Sebetulnya saya bercadang mau ke PBAKL weekend je. Namun memandangkan bestie saya ada tulis buku dan buat sesi meet and greet pada Isnin 29.05.2023 lepas waktu opis, saya pun decide pergi Isnin tu ajelah, kan. Tetiba saya teringat kawan yang attach kat Tabung Haji dan minat buku-buku ni dan tanya if dia nak join saya. Jadi balik tu bolehlah saya tumpang kereta dia, kan? Tapi dia jawab kalau Selasa boleh tak? Saya kata boleh je sebab bestie saya ada dua slot Isnin dan Selasa. Tapi kalau Selasa saya kena minta time off. Saya tanya bos, bos kata ok. Memanglah kena ok sebab KPM, kan Kementerian Tamu. Janji ko ada program yang kau nak attend. Meet and Greet gedik sangat. So sembang-sembang buku, pulak tu buku yang dah menang hadiah sastera, kalau saya nak claim 2 jam berkursus boleh.
Tapi tak mengapalah sy punya kursus alhamdulillah dan lebih 5 hari setakat ni. Lagi saya bukan melangut dengar discussion buku tu pun, tapi saya pegi menyoping kat booth-booth lain. Boleh tengok rakaman kat FB apa? Balik umah malam-malam nanti saya tengoklah, kan. Kebetulan kawan yang lain ada hal pulak nak jumpa saya, so memang ambil peluang merayau-rayau cuci mata cari bukulah gamaknya saya.
Khamis pagi sebelum subuh baru saya tengok rakaman sebang-buku tu. Ala buku tu buku feminist katanya. Utusan pun dah kutuk, kata buku tu akan bikin orang pempuan tak mau kawen. Bestie saya didatangkan khas dari Negeri di Bawah Bayu sana untuk menyimbangkan atau moderator kata memurnikan penulis sebab biasalah bestie kita, kan? Sungguh dia lelaki dia ok je pasal feminist-feminist ni. Sekular back-ground macam kita ni bukan kata tak rasa terancam pun dengan golongan ini, tapi kami ambil pendekatan ambil cakna dengan tuntutan mereka, mengkaji, memikir pelan-pelan tindakan untuk menyelesaikan isu. Seterusnya sama-sama melaksanakan pelan tersebut walau setakat ini taklah seberjaya mana pun.
Pasal tuntutan feminist ni kalau dalam pengurusan, governance ni, berkiblatkan SDG solusi kami ialah mengimbangkan gender inequality. 50-50 gitu. So far kalau Malaysia ni memang tak tercapailah walau kalau dari level pelaksana macam saya ni dah lebih pompuan dari lelaki, tapi kalau tengok kat top-top management masih belum capai angka itu.
Lagi satu memang payah nak capai,lah sebab kita pempuan sendiri pun kalau boleh tak nak bos pempuan. he he. Bukan nak kata bos pempuan tak de yang ok, ada. Tapi bilanganya sikit saja. Bos lelaki pun yang ok pun sebenar sikit sama sikitnya dengan bos pempuan yang ok tu, tapi dari berboskan bos pempuan yang tak ok kami lebih rela bekerja dengan bos lelaki yang tak ok.
Eloklah sebelum subuh dah dengar sembang-sembang buku, mai opis kawan ada bawang sedap untuk kami kupas-kupas. Katanya dah meletup cerita perihal satu bos pempuan tu tak function dan meroyan-royan mengamuk sebab ntah apa tah. Dengo cerita dia balik anak buah dia, dia jugak yang busy dengan agenda peribadi dia, katanya nak naik pangkat tu ada kena attand kursus bersemuka. Dia sibukkan kursus naik pangkat dia tule katanya. Jadi masalah bila bos nak tengok report, report tu tak siap lalu dia buruk-burukkan team member tak fuction menyebabkan report dia tak siap. Lepas tu dia minta cuti biasiswa HLA. Nasib kau lah kawan.
Berlainan dengan bos lelaki yang "sucks"--- kita jarang dengar benda-benda begitu. Bos lelaki kalau tak function, kerja tak siap, dia selamba je, "Well I know, I tak function, so what???!!!" Berlainan dengan bos pempuan, dia akan bermati-matian, tuduh sana-tuduh sini, burukkan sana, burukkan sini.
No comments:
Post a Comment