Kemuncaknya semalam memang sangat bertoxic sampai saya terjerit sikit cakap lebih kurang begini "akak rasa sekarang ni diri akak yang bertoxic" Hah gitu. So punyalah banyak toxic sampaikan saya balik rumah tidoooo aje kijenya. Saya tak pergi bersenam, saya makan eskreem, saya makan kit-kat, McDonald, semua saya belasah. Hari ni pun saya masih nak main game lagi. he he---
Biasa kita dok cerita toxic orang sampai diri sendiri bertoxic tak perasan langsung,kan. So, apa saya bikin, saya like saya said, saya indulge dengan bebenda/lifestyle yang boleh memendekkan jangka hayat manusia. Saya juga tengok video-video motivasi macam mana be positif be happy.
Dari apa yang saya dengar, tonton, saya buat kesimpulan sendiri bahawa kita terkena toxic bila kita rasa cemburu, ingin bersaing, sampai satu tahap kita rasa mau caras-mencaras, hah gitu. Maksud kita kalau boleh kita tak nak so and so satu team, berdekatan dengan kita. Kita kata dia toxic, tapi 2x5lah toxic dia dengan toxic kita bercampur aduk mengakibatkan kita tak betah duduk dekat-dekat dengan dia.
Kadang tu toxic tu berpunca dari saya juga. Contoh saya cemburu dengan ada sorang budak tulah penghabisan cerita ntah macam mana tah boleh rasa tak cemburu lagi dengan lepas saya laser-meleser. End-up lagi, kawan dia pulak yang tak senang dengan saya. Tapi ntah tak tahu macam mana tah, saya dah tak rasa cemburu lagi. Pasal kawan dia yang macam tak senang dengan saya tu pun, saya ntah tak pulak rasa apa-apa. Rasa natural je.
So selesai satu isu, ada lagi satu isu---hat ni perasaan meluat tu memang sampai kiamat pun takkan sattle punya kut. Kenapa tak settle? Sebab perempuan tu semua orang meluat pun dengan dia. Dia toxic? Taklah toxic, tapi dia apa nak kata ek. Ambitious tapi tak pandai. Syok sndri perasan bagus, orang lain semua bodoh. Orang hidung tinggi macam tu, manalah ada orang suka. So, dah jadi macam saya pulak bertoxic sebab cakap hodoh pasal dia. Itu yang sampai terjerit-jerit sikit tu "akak dah toxic, akak dah toxic tu.
Ok, cemburu dah tak de, yang ini pulak, benci, resentment. Iya kita benci sikap sombong yang ada pada seseorang lalu kita kenduri mengumpat orang itu. Boleh selesai masalah ka? Dapat dosa, pahala hilang, sedangkan orang sombong tu dah terang-terang cakap "I don't care kalau kamu benci saya, mengata saya bla bla bla" Dia macam dah determine nak teruskan kesombongan dia. Yang engkau ni pulak dok mengumpat dia macam-macam dah kenapa, kan. Saya rasa, meluat, benci, tu tak salah. Yang salahnya kita dok mengumpat dia, itulah yang salah.
So mulai hari ini saya tak mau mengata apa-apa pasal dia. Anggap dia tak wujud kalau orang cakap/mengadu "hakak, dak anu tu bla bla bla"----hah apa dia? "Hah dak Anu--- tak kenal-tak-kenal--ala, layan ajelah---jom kita makan eskrem nak tak?"
No comments:
Post a Comment