Thursday, January 12, 2023

Manusia Iblis

Sambung balik nt3 yang lepas, pasal bos yang nayakan anak buah sebab nak lepaskan diri dia. 


Cerita ni cerita tahun lepas kira-kira lepas PM10 angkat sumpah. Kebetulan masa tu tengah nak finalisedkan report dan ada info yang saya kena "kejar" dari auditi. Supervisor saya yang kejarlah. Dia call, dedepan saya. Dia ceritanya gini, saya lapor kat supervisor "eh xo, dak xoxo tak jawab lagi emel akaklah, orang lain semua dah jawab" dia pun respond "ok-ok tak pe moh kita call, akk duduk le situ dulu" dia pun call, sekejap je dah berangkat, tapi lepas beberapa ketika, muka supervisor saya berkerut-kerut dan bukak speaker phone. Saya pulak berkerut sama mendengar suara dari speaker. --- bunyi macam orang kesakitan. macam orang tengah sakit kerongkong, memang tak dengar sangatla apa dia cakap, cuma yang terang, "jangan apa-apakan saya, saya tak nak jadi kambing hitam macam KSP" perkataan saya tak nak jadi macam KSP tu dia ulang-ulang. Puas pulak supervisor aku nak tenangkan dia. Bila dah tenang dia janji akan jawab emel secepat mungkin dan betul seperti yang dijanjikan, tak lama lepas tu dia jawablah.

Supervisor dan saya tercengang-cenganglah, dah kenapa dak xoxo ni. Ceh aku kemain dak dak dak je aku panggil pegawai tu ek, sedangkan dia tu pegawai tinggi jugak lah pangkatnya. Dak dak Pegawai Tadbir ni memang memuda dah tinggi pangkat. Dak xoxo ni dia kecik je orangnya. Lelaki. dari segi info, yang dia bagi memang kemas,lah. Pegawai kat situ memang ada ramai, dan ramai jenis juga. Dak xoxo ni jenis budak baik. Bukan jenis kaki putar alam punya. Aku kata dia baik, dia baiklah. aku ke engaku yang study forensik akaun, bahagian kelaku manusia? Aku, kan? so aku tahule mana kacang hantu, mana kambing hitam. Rasa macam nak chit-chit gak dengan dak xoxo tu, tapi macam aku cakaplah lebih baik aku buat makan-makan dengan kawan opis dari menyibuk hal orang. Dah tentulah first dan the last time aku jumpa dak xoxo secara bersemuka, dak xoxo tu muka pun dah macam orang stress je. lagi mau cari masalah bercakap dengan orang yang begitu, kan? 

So, betul ka KSP tu jadi kambing hitam? hurmmmm. Tetiber terbayang wajah best fren pakai baju oren SPRM tu dah kenapa he he he? Setan nih, kan? saja nak menghasut ngata sistem Jucidicial Negara dah setara dengan sistem negara bekas komunis,lah tu. he he he 

So berbalik pasal kambing hitam ni, kalau ada kambing hitam, mesti dalangnya, kan? Macam cerita konspirasilah pulak cerita ni. oklah kita tukar cerita lainlah pulak, cerita pasal 1MDBlah pulak. Tajuk tukan, tajuk manusia Iblis,kan? so nak cerita, cerita yang diceritakan oleh kawan kawan saya. Bukan pasal 1MDB sangat, tapi nak mengumpat pasal Datuk Salwani, HERO 1MDB yang berjaya memanjarakan Najib. Kita kata dia HERO, tapi kawan saya tu kata Salwani ni mental.

Dia nak memang kes, dia sanggup tikam Tan Sri Ambrin. Tan Sri dah keluar sijil bersih dah tetiber Si Salwani ni kata dia ada bukti sijil tu tak bersih, ada sijil asal yang tak bersih dan Tan Sri Ambrin ubah sijil. Kawan saya kata dia tak percaya Salwani. Salwani tu mental, cakapnya berbelit-belit berubah-ubah. Betulkah ada sijil tak bersih, atau Salwani create story, berimaginasi dia yang begitu-begini, buat itu, buat ini lah kununnya tu, kan?

Tapi tak kisahlah Salwani ni dah jadi Datuk, pun. Ni saja nak cakap, ada manusia yang obsess nak naik, sampai sanggup tikam orang lain. Kat opis ni aku nampak pun yang baru naik jadi supervisor ada yang jenis kaki-kaki mental ada rosak jugak tu pun ada he he--- ada pulak tu, yang tekun, baik setakat jadi TBK aje. Sakit hati? Mestila sakit,kan? Sapa tak sakit, ko yang bagus ni tak naik, dia yang menggedik lebih, terlebih gedik, tu pulak dapat jadi supervisor. Nasib kaulah adik.

Kesian kat bebudak tu, ada, menyampah kat supervisor gegedik pun ada. Tapi tulah aku cakap, kije audit dalam ni habis kuat dapat prestasi rendah je, bukan kena masuk court jadi saksi, pun. Idakle sampai kena jadi kambing hitam macam dak xo xo tu, kan he he--- Seiblis-iblis bos engkau, idakle sampai dia kena buat satu komplot cari kambing hitam untuk disumbat dalam penjara ka, atau disenaraikan ke lembaga tatatertibka, idakla sampai ke situ kejadiannya. Habis kuat, pun auditi meroyan, audit dapat malu depan KSU je. he he----untungla,kan?


No comments: