Thursday, June 1, 2023

PBAKL 2023

Sebetulnya saya bercadang mau ke PBAKL weekend je. Namun memandangkan bestie saya ada tulis buku dan buat sesi meet and greet pada Isnin 29.05.2023 lepas waktu opis, saya pun decide pergi Isnin tu ajelah, kan. Tetiba saya teringat kawan yang attach kat Tabung Haji dan minat buku-buku ni dan tanya if dia nak join saya. Jadi balik tu bolehlah saya tumpang kereta dia, kan? Tapi dia jawab kalau Selasa boleh tak? Saya kata boleh je sebab bestie saya ada dua slot Isnin dan Selasa. Tapi kalau Selasa saya kena minta time off. Saya tanya bos, bos kata ok. Memanglah kena ok sebab KPM, kan Kementerian Tamu. Janji ko ada program yang kau nak attend. Meet and Greet gedik sangat. So sembang-sembang buku, pulak tu buku yang dah menang hadiah sastera, kalau saya nak claim 2 jam berkursus boleh. 

Tapi tak mengapalah sy punya kursus alhamdulillah dan lebih 5 hari setakat ni. Lagi saya bukan melangut dengar discussion buku tu pun, tapi saya pegi menyoping kat booth-booth lain. Boleh tengok rakaman kat FB apa? Balik umah malam-malam nanti saya tengoklah, kan. Kebetulan kawan yang lain  ada hal pulak nak jumpa saya, so memang ambil peluang merayau-rayau cuci mata cari bukulah gamaknya saya. 

Khamis pagi sebelum subuh baru saya tengok rakaman sebang-buku tu. Ala buku tu buku feminist katanya. Utusan pun dah kutuk, kata buku tu akan bikin orang pempuan tak mau kawen. Bestie saya didatangkan khas dari Negeri di Bawah Bayu sana untuk menyimbangkan atau moderator kata memurnikan penulis sebab biasalah bestie kita, kan? Sungguh dia lelaki dia ok je pasal feminist-feminist ni. Sekular back-ground macam kita ni bukan kata tak rasa terancam pun dengan golongan ini, tapi kami ambil pendekatan ambil cakna dengan tuntutan mereka, mengkaji, memikir pelan-pelan tindakan untuk menyelesaikan isu. Seterusnya sama-sama melaksanakan pelan tersebut walau setakat ini taklah seberjaya mana pun.

Pasal tuntutan feminist ni kalau dalam pengurusan, governance ni, berkiblatkan SDG solusi kami ialah mengimbangkan gender inequality. 50-50 gitu. So far kalau Malaysia ni memang tak tercapailah walau kalau dari level pelaksana macam saya ni dah lebih pompuan dari lelaki, tapi kalau tengok kat top-top management masih belum capai angka itu.

Lagi satu memang payah nak capai,lah sebab kita pempuan sendiri pun kalau boleh tak nak bos pempuan. he he. Bukan nak kata bos pempuan tak de yang ok, ada. Tapi bilanganya sikit saja. Bos lelaki pun yang ok pun sebenar sikit sama sikitnya dengan bos pempuan yang ok tu, tapi dari berboskan bos pempuan yang tak ok kami lebih rela bekerja dengan bos lelaki yang tak ok.   

Eloklah sebelum subuh dah dengar sembang-sembang buku, mai opis kawan ada bawang sedap untuk kami kupas-kupas. Katanya dah meletup cerita perihal satu bos pempuan tu tak function dan meroyan-royan mengamuk sebab ntah apa tah. Dengo cerita dia balik anak buah dia, dia jugak yang busy dengan agenda peribadi dia, katanya nak naik pangkat tu ada kena attand kursus bersemuka. Dia sibukkan kursus naik pangkat dia tule katanya. Jadi masalah bila bos nak tengok report, report tu tak siap lalu dia buruk-burukkan team member tak fuction menyebabkan report dia tak siap. Lepas tu dia minta cuti biasiswa HLA. Nasib kau lah kawan. 

Berlainan dengan bos lelaki yang "sucks"--- kita jarang dengar benda-benda begitu. Bos lelaki kalau tak function, kerja tak siap, dia selamba je, "Well I know, I tak function, so what???!!!" Berlainan dengan bos pempuan, dia akan bermati-matian, tuduh sana-tuduh sini, burukkan sana, burukkan sini.

Sunday, May 28, 2023

Pempuan Plak Nak Apa ek?

Saya ni pempuan, sure saya tau apa pempuan nak, kan? Sebenarnya saya tak tahu, dan kadang tu saya pun tak faham. Pempuan lain la---kalau pempuan kengkawan saya, (geng-geng masak-masak) yang tak berapa kerat tu, tak le saya apa derang nak. Kita nak satu je, nak makan sedap-sedap, nak makan banyak-banyak tapi tak nak gemuks. Hah lagi satu, lepas makan, ngantuks nak tido. Kalau tak, nak gi soping, nak gi karaoke. Yang dah kawen tu, kalau boleh anak-anak tu semua disiplin dan tak peningkan kepala. Laki, ipar duai, mak mentua, biras semua tak kasi sakit hati, tak kasi pening.

Tu maunya kami ni, tapi manalah boleh dapat macam gitu, kan. Sedikit sebanyak mesti ada pening-pening lalat jugak tu. Yang tak kawen macam saya peninglah bila selera tak pernah susut, berat pulak tak reti nak turun-turun. Tapi terpaksa turunkan jugak, kalau tidak anual check-up nanti kena marah dengan doktor.

Tu tu ada jenis pempuan yang level-level atas-atas tu, level-level serikandi, pejuang negara, itu tak saya tak berapa pasti apa maunya mereka. Tapi saya ada jugak sesikit kawan pejuang sastera bahasa. Maunya kalau boleh novel-novel macam BABI tulisan novelis Azwar Kamarudin, dan yang sama waktu dengannya---itu barang novel keluaran Dubook tu kalau boleh gomen ni amik tindakanlah sikit kat penulis dan penerbit dia tu. Denda ka, bagi kelas bimbingan moral ka, apa-apalah, kan. Senang gam je novel-tulisan begitu. Novel-novel keluaran Jabatan dia, kawan-kawan dia boleh gomen paksa rakyat beli sorang satu, sapa tak baca kasi denda sama mereka---biar laku keras. Gomen juga kalau boleh bagi lebih bajet untuk bahan-bahan bacaan yang berhemah, berakal-budi tinggi. 

Pendek kata semuanya GOMEN-GOMEN-GOmen. GOMEN tak cukup duit? Itu PM sudah rampok banyak duit, kasi jatuh itu PM, ganti PM baru, lagi dan lagi dan lagi. Kalau boleh PM tu biar dari kelompok derang yang berbudi luhur. Agak-agak saya ajelah. Ntah apa sebenar mau derang ni idaklah saya berapa pasti sangat. Saya pun tak mau tulis lelebih, nanti takut tersalah tulis jadi fitna.

oklah meh nak share gambar geng-geng achik suka masak-masak:_

Macam ni kamiurang. Makan-makan-makan--tak de fikir lain deerrr

Hah how about pempuan yang suka mekap-mekap? Yang ini pun suka jugak nak cantik-cantik, tapi malas, kalau orang mekapkan, buatkan facial, sukeleerr, tapi kalau sendiri nak buat hah kirim salamlah---Nak cantik tu susah, kena banyak usaha. Apa lagi maunya, tak payah mekap, tak payah jaga makan pakai, magic-magik jadi cantik macam Natalie Portman, tak dimamah usia macam Jenifer Lopez

Wednesday, May 24, 2023

APA MAUnya LELAKI ni, Kan?

Nak sambung sikit lagi, sikit lagi pasal bini Robot Elon Musk tu, kan. Macam tak boleh move on je dengan minah robot tu he he---Bukan minah tu sangat, tapi si Elon tu le. Ala kalau yang nama pempuan ni, apa ke jeneh pempuan le yang dia tak boleh dapat, kan? Semua dia boleh sauk gitu-gitu je.

Kenapa robot tu. Kalau saya Elon,lah kan, bukan saya nak robot tu sangat, tapi ni business masa depan. Kira yang saya menari ria dengan robot tu kira promosi je tu. Betul ka saya ada isteri robot, tu belakang cerita. Yang pastinya saya ada data sapa langgan patung mainan. Pasaran memang baik/luas. Saya nampak prospek produk patung ni. Bila diteliti profil pelanggan, mereka kalau setakat USD20k memang tak de hal prospek ni keluarkan untuk teman mainan yang interaktif. Market menunjukkan ia satu perniaggan yang menguntungkan. So, saya nampak ia satu pelaburan yang menguntungkan dan saya sedia keluar modal.

As CEO dia juga tahu, happy man is a happy worker, he just want to bring joy to this dull, stress full world. Imagine lah bini kau 24jam suruh kau tawan dunia, tawan dunia. Perbetulkan dunia. Dunia ni banyak yang tak betulnya bla bla--, tak pun jenis pempuan yang tak bolehlah orang cuit dia atau jenis yang dia terasa tercuit, je mulalah dia nak "get even" orang kata jenis yang "an eye for an eye"--- Sayang have to do something sebab dia dah korek mata Ai. Ai nak you korek mata dia balik---uina boleh sakit mental kau kalau berumah-tangga dengan orang sebegini..

So, don't you agree with me that this happy sexy robot can be a solution to fix this problem? Well I know, mati hidup balik pun ko tak kan agree dengan saya. I know you ada better solution, absolute solution. I know. Just show it to the world your solution. Apa? Without political will is hard for you to show it to the world? ho ho ho---no wonderlah you all ni PRU dah berbulan berlalu pun tak sudah-sudah lagi cerita pasal politik.  he he he---

Monday, May 22, 2023

Apa Maunya Lelaki---

Ok sambung sikit pasal si bini robot Elon Musk tu. Cerita tu palsu katanya. Isteri robot tu tipu---gambar tipu yang diejas supaya nampak real dengan bantuan AI. Tapi tu tak kisahle, kan. Yang kisahnya pasal patung mainan orang lelaki memang dah lama ada. Bila Elon Musk sendiri sanggup buat foto palsu bersama patung mainan ber"nyawa" Ai", tak mustahil penciptaan terhadap benda alah tu memang sedang diusahakan. Ngeri? Daripada dok ngeri, baik buat refleksi sikit kenapa terjadinya begitu. Tak cukup pempuan ka dalam dunia ni? Kalau si Elon tu apa perempuan le yang dia tak boleh dapat, kan?

Bini pun dia dah jenuh kawen-cerai-kawen-cerai dan girlfren sekarang pun bukan calang-calang orang. Umur belasan tahun pun sudah dapat biasiswa itu ini. Sudah mampu arah filem pendek. Kira yang dia pilih semuanya beauty with brain. Bukan jenis pempuan yang hanya pandai bermekap, melaram, merenyam miang saje. Tapi tu robot juga yang dia dok pergi peluk. Itu memang menghairankan saya jugak tu. 

Tapi tu hari Jumaat hari tu saya ada pegi jemputan rayalah, dan adalah tetamu terhormat dari PDRM. Pempuan, lawa, cantik. Ketua balai pulak tu bertitle Dayang. Kalau Dayang ni kira keturunan bangsawan di Borneo sanalah---Anak keturunan Raja Brunai gitu. Pempuan macam ni, sapalah lelaki yang tak bermimpi nak beristerikan dia,kan. Honestly kalau saya lelaki pun sukar untuk saya akur surah An-Nur ayat 30 tu he he---nasib baik saya pempuan. Idak le saya pandang sangat tetamu tu, nanti dia kata saya pervert, lesbian ka hapa, ka kan, tak ke haru jadinya.

Pendek cerita, tibalah giliran dia bagi ucapan. Initially hati saya berkata, muka lawa, suara pun sedap. But usai dia sebut kata aluan dan mula bercakap, saya sudah mula rasa bosan. Makin lama dia bercakap, lagi saya rasa oh my GOD. Serius, I just can't stand this lady. So, saya rasa lelaki pun macam gitu jugaklah---memula tu wow, lepas tu jadi bosan.

Berbalik pada Elon Musk tadi, kalau bini no 2 dia saya faham sangatlah napa mereka, bercerai, rujuk, cerai semula bila saya terbaca minah tulah yang suruh Elon Musk take over twitter dia tulis begini "can you buy twitter and then delete it, please?" Jika sayalah tak kira apa gender pun, jika my ex ka, my existing couple ka, arah-arah Ai buat bebenda macam gini memang saya takut he he he---Pada saya manusia yang begini sangat mengerikan. 

Saya rasa pempuan macam ginilah, lagi kaya, berpengaruh laki kita, lagi mengarut benda yang kita minta dia bikin. No wonder Elon Musk lebih rela menari dengan robot he he---

hah itu bini dia kapir tu orang kapir minta tutup twitter, kalau kalau Islam, saya rasa lagi banyak dia minta ditutup, beli semua satelite dan tutup semua internet, kan? Sebabnya kalau mampu dan beruang lagi senang minta laki tutup internet dari nyuruh anak-anak kau tutup aurat, percayalah. 

So, kesimpulannya sekarang ni, mana lebih mengerikan bini betul ka, bini robot?


Sunday, May 21, 2023

PUISI LAMA

PEMBERIAN BARU

Diberi padamu 

Sebuah mimpi baru

untuk kau tulis hari depan

bukan igau semalam


Diberi padamu

sekeping sukma baru

untuk kau lukis warna Nur

bukan titik kelam


Diberi padamu

sekajang naskah baru

untuk kau rintis sejarah diri

bukan naratif hitam

******


TANPA

Malam

tanpa mimpi

mengira bintang

satu

satu

Malam tanpa bintang

menunggu mimpi

tak datang

datang


BUNUH

Kalau bukan

kerana Tuhan

Sudah lama

aku membunuh

Sepatutnya

tubuh dan jiwa ini

Sudah mati berkali-kali


Wat's Man Want?

 Apa lelaki mau rasanya samalah juga dengan apa yang perempuan mau. In this context, dalam rumah tanggalah kan apa yang kita mau. Basic necessity makan minum, tempat tinggal dan sex. Sebagai orang perempuan ni lemahnya bab-bab atas katil ni kadang moody. Itu komplen orang lelaki. Orang pempuan pulak komplen bab-bab duit, tempat tinggal, orang lelaki ada yang tak sedia dengan cukup. Yang basic-basic je mana cukup, kan? Tak semua lucky dapat laki kaya. Kalau dapat kaya pulak bizi cari duit, dah majuk. Kalau kaya dan tak busi, cukup masa pempuan tu pulak dah tak berdaya---so laki pun, mulah nak tambah cawangan, alahai konfliks lagi, lagi dan lagi. 

Pendek kata, popuan nak sentiasa ada mood tu agak sukar, kami ni emosi bla bla bla. Ada masa/cukup masa ada yang memang terus tak ada mood. Katanyalah. So orang lelaki kebanyakkannya tinggal bertabah menunggu mati. 

So, bagi lelaki tak nak ada konfliks berkahwen dengan robot itu mungkin satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Ni hah ni Elon Musk ada jual ni, hurm selesai masalah. Katanya taklah mahal sangat pun USD20k je.



Elon Musk dan syarikatnya sedang berada di peringkat akhir dalam pengeluaran Isteri Robot. Pengeluaran Isteri Robot dijangka akan dilancarkan pada September 2023. Mereka akan sampai di Afrika menjelang November 2023.

Isteri Robot akan menggunakan bateri yang tahan mengikut kitaran haid. Bateri hanya akan dicas selama tiga hari penuh dan beroperasi selama sebulan. Untuk bersentuhan dengan Isteri Robot, diperlukan Kata Laluan, Corak atau Cap Jari untuk mengelakkan tertukar shuben.


Tapi bagi kita yang Islam ni tak bolehlah buat macam gini. Nak beristeri syaratnya nikah dan syarat sah nikah yang utama ialah perempuan, lelaki. Robot memang tak boleh. 

Ok dalam hal lain ko rasa kenapa Elon Musk buat robot isteri ni? Dia nak tolong kawan-kawan dia je tu. Tolong diri sendiri jua. Perempuan ni kalau dia hot dia pun boleh satu masa rasa bosan, tinggalkan kau. Robot ni dia tak akan tinggalkan kau. 

Kalau ko tengok gambar ni kau mesti marah, terancam bla bla bla, kan? Tak payahlah nak rasa begitu. Fokus je dengan diri sendiri untuk berjaya. Kau kan orang Islam, kata Islam pimpin dunia. Macam mana Islam nak pimpin dunia kalau kau  sibuk salahkan orang lain, sampai kau terlupa nak mandi, lupa nak pegi kerja, lupa nak cari duit untuk family? 

Atau kau sibuk berpolitik sana, berpolitik sini. Dah habis musim mengundi pun ko sibuk main politik jugak.

Tuesday, May 16, 2023

The Real You?

Ada satu post tu sangat interesting konten dia. Dalam bentuk infoGrafik, tapi saya tak save so tak ble share sini. So saya tulislah grafik tu pasal apa. Cerita dia sikit lebih kurang mana satu the real you dalam insta/dalam soc med? Weekend you bangun pagi bersiap, pegi beriadah, pegi air terjun ka? Selpie situ cantik-cantik. Atau you dengan tak mandi, tak basuh muka, air liur basi belemoih, bukak komputer, kutuk gomen.

Ailah, kan kalau ngadap komputer, ngutuk gomen, pun, idakle sampai tak mandi, selekeh macam tu, kan? Kita nak ngutuk orang pun, kenalah kita segak-segak dulu barulah ada feel nak mengutuk. Ni kau sendiri pun busuk macam mana nak ngutuk orang busuk, kan? Tapi tulah rasanya kalau kau tulis kutuk.komplen gomen orang akan bayangkan kau yang selekeh tak terurus sedang menghadap menaip papan kekunci kau. So, kalau nak kutuk gomen, Ai is suggestkan kita buat bidio je. Kalau dah vidio tu idaklah berani kita tak mandi tapi dok merakam bidio, kan?

Tapi pedulilah apa orang nak bayangkan bila baca tulisan saya ni, saya tetap nak cerita satu benda ni. Ceritanya begini, semalam saya temankan bos saya beraya kat Masjid Besi sini. Anak dia punya open house rayalah. Dia nak pegi sorang dia segan, so dia ajaklah kami teman dia. Masa dalam kereta tu saya ceritalah pasal kecoh kat feed FB saya pasal hat PMX kata dia Azizah urus semua. Azizah tak bizi rancang beli cincin mahal. 

Bos saya cakap, owh kalau macam gitu, PM kita bini PM, dulu Tun Hasmah. Dia bebel-bebel sikit, sikit lebih kurang, orang lelaki ni saja, kalau slack, semua bukan salah dia, bukan dia yang bodoh, bini dia bodoh, bini dia yang jahat, saja nak lepas diri dari ngaku dia yang bodoh/jahat/korupt. Semua pempuan yang rancang. Pempuanlah yang tak betul. 

Saya sambut begini, "Betullah tu semua Azizah yang rancang, Azizah dah jadi sepat kering, tak kuasa nak layan kuda tua, tu so dia aturlah PMX dengan jantan tu jantan ni. Kalau dibiarkan nanti kena sondol dengan pempuan ada yang kena share retelah pulak. Lelaki tak de isu berebut reta, sebab benda tu tak legal, lelaki tu tak de hak nak tuntut apa-apa.

kami pun gelak-gelak.

On the other hand, pasal Azizah vs Bini ngatur beli Cincin mahal dan digelakkan oleh tetamu lain dari kalangan pemimpin DAP, kengkawan kat FB dah kecoh begaduh pasal ni. Ada yang kata PMX tak patut buat macam tu. Ada yang kata "apa yang kau koyak sangat tu, kan PMX kata it just a slip of a tongue?"

Maka begaduhlah kakak dan Abang saya ni dalam FB sana pasal benda ni. Gaduh kunun macai Najib buat bodo ja walau dihina, direndahkan sebegitu rupa oleh PMX. Saya nak komen, tapi saya diam je. Ni kan bulan hari raya, yang patut kita happy-happy. Lagi pun Abang dan Kakak FB tu bukan calang-calang orang, bukan level kita, so baik saya diam je. Pada saya tak perlu penyokong DSNR rasa tersentap, terhina, dengan hinaan PMX pada majlis rumah terbuka UMNO yang lalu. Biarlah PMX tu, dia mau terus-terusan menghina DSNR, pun. Kalau dia buat begitu, dialah nanti yang nampak hodoh/bodohnya. Betapalah kita nampak sekarang ni walau DSNR dan masuk penjara, Bini dia pun sikit hari lagi akan masuk sama, PMX masih nak pick a fight with him? Why? Itu tandanya DSNR memang seorang yang hebat. So apa perlunya macai DSNR pick a fight with PMX. Pada saya DSNR umpama bulan kalau nak dibanding dengan PMX. So, what? kan? 

Jika Kau Dah Level BULAN, Apa Barang Mau Gaduh-Gaduh,kan?

PMX tu, gebang je lebih, dah berapa bulan dah ni dia jadi PM, satu benda yang dia janji tak ditepatipun. Terpaksalah macai-macam dia defend dia sehabis baik. Cakap takkanlah terus-terus dah pandai. hah gitu. Dah kalau dah tau tak pandai yang ko janji macam-macam tu dah kenapa. Honestly saya tak de isu pun pasal janji PMX, sebab tau dia tu beshe-beshe je. So far saya tak de komplen pun sebab saya tak expect apa-apa dari dia, pun.

Tapi surprisingly, lepas dia naik, Perbadanan Putrajaya dapat bajet betulkan bumbung. Hah rumah Ai memang bumbung ada bocor. Iyalah Unit dah lama, dah dekat 20 tahun, mestila ada bocor sana-sini,kan. Dulu tu bila saya lapor, deme kata tak de bajet, so saya kena pindah unitlah. Alah lecehnya nak pindah randah ni. Saya tengok jiran kanan, depan dah lama pindah. Saya ni macam lengah-lengah gitu, kan, aleh-aleh naik PMX, dema ada bajet betulkan bumbung, so tak payahlah saya pindah.

Lepas tu dengar cerita PMX dan revise gaji penjawat gomen. So, apalah yang saya nak komplen-komplen sangat pasal dia. Berbaliknya begini. Kau expect macam-macam dari dia tak dapat apa-apa. Aku pulak yang tak letak apa-apa expectation, dapat itu ini. So, sapa yang happy, sapa yang miserable sekarang ni? Ko yang beriya-iya nak dia, tak happy, aku yang beriya-iya tak dia, tak nak DAP pulak yang happy. Aik dunia ni macam dah terbalik, je, kan?