Thursday, March 31, 2022

Si MuLUT PUAKA

Manusia ni tak sama. Kalau baca kitab ngaji pasal manusia, ntah ada brapa kumpulan jenis manusia tah, tak tahulah,kan. Yang saya tau, ada sekumpulan tu jenis garang. Dahlah garang, mulutnya lancang pulak. Saya termasuk dalam ketegori itu.

Tak de kije lain le dibuatnya selain kalau bercakap, ada aje orang sentap. Masa kekecik, remaja, mulut tu asyik kena cili je dengan mak. Satu masa saya depress dan mulalah berfikir bukan-bukan. Lama-lama malas nak fikir. Bersangka buruk sama tuhan, tidaklah sama sekali. Sangka saya terhadap DIA senentiasa baik. Syukurlah saya dibekali dengan ilmu tauhid dan sangat specialnya ayah saya sendiri yang mengajarkannya buat saya. Ayah ini ayah long saya. Ayah biologi saya sudah meninggal sejak saya berusia 2 tahun. Kalau ayah saya masih hidup, tentulah dia yang ajarkan ilmu itu pada saya.

Ok berbalik pasal mulut lancang, pada saya satu kelebihan juga tu. Bila kita laser, hati kita kuat selancangnya mulut kita jugak. Ko cakaplah apa ko nak cakap. Hati yang kuat sangat penting sekarang ni, especially zaman media sosial ni, hah memasing boleh hambur saja apa nak hambur di medium maya. Mulut jahat ni kadang punca tercetusnya pergaduhan. Ada benda yang simulut-mulut lancang ni hamburkan memang betul, pun. Tapi kalau sipenerima kata-kata nista tu tak boleh terima, bukan dengan engkau je yang nahas, satu opis sekali boleh kelam-kelibut dibuatnya. Boleh berpuak-puak jadinya, puak kem Hajjah Mona, berperang mulut dengan Haji Salim. Pergh---

Seeloknya betulah, kita simpan semua dalam hati ajelah dan senang maafkan ajelah apa-apa. Tapi tidak semudah itu memaafkan bila hati dah sakit,kan? Itu pasal kita kena sibukkan diri dengan aktiviti yang menyukakan hati, walau aktiviti kita pulak tu buat orang sakit hati he he---

Ya, sakit hati. Dah tetua ni patut duduk masjid, je. Tapi tulah saya ni jenis kalau duduk masjid, jadi boleh makin sedih. Trauma kut. Trauma apa. Nak cerita ka, dah cerita rasanya tapi rewind baliklah---trauma satu pasal kena serang dengan bebbudak/orang tua usrah, dalam internet berebut jantan, kan? Tu satu. Elok je saya memulihkan diri dengan menyambung pengajian, saya terkesan lagi sekali dengan bebudak usrah yang memarahi coursemate saya yang tak puasa tapi tergiur dengan air grape sejuk yang tersedia dalam balang masjid Universiti. Kawan saya dimarahi begini "air ini hanya untuk orang puasa"  Hari tu bukan bulan Ramadhan pun, kalau bulan itu, patutlah kau nak menginga kalau ada yang cuba mendekati balang air tersebut, sebelum masuk waktu maghrib, kan.

Lagi satu tu, masa orientasi, saya memang tak boleh "masuk"lah dengan mamat adik usrah tu yang mengapi-api agar kami takutkan bangsa India. Dulu Cini, tapi masa saya belajar tu tahun berapa ek 2009, api kebencian terhadap kaum India mula ditiupkan. Ya lebih senang benci India dari Cina. And why Indian? Sebab kat Uni saya tu, Cina dah "hancur" Akademik mungkinlah masih powerlah (tapi dalam universiti swasta yang paling mahal di Malaya ni, kita orang semua otak sama lebih kurang je so, Melayu, Cina, India memang alah, IQ wise sikit lebih kurang je, walau saya selalu perasan bebudakle yang IQnya paling tinggi-terbaeekkk) tapi akhlak mereka sudah hancur. Tapi tu saya tak faham, why usrah perlu diisi dengan kebencian? Sapalah kepala usrah ni? Nasib baiklah mak masa tu masuk Uni pun sebab nak berlindung/merawat luka kena bedil hancur sebab berebut jantan, kan. So kalau sendiri pun sakit, memang tak berani nak tambah lagi penyakit. Kalau saya ok, tahap mental saya macam hari ini, harus aku jadi inspektor gajet tak bergaji, mencari sapa dalang disebalik "gerakan benci India" ini.

So, pendek cerita, orang kalau kalah berebut jantan, pegilah masjid,kan ngadu sama tuhan, ini saya lebih suka pergi ke SPA dan saloon... pergi bersauna. Tak sauna di Salooon, sauna di kolam air panas gadik, pun jadilah he he. Gitu. For me macam kita keluarkan benda-benda panas yang ada dalam badan. Iyalah kalau marah, badan panas, kan?

Manalah saya belajar benda-benda merapik ni? Ceritanya begini, kat opis, ada orang cerita pasal gangguan-gangguan ni le---so, ada sorang cikgu tu suruh pegi pawang ni cek saya ada gangguan ke tidak. Saya pergilah. Pawang tu scan-scan dia kata ok. Cuma bandan saya je lemah, pawang tulah yang suggest bebenda mengarut ni he he---

Klakar-klakar ada ustaz, ko pi cari pawang. Hey orang Melaka memang gila. Ustaz dia pegi, pawang pun dia pegi, lagi satu gilanya orang Melaka ni, hospital pun dia pergi jugak. Gila-tak-gila ka orang Melaka ni. Tapi gitulah dia orang Melaka, loud macam orang gila.

Eh kata tadi Tauhid dah mantap, ayah ajo, tapi masih pegi pawang jugak? Abeh tu, ustaz almarhum Harun Din tak pawang ka? Ni yang saya jumpa ni pawang baiklah. Dia pada orang Melaka ni pawang tu apa ek. Dia macam perantaralah, orang yang ada ilmu khas yang boleh berkomunikasi dengan alam jin dan bunian, Hah gaytuuu---hey apa kau gelak-gelak orang Melaka percaya bunian, yang ko terlopong tengok Legolas dalam Lord of The Ring tu, apa itu bukan bunian juga ka itu? To me percaya pada troll, Saruman semua tu part of percaya kepada benda ghaib. Itu ada dalam kitab Tauhid, what---kita percaya kewujudan mereka, je. Bukan kita percaya kepada seruan puak-puak ni,  dan jadikan si Legolas tu ko punya ketua puaklah pulak. Ko Manusia, apa ke gila ko lantik si Legolas tu jadi ketua, kau? Hensem memanglah hensem, Hensem-hensem si Legolas tu hensem lagi kucing aku kat kampung tu he he---gitu.

Itulah dia cerita pasal orang mulut longkang, sebolehnya kita gigit lidah kekuat. Sekali kata sudah menghiris rasa, perang berpanjanganlah jawab dia.




Wednesday, March 30, 2022

LAILA SARI 2

Siapa Laila? Ada orang orang panggil dia pun dia boleh sentap, sesentapnya Will Smith bila Chris Rock mengata "ah lepas ni Jeda dah ble belakon GI Jane" kenapa sentap? GI Jane tu botak. Laila plak? Laila tu cerita Laila Majnun. Majnun tu gila. Apatah lagi Laila Sari seekor Puteri Bunian. Mau tak sentap kalau orang buat cerita watak kau jadi Puteri Bunian.

But then again, bagi orang kampung macam saya, Puteri Bunian tu Power. Saya tak melihat Laila sebagai Puteri Bunian as Bunian. I look her as some one yang lain dari manusia, Alien? Sort of. Saya mengenali Pengarang Laila Sari secara dalam talian je. Dia lihat saya canggung-serbi tapi powerful. Di mana letaknya power saya? ntah. tang mana, tang mungkin saya tak menyerang balas bila orang dah hina-hina saya macam-macam kut. Masa tu dalam blog ni, orang serang kau, kau serang dia balik. Dia buat buku engkau pempuan gila, ko buat buku balik pasal emak dia gila. hah gitu. 

Saya tak begitu, saya tak nak tulis buku, tapi nak bawa dia yang mengata saya orang gila itu, ke Mahkamah. Malangnya saya tak de duit, dan bila saya baca buku law saya tak de locus standi nak dakwa dia. So, saya diam ajelah. Sibukkan diri dengan sambung belajar.

Memang ada seruan menghasut-hasut agar saya menulis. Sebab kalau ku tulis mesti aku akan maki segala emak-nenek-keturunan dia yang kaya dengan ustaz/ustazah. Abang dia ustaz besar Negara. Tapi tidak mengapalah-----cerita memaki ustaz ni dah pun ditukangi dengan baik dalam drama Nur. Tak perlu saya sibuk-sibuk nak menulis dah. Nak maki Alicia-Amin, BCL, Kak KM itu dah dikerjakan dengan sangat sempurna oleh Warga Jabatan Netizen Negara. Kerja maki-maki ni memang dah penuh.

Nak tulis cinta-cinta ni memang melambak orang tulis cerita cinta. Yang tak tertulis cerita apa? Sebenarnya semua cerita sudah ditulis. Tapi kenapa nak saya juga yang tulis. Ntahlah. Tak perlu pun. Nak bukti kalau kau boleh tulis pasal pempuan gila, aku pun boleh tulis pasal lelaki gila. Saya rasa itu tidak perlu, baik saya habis sisa hidup pasal macam mana nak tingkatkan yakin diri, tahap kesihatan and our well being.

Jadi jadi warga tua dah. So baik fokus pasal cerita orang tua. Orang tua ni cerita dia dah pasal-pasal nutrisi, kesihatan minda, riadah dan juga persiapan kerohanian menghadap saat mati. Orang dah tua tua otak dia dah tak ke mana sangat melainkan fikir pasal nak mati je. Mati besok, biarlah senang orang nak sumbat dalam lubang kubur, badan tu jangan gedabak sangat, susah orang nak uruskan besar dan berat-berat tu, Duit kena ada banyak tinggal biar ada baki sesedara nak buat kenduri arwah, nak bebagi sesama sendiri. Kalau ada lagi banyak lagi bagus, glemer sikit bila baitulmal urus sekian-sekian kau punya wasiat, infak dsb. Kalau kaya terus ada foundation lagi gempak. Gitu. 

Itu sajalah cerita orang yang nak masuk 50 siries ni. Memang tak ada lain melain yang iseng-iseng saja.

Sekian.

Tuesday, March 29, 2022

Laila Sari---

Masa perang berebut jantan online, memang saya kalah teruk. Patah riuk-koyak dikerjakan peminat BF saya tu. Tapi he remain my BF, best friend. Bubuh BFF la eh. Peminat BFF saya ni memang gila, ada yan main kasar, sanggup menyamar pulak sebagai saya memaki-hamun kawan-kawan lelaki dia yang lain. Derang ni semua blogger yang kira ada pengikut dan peminatlah. Saya ni ntah-sapa-je-tah. Peminat pun tak ada. bertubi-tubilah kena serang bagai,kan? 

So, each time saya rasa down, membaca kata nista, saya fikir, 'eh aku,kan Laila Sari'--- and until today pun Laila-Sari seumpama tangkal buat saya, bila saya ditolak dan dikeji. Terbaru ini, tahun lepas tulahkan, yang saya dari Cemerlang dapat antara yang tercorot tu. Alah pasal bos saya tulah yang burnt out mangkali, tak boleh juggle life antara kerjaya dan rumah tangga bila kerja dari rumah. Bos saya tu pun kalau tak kerja dari rumah pun memang banyak cenekel sikit. he he he---2020 bergaduh dengan staff/penolong kanan dia, 2021, bila kami semua malas nak gaduh, dia pulak buat hal yang akhirnya jadi benda yang sangat tidak enak, pada semua orang sampai 2022 ni, kami semua tinggalkan dia. he he---

Biasalah bila ko diam, bos pulak kemain lagi. Ditulis-tulisnya kami begitu-begini. Tapi kami semua anugerah cemerlang, so memang dia cari pasal. Itu yang kena siasat tu. Bila kena siasat kami sepakat, cakap tak tahu je. Saya kena lebih sebab saya isi borang tukar. Saya cakap saya faham kalau kena balun, malas nak gaduh. So, kira dia menanglah,kan. Cuma kena tukar jelah. Kena tukar fine, tapi dijaja-jaja kunun pertukaran tu untuk memantapkan unit sedia ada. Itu saya memang tak boleh terima, tapi kena terima. Rasa malu kat unit baru pun ada. Masa tu moral memang down gila.

Bila down, saya ingat Laila-Sari. Kita seru-roh dia. fuh tak ke dah macam ahli-sihir aje lagaknya itu. Udahlah pengarang Laila tu dikata-kata orang yang ada black hidden agenda. Hurm, bukan kaleng-kaleng jampi dia, kan. Laila ke udara pada tahun 2009 ka 2008, la ni dah 2022---dah berbelas tahun tu, berlalu, kan? Tapi masih berkesan tangkal tu.

Honestly bila memalam ada budak tu tanya khabar, saya ok ka tidak? Wat do you mean "I am not ok" owh lupa--- "dia tak tau saya ada alter-ego, Laila Sari" nak pendek cerita saya terover malam tu sebab marah. The next 2, 3 hari lepas tu he he the magic happend. Karma yang dibuat macam karma? I don't know. Kau pakai tangkal illluminati,kan. Mana mungkin mukjizat, or kifarah? To me it is just a coinciden je, kebetulan. 

Kebetulan sangat, memang hujung tahun ada appraisal, awal tahun ada tukar sana-sani, kebetulan, semua yang tersakit dengan bos sengal tak reti WFH, ditukarkan, diluluskan cuti tanpa gaji, mengasuh anak OKU beliau. Budak baru yang dikata dibawa masuk menggantikan saya untuk menguatkan team, isi borang tukar. Dah kenapa? Aik, kata bagus sangat, tak sampai 2 bulan dah mintak tukar? Lepas tu tanya pulak 'am ai ok or not' off coursele dear, ai is ok, sebab ai masuk team bodoh-bodoh je, bukan ka naratifnya ai kena tendang team elit masuk team sesuam kuku sebab tak pandai macam you". Offcourse la ai is ok, sebab team sekarang team bodo-bodo. Apa punya soklan, lah, kan?

Gitu---

Laila-sari ni sapa? Puteri Bunian he he --- hadoiiii! 

Monday, March 28, 2022

Acik KekWat Tersakiti???

Apa kebenda yang menyakitkan acik Kekwat ni? Bebudak muda bertiktok, acik tua tak sedo diri pun betik-tok juga? Selebriti jamu jual jamu ka jual Tek dan Puki? owh memang tidaklah. Acik kekwat ni liberal ka? Kalau kau nak kata macam tu acik nak kata tak betul pun tak reti. Dia complicated nak di terangkan. So, kalau ko kata acik liberal acik ok jak. Tapi kalau kenal off-line, acik ni konsevertiflah. Bebudak opis ni mana berani derang nak buat perangan lepas-laku depan acik ni, kan? Tak berani derang.

Yang acik bengangan bebudak usrah yang nak menyeru arah kebaikkan, nak bawa pulang kawan-kawan yang dah menyimpang ke Jalan yang benar, dia pun ntah apa-apa tah tu. Alah, macam minah ABIM masjid Putra kat opis ni yang gigih berperang pena online dengan puak-puak bapuk sana. 

Akceli memang dah tak nak cerita dah. Kan dah kabo hari tu acik dah tukar, tak duduk se unit lagi dengan dia. Terbaru, dia pulak kena balik HQ sebab lama beno dia di KPM ni. Tapi ni nak cerita ni, tetiba dia cakap dia nak ikut saya pegi beriadah. Hari tu kalau ajak semua tak nak, hari lepas nak follow pulak. Memula saya fikir "aik, ko dah gibab nak bawa mamat gay kembali perkasa, ka? Mau menghapus jejak langkah kenangan bersamamu(bff gay ku) dengan beridah-beraktiviti sihatkan badan" Tapi fikir balik saja kut nak togede-gede nak ingatkan tanggung jawab bernahi-mungkar, memerang so and so bla-bla-bla tak pernah saya ambik pusing, baik aku jalan sorang-sorang(ini paranoid, saya), (mungkin dia ikhlas nak menyihatkan tubuhnya dengan beriadah bersama, tapi saya kalu boleh x nak tengok muka dia sebb she make me feel guilty for not meroyan sama memaki/hamun-berdialog-kasi kaunseling sikit pada mamat-mamat yang dah sesat jauh tu-eh tak kose aku) jadinya saya diam je.---

Berbalik pasal liberal ka konsevertif ka saya ni. Secara lahiriah, memang saya ni pesona yang budak waima pakcik acah-acah liberal-indie boleh lari-lintang pukanglah kalau tengok saya. Gerun derang. Ini perasan ka apa,ini? Ntah. Rasa memang tak perasan pun, Tapi betul. Apa benda watak jahatlah derang tak pernah tulis, lukis pasal saya, ( Ini semua pasal tak terima tawaran jawatan Pengarah Unit Maki-Hamun Jabatan Netizen negara ni) tapi ada pernah saya balas? Tidak sama sekali. Tu kalau tetiberlah saya diberikan tuhan ILHAM mengibliskan Alicia Amin-BCL dan memalaikatkan Aisyah bini Ustaz Mahadi Drama Nur, memang derang suka, tertunggu-tunggu, ternanti-nanti. 

Tapi tulah saya tak reti dan tak pernah dapat apa-apa idea pasal tu, sebab hati saya condong simpati pada Alicia Amin-BCL. Sekeliling saya, jiran memang ada Aisyah, ada sesikit BCL, family saya (infact mak saya) lebih selesa dengan yang hat sesikit BCL tu. Ini memang cerita betul, sebelah kiri Aisyah, sebelah kanan BCL. Dulu memula berjiran memang mak selalu melangok belah Aisyah Nur, tapi ada satu insiden yang tak payahlah saya cerita, yang kami pun tak nak siasat-siasat sangat, (kita pun tak tau, macam mana nak cerita,kan) Tetiba mak tak lagi melangok ke kiri. Hari-hari mak akan habiskan ke kanan. Adik sepupu saya pun lebih ke kanan, sebab situ ramai saing dia. Budak-budak sekolah KV.  So mereka rapat antara satu sama lain. 

Belah kiri ustazah, astizah belaka, jadi macam tak boleh masuk gitu. Derang tengok adik-adik aku, dengan jenjiran gegedik, melaram, merambu sana sini, sure meluat punya tu he he----Yang situa bangka ni pun 2x5 juga suka menebeng kat belah kanan tu dah kenapa? Memang dah termasuk perangkap duniawilah tu. Sesama gegedik buat konten, dari still picture ke bidio, la ni ko tengoklah sikit hari aku nak upload tik-tok pulak he he he---

Hati saya lebih kesian kat ALicia-BCL ni bermula dari pengalaman sakit yang panjang, jadi ceria dan berbunga pun sebab orang-orang yang kita nampak memang tak de can cium bau syurga ni. Saya sangat-sangat tersentuh, bila Allah temukan saya dengan sorang hakak ting-tong-kaki make-up ni yang sanggup datang dari jauh, menziarahi saya yang sedang sakit. Benda pertama dia bikin, dia bawak saya pergi salon rambut. The rest is historylah. 

La ni bila saya dah ada duit lebih sikit, aku plak ngajo makcik aku yang stress pi urutlah, salon rambut bagai. Nak bawak mak pegi situ, ada yang kena balun karang. Ntah tak ajak lagi, cuba ajak, mana tau dia suka. Tapi kalau urut memang dia tak maulah. Saya je yang boleh urut dia, orang lain urut semua sakit. Kalau saya urut, dia berani suruh berhenti sana-sini, kalau orang yang mengurut, tak berani plak dia, Itu pasal tak boleh bawak dia pergi urut he he he--

Dulu tu,kan kalau sakit suruh mengaji, sembahyang doa, aish aku rasa makin sakit dan sedih. Hah kau bila pegi spa-spa ni, segar badan. Kena sauna, peluh jahat semua keluar, tidor pun lena, Automatik badan jadi lebih segar dan kita pun kurang murung--- lelama murung pun beransur pergi sedikit demi sedikit. Lepas tu tak payah ceritalah he he heeee---- happy-happy aje. Bila online berebut jantan, dan kalah ada "abang angkat" besar kaver, siap buat drama khas untuk saya. Liana Jasmey yang berlakun drama tu. Mulalah prasan, kalau aku kurus dan muda mesti comel, macam Liana, kan? Kau gaduh dalam internet je, orang tu buatkan kau drama masuk TV, tapi idaklah dapat saya viralkan cerita tu sebab bergaduh pun dengan orang yang tak viral gak, kecoh bergocoh among them yang adalah ciput-ciput saja, market value kalau ukur like/follower tu kira sesuam kuku je---

Owh lupa nak cakap "bang besar" di kata-kata sebagai orang jahat yang ada black hidden agenda. Lantak kau le agenda apa aku tak tau. Yang aku tahu aku sangat happy dan gembira dengan Drama Laila Sari tu. So apa-apa imej, tulisan/lukisan hodoh kunun ditujukan untuk saya memang tak berkudis langsung. Memula ja saya nangis, lepas tu eh tak kose aku nak nangesnya lah---

off sat bos dah panggil bagi kije ni he he. Dah 9.30 rupenya hiks

On sambung balik----jejaka yang saya rebut-rebutkan tu opkosle tak semenggah juga---ahli maksiat akui dia. Ada ustaz, ahli maksiat juga yang aku pandang, yang aku dok tergila-gila. Padan muka kena kerenyam dengan sekian banyak peminat dia yang obsesskan dirinya. Tulahkan mujur ada "abang-besar" nukil Laila Sari buat saya.

Sunday, March 27, 2022

Acik Marhaban GARANG KEKWAT

Sapalah acik kekwat yang garang tu? Sayalah. Kekwat tu idaklah, dia jadi kekwat bila kita campur gaul dengan budak-budak muda ni, ada je benda yang kita nak tegur,kan. Tapi tak tegurpun kecuali adik sepupu ai yang serumah dengan mak ai, je yang kena tempias kekwat, ai tu. 

Tu pun ai banyak gigit lidah gak tu. Ibu dia ada, yang kita nak kekwat-kekwat tegur-tegur anak orang dah kenapa, kan? Orang kata kalau kita jadi ibu, tu, "biar orang marah, kritik kita, jangan kritik anak kita, laki kita" Pedih dia tu, bagai sembilu menghiris hati----hah katanya, gitu.

Saya ni personalitinya acik-acik kampung yang gemo berleterlah----tapi nasib baik le saya tak kawen, anak dara, itu yang saya lebih banyak diam je. Diam tak diam gak, pot-pet-pot-pet gitu, tapi hal makanan, hal bercuti, shopping, bla-bla, hal orang perempuan jelah. Nak kritik itu ini dulu ada gak terkritik, tersampai apa dalam kepala, dalam hati, tapi jadi gaduh, so senyap ajelah. Orang pempuan ni senang benau sentapnya. Kadang kita cakap benda betul, pun, tapi bila dah nak sentap dia sentap juga, kan?

So lebih baik senyap, walau memendam rasa? Tak kose aku nak pendam, kan? Let go je. Biasa bila sebut let go ni dengan bercakap--- bahaya let go jenis ni. Kau yang lega, orang yang kena tempias let go kau tu yang merana. Tahun-tahun kebelakangan ni, saya banyak praktik cara let go tanpa bercakap. Salah satu yang saya praktik ialah berjalan.

Yup berjalan. Saya dah tau pasal berjalan ni lama dah. Tapi sebab badan tu berat, jadi nak berjalan jadi malas. PKP, saya terkurung di rumah, saya dapat kawal pemakanan dan diet. Kalau tak PKP semua hancur lebur, asyik nak menyinggah, Mc Dlah, KFClah, goreng pisang/goreng kledek, Donut tepi jalan, satay segala macam gerai tepi jalan saya mau singgah. Tak cukup tu, sampai rumah, sebelum naik lif tu, tertengok/terjongol kepala kat tong aiskream kedai runcit kat bawah apartmentlah pulak!

So bila PKP, benda tu tak de. Saya memang prepare makanan saya, ikut plan, ikut diet bagai. Berat pun turunlah sampai baju semua tak ble pakai. Memula saya karau baju mak saya, lepas tu baju busu saya semua saya karau he he, sampai adik sepupu saya cakap, "janganle kurus lagi nanti baju kakak pulak yang jadi mangsa". 

Bila berat dah menyusut, gomen pun dah benarkan kita kuar bejoging di kawasan kejiranan, saya pun briskwalk petang, atau bagi dikeliling-keliling apartment je. Bila taman dah bukak saya naik ke taman di kat belakang rumah tu aje petang atau pagi bila sempat. Masa tu masih BDR, memang sempat sangatlah panjat bukit tu, kan?

Bila dah tak BDR, kalau hujan petang saya briskwalk je atas treadmill di gym opis yang terletak di tingkat 7 opis ni.Iya Blok saya E14 ni ada gym, tau! Dahsat ke idak fasiliti yang saya ada. Kalau tak kurus juga memang something wronglah kan dengan penghuni blok E14 ni. 

Selain dari kita meluah rasa bercakap, bercerita, menulis, berjalan, bersenam juga ada kesan yang sama, bahkan tentulah lebih baik sebab kalau bercakap, ni salah cakap, jadi lain. Menulis pun begitu juga. Pandai sangat tulis, boleh jadi senjata makan tuan pun boleh tu. Berhati-hatilah dengan kepandaian yang dua ini. 

Saya memang tak pandai bersukan, beraktiviti riadah, tapi keadaan sekeliling, musibah, bencana yang melanda memaksa saya untuk mempelajari/mempratktik kannya. Hasilnya saya rasa lebih sihat dan gembira. 

Owh berbalik pasal menulis, memang nak menulis cerita Saripah Sona dengan adik dia tu, kita namakan adik Saripah tu Nik Faisal. eh Nik ka, Wan ea? Tak pe Nik lah sebab saya suka nama Nik Faisal. Sapa Nik Faisal tu, alllaaa Nik Faisal dalam kes 1MDB tu le he he---

Ok pasal cerita Sona vs Faisal ni, sudah tentu dalam naratif Sona, Faisal menyinggung perasaan dia, Faisal Monster. Dalam buku Faisal pulak, Sonalah yang monsternya, kan? Dalam buku saya. Saya nak buat Faisal Monster, tapi tu, sejujurnya lebih senang ko nak jadikan Sona Monster sebab dah ada templete. Kau tiru jak templet cerita Nur, hat watak Aisyah tu he he. Dah banyak sangat orang buat, nanti bosanlah pulak. 

Jadi macam mana kau nak angkat Sona. Plan saya, kita hitam saja watak Nur, sebab nak hitamkan watak Faisal/watak lelaki memang susah sikit. Lelaki ni saya perati derang ni memang tak de watak pun, kita orang perempuan (baik mak dia atau wife/kekasih dia) yang bagi watak pada dia he he----
Tapi honestly saya memang tak sampai hatilah/tiada kekuatan untuk meng"Alica Amin"kan Nur.  Nak hitamkan Alicia Amin, macam penulis drama NUR menghitamkan Aisyah pun saya tak sanggup. Honestly Drama Nur bukanlah Drama yang saya suka pun. Nak kata benci tak juga. Sebab apa yang ternukil memang ada pun dalam dunia nyata. Pengkarya mengangkat kemelut semasa yang rasanya idak ditokok tembah, pun. 

Alicia Amin, BCL dalam dunia nyata lebih kepada mangsa. Nak jadikan mereka pemangsa boleh bengkak bernanah, kepala kau tu nanti. So like ai said, baik saya isi masa lapang dengan ber briskwalking. Duduk depan PC lelama pun tak bagus, boleh gemuk, boleh sakit bontot tu nanti.

Tapi saya akan tulis jugak, tulis cerita Acik Marhaban KEKWAT Garang yang tersakiti he he==== kalau rajin le. Tulis pasal diri sendiri lagi mudah,kan. Dalam cerita orang, pasti kamu itu monster. Dalam cerita/Kitab riwayat BCL. Alicia Amin, Acik kampung kekwat yang garang adalah seekor monster, iblis yang ganas.

Kita tulis sikit mukadimah---

Dalam cerita setiap insan, pasti ada monster. Dalam buku kau, kau lukis dia monster, tapi dalam bukunya kau pulaklah yang monsternya. Acik garang Kewat ni opkos le monster dalam kitab riwayat anak sedara kau yang asyik kijenya tegedik-gedik bertik-tok-ntah apa-apa tu.

Acik malas nak jadi monster, jadi acik pun belajar bertik-tok jugak. Acik blajar buat konten online, memula tangkap gambar still picture je, lepas tu dah mula pandai main tangkap bidio dah. Minggu depan acik nak blaja buat tik-tok plak he he. Bila acik dah bertik-tok bagai, acik pun 2x5lah monster jugak. he he he Jadi double monster. Bebudak muda pulak pening kepala nak ngajo acik bertik-tok. But then  la ni acik is too sibuk nak pikir sangat/nak sentap pasal apa orang nak cakap pasal acik. 

Saturday, March 26, 2022

Jalan Cerita---

Eh kata nak pi cari balang Kueh, Ala, HP buat ragamlah pulak, kan? Tula semalan tak cas, beteri dah low hp tu. Karang sampai kedai beteri kong, ada yang rela tak bagi masuk kedai, sebab tak de mySejahtera. Iya, kau kedai balang tu ada RELA jaga. Kau jangan memain. Kenapa ada RELA, ni yang pegi kedai balang tu mejoriti bakers, kang kalau derang covid, kang, habisle kita reramai tak meriah raya sebab tak de kueh tunjuk dari baker peberet sebab bakers dah kobid. hah!

Sementara tunggu bateri penuh kita buat outline nobel sikit ek....

HERO dia pejuang HAK ASASI, Penjahaat dia Saripah Sona, kakak siHERO yang nak kembalikan HERO ke-jalan kesucian. Plot, satu pempuan pelakun Fan's only page dah separuh mampus sebab kena rogol dengan Haters dakwanya. So si HERO nak selamatkan si HEROEN dia. Saripah Sona Pegawai Kesihatan Mental Putrajaya yang suam-suam kuku je. Tersuam sebab Saripah fokus pada anak-anak dan laki. Keje dia kat spital tu cuti  gaji je. Sampai kena campak kat jabatan mental sebab asyik cuti je. Cuti tanpa gaji ngasuh anak le, cuti bergaji, belajar le, lepas tu tak begaji, ikut laki belajau lak pulak. Pendek citer, kumpul-kumpul, cuti dengan kije dah nak sama banyak dah dak Saripah ni, he he---

Klimaks Saripah begaduh dengan Dak HERO, pasal HEROEN ni. Iya dak HEROEN dakwa haters koyakkan dia, tapi Saripah percaya, fans sndri yang buat kije tu.  HATERS ka LOVER? hurm. Mati takat tu jelah--- saya bukan doktor mental, so kalau ada doktor mental yang ada bakat menulis nak tuleh silalah----

Akceli,kan kalau saya yang tulis, HERO dalam Cerita nak Dak Seripah. OWh ya adik dak Seripah bukan Syed, tapi dak Wan je---Dak Seripah dengan dak Wan tu adik-beradik satu ibu bapak lenlain.

Aik Tak Habes Lagi Gaduh?

Ha kome, isu Malam Nispu-sakban hari tu tak habeh lagi tu. Isu Ulamak Syam VS Madina, sambut, x sambut? Eish bukan yang itulah tapi isu viral retis muat-naik bidio soft-porno, tu, lahhhh!!!hah! Begaduh dak DIDIE dengan Dak VIElah pulak. Sorang ada master, sorang SPM cukup-cukup makan je.

Acik pun ada Master dek, itu pasal achik tak serabut sangat pasal bidio dak Zul dengan dak Siti tu. Agaknyala bila orang jenis ada bakat akademik sikit ni, kita jenis tak bebakat sangat dalam bidang-bidang porno-semi-porno, kut. Imaginasi tak berapa kuat sangat kalau bab-bab porno ni, kene kuat sikit lagi. Pada Acik,lah,kan saatu dak Zul tu memang tak hensem le, kalau taruk Cakra-Khan tak tau la kan he he---nauzubillah.

Apa yang mengarut ni? Lari tak cukup tanah dak Cakra, sebab ada acik minat kat dia. he he he.... Maksudnya gini, bidio pendek tu langsung tak beri kesan pada aciklah. Tak menganggu, tak menyinggung perasaan. Tapi sebagai sorang pempuan yang sarat emosi ni, Acik berampati dengan kawan-kawan pempuan yang lain. Espcially Acik Didie kau tu. Idakla Acik nak kata Acik Didie kau tu miang, idak---Yang miang tu, yang itu hari dok reramai meroyan-tejerit-jerti "Zul, Zul, ampun Zul, tolong kaver sikit, ovari ai dah pecah ni" hat itu hat lain le, Acik Mar kau memang tak simpati langsung, dah tau puting tetek tu dah keras, pi telek lagi gambau dak Zul, tu dah kenapa, kan dah turun sampai ovari, pecah pulak tu, hurm tak dapat Acik nak tolong.

Ok bebalik pada Acik Didie's comment, (ya kita pempuan, ni jangan kau hingat tak penah jadi mak, kita sarat emosi dan kebimbangan macam mak-mak, tau! Tak de anak sendiri, ada anak sedara, tak de anak sedara, ada anak sedara sepupu, adik-sepupu, pupu-pupu-pupu ntah berapa banyak pupu tah, kan?). Kebimbangan no 1, anak dara kita besok dah tak dara sebelum nikah, sampai kuar anak luar nikah. Itulah bimbang no 1. Dah zaman orang gila kejar like, share kat internet, dah kita bimbang pulak anak pempuan kita besok, telanjang bulat, gelek, bontot, tunjuk tek dekat media sosial, demi like dan share yang tinggi. Eish hat tu bimbang no 1 tu. Anak bujang idak le pulak bimbang? ntah kalau acik le anak lelaki itu bapak dia punya problem, kan? Matilah kalau dua-dua kita nak risau, kan?

So, kita memang takut anak kita terpengaruh dengan bidio-bidio macam yang dibikin dak Zul dengan Dak Siti ni. Orang kata iman tak dapat diwarisi, iman kita pun ntah level mana, ni pulak nak pupuk iman orang lain, waima anak sndri. Nabi Noh pun gagal bimbing anak bini dia, kan? Hah macam tulah. Kalau tak risau tu acik memang tak tahu,lah,kan? 

Tapi bila acik baca balik komen acik Didie kau tu, rasa Acik Didie tu lebih kepada simpati gak kalau lepas ni Dak Zul tenggelam terus. So, acik is tak nak sedih if after this no more Zul. But don worry, kalau itu Didie punya risau, acik Mar bertaruh kerat kuku jari kalau dak Zul tenggelam lepas ni. Acik percaya lepas ni dak Zul lagi glemer. Ya dulu kalau retis, gomen "ban" matilah retis tu. La ni, Dak Zul boleh je buat lama "fan's only" Kat Barat sana dah ramai orang kaya-raya atas laman situ. Pelacuran jenis baru? Tinggallah risau jika anak-anak ikut jejak langkah dak Zul atau Dak-dak yang sekian banyak Dak-dak yang dah mewah, kaya-raya atas laman-fan's only tu.

Kalu acik Didi mungkin bimbang dia setakat isu moral, acik Mar risau, bebudak laman-fans only ni lama-lama besok mental. Tu je. Sebagai orang Islam, especially Melayu Islam, mana boleh kita cari makan dengan buat benda-benda yang tak selari dengan akhlak agama, kan? Lepas tu mulalah meroyan atas hak asasi, kunun. Hak dia nak hiburkan fan dia. Banyaklah fans korang, kan? Besok kena stalk, kena rogol dengan fans sendiri, habeh koyak rabak, pantat jubooo kau, padan, muka. Pastu buat citerrr kunun ada haters pejuang Kesucian Alat Kelamin Mental, rogol kau pulak. Aik, bukan fans kau sendiri,kan yang koyakkan kau. Nyek Ellleeehhh, sesikit haters, haters, pejuang kesucian, pembawa suci ke jalan yang benar, je yang salah. Kalau dah belumpur macam tu, tok sah sakit kepala kita nak sucikan dia, leeerrr, bio dia begelumang dengan lendir dia sendiri macam Atuk Hue-Hefner dia tu, kan?

Hurmmmm----ais kalau nak tuleh pasal hak asasi ni memang panjang, aish boleh buat nobel. Nobel tajuk--HERO Hak Asasi, Kau jangan nak HERO-HERO sangat Dek, Mental kau besok sebab nak juangkan sangat hak-hak bebudak Fan's Only Page nak hiburkan Fans derang. Oits, panjangnya tajuk Nobel kau!!!, aip itu, abstract Nobel leeerrrr. hah! Tapi tu, kan, tak kosele---hari ni pagi ni macam nak siapkan nobel, kau! tapi jangan Haraplah nak tuleh, besok entah apa cerita, ni sat lagi nak cari barang buat kueh raya, kau. Iya kan dah 2 tahun tak dapat raya kat kampung, kenala raya tahun ni kita berabish belanja sikit, kan.----

Hah berapa balang aku nak bikin eeeh---hurm, ish seronoknya raya!!!! oklah off dulu nak pi mandi, nak kuar sat cari balang kueh raya.