Semalam saya dapat call dari kawan yang dah pindah opis baru, bos dia Dr. Pulak tu laki pensyarah kat tempat saya belajar dulu. Dr. ni tengah study pasal forensik audit nak dibuat banding dengan negara Indonesia dan Filipina. Macam best je. Kawan ajak saya join sama. Memula memang excited, lepas tu fikir balik, eh tak kuasa lah, sebab kat opis sekarang ni saya dah ada kawan yang sekepala. Suka masak-masak, makan-makan.
Saya ni tak suka sangat kawan dengan orang yang obsess sangat nak nama. Nak bersaing-saing naik pangkat bagai. Bos kawan saya tu macam jenis gitu-gitula. Kat Audit Negara ni sebab kami ni tak berapa ketul banyaknya, nak naik pangkat tu tak le sesenang Pasukan Pegawai Tadbir Diplomatik, atau Akauntan. Jadinya persaingan nak naik pangkat tu kadang-kadang menakutkan pun ada. Kita yang tak nak bersaing ni pun kadang dianggapnya pesaing jugak. Lagi pulak saya yang ada master ni, lagilah dia jaki kat saya. Kata-kata kesat ni tak usah nak rekodlah, melambak-lambak dihamburkannya.
So bila dah masuk tahun ke 8 keje Audit ni, dah dapat kengkawan yang sekepala, saya tak dele nak fikir, nak tukau-tukau kijelah pulak. Iya kesian kat kawan yang call tu tadi, nak cari info bagai, nak menganalisa bagai, tapi biak-pi dialah. Baik saya happy-happy dengan kawan-kawan sini, dari pecah kepala duduk kije bawah Dr tu. Tak nak ke ikut Dr pegi antarabangsa macam kawan kau tu, gesel-gesel bahu dengan penyelidik-penyelidik ASEAN yang lain? Sound menarik.
Tetiber teringat kes Tok Uban dengan Pegawai SPRM/Kerajaan Malaysia yang digugur begitu sahaja semalam. Why gugur? Katanya kertas siasatan tak lengkap. Kau tahu si kambing hitamnya budak pegawai penyiasat level-level kami je. Aik, ini kes, AG dah bawak masuk Chamber, takkanle yang penyedia papernya budak-budak level paling bawah kat SPRM tu. Pegawai, Pak Mak Jawatan Utama Sektor Awamnya mana? Kadang tu kita ni kena ada simpan skeptis juga kat bos-bos ni, janganle nak terhegeh-hegeh sangat nak begesel bahu dengan orang yang tak level dengan kita, silap hari bulan timbul masalah, ada error dia dah terdesak nak cari jalan keluar, kita ni ditolak je ke gaung, jadi korban nak bersihkan apa-apa yang dah tinted.
Baik dengan bos tu, baik jugak, tapi jangan percaya sangatlah. Mereka tu manusia, bukan malaikat, bila masa susah, payah, tak de jalan, manusia boleh saja berubah jadi iblis.
Ngeri,kan?
No comments:
Post a Comment