Hari ni dah masuk hari ke berapa ek. Ada ke 100 ka? ......
Me and my fren yang itu-itulah tu. Kata kalau dah fren tak nak ngata fren, tapi minggu ni termengata gak. Iyalah orang macam tu kan memang itulah bahan kepada achik-akak-nenek Marhaban, kepala kenduri-kendara kawen, ni kan? Buat kata Odah d Vass pun, First Lady Kampung gitu.
Fren yang mana ni, Che Mar oiii--- "alah, fren yang kena cuit, itulah tu, yang ai is terkeluar challenge-challenge tu. Hah! berciri-cirikan gedik, kaki melaram, belek muka je tapi kije sapah haram tak semenggah tu. Kijenya sikit, ngadu-sana-ngadu-sini tu. Hah ngadu kat Jejantan le,kan sapa lagi? Itula tu, pasal pempuan macam ginile Kumpulan Ahick Mar engakau kena ban buat live Marhaban kat FB tau. he he he Bukan kena ban, kalu buat pun tak de like he he he--- Itu pasal FB tak kasi live lagi, tak de penonton.
Perenggan 2 tu propa je ea. Cerita sebenar itula tu si Fren kena cuit ni apa nama achik nak bagi ek---hurm bunga? ok ka. Bunga vs Mama. Ok tak? ke Bunga vs Monster? Si Bunga ni Fren kena Cuit. Monster plak Fren lama, memang fren baiklah ahlil Marhaban ketua jaga kuih-muih lelauk, kalau ada "kenduri-makan-makan" beza dia dengan saya opkos macam langit dengan bumi le. Saya Siti Lazerinas, kawan saya ni memang soft spoken, baik, tak reti melawan.
Pendek cerita----tibeerrr dak Monster ni ngadu yang Bunga dah sakiti dia. Menyakiti sampai kesedihanlah kawan tu itu. Adunya, si Bunga ni dah buat cerita, sehingga dari kawanku yang baik tu menjadi monster. Ko bayangkan la kawan kita yang terkenal lembut, suka membantu tu dah jadi Monster???!!! eh kalu saya, tu logiklah juga monster, kan sebab mulut aku, hah kalau bercakap, ko tunggu ajelah, nak runtuh ka idak langit awan nano kau tu, kan? Ini kawan ku yang baik tu pun boleh bertukar jadi monster di dalam naratif songsang seorang Bunga.
Aku nak marah? Idakla, cuma aku nak je masuk bilik Bos derang bertempik begini "hey!!!! kamu orang ni semua sudah bute ke APPPPAAAA!!!" Tapi tulah takkan le saya nak buat begitu, kan? So saya hanya mampu membebel kat sini ajelah. eh tak nak bebel. Kan dah janji, tak mau cerita bad pasal Fren sendiri, diakan Fren saya juga. ---Ok baik, tak boleh membahan fren sendiri, jom kita berkretip-fiksyen sikit pepagi ni, kebetulan hari ni hujan, rasa lemau tu memang ada. Saya ulang cerita yang akan saya tulis ni fiksyen je, ya tak de kena mengena dengan yang hidup, mau pun yang mati.
Ceriteranya begini---
"Wah hujan masih tak teduh lagi" getus hati kecil bila melangkah ke luar rumah. Alah payung tertinggal kat opis le pulak, nasib baik hujan sikit-sikit je, kalau idak ada gak yang terpaksa isi borang HRMIS ni cuti kecemasan.
Masuk je lif, "alamak minah ni lagi" Sesungut tumbuh lagi dalam hati saya bila terserempak dengan dengan minah cleaner yang sibuk mengelap lantai dan dinding lif. Dindingnya dilap, lantainya dimop. Saya memang alergi dengan minah cleaner ni. Tak tau kenapa, semua cleaner warga Indonesia memang saya alergi, terus terbayang kisah pembantu rumah kawan baik yang cuba digoda pembantu rumahnya sendiri. Lepas tu mulalah teringat kisah Pak Ngah yang berabis duit berbini No 2,kan warga seberang yang merupakan operator pengeluaran di kilang dia sendiri. Bukan berabis duit je, Nene (e tu e pepet ya) sepupu saya terpaksa jadi akauntan je sebab gagal ujian ke Sekolah Medik dek kerana tak boleh fokus pada exam sebab sedih frust bercampur malu sebab beremak tirikan perempuan yang sebaya Nene.
Lagi tambah sebal di hati, tetiba mata saya pedih. eihs kuat benau bahan pencuci yang dia guna untuk mengelap lif, sehingga saya terpaksa menutup mata. Mujur juga pakai mask. Kalau tak, kena tutup hidung dengan kerudung yang dipakai. Mesti pelik, kan? Lagi banyak sesungut tumbuh bila lif ni asyik terhenti-henti amik orang di banyak tingkat. Kebiasaan begini, terus saja lif meluncur ke tingkat bawah tanpa perlu berhenti di sana-sini. Ntah hari ini mungkin hujan barangkali tu.
Tetibeerr lif berhenti, masuk pempuan yang well not bad, Santapan mata kaum Adam, tergetar rusuk mata memandang, sehingga siapa yang alpa dengan pesan Annur ayat 30, boleh jadi sengsara lagi menyesarakan yang lain. Nasib baik dia tak pakai minyak wangi je. Mata saya yang terkatup menahan pedih pun boleh terbuka. Sanggup kepedihan untuk mengamati susuk tubuh si dia. Memang lawa. Bentuk tubuh dia le. Muka mana nak nampak dia membelakangkan saya.
Bila keluar lif pulak mukanya bertopeng, so manala tau muka dia macam mana. Genit-genit gitu, pasti di pejabat tu ramai yang minat. Apa kata dia semua orang percaya. Bertumit sederhana tinggi, 2 inci kut. Dalam hujan ni, disingsingnya kainnya tinggi hingga menampakkan betis yang agak tonned. Fit orangnya, sebab kenampakan otot di situ. Perempuan ni fat to muscle ratio dia mungkin sangat rendah, serendah ahli sukan gimastik kut.
Saat dia menyingsing kain, menuju kereta hondanya terus terbayangkan si genit, pencetus konflik, sensasi terkini, pencipta naratif songsang di Pejabat. Hati saya pun menyumpah begini "nerakalah engkau wahai perempuan". Bila menyebut neraka, tetiba timbul keinsafan, "siapalah aku mau meneraka sesama sendiri, sedangkan syurgaku belum terjamin lagi"
Sepagi ini terlalu banyak betul tumbuh sesungut di hati. Ini sangat tidak baik untuk aura diri. Saya rasa saya sudah bertukar rupa menjadi seekor ketam bertopi yang berbulu lebat lagi mengerikan, jalannya menyenget. Saya harus menghentikannya semua gutus-getus negetif ini. Tarik Nafas Panjang-panjang. Breath in-breath out. Bayangkan kini saya berada di tempat yang paling tenang, paling saya suka. Tapi kini saya sedang memandu. Nantilah sampai di opis saya akan buat begitu.
No comments:
Post a Comment