Sunday, July 17, 2022

Macam mana nak manage Toxic

Tak kisah kau kena toxic atau ko sendiri yang bertoxic, toxic kalau dibiar memang tak bagus untuk kesihatan. Tapi ada ke orang ajar kau macam mana nak uruskan toxic macam orang ajar macam mana nak urus stress? So far kat KPM ni belumlah ada lagi kursus nak urus toxic. 

Sendiri-sendiri ajelah yang kena ingat diri tu macam mana. Kalau saya, cara terbaik kurangkan bergossip. Tapi tu, saya ni itulah tu hobinya,kan menganalisa-psiko orang he he. Kat opis ni memang ada geng karas analisa ni. Semua kejadian kat opis nak di analisanya. Kaji selidik Pemerhatian Audit tak pulak dianalisa bebetul. Nasib baik kawan tu dah berfamily. Bayangkan kalau dia single juga macam saya. Harus weekend ni kami dah bertenggek kat warung bunian sana, makan roti jiwa kacau sambil menanalisa kejadian Jumaat yang lepas.

Analisanya begini:-

Saya:

Ko perasan tak, dia yang beriya-iya nak block KUAD, aleh-aleh dia minta cuti?

Kawanku:

Kan?

Saya:

Saya simpulkannya begini. Dia beriya-iya, tapi mamat tu buat endah tak endah, jadi bila mamat tu bebenar nak jumpa, dia main tarik tali- test water dengan mengatakan dia nak cuti. Kira merajuk-minta pujuk le,kan?

Kawanku:

Hah betul tu, PA cakap dia minta cuti hari Kamis, Dia cakap KUAD tak luluskan. Tapi PA cakap, KUAD ada jumpa dia, lepas tu dia tak jadi cuti. 

Sambung saya:

Lepas tu dia buat drama, KUAD tak luluskan cuti dia

Saya dan kawanku [serentak]:

Play-victim, Yucks!!!!!

Saya:

Analisa-psiko akaklah, akak rasa minah tu angaukan KUAD.

toooiiiinggggg!!!!

Analisa sebeginilah yang sangat bertoxic, boleh bikin kecoh satu opis. Aku memang dah lama peratikan minah tu dari KUAD mula masuk opis, ganti KUAD yang berpencen. Tetiap petang dia usha KUAD, kunun macam nak menuntut ilmu, discussion kunun. Tapi aku rasa dia angau. KUAD aku ni memang selama ni aku tak berapa amik port sangatlah. Tapi lepas discuss dengan dia, aku tahu KUAD ni genius, tak macam KUAD-KUAD yang lalu.

So honestly kena all outlah,kan. Tapi aku tak stress sangatlah sebab tulisan aku,kan pernah masuk jurnal Scorpus Q2? Setakat tulis pemerhatian audit, kacang je tu. he he he---Tinggal sebelum ni kita tulis ikut bos-bos kita dulu-dulu, asal boleh ajelah. Aku baca tulisan aku sendiripun aku gelihati.

Kali ni, kena buat balik, tak boleh harap minah senget tu, sebab si senget tu dah angaau, yang dia tau asal dia dapat ngadap muka KUAD yang dia angau-angaukan itu, jadilah,kan? Masa discussion hari tu, muka angau semacam, acah-acah scholar, jam-jam tu le dia nak tanya itu-ini-haish. Hangin jugak aku dalam bilik tu jemahat lepas. Orang nak memikio nak rombak balik report ni, masa tulah kau tergedik-gedik feeling-feeling ala-ala kau kunun-kunun student baru menuntut ilmu. Helloooo, ini bukan masa belajar, tapi masa berkejar nak tulis semula report, sebab kau bingai, main terima aje apa anak buah kau tulis. Aku kata masuk longkang, kau pun masuk sama.

Aku take over pun sebab aku malas nak tengok drama "saya budak baru belajar, tolonglah ajarkan saya" Itu pasal kalu dia acah-acah nak belajar, cecepat aku potong, "saya tulis semula, nanti tuan tengok balik" Tak mengapalah kali ni aku buat kije gred 48, bergaji kuli. Tak sanggup nak negok drama "Inilah Kuliah ku" itu he he. Karang kita tak potong, makin berlarutan kuliah-kuliah gedik tu. Nanti aku pulak berpesepsi dia ni faham ke, saja buat-buat tak faham so that boleh melangut kat bilik KUAD berhari-hari.

Gitulah ceritanya,

Cerita macam mana nak manage toxic memang tak ada, melainkan sibukkan diri dengan penulisan-demi-penulisan,kan. Sibuk menulis correction, tak de masa nak bergosip. Major correction? Memang major pun. tapi well sekali tulis takkanlah done-done tu dah perfect,kan?

No comments: