Ada orang baru masuk opis, (boslah kiranya). Dua tiga bulan tu dia panggil kita, dia komplen kita macam-macam, kita ni lekeh bebeno, mulalah kita rasa dia sombong. Kita pun membawang sesama kawan. Habis kita kupas begitu-begini tentang bos. Tapi kita cakap kat kawan yang jangan amik serius, sebab kita ni apa namanya---terapi minda je. Mungkin kita paranoid.
Ini cerita sayalah, agak 2 tahun lebih yang lalu. So, dari sakit-sakit hati hal orang, baik anggap diri paranoid, dan cari jalan self-healing. Tak mau berkonflik dengan orang itu. To the point saya seek on-call counsellorlah,kan? Kes-kes macam ini saya tak report sangatlah, self-heal, sibukkan diri dengan aktiviti yang menarik, then sattle masalah.
Sambil-sambil tu doa juga sama Allah,kan. Dan Allah permudah jalan, no conflict dah lepas tu, cuma setahun kebelakang (2022) saya jadi pendengar setia rintihan penyelia saya perihal bos yang sombong ini. Most of the time saya suruh dia bersabar, dah selalunya saya ajak dia window shopping dan tengok resipi masak-masak. Masuk tahun ke 3 (2023) saya terkejut tetiba si sombong- (eh kita tukar peliklah, sombong tu jahat sangat,kan?) ni decide bersara awal. Bersara 55 tahun.
Hati berbisik "wow! Maha Kuasanya Allah, sesombong-sombong/sepelik-pelik kau akhirnya kau mengalah begitu sahaja?"--- Owh btw, depan penyelia, idaklah saya kupas-kupas, komen-komen yang bos saya ni sombong. Tak pernah. Yang saya kata sombong tu dengan kawan lainlah. Tetapi masa sessi kupas mengupas bersama penyelia dan bos-bos team lain, yang sama tak puas hati dengan sepelik ni, ada yang memberikan label micro-manager pada si pelik ni.
Tapi bukan nak cerita pasal dia nak bersara awal, tapi nak cerita pasal satu hari kami pergi outstation bersama-sama, selama seminggu. Kami bertiga naik kereta jabatan bersama-sama, tetiap hari selama itu. Saya, Penyelia dan Bos pelik. Nampak macam Penyelia dan Bos Pelik baik-baik. Sebab Penyelia ada cakap dia mau diperhati, di"favour" macam penyelia team yang lagi satu. Bawah SiPelik ni ada lagi 2 team, team Audit ICT A(kami), team Audit ICT(B) dan team teknikal. Offcoursela si Pelik ni favour yang B sebab diketuai oleh Pegawai Mampu macam dia jugak. Kami ni kader dari audit Negara, so pada saya itu sebablah dia lebih selesa dengan Pegawai sesama Mampu macam dia.
Macam kupasan awal saya yang kata siPelik ni pandang lakeh pada saya, sebab saya back-ground tak selevel dia. Dialah perasan Bidang IT lagi gah dari bidang Perakuanan/Pengauditan. Dia je perasan tu. Tak padahal ramai kita yang genius-genius ni masuk akaun sebab berangan nak jadi kaya he he---Pendeknya apa yang saya rasa dulu-dulu, dua tahun lepas tu memang sah betullah---
Ceritanya begini---masa dalam kereta tulah dia ada cerita empati dia dengan aspirasi bos no1 yang tak tercapai. Dia macam yang saya cerita,kan yang dok bontot-bontot bos tu, leeerrr, yang dah sakit macam-macam sakit tu. Sahlah dia sangat empati, kununnya bos gagal sebab kami yang lekeh. Adakah bos no 1 masuk opis pandang kita orang ni lekeh tu tak tahulah. Mungkinlah tu. Sebab mereka sekepala, jadi mereka sangat akrab. Kalau aku tak bontot kau, kau pulak bontot aku. Tak tahulah bos tu lelaki. Lelaki memang ada jenis yang bermuka-muka.
Si Pelik ni pun dah macam terasa dan bimbang bos bermuka-muka. Depan si A kata begini, depan si B kata begitu. Bos ni pun selalu juga naik tingkat kami dan ada satu ketika tu saya mengejek-ejek bos macam belangkas dengan si Pelik. Saya kengkonon fefeeling sayalah pengaruh bos yang membelangkas sesangat dengan si Pelik ni. Diakan tak sihat? Tak delah saya fefeeling je. Saya rasa bos sendirilah sedar diri kalau dia dah berbelangkas, orang lain naik meluat. Si Pelik ni pun sedar juga orang meluat. Dan sepanjang dia berkereta bersama-sama dia ada suarakan jugak pasal cakap-cakap orang ni. Saya tak pasti ada orang lain selain penyelia dan bos tingkat 5 bercakap menganalisa tentang kepelikan dia. Yang pasti penyelia dan bos tingkat 5 termasuk sayalah yang sering membawang kupaskan si Pelik ni.
Dari percakapan-percakapan bersama si Pelik saya faham, iya memang benar dia rasa kami tidak pantas untuk dia, tapi bagaimanapun dia angkat bendera putih sebab kami jahat dan kuat. Orang jahatkan selalu menang. So dia ambil langkah bersara awal. Dia juga ada bilang Bos bontotan dia pun sudah give-up sebenarnya nak bawa perubahan pada kami.
My honest opinion about those two--Both cakap besar je. Tapi tak punya competency untuk walk the big talk. They fail not because we are so big and bad. They fail because they are incompetent. Period. Dalam kenderaan jabatan tu saya memang vocally voice my opinion dengan analogi begini "badan you besar, raya dah just around the conner, agak-agaklahkan kalau nak pakai kebaya saiz XS" And inorder for you to wear the XS kebaya, you need fitness instructor, you need nutritionist, bla bla bla sebab you memang tak reti bersenam, tak reti/malas memasak, dan buta pasal nutirisi. You nak buat bariatiric tu takut kena belah/lapah sana sini.
Jahat mulut aku, kan? He he He---Itulah tu orang baik ni (kira baiklah sembahyang tak tinggal, solat duha lagi macam-macam" selalu rasa dunia ni tak adil, sebab dia rasa orang lain (yang tak rapat/akrab dengannya) pemalas, jahat, incompetent tapi sangat kuat dan berpengaruh. Tapi sebenarnya kita tengok dia tak kompetent dia tak sedar. Competency is not about sapa knowladgeble or not. Competency ni bahagian yang orang baik dan rajin ni tak sedar dia tak miliki ialah memandang orang lain pun no matter how teruk they are, mereka ada kelebihan, kelayakan untuk bersama dalam organisasi itu. Ada hak bekerja/berada di situ. Jika benar mereka tak berhak, kaulah sebenarnya yang tak tahu guna kuasa kau untuk "nyah"kan orang yang kau rasa tak layak dan berhak itu, kan?
Itu masalah orang dua orang inilah tu, kan? Atau pun masalah dia sorang je---nak jadi sedap cerita, direkayasakan juga bos pun pihak yang terkuciwa dalam agenda mentransformkan organisasi kami.
Owh pung-pang-pung-pung-pang ni apa lah agenda mereka ni? Hah mereka nak mengIR4.0 kan kami. Kunun katanya kami ni BUta agenda IR4.0. Gitulah katanya--- Kalau bagi kat saya nak IR-IRkan bebudak audit dalam ni senang je saya buat, saya bentuk je satu team Data kunun-kununlah. Buta data, buta IT, sini KPM ni ramai pakar. Hah pi dok kurung 2,3,4 orang ni belajar data, hah sattle masalah.
INI kau dah setahun pung-pang-pung-pang about data, satu sen pun tak bergerak lagi. Yang si pelik perasana genius ni dia buat apa? Honestly la aku rasa dia ni tak boleh diharap langsung. Hari tu kita pi ngoudit pun, gaya kemain lagi, bila tutup Allah-Hu- Isu pun dia tak tahu. Apa barang kita kuar ngodit, apa barang yang kita nak sukat dan bentangkan pada Jawatan Kuasa Audit pun dia tak faham.
Sikit aku nak bebel kat sini. Bahagian Matrik ni dah kuar objektif, siap dengan sasaran input yang diberi untuk mencapai objektif mereka. Mereka pun nak IR4.0 jugak tu. Nak apa katanya Infostruktur tercanggih gitu, pendek kata lagi 2 tahun lagi besok aku pegi KM Selangor tu robot pintar sambut aku kat kaunter tu nanti. Joking. hah gitu. Masuk satu KM, aku dah bayangkan dari dia menyasar dari tahun 2020 tu semua aku nak bubuh 0-0-0 gitu, sasar 5 capai 0, sasar 15, capai kosong, hah gitu. Itu rupa table aku nak tunjuk kat Jawatan kose Audit tu nanti. Dah gitu rope tablenya ko rasa nak bersidang setengah tahun ni, bulan 6, ke bulan 9 ke besok, ko rasa yang aku tuleh, catat 0-0 tu boleh jadi magic sekelip mata jadi berisi ke?
Amendele minah ni, aku cakap dalam hati lah. Aku cakap sensorang aje, perasaan aku ke, semua rasa macam gitu. Ntahlah. Tapi petang Jemaahat tu, Penyelia aku dah sama setuju dengan aku. Team lain, yang lagi 3 orang tu tak tahulah. Penyelia akulah yang dulu bawang kat aku kata minah ni punya penutup, pendapat pelik. Aku diam lagi dan cakap begini "dia sakit kut?, Or dia kan MAMPU, so pada dia tak de isu, pada kita isu besar." Aku cakap macam tu sebab aku nak cari orang MAMPU lain, second opinion. Barulah aku berani nak luahkan apa aku rasa" Tapi sejujurnya aku rasa iyalah tu bos pelik aku ni sakit mangkali tu.
Sejujurnya dari pertama kali aku jumpa dia, aku rasa dia tak level dengan aku. Itulah tu zaman-zaman dulu tu mungkin dia anak orang kaya, orang bandar, perents dia ada aksess pendidikkan yang lebih jadi dia dapat sekolah bagus, amik course yang bagus dan jadi pegawai muda IT. Aku ni pulak zaman orang pegi sekolah aku sibuk pegi keluar masuk pussat pemulihan mental,kan. Orang dah lama jadi bos, aku baru nak jadi penolong bos. Kalau ikutkan level sebenar dia, jadi cikgu maktab je dia tu okla--ajar budak little-caliph on-off-on-off komputer, lepas tu buat sidang press sekolah dia sekolah IR4.0 bolehla tu. Nak lebih-lebih tu, lelebih lagi nak mengIR4.0kan kita-kita ni bukanlah susah sangat pun. tapi tulah level dia tadika je...he he
Kemain lagi aku ek. Kata orang pandang lekeh kat dia, dia pandang orang lagi kemain lekeh lagi bolehlah pulak he he---aku ni kalau orang pandang lekeh kat aku pun aku no hal. Tapi kalau ada kemungkinan aku nak berdebat besok dengan dia, so awal-awal lagi aku dah pandang lekeh, so that incase kena berdebat aku ada kompidenlah nak berlaga. Iyalah ko nak berlaga dengan bos kau tu. Ko rasa? Boleh senang ke kau nak menjuarai perlagaan itu?
Walau tika dan saat tulis entri ni aku rasa macam seluruh team sependapat dengan pendapat penyelia dan aku, tapi aku masih berhati-hati jugak, kutlah dia kasi mendrem kat bos besar no 1 ikut cakap dia jeeeeerrr, almaklumlah according tu dia, diakan tempat curhat si Bos No 1 tu he he---
Ni enteri bengong Paranoid akulah ni. Sebenarnya nak bawa isu ni ke Jawatan kose, sejujurnya aku tak kose he he he---Hadoiii rasa macam energy aku ada sikit bocor, sebab iayalahkan Si Pelik ni dia otak dia ada kelain sikit, lain 180 dajah he he---so eventhough aku rasa pendapat dia shallow aku nak lawan, aku letih, aku kena ada back-up dari kelompok dia (KELOMPOK MAMPU) juga. Kalau kelompok aku je yang rasa benda ni isu, tapi kelompok MAMPU yang ada autoriti pasal agenda-agenda IR, IR ni, tak rasa benda ini isu. Lemahlah aku, Tunggaknya MAMPU.
So apa sebenarnya isu dia yang bikin aku macam dah tak MAMPU dah ni? Isu dia gini. GOmen tulis panduan, untuk pasti IR4.0 laju dari segi internet gomen dah ada jalur lebar gomen, so ko guna itu. Dia dah guna dah. So apa masalah? Iya dia guna jalur lebar gomen tu, tapi bebudak, cikgu still komplen kata internet slow. Aku yang duduk seminggu kat Banting tu pun terasa, ada tempat laju, ada tempat tak laju. Kenapa? Owh minah pelik ni kata "owh tak kisahlah, ini bukan macam kat rumah kau, kau panggil TM, ko bayar TM pasang semua" Sini TM bagi kau band with je---Jalan nak masuk internet tu kau kena buat sendiri. So ada tempat ok, ada tempat tak ok. Isu dia aku suruh kau guna gomen punya brand, kau dah guna, tapi jalan masuk rumah kau tak ok, itu kau punya pasallah. Kau tak de duit nak pakai jalur lebar napa gian nak pakai jugak.
Macamlah berbalik pada analogi aku tadi, badan besar tak sedar diri nak pakai saiz XS. Ni cerita kau terbalikan aje, badan XS je, nak berangan nikah dengan bini saiz XXXL larat ke kau nak pikul bini kau tu? Kalau tak larat sndri mau ingatlah,kan? Pandai-pandailah kamu urang ukur baju di badan sendri, kan? Aku plak nak MAMPU perhalusi saranan dia, saran guna jalur lebar, sarankan juga institusi yang nak menerima jalur lebar itu MAMPU dan sedia menerimaNYA. Kau ingat MAMPU nak dengar cakapkau? Pegawai dia yang pelik tu pun dah kata benda ni is not a big deal. Dak Mardhiah dengan Penyelia dan Team dia aje yang lorat terhegeh-hegeh nak buat bising nak ngadu, nak bawak ke Jawatankuasa AUdit KPM yang ntah apa-apa tah tu, kan?
Well wait and see aaahhh --- you MAMPU you wait and see--- ceh cakap belagak habis ni. Kau jangan nak eksen-eksen sangat eh, pegawai kau sorang kat sini dah mati gantung diri dah kat rumah dia. Kau jangan buat-buat tak tau. Kau jangan nak kerek-kerek sangat dengan kami-kami yang lekeh-lekeh je ni tau!!!!
Harap maklum perenggan atas tu perenggan kerek-kerek aku terapi minda je tu, acah-acah HEROOO hah gitu. Macam aku cakap tak bawak ke Jawaran Kose AUdit lagi lah aku suka, tak yah sesakit nak mengarang lelebih, kan?---dari aku nak ngarang lelebih, baik aku masuk utan cari bunga PAKMA yang sedang rancak berkembang kini, he he he---healing masuk utan ke tu??? Hah healingla. Healing sebab pegawai MAMPU rejek isu aku he he---Orang kecik biasalah keja rejek tu makanan kami. Yang penting gaji aku, claim aku derang tak pernah rejek, kan?
No comments:
Post a Comment