Pagi tadi membawang, bukan setakat bawang, tapi kupas bawang pasal bos kiterrr le--- tak tau apa dah dia bikin, kawan saya Penyelia (SV) sudah rasa tak seronok. Tak seronoknya dia sampai kawan semua perasan dan yang sorang tu kata "muka dah menangkup"
Tak taulah nape kita tak suka dia. Memang kut kita memang tak suka orang yang suka push-push kita. Bila muka kawan dah menangkup, semua dah tau dah kenapa. Semua kata kenapa bos saya "teruk" sangat. Lalu saya teringat kisah viral Sisi Iman dan Mami Mas Idayu. Saya suruh bayangkan Sisi Iman akan naik ke pentas lagi untuk persembahan seterusnya. Walau kali ini Mami Mas Idaya tak menjuru Sisi, tapi Mami tetap ada di Auditorium tempat Sisi membuat persembahan tu nanti. So Sisi pun jadi tak keruan, tak cool, tak stabil berdebar-debar dan macam-macamlah.
Kalau si Sisi Iman yang real apa dia buat sebelum nak bikin persembahan tu nanti, tak taula saya. Tapi bos saya dia akan "kacau" anak buah dia lah. Mintak itu, mintak ini bla bla bla--- itu yang bikin muka kawan menangkup semacam. Kekacauan yang dibawa tu macam dah tak rasional dah. Tak rasional sebab team bukan team member je yang terasa kacau, team lain pun turut bersimpati dan naik geram dengan bos saya tu, walau bukan mereka pun yang kena kacau.
In another cerita, kita cerita pasal life kita yang lagi satu. Life online, ada watsap group bagai. Cuba kau bayang dia bercerita dalam group tak de orang pun sambut apa yang dilontarkan, sedangkan kau bos. Kita tak jawab, sebab memangla yang nama Mardhian ni dia selalu rasa besok jumpa kat opis, cakap ajelah masa kat opis, bukan tak jumpa. Napa nak terhegeh-hegeh menaip dalam hp. Mardhiah ni kalau menaip di kekunci dia ok lagi, kalau suruh dia taip watsap memang dia malaslah. he he---gitu. Kalau perlu jawab panjang-panjang, kalau dia tak de papan kekunci, dia call je kau. Kalau ada baru dia taip. Kalau tak dia letak tanda emoji je.
Memang tak reti le yang naip tempat ruang kekecik macam kat hp tu. ha kalau macam blog ni luas dia sukalah merapu. hah gitu. Memang dia tak akan respond bos dalam watsap tu. Bos pun dah tahu dah perangai saya. Memang dia tak kacau dan tak de keperluan mengacau pun. Tapi kalau Penyelia dan Team leader memang dia kacau habis-habisan punya. Kau rasa apa masalah dia ya? Dia nak fefeeling pempengaruh media sosial yang tiap komen, kontent dia dengan senang hati orang nak jawab? Besok kat opis kan jumpa, apa mengada-ngadanya nak watsap orang memalam bute lepas waktu kerja, cakap pasal kerja?
Nasib baikla saya tak jadi penyelia. Sungguh saya syukur hari tu gi mintak jawatan P&P gagal. Kalau berjaya, jadi team leader dapat bos macam bos yang ini, haru-biru, terus markah prestasi jadi zero sebab tak layan chat dia he he--- ko watsap memalam memang aku dah off hp leerrr he he---itulah setiap kegagalan itu ada hikmahnya. Tak usahlah kecik ati tak dapat jawatan yang lebih tinggi, kalau dapat pun, menyusahkan saja. Kasila orang memuda yang 24 jam bergayut dengan hp je jadi team leader. Zaman orang macam saya yang lagi 10 tahun nak pencen ni dah berlalu dah.
Dalam satu hal, bos-bos ni mungkin tak sedar kut, life off-line lagi besar dari online-life. Janganla terlalu taksub dengan online-life, sampai offline kau jadi huru-hara.
No comments:
Post a Comment