Monday, March 26, 2012

Suka benda Mahal


Browsing cari benda lain, tetiba ada iklan University of London,  ada kursus menarik. Kursus accountinglah apa lagi, kan.  Sekolah Oriental studies pun menarik, tapi tentulah tak ada kena mengena dengan tugas saya. Amboi mak kes ini sangat menarik sebab dapat exemption banyak untuk ACCA. Harganya pun boleh tahan juga. Iya ka bule caya itu yurannya. Tak berani haku. Cukuplah pengalaman dengan MMU. Ia dijalankan secara jarak-jauh.

Lepas tu googlelah lagi pasal ACCA. Hmm PTPL pun ada offer ACCA. Tapi di Penang sana. ACCA ini memang mahal giler. Rasanya tempat terbaik untuk ACCA ialah Sunway Collage. Tapi tak tahulah berapa kosnya. Pergh. Browse lagi dan lagi, KPTM Taman Shamelin pun ada offer juga. Nak tau berapa harga? Tak sampai RM20,000 pun. Betul ka? Atau itu hanya cost tuisyen tidak termasuk cost kertas peperiksaan? Hah jarak masa 4 tahun sahaja. Menarik, bukan. Masaalah cutilah pula.

The best place to study ACCA in Malaysia is Sunway. Kenapa saya kata Sunway, memang ada kawan pernah bikin ACCA straight selepas STPM tanpa ada Ijazah dan dia berjaya. Eh ini yang bikin saya kuat nak cuba nasib di Sabah atau Sarawak. Nak kumpul duit lepas tu nak bikin ACCA terus di Sunway. UiTM pun ok, tapi saya tengok budget dululah. Sunway ni dalam peratus kelulusan, 75% pelajarnya lulus dan mereka juga dianugerahi platinum award dari ACCA sendiri dan boleh buat part-time.

 Mungkin UiTM lagi bagus dari Sunway kut, tapi bila tengok situs Sunway, memang dah terus terasa-rasa macam tengah khusyuk mendengar tips dari pensyarah dalam kelas di Sunway. Teruknya haku.

Saturday, March 24, 2012

Pertembungan

Saya diberitahu yang so and so, so and so itu penulislah, yang memberitahu pun penulis juga bezanya, satu penulis intelek, sorang lagi penulis yang bukan saja menulis kerjanya, mengarah drama pun pernah yang saya lebih suka sebut pengkarya, pengusaha produk industri pop tanah air.

So and so ini, si intelek pejuang sastera bahasa Melayu tinggi, ini bagi tau saya yang si pop ini ada black hidden agenda. Saya ini orang kerja pembantu kepada akauntan, bikin kerja kira-kira, manalah tau apa benda binatangnya agenda-agenda ini. Kita tau pi kerja, nak cari duit. Itu sahajalah yang kita tau dan faham. Agenda-agenda ini memang kita tak ada masuk dalam buku kira-kira kita.

Namun saya layan juga rasa ingin tahu pasal agenda ini dengan membaca 2 buah novel pop tulisan beliau walau saya tahu, membaca naskah pop adalah satu dosa besar jika anda ingin, ada hati untuk rapat dengan orang-orang sastera ini. Tak kisahlah. Boleh putus kawan, putus cinta, pun putuslah, janji aku nak tau bebeno apa yang dikatakan agenda ini.

Yeah you boleh karang naskah sastera-tinggi, memiliki IQ kelas penerima Noble, tapi you pilih berkecimpung dalam dunia pop, memanglah orang akan pandang serong dengan kamu kan. Bahasa mudahnya, kalau ko boleh jadi professor, mengasuh pemikir bangsa, kenapa ko nak mencebur/menyibukkan diri ko, memingkan kepala ko dengan kerenah artis pop Malaysia yang rata-rata aish segan nak cakaplah, "jadi penyayi, pelakon tu sebab akademiknya kurang menyerlah". Satu pilihan yang membikin kita menaruh syak padanya. gituhlah kesimpulan saya.

Setelah meneliti satu naskah beliau, yang berbentuk futuristik saya tak beranilah nak tuduh-tuduh, sebab jalan cerita, kandungan yang ada memang menarik, memang kita nampaklah betapa tingginya IQ pengarang ini namun sebab bahasa agaknya, menjadikan novel itu hanya dikelaskan sebagai novel pop picis yang biasa kita lambak sahaja sebagai penulis yang pemalas, malas berfikir, atau memang tak mampu berfikir.

Apa yang saya belajar ialah tentang ... tentang satu spesis, makhluk yang mau menawan bumi. Makhluk ini bukan manusia. Rupanya hodoh, tapi mempunyai kekuatan fizikal yang melebihi manusia biasa, no saya tak tertarik dengan rupa mahluk ini, tapi daya fikirnya macam serangga.Maksud pengarang itu macam ini, yang berfikir itu satu, dan semua koloni pun berfikir sama macam yang satu ini. Permaisuri (sebab Raja kena kurung) ada kuasa memasukkan fikiran dia dalam fikiran koloni dia. Misi utama Permaisuri ialah melepaskan Raja yang terkurung dan seterusnya menakluki BUMI. Oh ya makhluk ini makan manusia. Tak dia taklah ratah manusia, tapi dia ambil sedut tenaga manusia. Maknanya kalau makhluk ini dapat menguasai bumi, manusia akan dikurung dan diternak macam kita ternak ayam kambing lembu babi untuk kegunaan menjana tenaga kita.

Saya teringatkan ceramah semasa induksi. Penceramah yang kini merupakan salah seorang  pengarah di Negeri Melaka ini kata, yang saya simpulkan orang Melayu ini itulah mereka. Mereka malas fikir ka, tak taula. Pemikirnya satu, yang lain ikut aje. Kita tidak suka berbalah fikiran sesama kita. yeah memang Islam menggalakkan kelainan dalam fikiran, tapi kita memang macam itu kita tak suka benda itu. Lebih-lebih lagi bila berdebat, berbalah, lebihnya jadi polemik. Itulah yang kita tak suka tu. Bule kita berhenti, mengawal perasaan dari menyerang peribadi orang yang tak sehaluan dengan kita? Lebih-lebih lagi bila kita tau lawan kita itu memang tak setanding dengan kita langsung. Apa celop punya kes.

Saya tanya juga penceramah, kenapa kena ada sorang ketua pemikir aje, kenapa masing-masing tak boleh fikir, berdebat macam di Barat, dan akhirnya mencapai konklusi, dalam pencarian kebenaran secara bersendiri-sendiri. Penceramah, matikan pertanyaan saya dengan 'BIG authority statement'. Dia cakap macam ini "kita dah buat kajian lama, memang tak boleh" Penceramah itu think-tank Negara, MTEN. Dia taulah, saya apa tau, tanya aje lebih. he he he...i.e kesimpulan saya sendiri, kita mencapai makrifat bersama guru kita, kita tak capainya sendiri-sendiri, kita bertaklid dengan guru pembimbing kita. Kita mencapainya melalui GURU.

So cerita pasal serangga tadi, memang serangga itu kuat, tapi last sekali ia dikalahkan oleh makhluk vampiro, pontianak yang tak ramai, penyendiri, berfikir secara sendiri-sendiri, tak ada kuasanya, apa jadahnya aku nak psiko ko agar fikir macam aku jugak. Macam mana buleh kalah? Permaisurinya jugalah yang belot itu bikin si serangga itu kalah. Dah ramai sangat permaisuri, bukan itu satu aje, setiap rupa wajah, (rupa sebenar dia hodoh, tapi dia berupa-rupalah, ada jepun, ada Melayu, ada Cina, Eropah, macam-macam ada) bangsa di dunia ini ada satu bini si Raja. tak delah ramai macam itu, saya melebih-lebihkan cerita aje, seingat saya 4 empat ka 3 gitulah. Malaslah nak semak balik berapa orang pemaisuri ada. Kalahlah raja Serangga sebab bini dia yang suka menjelmakan diri dalam bentuk puteri Raja Melayu yang asalnya Jawa itu bersatu dengan makhluk vampiro, membunuh suaminya sendiri.

Cerita pun habis, wassallam.

Hidden agenda? cubalah teka sendiri, saya bukan pengkaji dan penganalisa agenda orang.

Saturday, March 17, 2012

Wat old monkey don't tell young monkey

We all semua monkey, tapi itu hanya perasaan saya. Wat I mean is bila u duduk kewangan, u nothing but monkey he he he...sarcastic, ada orang marah, tak kisahla itu hanya perasaan saya, emosi dan imaginasi saya sahajalah tu. okey no hard feeling eh. I kata Ilah monyet, bukan anda okey.

Apa monkey, monkey ni? Inilah pasal kawan yang bersungut kunun tak dihargai. Ceritanya macam ini, dalam mesyuarat, bos umum itu ini, itu tak boleh, ini tak boleh, bila berlaku sesuatu pelanggaran aturan, bila dirayu, bos kata bulehlah pula. Budi-bicara mydear, budi-bicara.

Akta Acara kewangan, peraturan, pekeliling, surat pekeliling kewangan, memo, minit, ketetapan dalam sesuatu mesyuarat pengurusan, kewangan umpama bible, ko langgar ko jahanam. Itu pandangan idealis-idealis kewangan dan perakaunan. Namun bila dah berjaman kerja, kita akan lalui pengalaman-pengalaman budi-bicara. Mula-mula kita lawan, tapi kalau asyik budi-bicara sahaja yang menang, mula-mula kita frust juga dan rasa segala pengetahuan dan ilmu kita tidak dihargai langsung.

Lama-lama kita pujuk hati kita dan redha. Macam cerita monyet dalam zoo yang pensyarah Management saya pernah cerita. Monyet yang baru dikurung akan rasa nak melepaskan diri dengan memanjat pagar sangkar mereka, tapi pagar itu ada renjatan elektrik, panjat tinggi sikit, terpelantinglah monyet itu ke tanah. Monyet tua memang tau pasal ini, tapi monyet tua mana boleh cakap, kalau bule berkomunikasi cara monyet pun, monyet tua tidak akan halang monyet baru, dari melepaskan dirinya. Bila monyet muda terpelanting jatuh ke tanah, monyet tua senyum-senyum sumbing ajelah agaknya kut. ha ha ha...cerita ini cerita betul ka, tidak, idak saya mau siasat kebenaran cerita ini. Kalau rekaan, anggap saja ianya sebagai sebuah analogi kepada cerita saya pada hari ini.

Harapan saya hanya satu, jangan sampai kita pun melanggar peraturan dan mencari budi-bicara, sudahlah. Yang melanggar itu dia memang mungkin tak tahu pasal peraturan, tapi kita yang dah tau jangan pula cari-cari lubang budi, untuk membuat perkara-perkara yang tak berbudi langsung.

Memang bila dirasuk rasa tak dihargai, membakul sampahkan semua peraturan dan membudi-bicarakan setiap apa yang bersalahan dengan peraturan akan jadi semacam satu godaan maha dahsyat. Kalau nak ikut budi, kami ini lebih pandai, lebih besar putar-alam budi kami dari mereka. Namun kami boleh bersabar dengan segala kekangan peraturan. dan berharap akan kekal sabarnya kami ini sehingga hari terakhir kami berkhidmat dalam perkhidmatan awam ini.

Thursday, March 15, 2012

I'm doing fine aje, Thank You


Saya selalu perasan yang sayalah perancang kewangan yang baik, namun, bila ada satu benda yang tidak terduga berlaku, hai…perit dan pening kepalalah juga. Kadang-kadang accrual basis accounting ini ada juga yang tak pakainya, bila kita ni jenis manusia yang sangat ntah, nak kata baik? Tak sampai hati? Kunun nak tunjuk “I’m ok, tapi sebenarnya alamakkkkkk”On paper memang ada surplus, tapi dalam bentuk debtors yang saya sendiri pun macam nak tutup kira-kita dan let-go into bad-debt written-off.

Yup, I am talking about debtor. Gara-gara sambung blajar dan keseganan saya mengutip hutang telah menyebabkan saya berhutang sebanyak RM10,000.Itulah, bila I nak masuk MMU, budak krani tu memang dah halau aku pegi UiTM pun sebab dia nampak kesengkekan di wajah saya agaknya, tapi sebab penghalauan minah krani MMU yang kerek itulah saya bertegas nak juga blajar di sana. Kan dah berhutang RM10k.

Nak kata pening tidaklah, sebab dengan kenaikan gaji 13%, tambah COLA RM50, tambah juga BITK  RM40 yang orang-orang haibat di opis sudah terlepas pandang nak bagi, memang kira oklah, bahkan sebelum tambah itu ini pun kira memang cukup-cukup makan memang ngamlah(walau terkadang itu ada sikit tu rasa bagai bernafas dalam lumpur pun ada) buleh cover monthly payment personal loan yang saya ambil bagi mencukupkan budget semasa belajar tempoh hari.

Cuma beberapa bulan yang lepas bila kawan FB tunjuk gambar payslip rakan yang kerja di Sabah Sarawak bikin saya fikir, untuk mencuba-cuba nasib di sana. Memang sesuatu yang tidak akan diizinkan mak saya, namun, kalau atas arahan perjawatan dia tak buleh kata apa-apa. Kita janganlah cakap kita yang minta, kalau kita cakap kita memang plan untuk ke sana nahas ko…. Ha ha

Well, saya jangka saya pergi tidak lama mungkin 5 atau 6 tahun. Bergantung, jika pengajian saya baik, mungkin saya sambung professional, mungkin tambah 2, 3 tahun lagi. Bila saya suarakan keinginan saya, saya agak terkejut bila ada rakan yang membantah. Ntah as if macam ada hantu di sana. Ini sudah tahun 2012 pun dah berapa ramai orang semenanjung pergi ke sana, pun, masih ada juga orang yang bimbangkan ntah apa tah jika saya mencuba nasib di sana. Tapi ada juga yang bagi full support. Kita pergi nak belajar, nak majukan diri. Kenapa pula perlu dihalang, tak gitu?

Saya tau yang menghalang itu, dia care, she don’t want anything bad to happened to me. Well if I told my mom now, I don’t know apa reaksi dia agaknya. Pasti dia kata, “hai, tak cukup ka diploma itu, apa lagi ko mau! Cukup-cukuplah mengejar dunia tuh!”

Justeru saya teringatkan kawan cina saya pernah bertanya begini “kamu orang Melayu, tidakkah  kamu pernah terfikir untuk suka-suka mau berhijrah ke Negara luar untuk kumpul wang, lepas banyak wang balik sini semulalah?” Katanya. Ya ya macam orang Indonesia itu, mereka ke sini kumpul wang, hah balik kampung jadi orang senang mereka itu.

Memang sudah banyak contoh pun mereka yang pulang dari Sabah dan Sarawak, berjayalah balik sini bikin rumah, beli kereta, nak kata mewah, itu tidak, tapi okla bolelah nampaklah “benda” yang di bawa pulang dari sana. Itu yang saya nampak, tapi kebanyakkan masa saya lebih nampak, kalau-kalau ada benda yang tak nampak telah mengikut pulang bersama  atau celaka yang menimpa.

Lepas tu saya fikir balik, “dulu masa aku nak bikin diploma pun hai sikit punya bingit telinga aku menahan ntah-apa-apa rasa bimbang orang” Hari ini Alhamdullillah dah selamat pun walau ada utang, RM10,000 tu pejam-celik-pejam –celik, habislah timpoh 3 tahun saya membayarnya insyaallah. Pada masa yang sama juga saya juga berdoa, semoga orang yang berhutang dengan saya dilimpahi rezeki yang banyak dan dapat membayar hutangnya, bertambah legalah hidup saya, moga-moga boleh tambah tabungan Tabung Haji saya yang dah lama tak ber “top-up”

Ok berbalik pasal rancangan berhijrah buat sementara waktu…yeah memang saya hati kecik-besar ini tapi itulah yang saya cuba-cuba tanya-tanyakan. Saya akan tanya-tanyakan peluang pekerjaan di sana. Saya fikir kalau saya berterus-terang dengan Akauntan, saya rasa beliau tidak ada halangan untuk membantu menyampaikan hajat besar saya ini.

Tuesday, March 13, 2012

Batal

ya ya entri terdahulu saya tulis nak cerita pasal Taubat, rasa batal ajelah...kalu minat beli ajelah buku taubat yang berlambak-lambak di pasaran. Lagi pun abang cikgu kita(bukan cikgu kita, kita panggil abang cikgulah pula. Bukan, tapi tu memang abang cikgu kita sendiri. Cikgu kita tu ada ramai abang tau. Adik beradik dia ramai.) dah bagi tazkirah, memang mengumpat, bergossip tu indak baik. Dia tulis dekat wall dia, kan kalau kita mengata orang sekali, hah orang buleh kata kita 10 kali. Orang kata kita kita tak suka, tapi kita kata orang bulehlah pula,kan. Ayat yang akhir tu saya tambah sendiri.Cuba banyangkan one day artis sendiri kutuk kita...dia kata-kata kita katak bawah tempurung macam lagu "Aku maafkan Kamu" tu, hah itu jam apa rasa ko?

Ok, now, kita tengok apa aktiviti yang boleh kita buat bagi mengurangkan bercakap. Kalau saidina Abu Bakar R.A. cikgu saya kata, bapa Saidatina Aaisyah R.A ini bubuh batu aje dalam mulut baginda, nak cakap baru keluar batu. kita takkanlah nak buat macam itu, kan, kita orang perempuan ini bolehlah buat benda dalam gambar ini untuk meralitkan kita dari bercakap banyak sangat.


Ini namanya Pinwheel Treat oleh Della Bieber. Pattern ini boleh didapati percuma di  Free-crochet.com




Yang ini pula saya bikin lama dulu masa nak khatam Quran, lama dah berkurun gitu, tapi masih cantik dan masih dalam berkeadaan baik.  Pattern dia mak saya photostat dari buku kawan dia, mana pattern pun dah hilang. Zaman-zaman 80'an pattern ini memang nak kata semua rumah ada pattern ini. 

Sunday, March 11, 2012

Tangguh

ya ya ya...saya ada cakap nak tulis pasal taubat, tapi sejak 2 menjak ni busi sesangat. Mak Cik busy buat crochet pin, hah tak caya? Tengoklah gamba-gamba flower-flower pin yang pelbagai ini:-


.







Kalu nak tau bulan ni mak cik memang sibuk youtube, cara-cara mengait bunga-bunga ini, mak cik juga sempat kait satu doily. Nantilah kalu sempat nanti kita amik gambarnya yeah. Sekarang ini mak cik nak siapkan projek coffee table makcik. Pattern pineapple lonjong, hah...memang something new to mak ciklah... Next entri kita cite pasal crochet ini lagi yeah ta ta.

Friday, March 2, 2012

Ajaran Filsuf SESAT


One of my lecturer give-up her first job and because she told us that she like to talk a lot. Oh not because you like to talk a lot you’ll be a perfect lecturer, not that. It was because she’s worked for the administration in a company, and she found a lot of juicy gossip to talk about and she doesn’t feel good about it. Any religious women don’t like to talk bad things about other because in the back of our mind, we are haunted with the pepatah Melayu “Paku, dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. But off course, dear, the temptation always overweight the fear making it hard for us to keep our mouth shut!

Imagine this ok… all of the sudden a representative/an administration from a bank call you asking if so and so still working in your organization and asked for his/her latest phone numbers and bla…bla..bla which at the end of the conversation, you feel the urged to gossiping that the most respectable staff/officer in you work place has a financial problem!!!???

Thank God this is not happening in my office. But being in finance and administration can make you feel bad, the soonest you feel good.  You have the opportunity to see “the rotten part” of a respectable people. Unsangkarable kinda situation/story that have the value of being a very hot juicy gossip, ranging from forbidden love to finance. What really makes us feel bad is, we feel the urge to tell stories, which if we were caught in the same situation, we want to keep it as a secret.

The more I think of so many bad rotten story that we kept, the more I like finance and administration. It’s offer a challenge for us to keep a secret. My lecturer feel bad every time she gossiping around, or people came to her to verify certain gossip, and left her old job, but I will continue working in this sector as I am confident that now I can control myself from telling story. Off course I still talk a lot, but I teach myself to talk only positive thing lah.

True, true, true, positive story for you doesn’t mean positive to the other party, examplelah eh, your friend has second love, or in a romantic relationship/courting another woman (Muslim Men are allow to marry 4 women of his choice). Good for girlfriend, may not be good to the wife. If you are happy for the girlfriend, chances that you “kena hantam” with the relatives of the wife are big.  In the respectable ring of society, which I work as their KULI, the wife or what they normally call a “victim” will stay dormant and act like a prim and proper hopeless MADONA. It is the supporters who will do the job for her.

So, the best solution, is don’t talk, talk only about artist like Aaron Aziz, Natasya Hudson,(& the list will go on and on and on…) as I got the impression that my cikgu told us like this.. “talk/gossip ria about artist is ok as they already sold their ‘emansipasi diri mereka‘  to the public.” Memang sesatkan, cikgu saya itu? Takpelah sesat pu tak apa, yang penting dia HENSEM. Cikgu ko yang sesat ka, ko yang silap faham? apa pun kalu rasa diri tu dah mengumpat, tu istigfar banyak-banyaklah eh...next entri kita cerita pasal macam mana nak taubat dosa mengumpat yang saya baca dari tulisan Yusuf Qardhawi.