Friday, January 13, 2023

Cerita Creative

Kisah viral Negara dah berlalu lama dah, tapi hari ni baru tetiber datang idea nak tulis kreatip pasal tu. Manalah tak terkreatip achik ni, ko bayangkanla tetiap hari mai opis kawan opis dok cerita pasal kisah viral tu hah!!!!---- Memasing nak move-on-tapi tak ble move-on. Ada yang memaki hamun siLaki, ada plak marahkan si penyondol, itu majoriti. Namun ada juga yang simpati dengan silaki, dan dihamun pulak dengan mereka-mereka yang nak move-on, tapi tak bleh move on. Rata-rata menangkan si Binilah yang menjadi mangsa kebuasan nafsu sipenyondol yang dilayan-tatang oleh siLaki. Begitulah cerita viral ini hari tukar keminggu, dan nak masuk tukar bulan. Tahun memang dah bertukar dari 2022, bertukar 2023. Sampai saya pun terkesan juga dan mau move on. Cara saya move-on dengan tulis kreatip, tapi kreatipnya bukan pasal dia tapi sikit-sikitlah pasal saya. 

Cerita kreatipnya begini:

Dalam satu kampung tinggallah ramai-ramai orang kampung dan ada sorang budak kampung yang dari kecik kena sakit sawan. Bila asyik sawan, sampai hospital dia dicas sakit mental rupanya. lama jugak dia berubat dan sikit-sikit dia pulih.

Nak pegi sepital tu kebiasaannya mak dia akan tumpang lori sayur dah SOL, budak lebih kurang sebaya dia untuk kebandar. Mula-mula emak, dia dan dak SOL duduk berimpit-impit sikit-sikit lah tapi lelama bila dia semakin mendebab, dan dia sikit-sikit dahl lama kenal misi kat hospital, dak SOL dan misi yang baik hati cakap "acik tak payahlah bawak dak tembun ni lagi ke hospital. Kak Misi dan saya boleh je urus benda ni. Pagi saya hantar, nanti tengah hari saya ambiklah macam biasa" Kak Misi yang merupakan jiran kampung sebelah pun setuju dan menambah "Iyalah kak dari akak duduk kat hospital ni separuh hari baik duduk je kat rumah, Dak Dia ni pun dah ok dah kak, baik budak ni rajin makan ubat dokter kata dia dah boleh jaga diri sendiri"

So begitulah rutin si Dia dan budak bawak lori setahun 4 kali. Bila dah besar sangat, dah umur nak masuk dah boleh kawen, ketua kampung sarankan dak SOL kawen je dengan dak Dia. Dak SOL ok je. Kije bawak lori sapale pandang,kan? dalam kampung tu semua pemuda kije best-best, engineer, cikgu, doktor semua ada. Kat kampung ada seorang anak penjual telur yang kaya raya yang anak perempuannya kije pensyarah yang mengkaji pasal orang sakit mental di kota. Nama dia BungaCitaLestari (BCL). BCL tertarik dengan perkembangan positif Dak Dia dah berhasrat tulis buku pasal itu. BCL pun approach pasangan yang baru kawen ini dan mereka pun setuju membantu BCL untuk tulis buku tersebut. Dak Dia ok je, lelama dia jelesle pulak sama laki dia. Kemain lagi dak SOL melayan BCL. Pendek cerita, dak Dia pakat sama doktor dan Misi untuk pura-pura gila dan masukkan dia dalam hospital gila. Tak taula macam mana dia psiko doktor dan Misi untuk menjayakan rancangan dia.

Cerita habis sampai di sini. Dak Dia tinggal di Tampoi dan Dak SOL pula minta kije kapal belayar serta dunia, tinggalkan kampung sebab kecewa Dak Dia dah tak kenal dia lagi. 

Thursday, January 12, 2023

Manusia Iblis

Sambung balik nt3 yang lepas, pasal bos yang nayakan anak buah sebab nak lepaskan diri dia. 


Cerita ni cerita tahun lepas kira-kira lepas PM10 angkat sumpah. Kebetulan masa tu tengah nak finalisedkan report dan ada info yang saya kena "kejar" dari auditi. Supervisor saya yang kejarlah. Dia call, dedepan saya. Dia ceritanya gini, saya lapor kat supervisor "eh xo, dak xoxo tak jawab lagi emel akaklah, orang lain semua dah jawab" dia pun respond "ok-ok tak pe moh kita call, akk duduk le situ dulu" dia pun call, sekejap je dah berangkat, tapi lepas beberapa ketika, muka supervisor saya berkerut-kerut dan bukak speaker phone. Saya pulak berkerut sama mendengar suara dari speaker. --- bunyi macam orang kesakitan. macam orang tengah sakit kerongkong, memang tak dengar sangatla apa dia cakap, cuma yang terang, "jangan apa-apakan saya, saya tak nak jadi kambing hitam macam KSP" perkataan saya tak nak jadi macam KSP tu dia ulang-ulang. Puas pulak supervisor aku nak tenangkan dia. Bila dah tenang dia janji akan jawab emel secepat mungkin dan betul seperti yang dijanjikan, tak lama lepas tu dia jawablah.

Supervisor dan saya tercengang-cenganglah, dah kenapa dak xoxo ni. Ceh aku kemain dak dak dak je aku panggil pegawai tu ek, sedangkan dia tu pegawai tinggi jugak lah pangkatnya. Dak dak Pegawai Tadbir ni memang memuda dah tinggi pangkat. Dak xoxo ni dia kecik je orangnya. Lelaki. dari segi info, yang dia bagi memang kemas,lah. Pegawai kat situ memang ada ramai, dan ramai jenis juga. Dak xoxo ni jenis budak baik. Bukan jenis kaki putar alam punya. Aku kata dia baik, dia baiklah. aku ke engaku yang study forensik akaun, bahagian kelaku manusia? Aku, kan? so aku tahule mana kacang hantu, mana kambing hitam. Rasa macam nak chit-chit gak dengan dak xoxo tu, tapi macam aku cakaplah lebih baik aku buat makan-makan dengan kawan opis dari menyibuk hal orang. Dah tentulah first dan the last time aku jumpa dak xoxo secara bersemuka, dak xoxo tu muka pun dah macam orang stress je. lagi mau cari masalah bercakap dengan orang yang begitu, kan? 

So, betul ka KSP tu jadi kambing hitam? hurmmmm. Tetiber terbayang wajah best fren pakai baju oren SPRM tu dah kenapa he he he? Setan nih, kan? saja nak menghasut ngata sistem Jucidicial Negara dah setara dengan sistem negara bekas komunis,lah tu. he he he 

So berbalik pasal kambing hitam ni, kalau ada kambing hitam, mesti dalangnya, kan? Macam cerita konspirasilah pulak cerita ni. oklah kita tukar cerita lainlah pulak, cerita pasal 1MDBlah pulak. Tajuk tukan, tajuk manusia Iblis,kan? so nak cerita, cerita yang diceritakan oleh kawan kawan saya. Bukan pasal 1MDB sangat, tapi nak mengumpat pasal Datuk Salwani, HERO 1MDB yang berjaya memanjarakan Najib. Kita kata dia HERO, tapi kawan saya tu kata Salwani ni mental.

Dia nak memang kes, dia sanggup tikam Tan Sri Ambrin. Tan Sri dah keluar sijil bersih dah tetiber Si Salwani ni kata dia ada bukti sijil tu tak bersih, ada sijil asal yang tak bersih dan Tan Sri Ambrin ubah sijil. Kawan saya kata dia tak percaya Salwani. Salwani tu mental, cakapnya berbelit-belit berubah-ubah. Betulkah ada sijil tak bersih, atau Salwani create story, berimaginasi dia yang begitu-begini, buat itu, buat ini lah kununnya tu, kan?

Tapi tak kisahlah Salwani ni dah jadi Datuk, pun. Ni saja nak cakap, ada manusia yang obsess nak naik, sampai sanggup tikam orang lain. Kat opis ni aku nampak pun yang baru naik jadi supervisor ada yang jenis kaki-kaki mental ada rosak jugak tu pun ada he he--- ada pulak tu, yang tekun, baik setakat jadi TBK aje. Sakit hati? Mestila sakit,kan? Sapa tak sakit, ko yang bagus ni tak naik, dia yang menggedik lebih, terlebih gedik, tu pulak dapat jadi supervisor. Nasib kaulah adik.

Kesian kat bebudak tu, ada, menyampah kat supervisor gegedik pun ada. Tapi tulah aku cakap, kije audit dalam ni habis kuat dapat prestasi rendah je, bukan kena masuk court jadi saksi, pun. Idakle sampai kena jadi kambing hitam macam dak xo xo tu, kan he he--- Seiblis-iblis bos engkau, idakle sampai dia kena buat satu komplot cari kambing hitam untuk disumbat dalam penjara ka, atau disenaraikan ke lembaga tatatertibka, idakla sampai ke situ kejadiannya. Habis kuat, pun auditi meroyan, audit dapat malu depan KSU je. he he----untungla,kan?


Friday, January 6, 2023

Long -term Plan

Kategori orang pemalas ni, biasa hidup tak de plan. Biasa mak bapak plan hidup kita, kita follow je. Malangnya saya ni umur muda dokter dah cas sakit mental. Zaman saya memuda dulu kalau dah gitu, jawabnya tak laku lah. Tak de orang nak tanggung, jadi kenalah kije. Nasib baik dapat kije gomen. Bolehlah lepas tanggung diri sendiri,kan? 

Semalam saya dapat call dari kawan yang dah pindah opis baru, bos dia Dr. Pulak tu laki pensyarah kat tempat saya belajar dulu. Dr. ni tengah study pasal forensik audit nak dibuat banding dengan negara Indonesia dan Filipina. Macam best je. Kawan ajak saya join sama. Memula memang excited, lepas tu fikir balik, eh tak kuasa lah, sebab kat opis sekarang ni saya dah ada kawan yang sekepala. Suka masak-masak, makan-makan. 

Saya ni tak suka sangat kawan dengan orang yang obsess sangat nak nama. Nak bersaing-saing naik pangkat bagai. Bos kawan saya tu macam jenis gitu-gitula. Kat Audit Negara ni sebab kami ni tak berapa ketul banyaknya, nak naik pangkat tu tak le sesenang Pasukan Pegawai Tadbir Diplomatik, atau Akauntan. Jadinya persaingan nak naik pangkat tu kadang-kadang menakutkan pun ada. Kita yang tak nak bersaing ni pun kadang dianggapnya pesaing jugak. Lagi pulak saya yang ada master ni, lagilah dia jaki kat saya. Kata-kata kesat ni tak usah nak rekodlah, melambak-lambak dihamburkannya. 

So bila dah masuk tahun ke 8 keje Audit ni, dah dapat kengkawan yang sekepala, saya tak dele nak fikir, nak tukau-tukau kijelah pulak. Iya kesian kat kawan yang call tu tadi, nak cari info bagai, nak menganalisa bagai, tapi biak-pi dialah. Baik saya happy-happy dengan kawan-kawan sini, dari pecah kepala duduk kije bawah Dr tu. Tak nak ke ikut Dr pegi antarabangsa macam kawan kau tu, gesel-gesel bahu dengan penyelidik-penyelidik ASEAN yang lain? Sound menarik. 

Tetiber teringat kes Tok Uban dengan Pegawai SPRM/Kerajaan Malaysia yang digugur begitu sahaja semalam. Why gugur? Katanya kertas siasatan tak lengkap. Kau tahu si kambing hitamnya budak pegawai penyiasat level-level kami je. Aik, ini kes, AG dah bawak masuk Chamber, takkanle yang penyedia papernya budak-budak level paling bawah kat SPRM tu. Pegawai, Pak Mak Jawatan Utama Sektor Awamnya mana? Kadang tu kita ni kena ada simpan skeptis juga kat bos-bos ni, janganle nak terhegeh-hegeh sangat nak begesel bahu dengan orang yang tak level dengan kita, silap hari bulan timbul masalah, ada error dia dah terdesak nak cari jalan keluar, kita ni ditolak je ke gaung, jadi korban nak bersihkan apa-apa yang dah tinted. 

Baik dengan bos tu, baik jugak, tapi jangan percaya sangatlah. Mereka tu manusia, bukan malaikat, bila masa susah, payah, tak de jalan, manusia boleh saja berubah jadi iblis.

Ngeri,kan?

Monday, December 26, 2022

Mengumpat Lain Lagi

Sebelum ni cerita pasal keasbahan pimpinan PM10, masih apa ek, masih krik krik lagi, masih cuba diancam pesaing, walau dah dapat undi percaya yang besar pada minggu lepas. Pesaing masih tak boleh move-on dan masih meninjau peluang untuk gulingkan beliau secepat mungkin. Saya pun tak faham kenapa tak tunggu je nextPRU, kan? ok n3 kali just nak listkan sapa yang nak sangat PM ni melokop awal dan apa benda yang mereka dah buat sejak dua menjak ni.

Pertama yang saya dah cerita semalam, GengBrooker dalam UMNO--- 

selain Hisham, nama yang disebut-sebut lagi ialah Anuar Musa. Caranya ulang wayang/skrip team A team B, berlaga dalam pumilihan pucuk tertinggi UMNO pada PAU yang akan datang. Memasing duit tengah banyak tu, tak tau nak lempau ke mana, tak ble beli SD sokong AbahCow, beli undi PAUlah pulak, kan? Apa ade heran RM600B bedak-bedak among kengkawan, bukan sikit punya duit tu. Bila geng-Brooker menang jadi Presiden, enblock, tarik sokongan PM10, ajak Abe Jo Sarawak, dengan Abe GRS Sabah tarik skali sokongan, PM10 pun melokop.

Kedua--Biasalah Ayah Cik komele--

Ayah Cik masih tak boleh move-on. Dia punya cara simple je, dia keluar fatwa kerajaan yang ada hari ni tak dapat restu Allah. Wajib dijatuhkan by all mean, kalau tak ble dengan tangan, dengan mulut(pena/dan ceramah mengajak perang PM10), kalau tak mulut, lemah lagi dengan hati (iaitu dengan berdoa hari-hari agar PM10 melokop cepat). Means to say penjawat awam macam saya, yang tak reti-reti berdoa melokop ni, selama mana PM10 memerintah, makan duit haramlah kami ni. Memang sedih, rasa terguris dengan kenyataan dia yang simplistik tu. Mana tak sedihnya selama kije gomen tak pernah reti-reti doa, doa melokop pun idak, doa sejahtera pun idak, cuma mengaminkan doa yang dipasang kat spekar opis, doa baik-baik, mohon rajin-rajin kije, jangan kije tangguh-tanguh tu, adelah. Lidah pemimpin PAS ni memang tajam, pedih memang pedih, tapi orang kata alah bisa tegal biasa. Cuma bila dah tetua ni every time saya rasa terguris saya doa banyak-banyak moga Allah beri sedar pada dia, yang kenyataan dia tu dia nak singgung PM10, tapi dia tak sedar, PM10 tak amik port pun tapi mulut dia tu bikin orang hati tisu boleh menangis, hiba tau!.

Ketiga---PM4 & PM7

Aaa atuk tua ni dah mula guna media cakap dia tak konfideng dengan PM10. Dia kata bla-bla-bla-my way-my-way-my-way. Dia cakap dulu tu, dulu, kalau dia biar PM10 jaga duit, mesti Malaysia dah muflis sebab ikut telunjuk IMF. PM10 bodoh. Iya ka muflis? ko tengok negara-negara jiran yang amik loan IMF, ok je tak muflis pun. Atuk ni, dulu bolehlah dia nak chong, ni dah dekat 30 tahun masa berlalu, ternyata yang amik loan tu semua dah kalahkan Malaysia yang tak amik loan langsung. Tuk, problem kita ni bukan pasal amik loan ka idak, problem sini, pasal Atuk dan anak-anak murid Atuk tak habis-habis nak menketedarah/penjarah rete Negara demi nak kenyangkan kroni-kroni atuk. Alahai Atuk haiiii!!! Atuk nasib baik le PM10 dah kejam macam Atuk jadi PM7 sekejap hari tu, kitai Najib kaw-kaw, geledah rumah dia dalam bulan-bulan pose. Nasib baik, tau. Orang kata PM10 tak de telur, nak kitai Atuk. Tuk. Tapi tu pasai apa PM10 nak kitai, Atuk, kan. La ni, SPRM, sedang siasat KJ, AbahCow dengan Zafrul. Nama Atuk tak naik pun, atuk duduk dendiam udahlah ya.

So, setakat ni, 3 kelompok/individu, ni lah saya dok perati, tengah berhempas-pulas dok nak merampas kose ni. Atuk ketuk beduk/berkompang-kong-kali-kong, buat bising di media, yang PM10 x boleh diharap, nak jaga ayam, pun tak reti, ayam mahal, telur hilang (tapi aku syak satu je, ayam tak mengawan, tak bertelur, dan membesar, sebab geng-kartel yang jaga telur, geng-Atuk, jugak), broker UMNO rampas kuasa Presiden, ajak kengkawan Sabah Sarawak undi x percaya PM10, sebab PM10 tak pandai jaga telur,  kerajaan PM10 pun tumbang. Presiden PAS pula kerjanya mengajak pengikut dan rakyat mendoa celakan PM10. Adakah usaha mereka ini akan berjaya? Wallahuaalam. Kita tunggu dan lihat saja.

Satu je benda pelik pasal Malaysia ni, politikusnya tak reti penat berpolitik. Kenapa tak tunggu je nextPRU,kan?

Saturday, December 24, 2022

Mengumpat Lain la Pulak

Hari ni nak ngupat selain PM10, tapi masih ada kene-mengena dengan kerajaan pimpinan PM10. Kan saya cakap orang gomen boleh sujud syukur kelegaan bila minggu lepas PM10 dah dapat undi percaya, rupanya masih belum lagi tu. Khabarnya geng-geng AbahCow masih aktif mengintai peluang merampas gomen dari PM10.

Memula saya fikir juga macam mana nak rampas ek. Pandaila AbahCow. Macam susah tapi knowing orang UMNO ni bukan susah sangat AbahCow nak kawtiem. Duit Abah banyak. Orang MENO ni pulak mabuk duit. Dak teruk kena candu Duit. Sok-sek-ssok-sek kata geng_BrokerCow yang ada dalam MENO dah mula jalan jarum dah. Tapi tu pandaila Presiden MENO handle. Taulah apa dia nak buat.

Sapa ging-brokerLembu ni? Katanya diketuai Hishamuddin Tun Hussien Onn. Tapi yang jelas orang MENO yang kena panggil SPRM hari tu KJ dengan Tengku Zafrul. Hishamuddin ni luar nampak dia macam baik. Bakal Presiden UMNO yang akan datang, kut. Tapi ramai kata dia ni jahat. Dalam baik sangat jahat. Dia ni dalang yang jatuhkan sepupu dia sendiri. Cakap oranglah. 

Orang biasa tercakap, pemimpin jahat sebab bini ea jahat. Tapi si Hisham ni bini ea baik, orang keturunan baik-baik, dia pun keturunan baik-baik juga. Tapi kenapa orang UMNO sendiri kata dia jahat. Tak tahula aku. Jeles? ntah. Nampak macam tak ada kes, kan??? Tapi mati-mati orang UMNO kata dialah tu ketua broker Lembu. 

Tak kisahlah betul ka tidak, tapi yang pasti desas-desus cakap geng-Broker dah mula bukak silat pencak nak rebut jawatan Presiden UMNO yang katanya akan dipertandingkan dalam PAU tak lama lagi. Patut PAU bulan 12 ni tapi tanggu sampai tahun depan. Presiden sebenarnya ada 2 pilihan untuk mematikan langkah geng-Broker ni, no 1 pecat je mereka, atau mengumumkan tiada pemilihan merebut jawatan presiden untuk PAU kali ini.

Well kalau aku jadi presiden, aku buat PAU tapi aku umum jawatan Presiden is open for pertandingan, lagi 6, ke 7 atau tahun berikutnya. Biar dia gigih habiskan duit dia sana-sini, masa tu aku pasang le kaki berlakun kunun sumpah setia nak jatuhkan Presiden, dari kaki-kaki aku kumpul bukti  untuk dakwa je geng-broker dah langgar Penal Code di bawah CBT. Hah lepas tu cas sekali AMLATFPUAA sama dia. Baru padan muke, sebab nak sangat jadi brokeLembu. 

Tapi macam aku kata, pepandailah Presiden buat kije dia. Nasib baik aku bukan Presiden. Kalau aku Presiden masak aku kijekan si Hisham tu, kalau betullah dia brani khianat sama aku. Hah gian sangat makan DUIT LEMBU,kan!!!.

Thursday, December 22, 2022

Mengumpat Apa Lagi?---

Hari ni nak ngumpat PM lagi ka? Iyele. Hah semalam PM cakap suruh hentikan menganjur majlis besar-besaran untuk elak pembaziran. Contoh yang dia sebut benda besar tu macam baju baru, sampin baru, batik baru. Dia cakap kalau nak bagi pun, bagi kat staff gred rendah je. Dia ada juga mention pasal mereka yang menganjing tindakan dia yang menolak kereta mercedes baru yang disediakan untuk dia.

Penganjing menganjing-anjing kunun perbuatan dia tu kununnya populis dan gila glemer tak bertempat. PM 10 memang dikenali sebagai orang yang suka buat propa dan sering dikaitkan perkataan POPULIS yang berkonotasi negetip. Propa ke tak propa ke, tetibeeerr hakak teringat pasal ada satu cereka kreatip pasal pemimpin Nasionalis pra MalayaMerdeka, yang tuntut merdeka dari Britain. Ceritanya sikit lebih kurang kita panggil si Nasionalis ni sebagai Atan. Dak Atan ni masa belum merdeka dia naik kenderaan awam je turun-naik pejabat British kat KL tu. rumah dia pun dekat-dekat situ jugaklah dengan pejabat Penjajah. Pendek cerita bila dah dapat merdeka, dak Atan dapat jadi menteri. Tup-tup terus tokey Cina bagi dia keter besau, rumah besau semua besau. Dia terima je semua tu. Cerita tu habis takat Atan terima keter besau dari tokey Cina. Tapi kita sambung cerita kreatip ni, jadi dari sebijik kereta dan sebijik rumah, dak Atan rapat dengan tokey sampai tokey nak buat kilang arak pun ok, nak buat kasino judi pun ok jugak lama-lama kerajaan dak Atan jadi kerajaan kecanduan terima rahsuah dari tokey Cina. Pegawai kerajaan dari besar sampai kecik ketagih duit tokey besar.

Kalau baca Donald Cressey's Fraud Triangle Theory punca fraud ni, tekanan, peluang dan rasionalisasi. Kerajaan Atan yang korup sebab Atan terdesak berlagak kaya setara dengan kawan menteri lain yang memang anak hartawan dan bangsawan pun, jadi dia terima hadiah dari tokey Cina. Peluang? Sebagai menteri dia pegang-kunci perbendaharaan Negara. Bagaimana dia merasionalkan tindakan yang sangat tidak bermoral itu, tak tahulah saya. Dia saja yang tahu.

Itu cerita kretip, Atan anak orang biasa-biasa macam kita je. Bila jadi menteri dia terdesak mau ada kereta mewah macam kawan dia yang memang anak bangsawan. Realiti macam Najib tu dah memang kaya, kenapa dia buat juga benda jahat? Orang kata bini dia jahat. Bini dia nak pakai juga cincin mahal macam wanita kaya dunia yang lain. Kata oranglah. Gitu.

Tapi aku ada cerita lain pulak, ada aku rasa-rasa lainlah pulak. Tapi itu tunggu nanti. Nanti tu tak pastilah nak ku tulis atau tidak. Kalau aku rajin, kalau ada bin/binti Mansor lain yang bakal masuk penjara, nanti aku tulis.

Owh berbalik pasal PM yang orang anjing-anjingkan sebagai populis. Kadang tu bende kecik je. Kereta sebijik je, cincin sebentuk je pun kesan dia sangat besar, sebab yang dipakai itu orang besar-besar.



Wednesday, December 21, 2022

Mengumpat Apa Hari Ini

Hari ni dah berapa hari PM10 angkat sumpah ek? Ntahlah tak kiralah pulak. Seperti biasa saya semacam paranoid, bukan paranoidlah tapi berangan. Berangan kengkunun selebriti/pempengaruh yang punya ramai haters. La ni Haters dok asak tanya "eh kau tak takut ke dapat PM homoseks?" Yang takut homoseks/ homofobia tu engkau, bukan aku. ENgkau ENGKAU, ENGKAu. Yang aku berani sangat ni dah kenapa? Tak takut masuk Neraka ka sebab ambil acuh tak acuh je pasal ni? Tak takut jadi macam umat Nabi Luth ka?

Ok beginilah, sejujurnya sapa tak takut masuk neraka, sapa yang mahu end-up macam umat Nabi Luth. Kita memang takut tu. Abeh tu yang relek je tak buat apa-apa pasal PM Homo ni dah kenapa? PM kita homo ke, bukan dia ada bini, anak berjurit, dan dah bercucu ka? Iyalah homo! Eh homo pulak, biseksual sebab ada bidio amoi ada kes Mahkamah, masuk jel 2 kali pasal homo kat sini satu jenayah.

hadooooiiii pada aku baik kau move on sajalah. Kita tengok apa dia cakap, bukan apa dia buat. Especially apa dia cakap sekarang. Semalam dia cakap "no more New Year Countdown" bla bla bla---ala dia munafik tu, depat cakap lain blakang buat lain. Eh diam lah kau please move-on please. Aku tengok depan je blakang-blakang aku tak tengok. So far so good. To melah, so far so good. Kalau kau rasa tak good, like I said before tunggu lagi 5 tahun le.

Aku ni sebona ea sonang je---aku percayalah 100% ustaz-ustaz cakap nanti sini orang sini, giliran sini, Asia Tenggara ni lead Islam. Aku orang Islam aku percaya, walau zaman mana, zaman kegelapan-kebengkokan, Islam tetap benar. Aku tak de sakit-sakit otak dah macam kau, nak memikir, mengharap langkah Sheraton ka, langkah Syeton ka, tak de de---setan, ka Sheraton ka yang menang pada aku itu semua wakil Allah melalui lantikan YDPA. Pilihan Tuhan untuk betulkan agamaNya. Homo ke bi ke, penyamon, perompak ka aku terima je.

Besok kalau betul macam ramalan kau ustaz/ustazah plak lead, lagilah baguskan. Apa aku sesak-sesak kepala nak cerita itu tak betul, ini tak betul. Tahule PM PM dekat Putrajaya ni buat kije dia, kan. Masa PRU orang bagi sebulan dua, hah kau kempenle bagai nak rak, dah habis PRU, masa buat kije. Kami orang gomen ni ada banyak kije tak settle, tak de masa le nak layan kamu orang yang tak pueh ati pasal keputusan sapa PM hat hari tu. PM suruh sambut New Year baca doa je. Lain le kalau dia suruh kami jadi kutu embun, berkumpul kat Depan OPIS dia tunggu detik 12 malam tengok bunga hapi ka, tengok bapuk-bapuk, anak-anak ikan jambu, kakLong Kawasan berarak, buat tiger show ka, kan? Kalau dia suruh buat macam tu hah masa tu memangle wajib kita lawan dia balik, kan? PM suruh baca doa pun kecoh, munafik, munafik, amendele, kan? Tak paham haku.