Tuesday, May 2, 2023

SEEDS OF EVIL?

Pertengahan pose hari tu ada kawan dok warn pasal AI ni. AI bla bla bla bla---mostly deep fake, curi duit dalam akaun le, yang derang rimas dan tak selesa dengan soc med. Masa tu saya mencebik gak, ala macamlah duit dalam bank tu bekepok sangat, macamlah follower dalam soc med tu berjurit-jurit,kan, setakat macam saya akaun ciput follower pun tak de, apa barang AI nak intersted nak pedajalkan saya, kan?

But most of us begitulah, tak selesa kalau diintip.Sedangkan tetiap hari pun kata ustaz ntah brapa kali tak saya tak ingat, malaikat maut dok datang intip kita. Dah ranum ka idak kau ni untuk aku petik he he---itu belum lagi malaikat pencatat baik dan buruk laku kita. Pendek kata istilah privacy tu tak wujud pun dalam kamus seorang muslim. Formulanya you buat perangai molek, no one will bother you. 

Samalah kalau kau dalam soc-media sana, kau akan diintip, walau duit tak berkepuk dalam bank, tak ada follower pun. Kau diintip nak tau preference kau, apa benda kau suka, supaya senang orang nak buat iklan nak lakukan barang. Cuma kadang-kadang rasa macam cara iklan kini yang agak melampaulah. Annoying gitu, tapi kalau kau rasa terganggu kau swip ajelah, kan.

Saya memang tak berapa bother sangat pun pengiklan-pengiklan ni sebab saya ni kadang tu agak kedekut dalam berbelanja jugak tu. Me feeling-feeling penny wise gitu. Pada saya iklan tak mengganggu pun. Cuma dua tiga hari lepas feed kuar pasal God father AI yang tinggalkan Google dan warning kita pasal bahaya AI jika berada di tangan orang yang salah. AI ni dahsyat, pasal dia boleh ambil identiti kita tu kita skiplah tak de sebab nak worries pasal tu sebab saya bukanlah retis ka, selebriti ka yang  dapurnya boleh tak berasap jika kerekternya dibunuh. Saya tak punya kerekter pun, macam mana kau mau bunuh sesuatu yang tiada, kan?

Saya fokus pada iklanlah aje. Memula tu saya tak fikir apa bahaya pun pada iklan-iklan ni, kau bubuhlah apa pun, tetiber satu iklan boleh menangkap pulak minat saya untuk fikir apa bahayanya dia. Saya percaya ini semua kije AI, mustahillah kita kat Malaysia ni dah hilang moral tahap Gaban jual cerita dalam kain untuk jual barang. Orang barat sana itu biasalah mereka tu, telanjang pun mereka tak kisah. Orang kita saya rasa kita masih berpegang pada rukun negara yang terakhir, iaitu kesopanan dan kesusilaan.  Tapi tulah si AI ni buat kije bengong tulis cerita mak mentua projek dengan menantu lepas tu tunjuk barang yang bikin menantu jiwa kacau. Nak tau apa barang tu klik lah link kedai ni. Memang saya dah agak dah dia jual pragnancy test. Tak pun cerita tak senonoh begitu akan bawa kita ke kedai-kedai sex toy ka, ubat kuat ka yang sewaktu dengannya. Dia nak suruh orang beli barang dialah tu.

Dia nak mengiklan tu satu hal, dah dibuatnya cerita gitu di share dalam group berkebunlah, group masak-memasaklah, dah la ahli group bergaduh marah-marah, orang yang tulis cerita tu. Walhal jelas cerita tu ajak kau pergi link untuk shopping je. Yang kau bergaduh, berkhutbah menceramahkan orang yang tuleh cerita tu dah kenapa? I tell you what kalau orang kitalah buat perangai sumbang-lagu tu, tak de daringnya dia nak share dalam soc-med, dah tentulah bebenda tu datang dari fake akaun. Tak wujud pun orangnya di dunia nyata ini. Yang kita dah dok bergaduh dalam situ. 

Satu hal lagi bila share-share bebenda gitu apa pulak kesan pada generasi akan datang, kan? Itulah bebenda seram yang di kongsikan oleh GOD Father dak AI ni. Dah tua dah bapak dak AI tu, tak larat dia nak membela, mengawal anak dia dari dimiliki orang yang tak baik. Dia pun berenti dan bersyarah apa benda jahat yang anak dia mampu lakukan bila jatuh ke tangan orang yang tak bermoral dan berakhlak. Seram tak? Honestly, saya kata lantak engkauleerrr--- Dunia ni nak kiamat memang macam gini.

Bebenda yang manusia cipta, tapi akhirnya makan diri, ni bikin kita risau, stress, lepas tu dalam keadaan gitu kadang tu bikin kita jauh dari Tuhan pun ada tu, kan? Gitulah kalau tak stress, happy dengor, tengok video orang jual periuk belanga, masak-masak pun buang masa dari ingat Allah. Itulah tu saya pun sejak dapat racun tik-tok ni leka juga saya ni. Ralit tengok orang berkebun, memasak, dan jual baju dan barang-barang dapur, pinggan-mangkuk. Memang le tak beli, tapi buang masa menegok deme tu, memang buang masa betul. Tak de dah saya nak gi morning walk ke, evening walk ka, sebab layan tik-tok. Lagi pun la ni petang slalu hujan. Tak bolehla gi kolam ka gi jenjalan kat taman. he he alasan je tu---

 

No comments: