Tak de kije lain le dibuatnya selain kalau bercakap, ada aje orang sentap. Masa kekecik, remaja, mulut tu asyik kena cili je dengan mak. Satu masa saya depress dan mulalah berfikir bukan-bukan. Lama-lama malas nak fikir. Bersangka buruk sama tuhan, tidaklah sama sekali. Sangka saya terhadap DIA senentiasa baik. Syukurlah saya dibekali dengan ilmu tauhid dan sangat specialnya ayah saya sendiri yang mengajarkannya buat saya. Ayah ini ayah long saya. Ayah biologi saya sudah meninggal sejak saya berusia 2 tahun. Kalau ayah saya masih hidup, tentulah dia yang ajarkan ilmu itu pada saya.
Ok berbalik pasal mulut lancang, pada saya satu kelebihan juga tu. Bila kita laser, hati kita kuat selancangnya mulut kita jugak. Ko cakaplah apa ko nak cakap. Hati yang kuat sangat penting sekarang ni, especially zaman media sosial ni, hah memasing boleh hambur saja apa nak hambur di medium maya. Mulut jahat ni kadang punca tercetusnya pergaduhan. Ada benda yang simulut-mulut lancang ni hamburkan memang betul, pun. Tapi kalau sipenerima kata-kata nista tu tak boleh terima, bukan dengan engkau je yang nahas, satu opis sekali boleh kelam-kelibut dibuatnya. Boleh berpuak-puak jadinya, puak kem Hajjah Mona, berperang mulut dengan Haji Salim. Pergh---
Seeloknya betulah, kita simpan semua dalam hati ajelah dan senang maafkan ajelah apa-apa. Tapi tidak semudah itu memaafkan bila hati dah sakit,kan? Itu pasal kita kena sibukkan diri dengan aktiviti yang menyukakan hati, walau aktiviti kita pulak tu buat orang sakit hati he he---
Ya, sakit hati. Dah tetua ni patut duduk masjid, je. Tapi tulah saya ni jenis kalau duduk masjid, jadi boleh makin sedih. Trauma kut. Trauma apa. Nak cerita ka, dah cerita rasanya tapi rewind baliklah---trauma satu pasal kena serang dengan bebbudak/orang tua usrah, dalam internet berebut jantan, kan? Tu satu. Elok je saya memulihkan diri dengan menyambung pengajian, saya terkesan lagi sekali dengan bebudak usrah yang memarahi coursemate saya yang tak puasa tapi tergiur dengan air grape sejuk yang tersedia dalam balang masjid Universiti. Kawan saya dimarahi begini "air ini hanya untuk orang puasa" Hari tu bukan bulan Ramadhan pun, kalau bulan itu, patutlah kau nak menginga kalau ada yang cuba mendekati balang air tersebut, sebelum masuk waktu maghrib, kan.
Lagi satu tu, masa orientasi, saya memang tak boleh "masuk"lah dengan mamat adik usrah tu yang mengapi-api agar kami takutkan bangsa India. Dulu Cini, tapi masa saya belajar tu tahun berapa ek 2009, api kebencian terhadap kaum India mula ditiupkan. Ya lebih senang benci India dari Cina. And why Indian? Sebab kat Uni saya tu, Cina dah "hancur" Akademik mungkinlah masih powerlah (tapi dalam universiti swasta yang paling mahal di Malaya ni, kita orang semua otak sama lebih kurang je so, Melayu, Cina, India memang alah, IQ wise sikit lebih kurang je, walau saya selalu perasan bebudakle yang IQnya paling tinggi-terbaeekkk) tapi akhlak mereka sudah hancur. Tapi tu saya tak faham, why usrah perlu diisi dengan kebencian? Sapalah kepala usrah ni? Nasib baiklah mak masa tu masuk Uni pun sebab nak berlindung/merawat luka kena bedil hancur sebab berebut jantan, kan. So kalau sendiri pun sakit, memang tak berani nak tambah lagi penyakit. Kalau saya ok, tahap mental saya macam hari ini, harus aku jadi inspektor gajet tak bergaji, mencari sapa dalang disebalik "gerakan benci India" ini.
So, pendek cerita, orang kalau kalah berebut jantan, pegilah masjid,kan ngadu sama tuhan, ini saya lebih suka pergi ke SPA dan saloon... pergi bersauna. Tak sauna di Salooon, sauna di kolam air panas gadik, pun jadilah he he. Gitu. For me macam kita keluarkan benda-benda panas yang ada dalam badan. Iyalah kalau marah, badan panas, kan?
Manalah saya belajar benda-benda merapik ni? Ceritanya begini, kat opis, ada orang cerita pasal gangguan-gangguan ni le---so, ada sorang cikgu tu suruh pegi pawang ni cek saya ada gangguan ke tidak. Saya pergilah. Pawang tu scan-scan dia kata ok. Cuma bandan saya je lemah, pawang tulah yang suggest bebenda mengarut ni he he---
Klakar-klakar ada ustaz, ko pi cari pawang. Hey orang Melaka memang gila. Ustaz dia pegi, pawang pun dia pegi, lagi satu gilanya orang Melaka ni, hospital pun dia pergi jugak. Gila-tak-gila ka orang Melaka ni. Tapi gitulah dia orang Melaka, loud macam orang gila.
Eh kata tadi Tauhid dah mantap, ayah ajo, tapi masih pegi pawang jugak? Abeh tu, ustaz almarhum Harun Din tak pawang ka? Ni yang saya jumpa ni pawang baiklah. Dia pada orang Melaka ni pawang tu apa ek. Dia macam perantaralah, orang yang ada ilmu khas yang boleh berkomunikasi dengan alam jin dan bunian, Hah gaytuuu---hey apa kau gelak-gelak orang Melaka percaya bunian, yang ko terlopong tengok Legolas dalam Lord of The Ring tu, apa itu bukan bunian juga ka itu? To me percaya pada troll, Saruman semua tu part of percaya kepada benda ghaib. Itu ada dalam kitab Tauhid, what---kita percaya kewujudan mereka, je. Bukan kita percaya kepada seruan puak-puak ni, dan jadikan si Legolas tu ko punya ketua puaklah pulak. Ko Manusia, apa ke gila ko lantik si Legolas tu jadi ketua, kau? Hensem memanglah hensem, Hensem-hensem si Legolas tu hensem lagi kucing aku kat kampung tu he he---gitu.
Itulah dia cerita pasal orang mulut longkang, sebolehnya kita gigit lidah kekuat. Sekali kata sudah menghiris rasa, perang berpanjanganlah jawab dia.
No comments:
Post a Comment