Wednesday, February 1, 2023

HEALING???

Apa kau faham dengan maksud healing ek? Kalau saya satu je. Healing dari kena rejek dengan orang yang kita sukeleeerr--- Lagi satu mintak kerja kena rejek. kena rejek dari team,  I mean rejectionlah sama ada work related or relationship related-orang x nak kawan dengan kiterrr, kita tak cantik, orang ban kita join dia pi soping baju kebaya, gi makan-makan, tengok wayang dengan dia. Itu masa muda-mudalah. Dah masuk 50, ko rejekle ke mana pun,kan---acik is ok je. 

Bab kena rejek ni sebab dah beshe sangat so, dah imune, ko rejek aku ada je tempat yang terima aku. Paling-paling dah semua rejek, I know satu tempat, satu orang yang tak akan rejek I, iaitu my mom. My family, adik-adik sepupu I dan jiran-jiran I kat kampung. Lagi pun dah tetua ni sepatutnya fokus nak mati, ajelah, nak beramal, nak jadi hambaNya yang senentiasa mengingati DIA. Job kita kat dunia ni, the purpose of our being here, is tak lain dan tak bukan adalah untuk menyembah DIA. So, yang kau dok hingaq sangat, koyak-rabak kena rejek itu ini, aish buat buang masa je,kan?

Tapi orang kata kita ni ada hati dan perasaan, semua orang akan sedih kena rejek dan perlu waktu untuk proses healing, cuma lama atau cepat je. So, bila dah berumur macam ni, kita dah efficient rejection, so sekejap ajelah kita dah ok. Kalau ada benda perlu dia sembuhkan, mostly aspek fizikal. Ya bila dah tua dia terbalik, fizikal susah nak sembuh tapi hati, perasaan, cepat dah boleh kebah, dah.

Bila dah tua ni betul tak boleh buat lasak-lasak, tapi consistency tu kena ada. Kena aktif, kena sentiasa sentiasa bergerak, kalau tak boleh reput jadinya. So, saya ni memang jenis tak berapa aktif secara fizikal,lah, memang kena ada rangsangan yang kuat baru saya rajin nak aktif. Contoh pemandangan yang cantik-cantik, suasana yang segar, sunyi, dan saya paling suka kalau suasana hijau-hijau dalam hutan gitu, ada waterfall, ada tasik, hah. Memang saya suka. Pantai? Pantai ok juga, pendek cerita naturelah, saya suka. 

Shopping, pun saya suka gak, paling suka kedai emas leeerr---tapi seganlah, setakat gerling-gerling dari jauh tu, adalah. Saya bukannya mampu pun nak beli emas tetiap hari,kan? Kerja dah berpuluh tahun pun, rantai gelang, cincin semua mak yang belikan, adalah 7,8 kali saya masuk kedai emas, itu pun beli kan barang orang, hadiah. Sekali tu ajelah saya beli barang untuk diri sendiri.

So, benda lain yang lagi cantik dari emas, like I mention before is nature, meh sata velanja gegambar nature yang team mate saya ketik-ketikkan masa saya pegi hiking minggu lepas. Tempat ni memang best sebab tak ramai orang, kita naik sana sampai dalam 9.45 gitu, siap boleh masak-masak bagai, Dah nak zohor baru turun semula ke tempat starting point.

Moh le, jemput le tengok gegambonya yerk









No comments: