Group politik haku tu memang 24jam, tetiap hari bercakap pasal politik. Betullah orang Melayu ni memang passionate about politik. Yang aku ni pegi dok baca pulak dah kenapa? he he eh bukan ka aku ni Melayu, tentulah hidup mati, bangun pagi, celik mata politik-politik-politik. he he he
Ni ni---tapi tulah politik mereka politik sempit. Nak memang, nak kuasa dengan memburuk-burukkan lawan. Itu pasal jadinya yang merintah, akan nampak jahat, yang membangkang akan nampak betul. Cerita pasal apa pulak hari ni? Cerita kunun nak rebranding UMNO. Nak rebranding apa? Selagi Pak Jahid jadi Presiden, selagi itulah orang nampak UMNO ni korup. Tapi boleh korup itu idaklah jadi isu besar UMNO pembangkang, balun gomen dari luar. Pulak tu gomen hari ini jel kan dia atas apa-apa salah dialah kan?
Selagi dia presiden, kes dia senyap macam itu aje, buatlah tok nenek pembaharuan pun orang Melayu akan nampak UMNO dah tak boleh pakai. Mereka akan pilih yang lain dari UMNO. Cina pilih DAP, India PKR. Melayu aku ramal masih PN dan PAS le. So, PN, PAS kalau korang nak merasa jadi menteri, jangan le main pintu belakang macam hari tu. Ala, peluk Cium ajelah DAP dan Pak Syeikh. So far aku tengok tak de benda pelik pun PMX buat yang boleh kau kata dia ejen Yahudi. Tapi sebab hari tu dah tersilap langkah,kan. Tahan ajelah tunggu lagi 4, 5 tahun.
Pada aku Pembangkang ke BN ka, Pemerintah ka yang naik semula, benda sama aje. Refomasi, transformasi sentiasa berjalan. Kita orang gomen tak pernah makan gaji bute pun. Kau yang duduk luar gomen je yang rasa kami ni begitu. Kalau ada yang malas-malas tu mungkin adalah, tapi sikit aje. Yang sikit itulah kita dok jaja 24jam, sampai yang rajin kita tak nampak.
Kat opis aku ni yang pelik pun 2, 3 kerat je. Tapi yang lain ok je buffer kepelikan mereka. Kerja tetap on, apa dirancang dilaksanakan. Kualiti. Kualiti tu subjektif. Kalau kau pakai kayu ukur level Yahudi, Sarjana Chevening, Fulbright, memang tak bolehlah sebab kita Sarjana Melayu yang obsess politik. Kita ok, kita cool pun tak de pakai sangat standard Yahudi tu. Standard kita unik dan tersendiri. Kayu ukur dia senang je, bertahun pemimpin korup, sampaikan kroni kaya-raya, Malaysia tetap tak muflis. Kalau ada miskin tegar rata-rata, yang mengkaji tebiat si miskin ni kata memang yang miskin itu malas, senang kena tipu, nak cepat kaya bla bla, bukan pasal sangat sang borjuis yang dah tipu-daya mereka macam Belanda tipu Melayu pasal tanah pada satu ketika dulu.
Kalau tanah dia tergadai tu, pasal dialah sendiri yang jual tanah dia.Tak de orang rampas de. Tak dia menjual, wakil rakyat, wakil peminpin dia yang jual hah gitu ajelah kita ni. Aku rasa kalau betul ada konspirasi menjual negara, pun yang menjemput penjual tu orang dalam sendiri jugalah. Yang Yahudi nak beriya-iya kapirkan Melayu tu aku rasa tak payah beriya sangat, Jual handbag mahal sikit, baju mahal skit pun ada Melayu yang terliur, terpengaruh memakai/membelinya. Buat tik-tok-gaya joget gegedik yang ntah apa-apa pun Melayu beli. Memang kita ni bangsa yang sukakan keseronokkan dan kesenangan. Macam aku jugalah. Nak yang mudah-mudah aje. Sapa nak susah-susah. Ada mudah dok pegi cari jalan susah. dah kenapa,kan?
Macam itulah kita. Hidup ni ustaz kata menghamba diri sama Tuhan je. Nak jihad itu ni, ntah iya, ntah tidaklah orang tu nak mengkafirkan/menerakan kau dan anak keturunan kau. Kalau akulah kalau salah, kalau tersimpang pun sebab aku le yang malas he he. Tak de maknanya TV luar internet luar dok pengaruh agar jauh dari Tuhan punyalah.
No comments:
Post a Comment