saya minta cuba, tapi mereka tak kasi, sebab mereka kata saya masih kecil dan tak pandai. Pernah saya mak andak membiarkan saya mencuba menggiling, tapi semua bersepah, tapak tangan pula yang pijar. Habis dia pula dimarahi nenek. Saya perhati, memang lamalah mereka dok sorong tarik batu lagan tu untuk melumatkan cili yang diperlukan untuk masakan. Hari ini saya terfikir, agaknya berapa banyakkah kalori yang terbakar semasa aktiviti menggiling cili itu mereka lakukan.

Mak cerita semasa nenek masih duduk di rumah sewa, nenek dan jiran-jiran akan basuh baju gi paip awam. Mereka pergi mencuci dekat satu jam lebih. Maklumlah nenek anaknya ramai. Ada pula adik yang menumpang duduk sama. Memang banyak kain bajulah. Kawan-kawan nenek pun anak-anak ramai juga. Masing-masing akan bawa baju setimbun gitu untuk dicuci.

Cuba banyangkanlah lagi, berapa kalori yang telah terbakar. Dan yang paling menariknya, hanya otot lengan yang berkerja. No wonderkan bahagian dada dan lengan mereka tidak terjejas, kekal cantik walau beranak ramai mana pun. Tak ada orang pun ribut-ribut nak beli losyen inilah, itulah, cucuk kolegenlah, botoxlah untuk memejalkan apa yang dah kendur.

Lama dulu memang saya sangat terkejut bila seorang selibriti tunjuk dia cucuk kolegen bukan saja pada muka bahkan pada bahagian lengan juga. Saya terkejut yang mengelebeh buleh jadi pejal dan cantik balik dalam masa yang singkat. Hari ini saya terbaca ada teknologi baru, gosok-gosok dengan alat khas, buleh bantu rantaian lemak di tempat yang degil terurai dan dibuang melalui salur kencing. Jadi yang terbonjol-bonjol tu semua hilanglah. Amboi senangnya. Ada pula sauna yang portable. Boleh diangkut kesana-kemari dengan mudah dan selesa. Semua-semua benda ini tercipta untuk membantu membuang lemak yang degil.

Saya terfikir balik sebagai umat Islam bolehkah kita membazir duit cara begini? Maksud saya dah terlebih makan pun satu dosa. Akibat terlebih makan, terlebih lemak, terpaksa pula bayar untuk buang lemak. Memanglah saya sudah berkira nak pergi pakai mesin buang lemak tu. Tapi saya takut dosa jadi berganda. Sama jah macam tabiat perempuan berzina, mengandung, lepas tu pi gugurkan anaklah pula.

Ya true dosa terlebih makan idaklah sebesar dosa berzina, tapi dosa tetap dosa. Ayah kata, ramai orang masuk neraka bukan sebab dosa besar, tapi sebab dosa-dosa kecil yang berkumpul bertempek-tempek, jadi gunung. Makan memanglah tak berdosa, tapi saya tak pernah pula terfikir nak memuhasabah tabiat makan saya. Adakah tabiat makan saya selama ini telah menjurus kepada satu perbuatan maksiat. Maksiat terlebih ikutkan nafsu makan.

Kenapa tak bikin equation calorie intake must be equal or about the same to calorie burn? Kalau bikin perkiraan begitu, perut saya akan sentiasa rasa kosong dan macam ada lubang gitu. Nak buat kerja pun tak boleh focus. Alternatives yang saya ada hanyalah meninggikan pembakaran kalori. Itu ajelah. Aduh, malas sungguh nak ribut-ribut mau bersenam nihhh.

Thursday, July 29, 2010

Lengoh



Wah saya punya cardio sistem memang tahap teruk. Really kena tingkatkan sikit demi sedikit. Honestly sejak dapat lesen kereta saya dah lama tak jalan kaki seperti selalu. Otherwise, sampai naik tahun baru pun saya tidak akan dapat berenang from one end of the pool to another end walau end yang pendek tu. Hi hi.

Freestyle tak macam breastroke, kena banyak guna tangan. Tangan kita manalah kuat sangat pun. Paling lemah macam saya cakap bahagian lenganlah. Angkat tangan sikit dah kecepek, lesu masuk dalam air balik. Rupanya bukan saya yang gemuk gedempol lagi mengelebeh ini aje yang bermasalah, kawan yang selim-melim pun dua tiga kuak dah kecepek, tangan tak bule naik lagi dah.

Kami bercakap-cakap sesama kami dan saya cadangkan agar dia google “work-out tricep atau bicep”. Dia cakap tak moh takut nanti tangan jadi macam Arnold susah nak eja. Setau saya muscles work-out tidak akan memberi impak yang sama pada perempuan. Perempuan tidak akan dapat daging yang berbonjol-bonjol dan berketul-ketul. Itu kata instructor masa saya ikuti kursus kecergasan dululah.

Saya percaya apa yang instructor itu cakapkan. Ala kalu nak berketul pun berketullah, yang penting boleh dapat pergi one end to another end of the pool dengan jayanya. Lagi pun saya pakai kerudung labuh apa? Sapa ada mau tengok.

Saya perhati, kita sekarang memang kurang mengerjakan otot-otot lengan kita. Iyalah dah ada blender lada, dah ada mesin basuh. Orang dulu-dulu semua guna manual. Bagi yang ke bendang perlu pula menunjung apa-apa yang patut, mengangin padi dan banyaklah lagi aktiviti yang memerlukan otot-otot tangan kita berkerja. Itu pasal lengan mereka sangat seksi dan cantik-cantik. Mau cuci baju manual? Sori beb, lebih suka terdengeh, tercungap angkat dumbbell dari mencuci pakaian. Karang mesin basuh yang I beli mahal-mahal tu tak gunakan rugilah pula.

Saturday, July 24, 2010

Ambitiousnya Saya



Hari tu saya pergi belajar berenang, ada anak cina ketet umur dalam 4, 5 tahun gitu. Budak tu macam terkejutlah dan rasa funnylah orang gemuk nak berenang. Abeh tu cikgu renang I pula macam terasa, so dia suruh I pergi hari weekdays. Weekdays tak ramai budak.

Kita tak kisahlah, pada budak tu, alah budak, pada dia orang gemuk ni kalau jalan atas darat pun terhegeh-hegeh, cam no lah eh nak berenang? Memanglah mula-mula tu saya terwoble-woble, lepas macam ntah lenguh tangan rasanya. Balik rumah rasa sengal-sengal. Nevermindlah kan back home saya sikit-sikit bikin tricep’s work out, nanti oklah tu. Ya one more thing, improve on my cardio by doing a bit of aerobic activity. A bit??? Huh. My cikgu renang said cycling is good for people like me. Low impact on the joint, kalu nak comparekan dengan berjogging. Aiyyoo this freestyle ini memang memenatkan sungguh. Tercungap-cungap den dibuek eh.

I know, saya yakin, saya akan boleh buat freestyle from one end of the pool to the other end of pool sebelum puasa ni juga. Uish ambitiousnya. Ceh macam bagus jah. End yang pendek tu, bukan yang panjang di tempat terdalam tu. Why not kan, semalam pun dah sikit-sikit bulehlah tu. Kalu tak dapat sebelum puasa ni, tak pelah, janji sebelum masuk tahun baru saya mesti meet my target. Bersemangat-bersemangat-bersemangat. Practice make perfact.

On saparete note, mid term test for Biz Maths situ hari tu, kawan saya sorang dapat A, sorang lagi B-. Hah dapat B- tu pun sebab careless mistakes. Dia bilang kalu dia tak careless memang dia boleh dapat A. Saya memang rasa sangat terkilanlah pasal hal-hal careless-careless ni. Sapa kata anak Melayu tak buleh buat Maths.

Friday, July 23, 2010

KUKU



Weekdays yang lepas, sebelum saya mid term break, saya lepak-lepaklah kat Masjid sebab rasa macam mengantuk sangat, tak larat nak study kat Siti Hasmah Library tu. Kita ni orang kata dah terbiasa kalu masuk masjid mesti pakai sopan-sopan. Kat kat luar sana, ada masjid yang kaya budget akan menyediakan jubah dan tutup kepala bagi wanita yang tak menutup aurat, tapi masih nak melawat masjid gunakan semasa mereka memasuki masjid.

Tapi di MMU ni masjid memang flexible, free hair pun buleh masuk, pakai jeans pun tak mengapa. Saya, orang kata tu memang dah biasa tengok ahli keluarga saya pakai macam itu dah memang kita dah biasa dan tak kisah. Tapi tulah sebelum saya mid term break hari tu, eish memang ringan aje mulut saya nak menegur sorang minah tu. Dahlah pakai baju jarang, kuku pula cat warna pink. Eish, eish. Biasa kita Muslim memang ada yang cat kuku. Tapi mereka cat masa mereka datang bulan.

Saya pun tak mau rasa sendat-sendat dada, tak mau pening-pening, ah lantak kolah budak, lagi pun takkanlah masjid tu tak ada penguasa masjid. Takkanlah dia datang bulan dia sendiri tak tau bila datang bulan tak boleh lepak-lepak dalam masjid? Saya assume, saya tak tanya pun dia datang bulan ka tidak. Kalau tak datang bulan, takkan tau tau kalu cat kuku, bila nak ambil air sembahyang, air tak sampai ke kuku, wuduk tak sah, sembahyang pun tak sah sama?

Ntahlah budak perempuan sekarang ni, takkan benda kecil-kecil pasal basic personal hygiene pun orang luar nak ajar dan bagi tau. Mak ayah dia mana ye?

Thursday, July 22, 2010

Sukati koranglah heh

Ada ulama’ tersohor negara kita suruh orang politik kita berpadu. Pengikut-pengikut orang politik kita pula ada yang berbelah bagi, ada suka bersatu, ada pula tak moh bersatu. Alasan tak nak bersatu ialah mereka tak mau bersatu dengan perompak dan penyamun. Yup itulah gelaran politikus kita yang gian memburu kekayaan secara yang tidak rasional.

Saya? Ntah haku peduli hapa sama mereka. Yang saya nampak memang ada usaha pihak non-Malay merampas kuasa dari tangan orang Melayu. Cara mereka sangat halus. Dakwaan dan lalakan geng yang dah macam kesaruk takut hilang kuasa itu memang ada benar dan memang kukuh juga. Contoh mereka mendakwa ada satu portal yang dibiayai oleh seorang penyangak mata wang dunia, memang betullah tu.

Betul hapanya? Betullah perjuangan eh tak moh tulis penyangaklah, nak tulis apa eh. Ok orang kaya dunialah. Perjuangan Orang kaya dunia ni nak kaya, lagi kaya, lagi bertambah-tambah kaya, sampai tak fikir ada tindak-tanduk nak kaya dia yang menyebabkan orang lain kebulur dan ada yang bunuh diri, terjun tingkat tinggi terus. Dia tau ke tak perbuatan dia bawa keluar masuk duit labur-sana-labur sini tu dah menyusahkan orang, tak taulah kita nak mengatakannya. Yang kita tau orang kaya ni bila dah kaya dia jadi tamak. Apa yang dia tak boleh beli? Semua dia boleh, hatta sebuah Negara pun dia boleh beli. Hah Presiden Amerika pun kalah.

Saya pernahlah berjumpa sekali dan bertelefon berkali-kali dengan one of the wartawan yang kerja kat portal itu. Yang saya dapat tau, berempati wartawan adalah seorang yang pro kebebasan. Bebas sebebasnyalah. Kalu baca komen dalam blog peribadi dia, hada pengomen yang tuduh dia sort of orang benci orang agama. He can’t let go pengalaman pahit dengan orang agama, thus he make wat ah, macam buat bermusuh dengan orang agama sebagai agenda peribadi dia.

Tapi pada saya dia tak macam itu, dia cuma benci sikap orang agama yang berlebih-lebihan, itu aje. Ini mengingatkan diri saya sendiri agar tidak rasa menyampah bila nampak anak-anak dara pakai seksi-seksi ketat-ketat, jarang-jarang, anak muda yang kusut masai dan tak serupa macam saya yang nak kata kemas tu idaklah, tapi menutup auratlah gitu. Senyum Mardhiah, senyum, banyakkan senyum. Jangan senyum dengan orang yang pakai serupa macam ko aje.

Ok berbalik pada mentality kawan tadi. Kawan ini kata dia anarki. So memanglah portal itu sangat anarki dan ada yang menuduh portal tersebut dikuasai dengan anti-anti monarki belaka. Bahkan ada yang tuduh portal itu sengaja menyerang monarki secara halus dengan menghasut rakyat supaya benci dan seterusnya menolak monarki.

Sekarang ni memang dah jelas ada usaha mengambil alih kuasa politik dari orang Melayu. Jadi orang Melayu macam mana? Masih nak berbalah dan bergaduh lagi ka? Kalau nak berbalah pun fikirkanlah kalau kita hilang kuasa apa yang akan jadi. Ulama’ tersohor dah ingatkan kita semua that we can’t afford to lose our political dominance because the price that we going to pay is very high. Suka hati koranglah Melayu heh, nak membaja, memupuk benci, amarah dalam dada sehingga agama jadi taruhan, suka hati koranglah, yeee.

Anak-anak raja Melayu ni pun satu, kok iye orang dah serang korang kiri, kanan bawak-bawaklah rendahkan ego korang tu. Bawak-bawaklah ikut contoh Raja Johor anak beranak tu eh. Duit banyak-banyak tu, bawa sedekah-sedekahlah kat rakyat miskin ni.

Sunday, July 18, 2010

Kalaulah boleh Dua



Terkecoh-kecoh they alls, they alls ni sumer menilik sapa bakal pengganti Najib. Memang ramai orang percaya dan saya sendiri pun percaya UMNO menghadapi krisis pemimpin pelapis. Ramai orang salahkan Tun Mahathir. Uncle saya pula ada teorinya sendiri. Dia kata UMNO lesu dan tak ada pemimpin pelapis berwibawa kerana masalah politik wang. Uncle kata Anwarlah yang bawa budaya politik wang dalam UMNO.

Saya pula ada teori saya sendiri. Saya tidak salahkan sesiapa, tapi saya heran bila jadi orang politik jah sekelip mata mewah. Teori saya ini hasil bacaan karya-karya kreatif dulu-dulu. Cerpen yang dihasilkan selepas merdeka, zaman-zaman 60’an dulu. Ceritanya seputar ahli politik Melayu yang sebelum jadi ahli politik itu mereka merupakan pemimpin pejuang kemerdekaan. Masa tu rata-rata orang Melayu susah. Berapa keratlah yang ada kereta.

Bermaksud mereka pergi meeting-meeting bincang pasal merdeka turun naik kenderaan awam aje. Sejurus kita dah merdeka dan mereka dah jadi YB, tauke-tauke kapitalis pun mulalah bawa itu, bawa ini. Kalau dulu mereka tak kisah naik kenderaan awam pergi turun naik hotel, lepas jadi YB, tetiba jah tak bolehlah pula. Iyalahkan naik-naik bas ka teksi, ka nanti kene serbu orang ramai nak bersalamlah pulakkan. Nanti lambatlah pula sampai kat tempat meeting kan. Jadi bermulalah satu bentuk penjajahan bentuk baru. Penjajahan termakan budi, kemerdekaan tergadai. Makanya selama dulu lagi penjajahan bentuk ini sudah berlaku.

Yang elitis, yang punya modal itu yang berkuasa menentu dasar dan hala tuju Negara. Pemimpin politik Melayu memang tak ada kemerdekaan mutlak dalam membuat sesuatu dasar Negara. Jadilah kita Negara sekerat ular, sekerat belut. Separuh British separuh Islam, terkadang itu terlebih British dari British sendiri pun ada. Orang kata keluar mulut rimau masuk mulut naga.

Jadi yang sebenarnya politik wang itu sudah wujud dalam parti yang memerintah Negara kita sejak-sejak azali lagi. Cuma dulu orang terima rahsuah sorok-sorok, tapi zaman ini rahsuah politik sudah diglemerkan dengan nama lobi melobi. Atau dilemburkan sikit, dipositifkan sikit tonasinya dengan politik wang. Kalau sebut rahsuahkan keras tu, haram, mati masuk neraka, kalau sebut politik wang, kuranglah sikit kerasnya. Ala, masalah disiplin jah antara disciplinary board atas dunia saja. Masing-masing masuk politik jah akan cari pelobi top 10. Kalau orang tu masuk politik tak tau melobi orang itu kolotlah. Itu pasal saya selalu kata kuasa sebenar terletak pada kuasa beli, bukan kuasa politik. Kalau kita banyak modal, kita akan ada lebih berkuasa menentu dasar dalam sesebuah organisasi.

Saya bawakan kisah yang saya baca dalam online note saya cerita pasal Gillete dan P&G. Mula-mula P&G ini mereka beli saham aje, melabur gitu-gitu aje dalam Gillete. After sometimes, ntah macam mana tah saham P&G makin meningkat dan akhirnya ia melebihi 51% pegangan saham, maka kini P&Glah yang memiliki Gillete. Pada 1 Oktober 2005 lengkaplah penguasaan P&G dan berkuburlah Gillete Company.

Dalam politik, pengusaan (pemilikan saham) di”aquire” melalui kuasa undi. Kalau cara fikir berpolitik macam cara fikir orang berniaga….. maka omong-omong yang dulu ramai anggap omong kosong tak logic blogger-blogger muda yang ingin mengkuburkan UMNO, B end memang akan jadi kenyataan.. Logically, once a party kalah dia akan jadi pembangkang, so no waylah parti orang Melayu tertua Negara akan berkubur. Itu kalau logic thinking, two way parti system. Tapi dalam Malaysia ini mana ada 2-way party system. Cuma ada satu, satu satu.

Saturday, July 17, 2010

Selamat beronline


Tengah tengok-tengok tivi semalam keluarlah iklan pasal perkhidmatan baru dari geng-geng cyber Malaysia, Cybersecurity Malaysia yang antara perkhidmatannya ialah menjejak sapa yang suka antar spam emel. Iyalah kan IT IT ni semua di initiate of kerajaan. Dari Tun Mahathir sendiri. Bila ada IT, adalah ancaman-ancaman yang akan menyusul. Sudah tentulah pemikir ulung macam Tun dah fikir semua tu. Sudah tentulah beliau dan think-tank sudah memikirkan makanisme yang boleh mengurangkan risiko ancaman internet ini. Nak expect geng Cybersecurity Malaysia ini hapus 100% ancaman cyber ini mustahillahkan, tapi sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan risko ketika berintenet.

Pernah masa induksi tu ada perserta tu argue dengan penceramah kunun dia nak abstain dari dunia cyber, IT lah gitu-gitu. Takut pengaruh video lucah, endup berdating dengan orang lucah, orang sex maniac tapi berlagak alim, pijak semut pun tak mati, terbernikah pula dengan lelaki pengamal kinky orgy or mass orgy. Iyalah masa induksi tu tahun-tahun awal 2000 gitu, kita kalu internet ni, apa threat utama? Tentulah yang lucah-lucah hajelahkan. Masa tu cyber-marketing kat Malaysia ni tidaklah significant sangat. Masa tu tak de pay-pal lagi, tak de mybank2u, tak de lagi the CITI never sleep lagi. Facebook pun masih tidak ada. Yang ada forum chat aje. Lepas chat-chat pi dating gitu. Ada gak kes di mana kawan dating pura-pura tertinggal beg duitlah, ajak masuk rumah, end-up kena rogol. Itu sebablah peserta tadi, seorang yang masih single, takut nak online-online.

Pendek cerita penceramah, malas nak layan budak pempuan perasan suci ni menceceh yang bukan-bukan beliau pun cantas, “tak buleh, tak buleh, awak nak wawasan 2020, awak kena dedahkan diri awak pada kesembilan-sembilan point yang saya cakap ni. Kalau awak tak mau, itu awak punya pasallah. Nanti bila orang semua dah kehadapan, awak tercicir, jangan jadi drama queen kat opis hasut kengkawan nak jadi ratu reformasi kunun, pergi ramai-ramai turun buat demonstrasi jalanan menentang kerajaan, nak tumbangkan kerajaan ”

Taklah percermah tu teruk dan kasarnya bahasa jawabannya. Budak penanya itu pun taklah sampai menceceh-ceceh cerita artikel dia baca kat majalah wanita yang ada wanita kene rogol gara-gara main internet. Tak sempat nak cerita kut dah kena cantas. Penceramah pula tentulah beliau cakap bagus-bagus, bahasa cantik, bahasa orang intelek, akauntanlah katakan. Saya dah tak ingatlah nak tulis sebiji-sebiji apa yang dia kata, tapi tu lebih kurang samalah dengan bahasa pasar yang saya tulis tu.

Terkedu, terduduk, terbisu, terbiuslah mek yang menyanggah wawasan IT yang terkandung dalam wawasan 2020 tu. Lepas balik kursus induksi, dia pun sikit rajin buka internet. Hari ini dia belajar di university multimedia, hari-hari dia kena online untuk nota dan catatan pensyarah-pensyarah dia walau masa dia mula-mula masuk university dulu dia pernah jugalah kena marah dengan kawan dia, “eish pergilah tengok kat online,” bila dia tanya “kita cuti bila?”

Siapakah Mek bangang buduh yang prasan bagus itu, berlagak, berangan suci seolah-olah dia sedang dalam pertapaan di Gunung Ledang itu? Sapa lagi, sayalah. He he he

Thursday, July 15, 2010

Lonjakan Saujana



Kalau kita seorang yang bijak tidak semistinya kita ini guru yang baik. Orang selalu fikir otherwise. Saya tak taulah sapa yang mencanangkan saya ini pandai matematik, tapi sejak dulu ada aje parents yang approached my mom minta saya ajarkan anak mereka matematik. Masa waktu remaja tengah tunggu result SPM, A level memang saya akan terima job tersebut, sampai pernahlah juga mengajar di pusat tuisyen. Mak memang suka saya jadi cikgu, tapi ntah saya nak jadi prosessional. Kalau nak mengajarpun nanti-nantilah lepas saya gain my professional cert, or membership. Practice dulu barulah konfiden nak jadi cikgu, kan.

Dipendekkan cerita, saya dengan rasa berkobar-kobarnya, memulakan kelas, sementalah maths memang subjek kegemaran saya. Saya ajar, saya ajar, anak murid saya diam aje. Tapi saya peduli apa? Diam tu maknanya fahamlah kut tu. Lagi mereka diam, lagi sioklah saya menceceh kat depan sorang-sorang. Satu hari kawan approached saya dan cakap yang sepupu dia, anak murid saya tak faham langsung apa yang saya ajar. Kira saya siok sndrilah kat depan tu. Mak oii malunya akuhhhh.

Tapi tebal muka saya tak lama sebab saya dapat pula tawaran mengajar sebagai guru ganti di Sharifah Rodiah. Saya disuruh menggantikan cikgu yang bercuti tanpa gaji, ikut suami belajar kat luar Negara kalau tak silaplah. Di sana saya mengajar Georgrafi dan bahasa Malaysia. Semua ok saja, sampai saya diminta ajar accouting juga. Ada yang minta tuisyen lagi. Kira alhamdulillahlah tu, tapi jodoh saya dengan Sharod tak lama, saya dapat tawaran kerja tetap dengan Andersen sebelum saya join Akauntan Negara. Lepas tu memang ada jiran approached my mom minta saya ajar Maths tapi saya tolak dengan alasan bussy, tapi sebenarnya saya tak yakin adakah saya boleh ajar maths.

Baru-baru ini kengkawan saya minta tolong mereka in their preparation for mid term test 1. Carry marks 10% tu. Respond macam ok, tapi saya pula yang cuak. Can they perform? Mana tak cuaknya, malam semalam nak test, siangnya baru minta ajar. Saya sudah bilang weekend tu stay saja rumah saya, mereka tak mau. Ntahlah saya memang wish all the best for themlah.

Saya ini dengan pengalaman lepas, tersiok sendiri mengajar Matematik, dengan soklan matematik yang memang kaw-kaw tahap gila babi gaban tricky dan complicatednya, memang susah hati mengenangkan rakan-rakan yang ambil test semalam. I’ve done business Maths before, so I know, tahap kesukaran yang terpaksa kita hadapi kalau tak cukup latih tubi.

Saya bukannya apa, bila kita mengajar, waima secara percuma, kita deals dengan harapan orang. Kawan saya berharap dengan bantuan saya mereka boleh menjawab dengan soalan periksa dengan baik, kalau mereka blank lagi masa dalam dewan, atau berlaku careless mistake dan menyebabkan markah yang mereka terima tak seperti yang mereka harap, saya bimbang mereka frust.

As for me Matematik bukan subject semusim. To be good in maths you have to do a lot of practice. Not to say alotlah, little-little 3 to 5 short questions, or 1 long question pun also can, but do the exercise consistently. Understanding wise, saya fikir, nak faham matematik bukannya masalah utama as maths adalah lebih kepada kelajuan dan pengecaman. You can achieve this through practice. Lebih banyak latihan kita bikin, lebih senang kita mengecam persamaan dalam permasalahan yang diberi, maka lebih lajulah kita boleh menyelesaikannya. Masa saya belajar dulu pun, SPM saya pun tak lah bagus mana pun, tapi ntah macam mana tah masa A level, ntah tetiba saja rajin. I will wake up at 5.30, do the exercises before solat dan bersiap untuk ke kelas.

I note that apa-apa subject yang sukar lebih senang di serap pada waktu pagi. I don’t know about other people, but for me, wee hour is the best time to crack your brain, lagi nak bikin last minutes preparation, lagilah akan jadi jammed gitu. Could belah kengkawan saya tu last minutes baru boleh absorb kut. Lain orang lain style belajar dan saya perhati anak Melayu memang suka belajar last minutes tapi boleh lulus. Kalau mereka belajar secara konsisten dan berkala mungkin mereka tak lulus kut. Eh saya ni bukan Melayu ka?

Apa pun I really wish mereka dapat markah at least lulus 5 points. If they get lower than that, even saya pun akan rasa down, sikit frustlah. Mereka boleh buat, mereka boleh score, mereka taklah bodoh seperti yang mereka fikirkan sebelum ini (ini merupakan kertas ulangan, last time buat dengan saya, mereka fail), the only thing preventing them from, is lack of practice. I bet, kalu mereka rajin bukan setakat lulus jah, nak score pun buleh tu. Kalu mereka tak lulus, memang sah saya tak pandai mengajar Matematik.

Wednesday, July 14, 2010

Iyekan ajelah heh.

Ayah saya orang PAS yang kuat menyokong Nik Aziz. Bolehlah dikatakan ayah ni dia memang anti-UMNO. Memang tegarlah membabi buta support Nik Aziz. Let say tetiba jah Nik Aziz kata “ambo tok se pakate lagi, ambo nok barese” ayah akan sokong. Kalau hari ini Nik Aziz kata Anwar itu agen Yahudi, ayah jugalah akan mengekor apa cakap Nik Aziz, walau sebelum ini ayah kemain yakin yang Anwar itulah the choosen one yang bakal bawa cahaya yang mengeluarkan kita semua dari kegelapan. Ayah sebenarnya dia memang tak yakin dengan Anwar, tapi dah Nik Aziz kata Anwar penyelamat, ayah kena yakinlah. Itu keyakinan pilihan individulahkan. Dia dah pilih untuk yakin dengan Nik Aziz.

Kenapa dalam hal Nik Aziz ni ayah tak fikir panjang, iyekan aje apa kata Nik Aziz? Adalah ajaibnya Nik Aziz ni. Orang kuat sembahyang malam, orang wara’ dekat dengan tuhan, takkanlah segala tindak-tanduk dia diilhamkan oleh syaitanlah pulakan. Bukanlah kata ayah saya tak kuat sembahyang, Cuma ayah rasa Nik Aziz lagi kuat, Nik Aziz lebih dekat dengan Tuhan, Nik Aziz lagi tinggi ilmu dan pengetahuannya. Saya pun fikir begitu juga. Segala yang terkeluar dari mulut Nik Aziz, segala arahan Nik Aziz, bahkan bukan Nik Aziz saja, tapi kita juga, segalanya atas kehendak Allah.

Kita selalu diasuh agar menyokong orang macam Nik Aziz. Kalau tak sokong kita murtad, kita ajen Yahudi, wali setan. So sesapa yang berani menyalahi Nik Aziz dan kata Anwar bukan penyelamat kita semua tu sendri mau ingatlah. Kalau ada orang tak tidur malam, berjaga malam solat hajat minta kita gila ka, sasau ka, celaka ka, mandul ka, sindri juga mau faham.

Kita mestilah hanya mau kengkawan kita mendoakan yang baik-baik aje untuk kita. Kita mestilah rasa sedih kalau kalau ada orang mau lihat kita binasa, tapi kita harus faham kenapa ada kawan yang mau lihat kawannya sendiri binasa dan sengsara. Mereka bukan saja-saja nak tengok kawan mereka susah, adalah pada persepsi mereka yang kawan mereka sendiri ini akan membawa keburukan pada mereka dan anak cucu keturunan mereka.

As for me, saya minta yang baik-baik dan selamat-selamat saja. Kita pun tak mau Melayu jadi celaka walau kita sering disakiti, rasa terinaya oleh sikap tak serius dan lebihkan nak menjaga kepentingan kelompok elits, orang-orang besar kita. Tapi kita pun kena faham sapalah kita. Kalau kita miskin tak de sijil pelajaran yang tinggi, memang itulah kita. Kita tak ada suara, kita tak ada hak. Kita hanya ada hak untuk menerima saja, keputusan yang telah ditentukan oleh orang lain untuk kita. Orang kata kalau kita belajar ekonomi tu, orang-orang kecil macam saya ini kira price takerlah gitu. Terpaksa terima saje dengan apa yang diputuskan oleh tuan punya barang.

Namun harus kita ingat segala yang kita terima itu dari Allah. Dia yang lebih tau. Dia tau kita ini kalau diuji dengan suara, kuasa dan hak, kita akan gagal, sebagai mana gagalnya sekian ramai orang-orang besar kita dalam mentaati segala perintah dan larangan Allah, kegagalan yang sepatut jadi rahsia pun boleh kita lihat dengan jelas. Sehingga budak kecik pun boleh cakap, “oh, betapa tak betulnya orang besar ini”

Dan sesungguhnya bukankah cikgu agama kitakan selalu cakap, lebih ramai manusia gagal bila diuji dengan kemulian dari diuji dengan kehinaan. Jadi, kita tidak ada sebab untuk berputus asa dengan apa yang kita lalui buat masa ini.

Monday, July 12, 2010

Aqua (hobby terkini saya)



Masa cuti trimester lalu saya tiba-tiba saja tergerak nak call kawan saya. Dia cakap kebetulan dia pun nak call juga. Dia nak bagi tau yang ketika itu dia tengah belajar berenang. Jadi saya pun menumpang sekakilah gamaknya.

Saya punyalah suka berendam dalam air. Mula-mula memang cuak, juga tapi kini saya dah boleh terapung dan dah boleh kicking. Memandangkan belajar berenang itu ber wat to say, wats the Malay words ah, piak pi, clash dengan tutorial, maka saya hanya dapat belajar bersama kawan saya sebanyak 3 lesson sahaja. 3 minggu saya tak berenang saya jadi sangat rindu nak berenang. Maka saya pun browse internet cari swimming lesson, atau pool. Punyalah terkejut rupa-rupa orang belajar berenang dekat-dekat tempat saya kerja part-time aje.

Jadi Ahad lepas, semalam, saya mula semula belajar berenang dengan cikgu baru. Tak pernah terlintas dalam fikiran saya yang saya berenang dalam kolam, lepas tu kolam kat kelab pula tu. Memang selama ini saya ada belajar accounting for non-profit organization tentang Club. Oh macam itu rupanya Club. Club tempat orang main golflah. Amboi kemudahannya eish mak datuk memang orang kata, memang terkedulah kiranya bagi orang kecil macam saya.

Cikgu mengajar renang itu relex sangat, malam semalam saya baring eiish pusing kiri, pusing kanan, rasa eiish tak puasnya berenang. Pagi tadi saya call kawanlah nak cerita saya dah dapat belajar berenang kat tempat baru. Dia kata hari ini memang dia nak call sebab sekarang dia sedang berkursus di tempat hotel kami belajar berenang dan nak saya temankan dia berenang. So apa lagi haiii rasa macam nak melompat-lompatlah gitu. So after class tadi, saya terus pi kolam. Best sangat. Esok saya akan kekolam lagi. Wah kira dendam 3 minggu tak kekolam berbalas gitu. Tadi saya buka MMLS, Encik Azizi, lecture Business Law, masih tak upload tutorial untuk slot esok, puh kiri, puh kanan alahai minta-mintalah kelas tutorial esok kensel, bule cepat skeet pi berenang.

Tiba-tiba saya teringat, eh tak ka Apartment Ixora tu ada kolam renang? Eish seganlah nak berenang kat situ, sebab takut ada budak boys yang kenalkan saya. Tak kisahlah sebab sekarang saya dah dapat tempat port untuk berendam. Jika saya pandai berenang esok saya berhajat mau belajar menyelam pula. Wah besarnya hajat saya tu. Mesti, kalau saya focus dan saya rasa seronok, pasti satu hari nanti tak lah saya cuma dapat menyaksikan keindahan dasar laut melalui kaca televisyen saja.

Saya pun teringat pada paus. Orca!!! Orang kata paus dulu duduk di daratan, tapi dek kerana beratnya yang tinggi, maka kehidupan di laut lebih selesa untuk paus, dan itu pasal hari ini paus duduknya di laut. Saya pun merasa yang saya sangat suka bergerak dalam air sebab saya rasa lebih ringan.

Saturday, July 10, 2010

Terparanoid lagi



Minggu lepas saya mengalami goose-bump bila lecturer Financial kami yang tembun dan bersuara lunak itu menyebut-nyebut nama saya sebanyak ntah lebih dari tiga kali. Kali kedua dia panggil saya, saya rasa jantung saya berdegup dengan sangat deras. Saya takut sangat. Saya rasa mula panas. Nasib baik air cond baru diganti baru. Kalau tak pasti peluh merecik keluar.

Saya mulalah teringat apa yang saya tulis dalam FB coursemate saya. Saya bersembang dengan Financial Lecturer yang dulu. Financial 1. Financial 2 dan 3 saya dengan lecturer bersuara lunak itulah. Lecturer lama saya ini kuat sangat membebel. Aduh mak dia boleh nit not nit not nit tampa henti dengan sangat lama. Saya kira kalau diberi masa satu jam pun dia boleh bernit nit not nit not, non stop.

Lecture yang sekarang sangat lain. Dia selalu komplen penat bercakap. Oh dua dua perempuan itu tembun comel. Cuma yang lama tu kecik sikit dan pendek sikit sedangkan yang kini tinggi besar gitu. Tapi memang comel sebab dari segi seni propotionnya, proportion mereka memang ngam-ngam soi, kira divine propotionlah gitu. Bukankah kita Allah jadikan sebagai makhluk yang mempuyai PI yang sempurna? Masa dalam facebook tu, lecturer yang lama tu semacam terprasan yang seolah bimbanglah kalau coursemate saya kecik ati sebab kelazerannya. Ada ka macam tu? Pada saya dia tidaklah lazer manapun. Dia tak tengok update-update FB cikgu blog saya lagi. Dah nak macam Mas Idayulah nak blasah-blasah anak murid sendiri.

Sebab kita memang dah masak dengan Siti-Siti Lazerinas dan Abdul-Abdul Lazer ini, kita dah tak kisah. Orang Melakalah katakan. Kalau yang kahau tu memang kahau lagi bako darah, lahanat sungguh bahasa mereka, sampai Pak Lah pun penah tegur orang Melaka jangan bawa bahasa hawaw dalam parlimen. Hah kan macam tulah teruknya orang Melaka ni. Jadi kalau Ms Nit not nit not tu nak membebel meluahkan perasaan hatinya ketika menanda kertas jawabah kita orang sampai nak, vomit blood ka, nak hantuk kepala dia kat dindinglah, pada saya orang Melaka, ntah macam music to my earlah pula. Non-Malaccan tak taulah pula, penerimaan mereka dengan cara orang Melaka yang satu ini.

So kira dalam FB tu saya adalah tulis macam ini,

Ala Ms
Lazer hati baik tak pe, jangan mulut manis, tapi hati sentiasa rasa sakit jah, tak bleh negok orang lain lebih dari dieh.

Ntah kenapa tah saya rasa kanchoeng gile terparaniod, terbayang-bayang seolah lecture sekarang ni baca tulisan tu dan fikir saya mengata dia, sebab lecture yang sekarang ni memang jenis tak reti marah, jenis relex gitu, bila dia sebut "Mardhiah ah Mardiah, ya Mardhiah." Aduh mulalah rasa nak terbalik dunia ini. Saya diserang imejan-imejan paranoid. Selepas itu, saya mula rasa sangat berdebar dan nervous gila. Dug dag dug dag dug dag dag gitu. Tapi saya ini poker face. Jadi saya selawatlah bebanyak untuk mengurangkan rasa gemuruh tersebut. Ntah-ntah dia sebut sekali aje atau langsung tak sebut nama saya pun, saya aje yang terparanoid. Lupa pula nak kompemkan dengan kawan sebelah. Iya serius saya memang dengar dia sebut nama saya lebih dari sekali berturutan gitu.

Seriously, sapa tak nervous kalau nama kita disebut bertalu-talukan. Saya fikir manusia normal pun akan rasa semacam, inikan pula saya yang memang on supliride ini.s

Friday, July 9, 2010

Jangan bergundah-gulana





“17. Bangsa Melayu akan menjadi Arab yang ditendang keluar dari khemah oleh untanya. Bangsa ini akan senasib dengan bangsa Melayu yang merempat di Temasik (Singapura). Bangsa ini akan mengulangi azab yang ditanggung oleh ibu bapa mereka semasa Bintang 3 berkuasa selama 14 hari pada tahun 1945 – disiksa, dibunuh, dibakar dan dirogol. Bangsa ini akan senasib dengan orang Islam Uighur di Xinjiang yang dikejami oleh kaum Cina Han. Na’uzubillah.”

Paranoid? Ntah benda tak berlaku lagi. Petikan ini saya ambil dari dalam bloglah. Dalam blog sesapa pun buleh tulis. Mungkin juga penulis kira dah naik tahap sort of kalu macam kita baca kisah-kisah Greek dan Rom, kira sacred sorceresslah gitu, yang ada kebolehan ajaib lihat masa depan. Buat kata Faisal Tehrani pun dalam radio IKIM “penulis ini dia juga peramal” Kalau fikir-fikir sangat, boleh demoralized, hilang semangat, kang takut nak pergi kelas.

Maklumlah MMU ni ramai Cina. Tak pepasal dengan classmate sendiri pun kita takut. Semua orang nak rogol kita. “Tak pepasal, lecturer tanya, Mardhiah mana? Dia kena tahan wad, paranoid disorder”. Ya Allah tinggal lagi beberapa bulan jah nak habis ni, biarlah semua segalanya berjalan lancar.

Tak kisahlah eh. Yang penting kita konsisten solat, doa sama tuhan kita selamat. So far so good. Saya tidak ada masalah dengan kengkawan Cina, jadi memang susahlah saya nak bayangkan kawan-kawan saya bertukar jadi perogol bersiri selepas DAP memang esok. Minta dijauh Tuhan, selisih malaikat 44. Saya fikir nak tunjuk artikel ini pada kawan Cina saya dan tanya jah “nanti ko dah menang ko nak rogol kita orang ka?” Kalau saya buat macam itu mesti dia orang berkecil hati dan ntah2 akan cakap balik “hey kakak gemuk, cerminlah diri tu dulu, jangan nak perasanlah, tak selera kami nak rogol kakak.” in return sebab membalas rasa sakit itu. Orang baik-baik, hensem-hensem pi kuliah, nak jadi akauntan, nak bersama membangun tamadun negara bangsa, dikata-kata bercita-cita nak merogol dialah pulak. Tak ka itu satu penghinaan yang sangat memedihkan namanya tu?

Let saylah dosa kaum Melayu ni memang dah teruk sangat, hingga Allah nak beri kita azab seperti di atas dalam masa terdekat, saya doa eish kalu mereka nak siksa pun terus bunuh ajelah. Rogol-rogol ni minta dijauh Tuhan.

Cerita pasal rogol ni, dulu masa Jepun menduduki Tanah Melayu, tentera Jepun memang terkenal suka merogol. One day nenek saya pulang dari sawah, tetiba truck tentera Jepun lalu. Kreeet, pastu berhenti. Nenek sudah dig dag dig dag dig dug, namun terus berjalan dengan selamba dan berdoa-doa dalam hati. Tentera jepun pula terus bercakap-cakap sesame sendiri, menyebabkan nenek jadi tambah takut dan berjalan sambil menundukkan kepalanya.

Tak lama truck itu pun terus berjalan. Nenek rasa sangat lega. Nenek kata, “mujur hari itu aku mau pulang cepat ke rumah. Biasanya aku akan cuci-cuci kat benteng, Hari tu dengan selut-selut aku pulang, kalau tak, hmm tak taulah.”

Thursday, July 8, 2010

Kerana hanya Dia yang lebih mengetahui




Kadang-kadang kat opis ka, kat mana ka, kita akan didatangi oleh kawan, sahabat yang ada masalah cinta. Syukur sebab boleh dikatakan saya memang tak ada kawan jenis macam ni. Dulu tu adalah, tapi sorang dua aje. most of my friend jenis macam I, tak popular, tak cantik, garang pulak tu, jadi tak ada budak lelaki yang berselera/berani nak mengendeng. Jadilah rutin hidup kami sebagai pelajar itu sangat lurus dan murni. Kadangkala saya terfikir, eish, kalaulah kami diganggu dengan cinta yang tunggang-langgang, ntah-ntah ada yang mati bunuh diri entah. Orang suruh pergi sekolah dia pergi buntingkan diri dia sendiri, family plak jenis ultra konsevertif, ayahnya plak jenis macam ustaz Mat Sabu gitu, tak ka kalau mereka dapat tau, pasti kena belasah habis-habis, ntah2 tak sempat bunuh diri, nyawa kita tah melayang dihujung senapang patah bapak kita sendiri. He he he

Bila dah kerja tu adalah sorang dua kawan, yang kisah cinta mereka tidak seperti yang kebiasaan. Lazimnya kawan-kawan saya semua perjalanan cinta mereka tak ada masalah. Ada sorang ni yang keluarga pakwe dia tak berapa suka, sorang lagi ntah, kalau dari cerita-cerita dia, pakwe dialah yang kacang hantunya.

Dalam kedua-dua cerita ini, kita akan sering menasihati kawan kita untuk mencari cinta baru moving on with life. Bahkan ada ketika kita cuba mengenalkan dia dengan orang lain agar dia melupakan pakwe dia yang dah dia sendiripun kata lousykan. Dia sendiri sering merintih tersiksa dalam perhubungan tersebut. Dah tersiksa, apa tunggu lagi?

Ok kalau setakat bercinta, bolehlah kita kata baik putus sahaja sebelum terlambat. Wat if dah bernikah. Kita nasihatkan juga agar bercerai kah? Let say situasinya begini, tetiba si suami ada perempuan lain. Apa nasihat kita? Kalau isteri ada lelaki lain, memanglah kalau nak disimpan juga itu dayus namanya. Atau sudah nikah, mentua masih bikin dajjal menyakitkan hati kawan kita. Kawan kita sering berendam air mata dek kerana kerenah mentua.

Kita akan jadi sangat bosankan melayan, mendengar cerita yang sebegini. Dah bukankah dari mula ko dah tau dia (mentua) memang tak berkenankan ko. Dah memang ko tau, dia tu lelaki jenis problematic, tapi ko yang nak jugakan.

Disebalik itu, pernahkah anda terfikir sebenarnya bila kawan mengadu itu, apa yang dia suka nak dengar dari kita agaknya? Have you? If you asked them to berpisah, meaning you still don’t know wat exactly your friend want to hear from you. Memang katakanlah yang sebenar walau ianya menyakitkan. Tapi saya merefleks balik kisah kawan opis saya yang sering mengadu pakwenya lousy. I never met the pakwe, so how can I say this pakwe is lousy berdasarkan cerita-cerita kawan saya saja. Ada kemungkinan yang kawan saya paranoid or too perfectionist?

Ya ya ya, kalau memang betul pun anda kenal benar dengan mentua, atau pasangan kawan kamu itu dan memang in your judgement mereka itu terlalu lousy gila untuk kawan anda yang baik itu. Anda sayangkan kawan anda itu dan tak mau lihat dia terus merana. Itu pasal anda sibuk-sibuk mencarikan mereka cinta lain, atau anda sendiri menawarkan cinta anda kepada dia. Have you ever think yang sebenarnya dia yang pilih untuk sengsara, dalam bahasa sebenarnya, Allah ilhamkan dia membuat pilihan yang menjuruskan dia untuk berada dalam keadaan sedemikian? So biar ajelah macam tu, doa sajalah moga segalanya akan jadi positive. Mungkin itu kehidupan yang terbaik untuknya. Dalam kesengsaraan itu dia lebih takwa kepada Allah.

Wednesday, July 7, 2010

Memang sah Paranoid

Baru-baru ini, saya terima emel balasan berbunyi begini:-

“I didn't send any invitation. I x guna nama xxx kat email ni. Maybe, my hubby la ni. klik2 ikut suka dia jer. i'm fine. Takde hate mail lagi. Kalau ada, biar je,malas nak layan. Saya kat xxx. kerja kat xxxx. masa nak menulis semakin kurang. Tapi weekeend, saya selalu balik kuartes kat xxx. Maybe, dalam sept, saya pindah terus ke xxx. Sekarang belum angkat barang.”

Ini memang kawan yang saya memang kenallah, pernah jumpa di alam nyata. Bukan, kawan yang ini bukan kawan terkenal, tapi langsung tak pernah jumpa dalam alam nyata, yang ahli professional, ahli intelek, akedemik elitis yang saya cerita sebelum ni. Ia juga bukan jemputan dating-dating dot com. So katalah jemputan-jemputan dating-dating dot com pun serupa macam seperti dakwaan kawan saya. Maksudnya kawan maya elit saya yang terkenal itu tak pernah hantar jemputan dating-dating dot com.

Syukurlah saya paranoid aje, bukan reality. Saya gembiralah sebab tak ada orang intelek terkenal, member MIA yang kata saya tak layak jadi akauntan. In the future as long as saya lulus periksa, saya cukup jam kredit, saya layak pohon untuk jadi ahli MIA juga. Kalau saya tak jadi tu, makna saya yang tak layak sebab sama ada tak lulus periksa atau tak cukup jam kreditlah tu.

Itu pasal kena istigfar banyak-banyak setiap kali bayangan buruk sangka melintas. Nasib baik saya istigfar bebanyak itu hari, kalu tidak, agaknya dah laju jah saya memaki hamun, intelek elitis MIA dan SEA write Award dan tekan butang send. But instead, saya tulis semula kepada elitis MIA tu macam ini aje, saya kenalah balas sebab dalam FB pun dia tag saya sebagai sedara, sedara niat baik, nak saya move on with life, lupakan luka lama. Takkan saya nak buat diam, at least show some appreciationlahkan on his good intention:-

“when I need husband u give me books, and now I’m already married to the book. By the way thanx for the invitation”


Now I know ada kebarangkalian yang invitation-invitation itu tak lebih dari spam, idakle lagi akan saya mendapat bayangan-bayangan yang bikin saya hangin satu badan. Why I got this spam? Memang dah maklum dalam kalangan penulis blog yang berbau frinjan yang masing-masing pasti akan dapat “hadiah”. From whom? Why should I care? Gasak diaoranglah heh, sebab if we put it in their perspective, tulis sesedap rasa, berbau frinjan ini, mana ada dalam buku sivik tatakenegaraan kata ianya satu yang baik? Itu cara mereka berdakwah agar pengusaha tulisan kreatif Frinjan segera bertaubat, kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Agaknyalah tu. Marilah kita bersangka yang baik-baik sahaja, sebab tulis-tulis maki-makin hamun kesat-kesat, atas alasan apapun memang tak baik. Foul languages should be avoided, at any time, any occasion, unless if don't utter it, you end-up suicidal, or murdering someone.

Tuesday, July 6, 2010

Terparanoid, terburuk sangka

Paranoid ini selalu berkonotasi negetif, diasosiasikan dengan masalah mental. Makanya kalu kamu paranoid, mental kamu bermasalah. Tapi saya sendirilah come out dengan resipi paranoid saya sendiri bahawa paranoid sikit lebih kurang aje dengan buruk sangka. Contoh seorang suami pulang lambat kerana ada tugasan penting yang perlu disiapkan dan lupa menelefon ke rumah dan isteri sudah membayangkan suaminya pergi keluar berdating melayan perempuan lain. Isteri tadi mengalami paranoidlah tu.

Dan kalau kita suka baca karya karangan Al Ghazali, buruk sangka yang tidak terkawal lagi berlebihan itu penyakit jiwa. Paranoid sikit-sikit buleh kut. Kalau ada rasa-rasa paranoid tu jangan terus ikut hati, istigfar banyak-banyak. It can either purely paranoid from setan, or for those yang memang dah capai tahap fakeh tu, perasaan negetif, tak sedap hati itu, could be bad omen dari tuhan. Apapun kalau tak sedap hati istigfar ajelah, doa sama tuhan minta dilindungi dari benda-benda buruk dan dikeluarkan dari kesempitan dan kesendatan yang melanda.

Sejak kebelakangan ini saya mengalami paranoid. Ia adalah rentetan dari pengalaman-pengalaman pahit di tempat kerja. Mungkin campur-campur sekali dengan luka-marah sebab kalah dalam pertandingan bertarik-tarik rambut berebutkan jantan dalam internet sekitara 2007 dulu agaknya.

Saya menerima jemputan social net-working dari beberapa orang kenalan maya yang langsung saya tak pernah jumpa di dunia nyata, walau kawan-kawan ini memang bukan orang-oranganlah. Mereka memang manusia benar dan agak terkenallah juga. Eh bukan terkenal, tapi memang somebody dalam masyarakat ilmuan, intelek kita. Sorang tu Akauntan, ahli MIAlah gitu

Mereka mungkin berniat baik nak tengok saya ada life, buang kisah silam dan mulakan hidup baru berumahtangga, berkeluarga dan berbahagia disamping suami tersayang dan punya anak-anak. Tapi saya ni pula terparanoid dan rasa marah yang teramat. Hah saya paranoid, menyangka mereka kata saya tak layak nak jadi akauntan dan usaha saya nak jadi akauntan akan menemukan kegagalan, bahkan saya akan jadi celaka.Atau pun kalau berjaya jadi akauntan pun, jadi akauntan yang bersubahat dalam merompok wang rakyat. Sesat barat, commit fraudulent, mati masuk neraka.Baik kawen ajelah dengan mana-mana mamat yang akan mereka temukan dalam social networking baru tu nanti. Saya lupalah pula apa nama networknya. Something like dating-dating dot comlah gitu.

Saya bukan memilih, tapi orang kata kalau nak berjodoh tu biarlah sama sehaluan pemikirannya. Ada jodoh insyaallah saya akan berkahwin juga, akhirnya. Kalau tak de tu udahla, memang Allah telah mengaturkannya begitu. Dia gini sebenarnya, orang kita ni nengok pada baju kita. Saya pakai baju kurung berkerudung labuh, depa fikir saya sesuai dengan mamat pakai serban, mamat pakai macam ustaz Ashaari Arqam, atau pun mamat-mamat cinta nabi, cinta-mintak sembah keturunan cucu-cicit Fatema Azzara’ gitu. Tapi honestly minta maaf-minta ampun saya memang nak kata anti syiah tu idaklah juga, tapi mintalah Allah jauhkan saya dari groupie-groupie elitis-elitis ni. Saya memang rasa sangat scarie dengan they alls, they alls semua. Mana tak scarienya kita tak kenal depa, alih-alih mai kat kita minta tarikh lahir, minta nama, terus gitu kata kita ni bla, bla, bla, bla macam tu. Eeehh takutnya kita.

Saturday, July 3, 2010

Entiti Suci

Ayah saya ada ajarkan satu ayat quran, tapi saya tak ingat ayat apa. Ayah kata, (sikit lebih kuranglah gitu) sesungguhnya Allah dihinakan oleh orang-orang jahil/kafir kerana perbuatan orang Islam sendiri. Maksudnya ayah kata gini, contoh kita nampak orang pagan sembah roh pepohon dan tanaman bijirin, sembah roh nenek moyang, kita ejek-ejek mereka. Pada mereka semangat dah roh itu sacred dan bukan barang mainan, maka sudah tentu mereka marah, macamlah kita marah kalau ayat-ayat quran kita orang buat mainan. Maka atas kejahilan/ketidak tahuan mereka, mereka menghina dan mencaci-cerca Allah swt.

Samalah kiranya macam penyokong toto’ Anwar. Mereka sudah menganggap Anwar sebagai sacred. Walau kita yang biasa-biasa ni tidak nampak kesaktian Anwar, tak molek benar jika ditulis teruk-teruk diberikan gelar buruk pada manusia yang sudah menjadi sacred entity. Ada kelebihan yang dia ada, kita manusia biasa tak adalah tu, yang menjadikan dia begitu berpengaruh. Sedangkan Allah pun orang sanggup keji dan hina dek kerana niat baik mau mengajak tukar-sembah Allah yang hakiki dengan mengata salah pada benda yang mereka sangat sayang dan sembah, , inikan pula satu pertubuhan politik yang ahli dan pemimpin-pemimpin pun sikit lebih kurang banyak kelentong juga.

Perbuatan mengejek memberi gelar buruk pada Anwar itu mengguris hati penyokong-penyokong dia. Orang besar macam Anwar dia dah mangli dengan gelar-gelar buruk ni, kalau sikit-sikit dah kecik ati, mana mungkin dia boleh jadi orang besar macam hari ini. Ini boleh mencetuskan perbalahan dan boleh mengakibatkan perpecahan antara sesama kita. Sedangkan Allah amat menyukai agar kita saling kenal-mengenal dan hormat menghormati seperti yang disarankan secara specific dalam ayat Quran surah Al hujurat ayat 13.

Anwar ini memang seorang yang sangat istimewa, bayangkanlah orang sanggup bergaduh dan bermusuhan kerana dia. Orang sanggup menggelar saudara sendiri sebagai agen/anjing suruhan rejim Mahazalim kerana dia. Orang sanggup memulaukan saudara sendiri kerana dia. Ntah-ntah ada pasangan suami isteri bercerai, pasangan kekasih break-off pun kerana dia. Itu pasal dia sangat istimewa. Sangat berkemahiran luar biasa dalam bab punah-memuhan, putus-memutus ni. Boleh tak kita listkan nama pemimpin dunia yang sehebat dia?

Ntah setakat ini saya belum terfikirkan nama-nama besar yang orang sangguplah bermati-matian bergaduh nak mempertahankannya. Nama paling besar, yang saya boleh fikir ialah Nabi Muhammad. Sahabat bermati-matian melindungi dan memperkasakan Islam, bukan Muhammad. Muhammad pernah kena baling batu, baling taik masa berdakwah, tapi tak de plak, orang Islam reramai pi serang balik orang yang dah buat dajjal pada baginda itu. Ada kita dengar dalam sejarah, orang Islam menyerang sebab marahkan perbuatan orang Taif yang menghina dan menyakiti nabi? Jadi bolehlah kita simpulkan Anwar Ibrahim ni, di mata penyokongnya, lebih hebat dari Nabi sendiri.

Thursday, July 1, 2010

Jangan bergundah-gulana

Kita mungkin tak pernah terlintas langsung, terfikir langsung yang satu hari Melayu akan hilang kuasa politik. Kita fikir kalau UMNO/BN kalah, PAS/PKR masih lagi parti orang Melayu. Namun kalau kita lihat situasi yang berlaku hari ini, sukar untuk kita kata PAS atau PKR akan dominant jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU akan datang.

Kita nampak DAP lebih menyerlah dalam segala hal pun. Di Selangor dan sikit hari dulu di Perak, walau Menteri Besarnya Melayu, tapi memang semua tau, Menteri-Menteri Besar ini tidak boleh “angkat muka” dengan sekutu DAP mereka.

Suka tak suka kita perlu memikirkan akan kemungkinan terlucutnya kuasa politik dari tangan Melayu. Seperti yang saya tulis sebelum ini, dalam dunia ini kuasa sebenar adalah terletak pada kuasa beli. Kuasa beli boleh ditingkatkan dengan ilmu. Mungkin akan ada yang memomokkan “habislah kita, anak kita akan tertutup peluang dari mendapat pendidikan seperti yang kita nikmati pada hari ini.” Ohhh itu sudah tentulah punya. Kalau mereka dah dapat kuasa, mana mungkin MRSM, UiTM dan yang sewaktu dengannya akan terus dapat mengekalkan stuktur yang ada pada hari ini? Sekarang ni pun dikecek-kecek, sikit-sikit minta 10% quota..

Masa tulah kita hanya ada pilihan MMU, Uniten dan Universiti-universiti mahal-mahal aje. Well kalau kita punya kuasa beli yang tinggi, apa ada masalahnya? So memanglah masa tu Melayu-melayu yang nak kahwin, beranak, kena fikir banyak kali. Kalau main simply hantam macam hari ini, menceratkan anak banyak-banyak, macam anak tikus, kunun nak jadi macam ntah sapa tah perempuan jihad tu, alah yang anak dia mati, dia tak bagi tau laki dia tu tapi main dulu, lepas main baru kasi tau tulah…Para Jihadian perlu berfikir banyak kali. Sama ada mau beranak ramai, atau beranak sikit, tapi dapat dipastikan peluang dia belajar paling koman pun takat ijazah itu dapat disediakan sendiri tanpa bantuan kerajaan. Sebab kerajaan kamu nanti bukan semurah hati macam kerajaan yang ada pada hari ini.

Pasal momok nanti komunis bunuh kita, tak bagi kita sembahyang, suruh kita bersaman laven itu memang satu momok jahatlah tu. Dia kalu DAP komunis, dia mesti akan ikut bapak dia. Bapak paling dekat ialah PAP Singapura, bapak jauh sikit mestilah Tanah Cina sana. Betulka Komunis kat Negara Cina dan Singapura tu halang orang sembahyang, halang orang bernikah, suruh bersekedudukan aje? Oklah mungkin benar, kamu kata Komunis Malaysia nanti lagi hebat lagi advance, lagi sadis dari Komunis Tanah Cina sendri sebab Ratu Eliza Wong, suka kalau kita semua mengamalkan gaya hidup dia yang vogue itu. Beriya-iya nak kita ikut cara dia, cara dia aje yang betul, cara kita selama ni salah, kita kena berubah, dari bernikah kepada bersekedudukan jah.

Hah kalau macam itu, kita masih ada pilihan lagi sama ada nak berzina atau jadi rahib terus. Rasanya mereka lagi suka kalau kita jadi macam sami Budha. Dah jadi Sami langsung tak beranak terus, dan kita pun tak payah sakit-sakit kepala nak fikir budget persekolahan anak-anak. Ini memang extreamlahkan. Yup somehow kita kena fikir to the extream, jika situasi extream benar-benar terjadi pada diri kita, wire otak kita tak putus dan kita tak end-up dalam mental asylum.

Saya bukan pro komunis sosialis cina, idak, tapi bila dah kecoh-kecoh 1:40, ni, mau tak mau kita kena memikirkan satu kemungkinan yang tak pernah kita fikir dan kita minta. Tapi kenapa kita kena fikir juga? Kenalah fikir sebab orang-orang besar kita baik dalam UMNO, PAS, PKR, memang dah semacam sasau gitu. Pegang ni tak kena, cuit tu tak kena, asyik nak mengambil hati mereka yang punya kuasa beli tinggi untuk memastikan diri dan keluarga terus kekal dapat ampau besar.

Bila yang kita wakilkan untuk membela kita dan agama kita dah sasau, memang kita tak ada option lain, melainkan berusaha keras untuk membela diri kita dan akidah kita. Cuma kita harap kalau betullah Melayu hilang kuasa tak lama lagi, kita hanya mampu berdoa agar janganlah yang mengganti itu sama jahat dan busuk hati macam Zionis di tebing barat. Kalau sama jahat, mana kita nak pergi eh?

Kita kenalah sentiasa berbaik sangka. Walau nantinya kita hilang kuasa, Allah tetap ada. Jadi, jika difikir balik apa kita ada nak kisah? Ada kuasa ka tidak, Allah tetap ada dan Dia Maha Kekal. Kalau kita patuh menuriti perintahNya dan menyerahkan urusan kita padaNya apa ada kita mau susah hati? Melainkanlah jika selama ini kita dah silap buat perhitungan. Kita memilih amarah Allah demi redha manusia. Bila Allah menyerahkan kita bulat-bulat kepada manusia, maka sudah tentulah kita rasa kepanasan, kegusaran teramat dan kesimpitan setiap kali mengenangkan kemungkinan manusia yang kita serahkan jiwa-raga kita tu dah nak hilang kuasa dan kedudukkan istimewa mereka.

Maka agaknyalah tu, terlahir, catatan, tulisan yang kalau dibaca rasa macam sendat kepala hotak kita. Kalau baca banyak-banyak, kita yang sihat waafiat ni pun boleh separuh mereng dibikinnya. Dari aku baca catatan mereka, baiklah saya Quran, selawat dan istigfar bebanyak, agar Allah selamat sejahterakan kita semua. Amin. Baca nota MMLS, bikin homework, bikin exercise pensyarah bagi pun lagi bagus, lagi banyak buat exercise lagi senang nak jawab soalan peksa, dapat gred yang bagus, hati pun gembira. Hilang segala gusar dan gundah-gulana gitu.