Ok sambung sikit pasal si bini robot Elon Musk tu. Cerita tu palsu katanya. Isteri robot tu tipu---gambar tipu yang diejas supaya nampak real dengan bantuan AI. Tapi tu tak kisahle, kan. Yang kisahnya pasal patung mainan orang lelaki memang dah lama ada. Bila Elon Musk sendiri sanggup buat foto palsu bersama patung mainan ber"nyawa" Ai", tak mustahil penciptaan terhadap benda alah tu memang sedang diusahakan. Ngeri? Daripada dok ngeri, baik buat refleksi sikit kenapa terjadinya begitu. Tak cukup pempuan ka dalam dunia ni? Kalau si Elon tu apa perempuan le yang dia tak boleh dapat, kan?
Bini pun dia dah jenuh kawen-cerai-kawen-cerai dan girlfren sekarang pun bukan calang-calang orang. Umur belasan tahun pun sudah dapat biasiswa itu ini. Sudah mampu arah filem pendek. Kira yang dia pilih semuanya beauty with brain. Bukan jenis pempuan yang hanya pandai bermekap, melaram, merenyam miang saje. Tapi tu robot juga yang dia dok pergi peluk. Itu memang menghairankan saya jugak tu.
Tapi tu hari Jumaat hari tu saya ada pegi jemputan rayalah, dan adalah tetamu terhormat dari PDRM. Pempuan, lawa, cantik. Ketua balai pulak tu bertitle Dayang. Kalau Dayang ni kira keturunan bangsawan di Borneo sanalah---Anak keturunan Raja Brunai gitu. Pempuan macam ni, sapalah lelaki yang tak bermimpi nak beristerikan dia,kan. Honestly kalau saya lelaki pun sukar untuk saya akur surah An-Nur ayat 30 tu he he---nasib baik saya pempuan. Idak le saya pandang sangat tetamu tu, nanti dia kata saya pervert, lesbian ka hapa, ka kan, tak ke haru jadinya.
Pendek cerita, tibalah giliran dia bagi ucapan. Initially hati saya berkata, muka lawa, suara pun sedap. But usai dia sebut kata aluan dan mula bercakap, saya sudah mula rasa bosan. Makin lama dia bercakap, lagi saya rasa oh my GOD. Serius, I just can't stand this lady. So, saya rasa lelaki pun macam gitu jugaklah---memula tu wow, lepas tu jadi bosan.
Berbalik pada Elon Musk tadi, kalau bini no 2 dia saya faham sangatlah napa mereka, bercerai, rujuk, cerai semula bila saya terbaca minah tulah yang suruh Elon Musk take over twitter dia tulis begini "can you buy twitter and then delete it, please?" Jika sayalah tak kira apa gender pun, jika my ex ka, my existing couple ka, arah-arah Ai buat bebenda macam gini memang saya takut he he he---Pada saya manusia yang begini sangat mengerikan.
Saya rasa pempuan macam ginilah, lagi kaya, berpengaruh laki kita, lagi mengarut benda yang kita minta dia bikin. No wonder Elon Musk lebih rela menari dengan robot he he---
hah itu bini dia kapir tu orang kapir minta tutup twitter, kalau kalau Islam, saya rasa lagi banyak dia minta ditutup, beli semua satelite dan tutup semua internet, kan? Sebabnya kalau mampu dan beruang lagi senang minta laki tutup internet dari nyuruh anak-anak kau tutup aurat, percayalah.
So, kesimpulannya sekarang ni, mana lebih mengerikan bini betul ka, bini robot?
No comments:
Post a Comment