Aku repeat-repeat sampai aku muak,lahkan. Bos aku ni aku kata dia paranoid, sebab dia sendiri cakap kat opis tu semua orang dengkikan dia sedangkan dia tak pernah kacau orang pun. Hah gitu. Tak de sapa pun pendengki sama dia, cuma bila perangai dia pepelik, dia dok ekor-ekor bos, bos bos bos, hat bos dia suka, lepas tu dia benci bos yang dia tak suka (dia suka ketua jabatan, dia tak suka timbalan ketua jabatan). Dia benci sampai semua orang bercakap "eh dia dengan timbalan tak ok ek?" Hah gitu. Lepas tu dia cakap ada orang sakit hati dengan dia, tak puas hati dengan dia---sedangkan sakit hati tu mungkinlah sebab dia ni kan suka ganggu orang waktu lepas bekerja. Tapi tak puas hati, dengki tu memang tak delah.
Dia aku nampak gini, dia tau dia dah kacau orang luar waktu bekerja, lepas tu aku rasa dia mesti tau orang marah, orang mengumpat dia. So, aura umpatan dan bawangan tu dia rasa, terasa pedih bawang, tu kan tak enak gitu, so untuk enakkan diri dia, dia createlah story orang dengki sama dia. Punca orang mengumpat dia, dia ngacau orang tak kira waktu pejabat ialah dia tak kompetent. Tu aje. Cuba dia competent, dia pun boleh selesaikan perkara-perkara yang dia suruh orang bikin tu.
Contoh tau, ni team nak ke Perak ni, nak nules tajuk baru, dia masih tak ble move on dengan tajuk lama. Tajuk lama itu isu dah hadam dan jadi taik pun, baru nak bentang JKA, dia macam tak faham isu ka apa? Anak buah dah sediakan slide, besok masa JKA anak buah jugak yang akan present. Tapi kau tau dia masih nak discuss benda tu masa kita kat Perak nanti. Dia dah kenapa? Aku pun tak fahamlah sampai aku pulak paranoid, kata dia saja nak sakitkan hati team sebab masa ke Perak ni, "musuh ketat dia ada join team sama he he---mase tu leeerr dia nak tunjuk eksyen ke hapa ke, kan? Definately mental lah minah ni.
Hari tu Penyelia aku cirita Bos, Ketua Jabatan ada tanya si Kekwat tu ok ke idak. Penyelia kata ok je. Ok fizikal dia tak MC, dia nampak sihat, so penyelia aku kata dia ok la. Nak cakap minah tu mental, mental orang tak nampak, tak de bukti, pakar je boleh sahkan perkara ni, kan. Tapi penyelia aku cerita lagi, bos tanya balik, macam nak mengcungkil/korek, "iya ka dia ok?" penyelia aku kata "no comment je" Seram nak ulas lelebih. he he, sebab kami ada ngumpat jugak bos tu lelaki, tak ble percaya, ntah-ntah dia sekadar bertanya, lepas tu minah senget tu gegesel dia, ngadu kata penyelia aku bla bla bla, nanti bos tukar fikiran, dikatanya plak penyelia tak ok, team kami tak ok. seram juga tu. Dia pandai menggesel tu.
So, aku pakat dengan Penyelia, kita jangan cakap apa-apa kat bos, fokus kajian baru ni, sebab kajian ni ada elemen ICT, hat dulu tak de sebab dulu dia cakap kami baru switch from prestasi to ICT, team tu tak de orang IT, jadi tak layak audit ICT sebab tak de keparang, ni kita mula ngodit, kita tengoklah nanti hasilnya. Kita compare satu team lagi yang totally tolak Timbalan, kunun timbalan tak layak campur tangan bab Auditan ICT sebab tak pakar. Kita tengok je hasilnya.
Kan aku dah ramal team lagi satu akan collapse (kena bang kaw-kaw lagi dengan Ts Xoxo-Ketua Jabatan Bahagian Maklumat KPM) sebab mereka pakar IT tapi tak pakar menulis. hehhhh gitu. Kita tengok jelah. Masalah TS xoxo meroyan bukan dia defens, mental ke apa, tapi macam aku cakaplah aku yang tak de kena mengena dengan bahagian IT KPM yang gah tu pun rasa meroyan gaklah baca laporan derang audit dalam IT ni. he he. Hat tu yang dia kata tak rekod aset financial statement KPM tak gambar true and fair view, tu TS tak meroyan kut, yang TS royan tu pasal dia mempertikaikan kajian keberhasilan yang Kementerian jalankan. Orang tu uji lain, dia uji lain, lepas tu dia dakwa kajian tu bohong. Hanginlah TS. Kalau aku pun hangin.
Kau nak dakwa kajian orang lain bohong, ko kena go deeplah, bina kerangka teori yang kukuh, uji kerangka tu, baru boleh kau claim orang tu salah, kau betul. Orang tu mengkaji bertahun kak cik oiii, budget bukan ribu-riban, tapi juta-juta, kau mengkaji setakat enam bulan ko kuar masuk kawasan pendalaman, uji, test sana sini tika bebudak semua duduk umah kau kata kajian orang lain bohong. Orang tu mengkaji seluruh negara, kau kaji kawasan pendalaman, lepas tu kau kata dapatan kau sama sekali bertentangan dengan dapatan mereka? Memang bertentangan lah aku kaji satu Malaysia, kau kaji skola ulu-ulu sana. Mana nak sama dapatannya. Hadooiii----What a blunderlahkan? Itu yang TS kata, audit ni tau ke idak apa yang nak di auditnya.
Bukan sekali dia kena, berkali-kali juga. Dengan Ketua Jabatan yang berbeza. Satu Bahagian IT, tu, se lagi dengan Bahagian BPKHAS. Hat jaga bebudak MBK Bekeperluan Khas. Hat tu plak Pn Hajjah xoxo meroyan bila dia tuduh perkakas bebudak MBK ni tak digunakan secara optimun. Merentan mak Jah sebab yang alat tu katanya digunakan masa exam je, kau datang masa orang dah habis exam, memanglah la alat tu orang tak guna. he he--- hadoiii
Dah gini punya rope, kalau aku leeerr, kalau aku jadi ketua Jabatan, nak tukokan si Bos ni tak boleh sebab dia orang MAMPU. MAMPU yang hantar dia. Nak MAMPUSla kalau ko saja cari pasal dengan orang MAMPU, kan? Tapi ko boleh tukar je anak buah dia. Carilah anak buah yang memang pandai, mahir mengaudit, mahir menulis, punya judgement yang tak bias. Dia jadi gitu sebab ada satu ekor kepala sana yang mental jugak tu. Kita semua dah mengumpat-umpat, benda ni jadi mental macam ni puncanya Penyelia team yang lagi satu tu yang mental yang rasa semua orang dengki sama dia jugak tu.
Memang ada auditor mental pun. Ada sorang lagi mamat tu mental, sampai la ni susah kami nak kuar ngodit guna kenderaan Jabatan sebab mamat sekor ni dah bikin satu laporan yang akhirnya bikin Ketua Jabatan lama yang dah berpencen, meroyan marahkan drebar-drebar ni makan duit haram. Drebar la ni dah merajuk, kau. Tak nak bawa kau kuar outstation. Kau nak gi outstation, naik le kapal terbang, aku hantar takat KLIA je. Kalau idak kau drive lah sendiri. Mamat ni emang brani aku kata mental sebab masa dia ngodit tu dia memang cakap, sahaja aku buat audit sebab nak susahkan xoxo. Dia emang ngaku dia memang saja pilih baucar tuntutan pemandu-pemandu ni semua sebab nak kenakan orang tu. Ntah apa dia dengki dengan orang tu tak tahulah aku. Itu okla dia dengki ke orang memang dia ngaku dengki.
Ni minah bos aku ni orang tak dengki kat dia, tapi dia bising buat cerita orang dengki ke dia. Ek yang lapor hasil kajian orang lain tu bohong, yang ngata alatan orang lain tak guna secara optimum tu, sapa? Dia dan dia punya team dia jugakkan? Yang meroyan tukan Ketua-ketua Jabatan Bahagian lain, auditi, bukannya kita-kita kat pejabat audit ni. Yang dia tuduh orang pejabat dia dengki sama dia tu dah kenapa? Itu kau kata tak mental? Mentallah tu. Aku nasib baik bos tak tanya "xoxo ok tak? eh kalau dia tanya ko rasa aku akan ulas tak panjang-panjang ni?"
Tak de maknanya---minah tu lagi berberapa bulan je nak pencen, biarlah dia pencen dengan aman. Tak kose aku panjang-panjang cerita. Panjang kat dalam ni sudahla. Panjang sebab nak ngesah perjalanan dakwaan aku yang bos aku mental. Kalau aku nak dapat second opinion, betul ka idak dapatan aku ni, aku tanya je lah doktor Kartik. Doktor Kartik tu memang Doktor mental. Aku nak mereceh kan orang yang tak pakar, buang karan je. Silap hari bulan aku kena tuduh lagi sekali aku ni ada reputasi merosakkan nama baik orang/runtuhkan kredibiliti orang. Mak aiii seram aku. Eh kalau reputasi kau runtuh, sebab kau le, apa ada pasal dengan aku? Aku kalau bos suruh komen pasal so and so, emua aku kata "no comment" he he---Bila masa aku komen jela-jela?
No comments:
Post a Comment