Thursday, March 15, 2012

I'm doing fine aje, Thank You


Saya selalu perasan yang sayalah perancang kewangan yang baik, namun, bila ada satu benda yang tidak terduga berlaku, hai…perit dan pening kepalalah juga. Kadang-kadang accrual basis accounting ini ada juga yang tak pakainya, bila kita ni jenis manusia yang sangat ntah, nak kata baik? Tak sampai hati? Kunun nak tunjuk “I’m ok, tapi sebenarnya alamakkkkkk”On paper memang ada surplus, tapi dalam bentuk debtors yang saya sendiri pun macam nak tutup kira-kita dan let-go into bad-debt written-off.

Yup, I am talking about debtor. Gara-gara sambung blajar dan keseganan saya mengutip hutang telah menyebabkan saya berhutang sebanyak RM10,000.Itulah, bila I nak masuk MMU, budak krani tu memang dah halau aku pegi UiTM pun sebab dia nampak kesengkekan di wajah saya agaknya, tapi sebab penghalauan minah krani MMU yang kerek itulah saya bertegas nak juga blajar di sana. Kan dah berhutang RM10k.

Nak kata pening tidaklah, sebab dengan kenaikan gaji 13%, tambah COLA RM50, tambah juga BITK  RM40 yang orang-orang haibat di opis sudah terlepas pandang nak bagi, memang kira oklah, bahkan sebelum tambah itu ini pun kira memang cukup-cukup makan memang ngamlah(walau terkadang itu ada sikit tu rasa bagai bernafas dalam lumpur pun ada) buleh cover monthly payment personal loan yang saya ambil bagi mencukupkan budget semasa belajar tempoh hari.

Cuma beberapa bulan yang lepas bila kawan FB tunjuk gambar payslip rakan yang kerja di Sabah Sarawak bikin saya fikir, untuk mencuba-cuba nasib di sana. Memang sesuatu yang tidak akan diizinkan mak saya, namun, kalau atas arahan perjawatan dia tak buleh kata apa-apa. Kita janganlah cakap kita yang minta, kalau kita cakap kita memang plan untuk ke sana nahas ko…. Ha ha

Well, saya jangka saya pergi tidak lama mungkin 5 atau 6 tahun. Bergantung, jika pengajian saya baik, mungkin saya sambung professional, mungkin tambah 2, 3 tahun lagi. Bila saya suarakan keinginan saya, saya agak terkejut bila ada rakan yang membantah. Ntah as if macam ada hantu di sana. Ini sudah tahun 2012 pun dah berapa ramai orang semenanjung pergi ke sana, pun, masih ada juga orang yang bimbangkan ntah apa tah jika saya mencuba nasib di sana. Tapi ada juga yang bagi full support. Kita pergi nak belajar, nak majukan diri. Kenapa pula perlu dihalang, tak gitu?

Saya tau yang menghalang itu, dia care, she don’t want anything bad to happened to me. Well if I told my mom now, I don’t know apa reaksi dia agaknya. Pasti dia kata, “hai, tak cukup ka diploma itu, apa lagi ko mau! Cukup-cukuplah mengejar dunia tuh!”

Justeru saya teringatkan kawan cina saya pernah bertanya begini “kamu orang Melayu, tidakkah  kamu pernah terfikir untuk suka-suka mau berhijrah ke Negara luar untuk kumpul wang, lepas banyak wang balik sini semulalah?” Katanya. Ya ya macam orang Indonesia itu, mereka ke sini kumpul wang, hah balik kampung jadi orang senang mereka itu.

Memang sudah banyak contoh pun mereka yang pulang dari Sabah dan Sarawak, berjayalah balik sini bikin rumah, beli kereta, nak kata mewah, itu tidak, tapi okla bolelah nampaklah “benda” yang di bawa pulang dari sana. Itu yang saya nampak, tapi kebanyakkan masa saya lebih nampak, kalau-kalau ada benda yang tak nampak telah mengikut pulang bersama  atau celaka yang menimpa.

Lepas tu saya fikir balik, “dulu masa aku nak bikin diploma pun hai sikit punya bingit telinga aku menahan ntah-apa-apa rasa bimbang orang” Hari ini Alhamdullillah dah selamat pun walau ada utang, RM10,000 tu pejam-celik-pejam –celik, habislah timpoh 3 tahun saya membayarnya insyaallah. Pada masa yang sama juga saya juga berdoa, semoga orang yang berhutang dengan saya dilimpahi rezeki yang banyak dan dapat membayar hutangnya, bertambah legalah hidup saya, moga-moga boleh tambah tabungan Tabung Haji saya yang dah lama tak ber “top-up”

Ok berbalik pasal rancangan berhijrah buat sementara waktu…yeah memang saya hati kecik-besar ini tapi itulah yang saya cuba-cuba tanya-tanyakan. Saya akan tanya-tanyakan peluang pekerjaan di sana. Saya fikir kalau saya berterus-terang dengan Akauntan, saya rasa beliau tidak ada halangan untuk membantu menyampaikan hajat besar saya ini.

No comments: