Sunday, March 27, 2022

Acik Marhaban GARANG KEKWAT

Sapalah acik kekwat yang garang tu? Sayalah. Kekwat tu idaklah, dia jadi kekwat bila kita campur gaul dengan budak-budak muda ni, ada je benda yang kita nak tegur,kan. Tapi tak tegurpun kecuali adik sepupu ai yang serumah dengan mak ai, je yang kena tempias kekwat, ai tu. 

Tu pun ai banyak gigit lidah gak tu. Ibu dia ada, yang kita nak kekwat-kekwat tegur-tegur anak orang dah kenapa, kan? Orang kata kalau kita jadi ibu, tu, "biar orang marah, kritik kita, jangan kritik anak kita, laki kita" Pedih dia tu, bagai sembilu menghiris hati----hah katanya, gitu.

Saya ni personalitinya acik-acik kampung yang gemo berleterlah----tapi nasib baik le saya tak kawen, anak dara, itu yang saya lebih banyak diam je. Diam tak diam gak, pot-pet-pot-pet gitu, tapi hal makanan, hal bercuti, shopping, bla-bla, hal orang perempuan jelah. Nak kritik itu ini dulu ada gak terkritik, tersampai apa dalam kepala, dalam hati, tapi jadi gaduh, so senyap ajelah. Orang pempuan ni senang benau sentapnya. Kadang kita cakap benda betul, pun, tapi bila dah nak sentap dia sentap juga, kan?

So lebih baik senyap, walau memendam rasa? Tak kose aku nak pendam, kan? Let go je. Biasa bila sebut let go ni dengan bercakap--- bahaya let go jenis ni. Kau yang lega, orang yang kena tempias let go kau tu yang merana. Tahun-tahun kebelakangan ni, saya banyak praktik cara let go tanpa bercakap. Salah satu yang saya praktik ialah berjalan.

Yup berjalan. Saya dah tau pasal berjalan ni lama dah. Tapi sebab badan tu berat, jadi nak berjalan jadi malas. PKP, saya terkurung di rumah, saya dapat kawal pemakanan dan diet. Kalau tak PKP semua hancur lebur, asyik nak menyinggah, Mc Dlah, KFClah, goreng pisang/goreng kledek, Donut tepi jalan, satay segala macam gerai tepi jalan saya mau singgah. Tak cukup tu, sampai rumah, sebelum naik lif tu, tertengok/terjongol kepala kat tong aiskream kedai runcit kat bawah apartmentlah pulak!

So bila PKP, benda tu tak de. Saya memang prepare makanan saya, ikut plan, ikut diet bagai. Berat pun turunlah sampai baju semua tak ble pakai. Memula saya karau baju mak saya, lepas tu baju busu saya semua saya karau he he, sampai adik sepupu saya cakap, "janganle kurus lagi nanti baju kakak pulak yang jadi mangsa". 

Bila berat dah menyusut, gomen pun dah benarkan kita kuar bejoging di kawasan kejiranan, saya pun briskwalk petang, atau bagi dikeliling-keliling apartment je. Bila taman dah bukak saya naik ke taman di kat belakang rumah tu aje petang atau pagi bila sempat. Masa tu masih BDR, memang sempat sangatlah panjat bukit tu, kan?

Bila dah tak BDR, kalau hujan petang saya briskwalk je atas treadmill di gym opis yang terletak di tingkat 7 opis ni.Iya Blok saya E14 ni ada gym, tau! Dahsat ke idak fasiliti yang saya ada. Kalau tak kurus juga memang something wronglah kan dengan penghuni blok E14 ni. 

Selain dari kita meluah rasa bercakap, bercerita, menulis, berjalan, bersenam juga ada kesan yang sama, bahkan tentulah lebih baik sebab kalau bercakap, ni salah cakap, jadi lain. Menulis pun begitu juga. Pandai sangat tulis, boleh jadi senjata makan tuan pun boleh tu. Berhati-hatilah dengan kepandaian yang dua ini. 

Saya memang tak pandai bersukan, beraktiviti riadah, tapi keadaan sekeliling, musibah, bencana yang melanda memaksa saya untuk mempelajari/mempratktik kannya. Hasilnya saya rasa lebih sihat dan gembira. 

Owh berbalik pasal menulis, memang nak menulis cerita Saripah Sona dengan adik dia tu, kita namakan adik Saripah tu Nik Faisal. eh Nik ka, Wan ea? Tak pe Nik lah sebab saya suka nama Nik Faisal. Sapa Nik Faisal tu, alllaaa Nik Faisal dalam kes 1MDB tu le he he---

Ok pasal cerita Sona vs Faisal ni, sudah tentu dalam naratif Sona, Faisal menyinggung perasaan dia, Faisal Monster. Dalam buku Faisal pulak, Sonalah yang monsternya, kan? Dalam buku saya. Saya nak buat Faisal Monster, tapi tu, sejujurnya lebih senang ko nak jadikan Sona Monster sebab dah ada templete. Kau tiru jak templet cerita Nur, hat watak Aisyah tu he he. Dah banyak sangat orang buat, nanti bosanlah pulak. 

Jadi macam mana kau nak angkat Sona. Plan saya, kita hitam saja watak Nur, sebab nak hitamkan watak Faisal/watak lelaki memang susah sikit. Lelaki ni saya perati derang ni memang tak de watak pun, kita orang perempuan (baik mak dia atau wife/kekasih dia) yang bagi watak pada dia he he----
Tapi honestly saya memang tak sampai hatilah/tiada kekuatan untuk meng"Alica Amin"kan Nur.  Nak hitamkan Alicia Amin, macam penulis drama NUR menghitamkan Aisyah pun saya tak sanggup. Honestly Drama Nur bukanlah Drama yang saya suka pun. Nak kata benci tak juga. Sebab apa yang ternukil memang ada pun dalam dunia nyata. Pengkarya mengangkat kemelut semasa yang rasanya idak ditokok tembah, pun. 

Alicia Amin, BCL dalam dunia nyata lebih kepada mangsa. Nak jadikan mereka pemangsa boleh bengkak bernanah, kepala kau tu nanti. So like ai said, baik saya isi masa lapang dengan ber briskwalking. Duduk depan PC lelama pun tak bagus, boleh gemuk, boleh sakit bontot tu nanti.

Tapi saya akan tulis jugak, tulis cerita Acik Marhaban KEKWAT Garang yang tersakiti he he==== kalau rajin le. Tulis pasal diri sendiri lagi mudah,kan. Dalam cerita orang, pasti kamu itu monster. Dalam cerita/Kitab riwayat BCL. Alicia Amin, Acik kampung kekwat yang garang adalah seekor monster, iblis yang ganas.

Kita tulis sikit mukadimah---

Dalam cerita setiap insan, pasti ada monster. Dalam buku kau, kau lukis dia monster, tapi dalam bukunya kau pulaklah yang monsternya. Acik garang Kewat ni opkos le monster dalam kitab riwayat anak sedara kau yang asyik kijenya tegedik-gedik bertik-tok-ntah apa-apa tu.

Acik malas nak jadi monster, jadi acik pun belajar bertik-tok jugak. Acik blajar buat konten online, memula tangkap gambar still picture je, lepas tu dah mula pandai main tangkap bidio dah. Minggu depan acik nak blaja buat tik-tok plak he he. Bila acik dah bertik-tok bagai, acik pun 2x5lah monster jugak. he he he Jadi double monster. Bebudak muda pulak pening kepala nak ngajo acik bertik-tok. But then  la ni acik is too sibuk nak pikir sangat/nak sentap pasal apa orang nak cakap pasal acik. 

No comments: