Tapi macam aku kata le KUAD aku tu Genius, adalah benda yang kami tak nampak, tapi dia nampak dan berlaku rombakan sedia ada. Aku redha dan layankan aje. Kau sorong kiri, ke tengah ke tepi aku ikut aje. Layanzzz. Cuma tak boleh belah bila ada kawan yang tak boleh berapa nak layanzz bergosip-gosip. Makan daging sedara sendiri ni enak weh---temptation.
Tapi tu nak cerita sikit, pasal temptation ni, bila dah berazam tak nak gosip-psycho alhamdulillah siang tadi kawan geng gosip MC. Cuti sakit. So idakle saya begosip. Kalau besok dia datang, saya pulak busy. Besok hari timbang program fat-to-fit Putrajaya. So memang saya ingat waktu rehat nak lunch kat Alamanda. Why Alamanda? Sebab dapat le bakar sikit lelemak sebab nak gi sana ambil masa 6-8 minit jalan kaki. Lepas tu boleh makan salad subway je. so makan ringan-ringan, jam 5 petang ambil berat, lepas tu program bersenam jam 6-7ptg. Lepas tu baru saya nak makan. Besok ada pasar malam. So saya dah plan nak makan satay ka, kopok lekor ka, ayam goreng ka---atau lemang kut. yum yum yum---Kalau ada doyan, saya nak makan doyan.
Saya tengah formulate satu cara macam mana nak elak begosipkan si Senget. Saya bayangkan saya kena pelempang/ganyang dengan both KUAD dan Minah sebab dek kerana campur aduk Bunga Lawang, Buah Pekak, Pelaga dah kecoh satu opis cerita depa dua bechenta--- tu satu. No 2 saya kalau orang chenta-chenta ni saya ada kesianlah sikit,kan. Tak sampai hati nak mengata-ngata.
owh lagi pun la ni ada benda lain yang lagi excited nak bikin. 6/8 ni saya nak pergi water-rafting kat Kuala Kubu Baru. So baik fokus bina water confident sebelum bertolak ke sana. Baik kita layan berkayak kat kelab Tasik, kan dari bergosip yang ntah apa-apa tah tu.
No comments:
Post a Comment