Saya nak sambung lagi sikit pasal terhenyak pilu ni lagilah. Kalau semalam saya cerita alam indera kayangan FB, hari ni nak cerita pasal marhaen-marhaen kat real life je. Semalam bakat otak kanan creative, hari ni more teknika, otak kiri, orang akaun orang kerja kira-kira yang tak le perlu sangat kretip-kratip ni. Kalau terlebih kreatip, jadi kreatip accounting boleh cas bikin jenayah kolar putih, financial statament fraud.
Kat sini belambak pelaksana yang ada dergree pun. Kami tak macam cikgu, habis je sambung belajar terus dapat naik P&P. Sini kena tengok ada kosong kat tidak. Sebab P&P ni memang terhad, lagi kena bersaing pulak dengan budak fresh baru graduate, memang persaingan itu sangat sengitlah. Kalau umur nak masuk senja macam saya ni tok sah berangan yang dapatlah jawatan tu. Sendri mau ingatlah. Bila dah sengit tu macam-macam hallah yang terjadi, kan. Macam saya kira sedar diri ni, idaklah frust sangat bila kena rejek. How about yang muda-muda ni yang memang ambil insiatif sambung belajar sebab nak memperbaiki ekonomi keluarga?
P&P dah terlepas, cukup haul naik tahap penyelia, pada gred pelaksanaan, sekali lagi dia terlepas peluang. Dapat TBK je. Memang betul TBK menawarkan gaji yang sama je dengan penyelia yang ada tu, tapi kau pelaksana biasa je sama dengan pelaksana yang lain tak de kuasa menyelia. Finelahkan, gaji sama, tapi tanggungjawab lebih ringan. But then dalam cerita yang aku nak cerita ni, Gaji sama tapi kau pulak yang kena menyelia, penyelia yang sepatutnya menyelia buat bodo. hehe. Katanyalah. Lepas tu suka take creadit. Dah dia yang selia, tandatangan, semua nama dialah. Nama kau kat celah mana pulak nak naiknya, kan?
Dah tu pulak kau memang tak boleh belah dengan perangai penyelia yang super kekwat ni. Bos pun dah perasan Penyelia ni shallow, bos kata sebab "ouh, lack of experience, diberi peluang nanti deeplah dia" Tapi honestly aku sendiri pun skeptik budak ni boleh ada bakat berpikir aras tertinggi. Kerja setakat pelaksana ni kan setakat diploma je. Nak amik dergree pun tak lepas, kau nak expect dia tinggi macam mana pun,kan?
Tapi one thinglah aku perati antara dua budak ni, satu tu happy, yang satu yang deep ni macam tak happy, dan ada ketika aku keluar-kelaur makan dengan dia pun dia ada cerita dia stress, dan sangat beruntung suami payung. Mujur ada suami,kan. Macam manalah dia tak stress, kau bayangkan, suami dia terpaksa berhenti kerja sebab nak jaga anak dia yang ada masalah jantung. Dari segi ekonomi memanglah ok je sebab suami dia pandai masak dan tak menang tangan ambil upah katering sana-sini, Rezeki anakkan sentiasa ada. Tapi lately mungkin dia stress sebab anak dia nak kena bedah lagi. So, anaknya akan tantrum, kata dialah.
Itu masalah di rumha, kat opis pulak kena hadap minah gedik tu, bos pulak satu hal dok cakap dia cantik, dia tak cantik, macam favour yang cantiklah pulak. Iyalah penyelia yang shallow tu cantik, kawan saya yang kena cover penyelia cantik ni, tak cantik. Ada ramai je orang cantik yang deep, tapi nak dijadikan cerita cantik yang ini shallow. Dahlah shallow, gelitis pulak tu. Ada aje orang yang shallow tapi sedar diri, humble je. Orang dah payung kau, bukan kau nak tunjuk apprisiasi, kau caras lagi orang tu, dengan berlagak semua finding kau yang punya. Bila orang soal deep sikit mulalah kau meroyan, bersungut, itu ini. Benda kecik je pun kau nak besar-besarkan, kunun banyak kerja. Lepas tu, kau pass balik kat empunya findings sebenar. Fungsi kau tak ubah macam pos men je tapi kau ambil all the credit. Manalah team member tak bengang,kan.
Dari hari ke sehari, aku dah macam naik risau pun ada takut rasa tak puas hati terlepas peluang naik P&P dan Penyelia ni jadi kawan aku frust. Sebolehnya aku mau dia happy, dan usah ungkit sangat si shallow ni. Aku rasa keputusan naikkan si Penyelia cantik geletis shallow ni satu keputusan yang silap. Kenapa aku kata silap, Manusia shallow tak de peluang nak deep ka? IQ itu statik ka? Tak juga, sebab aku percaya environment lagi penting bagi memupuk daya fikir seseorang. Dalam kes Sicantik, laras suasana macam dia ditempatkan buat audit prestasi yang perlu daya fikir kreatif dan dalam ni, ada cerita tak sedap sebenarnya. Kawan-kawan dia kata orang fitna dia, tapi yang tak pro sama dia kata "amenda fitnanya memang kau geltis, kau cari pasal bla bla bla"
Dia cantik, kan, so semua jantan ni angaukan dia, so ada satu jantan dah terangau dah ganggu keharmonian dia, katanya. Sebab itulah dia terpaksa dipisahkan dari jantan hidung belang tu. Cara memisah tu dengan memindahkan dia ke tampat kami yang tak cantik-cantik ni. Gitulah kisahnya. Bila kau join kami dengan latar negetip, persepsi begini susahlah orang terima kau,kan? Susahlah proses pemupukan pemikiran aras tinggi tu mau berlaku.
Apa akan jadi? Jadi suasana tak harmoni,lah,kan. Sampai tak mustahil kita berlaku tak adil, zalim kepada orang lain. Itulah jadinya kita rasa kita mangsa, tapi kita memangsakan orang kita tak sedar. Hidup di dunia ni saling tolong menolong, tapi kalau dah jadi puak tak cantik vs cantik, hah kau rasa? Hurm. Kalau kat tempat kami ni, yang cantik tapi shallow, lepas tu geletislah pulak, memang akan jadi lauk. Ni Mama Firanah semua ni. he he, kita yang tak cantik tapi deep ni patut bimbing dia jadi deep, tapi takut nanti kita baham dia hidup-hidup. Nauzubillah minta dijauh tuhanlah,kan. Saya awal-awal lagi dah kasi warning, "tu fren kak Mar, akk tau dia tak sesempurna mana, tapi kalau kau nak kutuk dia jangan kutuk depan hakak"
Lantak kau le bebebudak, akak perati dari jauh jeerrr. Nak curhat boleh saja, cur lah sebanyak mana pun, lepas tu akak belanja kau coklat je lah. Nak ajak kau tengok waterfall, weekend kau busy tolong husband buat katering.
No comments:
Post a Comment