Friday, March 24, 2023

MAD Genius

I told myself "You are a genius. That what you are" bila terasa dihina orang. Kadang orang tu tak menghina kau pun kau yang paranoid, orang pandang/kenal kau pun tidak, atau nature orang tu yang memang suka pandang rendah pada semua orang he he---Tapi lately saya sesaja cakap begitu just to feel good. It is feel so good that tetiber pagi ni tersambung pulak ayat "It is awesome to be a genius. Bila sudah begitu sambung teruslah "even thought you feel lonely most of the time" hurm--- sebab ayat feel awesome tu nanti lelama pakai takut jadi riak pulak,kan. Riak itu sifat mazmumah yang lebih dahsyat dari Mazmumah perbuatan seperti berzina, membunuh dan sebagainya.

ntah apa riak tu pun saya tak tahu. Apa ek riak? lagi satu riak, pasangannya ujub. Dua sifat yang jika sudah melekat di hati, kau tak kan pernah jumpa jalan pulang. Puhh seram? Mana aku belajar bebenda ni? Aku ni bukan suka belajar pun. Tau nak main pepondok, main memasak je. Tapi macam mana aku boleh tahu bebenda yang macam ni? Bukan aku genius ka? itu pasal aku tahu tanpa diberitahu pun, kan? Genius ni banyak benda dia akan tahu-tahu sendiri-sendiri. Dia rasa dia observe dan most of the time genius suka membaca. So dia pegi bacalah itu pasal dia tahu bebenda ni semua.

Macam aku, aku tak payah baca pun sebab mak aku masukkan aku ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Sebab aku genius, Umur 13 tahun aku dah tamat Darjah Khas. Darjah Khas tu lepas Darjah 6lah. Mula darjah 4 kami dah diperkenalkan dengan pelajaran Tasawuf. Hah dalam subjek tulah kami belajar yang bahawa dosa, maksiat itu bukan takat maksiat perbuatan sahaja. Terlebih jahat dari itu adalah benda jahat yang terbit dari hati.

Ada tapi tak nampak? haahhh---orang tahu ka kau riak, kau ujub, ialah orang memang nampak pun. Itu pasallah orang semua meluat je tengok kau! Macam berkawan, kan kalau IQ tak level dengan kau langsung kau tak nak kawan. Kau lebih rela jalan sorang-sorang, shopping sorang-sorang dari berdedai-dedai masuk kedai dengan orang yang tak level dengan kau. 

Kau rasa orang ni especially pempuan ni lecehlah, benak lah, sukar buat pilihanlah, bla bla bla buang masalah, memacamlahkan benda yang kau meluat je bila bersama orang-orang, kan? Lepas tu kau rasa better kau sorang-sorang, lepas tu kau rasa kau lonely, lepas tu kau ntah apa jadi tah, dah lah lonely, tak dihargai, kerjakau si bodoh bedebah tu pulak curi dan ambil semua kredit, lepas tu dia naik pangkat kau kekal di takuk lama. Lepas tu bla bla bla---perhaps kena tuduh tak kompetent kena buang kerja, kau depress, kau lonely kau mengalami halusinasi, kau sama ada bunuh diri, atau bunuh orang yang dah curi kredit kau tadi.

Mujurlah aku tak de langsung kredit untuk dicuri. All of the best is still inside my brain. I don't know besok bila dah keluar, orang curi, adakah saya akan turn depress bunuh orang or bunuh diri sendiri itu tak tahu. Tapi yang saya tahu, saya syak saja, penghakiran yang buruk ini berpunca dari dua sifat yang tak terbendung ini. First kita takjub dengan kepandaian kita yang tak seberapa ni, lepas tu kita mula memperlekeh-lekehkan orang lain. End-up orang lain tu yang dapat nama, kita marah. Marah bertukar benci, jadi dendam. --

Hah apa benda genius dalam kepala otak kau yang masih tak keluar lagi tu he he---ntah ha ha ha--

tapi tu adalah tu. Malas nak tulis sini sebab biasanya aku ni hangat-hangat tahi ayam je. Hari tu aku dah rasa-rasa macam aku nak tetanya kat PSU yang jaga auditor-auditor kat KPM ni bla-bla, tapi aku asyik lupa je. Mana tak lupanya kawan kat opis aku ni ntah apa-apa tah ajak aku buat memacam kraf tangan plak kat opis ni. Opis aku dah jadi macam ibupejabat PUSPANITAlah pulak. Tu yang aku langsung lupa nak sok-sek-sok-sek dengan PSU aku tu.

Silap hari bulan memang benda tu tak terkeluar langsung kut dari otak, sebab busy dengan aktiviti kita-kita aje. 

 

No comments: