Tuesday, September 28, 2021
Konten (Content) KITA
Sunday, September 26, 2021
SiMata Lalat
Sila perhatikan rerumput di tengah gambar. Kalau ditambah bulatan, lonjongan merah dah serupa gambar pemerhatian audit, kawalan kebersihan kawasan sudah, ni. |
Begitu juga yang ini---kalau dibulat-bulat dilonjong-lonjongkan kat bunga yang dah patah-riuk, yang dah coklat kat tepi gambor tu, hurmm memang dah boleh masuk report dah ni. |
Saturday, September 25, 2021
Nahi Mungkar Part 2
Tuesday, September 21, 2021
REALISTIKLAH SIKIT,KAN?
Sambung bebel semalam pasal Dakwah Netizen kepada retis-retis yang berpenampilan super daring banget dalam kontent soc-med deme. Iyelah,kan aurat tu. Bila sedara kita buat dosa kita memang wajib tegur. Cegahlah kemungkaran dengan tangan, dengan lisan, dan selemah-lemah iman ialah mencegah dengan diam. Gitulah ceritanya
So si Netizen yang garang bersuara tu fikir iman dia tingkat no 2lah. Tingkat no1 harus dah dilempang ka, dipukulka, dijelkan ka retis-retis atau netizen-netizen lain yang super-duper banget dok tayang body sana-sini tu. I no commentlah. My approach, buat bodoh ja, dia tak kacau ai, ai pun tak terganggu dengan body super daring mereka, so ai is diam. But ai is ada sikit terganggulah dengan approach nahi mungkar si Polis-polis moral internet ni. Ai is ada hujjah ai yang otak ai rasa hurmmm 2x5 jelah yang dok nayang body dengan yang dok meroyan marah-marah tu.
Cuma lately je ai is ada doa sikit-sikit, biarlah dedua pihak ni berdamai sikit,kan. Kurang sikit bingit pasal benda ni. Tapi tulah sapalah kita ni nak mintak itu, ini. ai is pun realistik jugak---Netizen tu bila dia dah rasa dia bersama Tuhan, dan royanan derang dapat restu langit, nothing will gonna stop them. Kita yang sonyap ni lah berdosa sama, lemah iman, kan? I don't know, mereka mungkin betul, dan saya salah. All ai is can do, is istigfar minta ampun Tuhan sebab tak mampu meroyan-marah-marah macam orang gila.
Masa nilah ai is so syukur, nasib baik KAU bagi aku mental, wahai Tuhan. So, aku ada lesen besar untuk buat bodo he he---Tulah ai is so kesian jugak dengan orang-orang kiriman langit yang sihat segar-bugar mental mereka. Diam dosa, tak diam dah macam rupa orang terdesak/sakit mentallah pulak---lama-lama besok silap hari bulan betul-betul tu boleh jadi mental. Ya, each time kau tengok orang tayang body, ko rasa itu tanggungjawab kau untuk cegah dia dari tayang body---ko punya kerja cegah orang tayang body, KPI engkau "berapa peratus dah tahun ni orang berhenti tayang body" tak ke KPI gila namanya tu, kan?--- kalau KPI asyik tak tercapai je, eh memang lama-lama kau boleh jadi depress tau. Ai si not lah mendoa bebenda bebukan untuk kamu-kamu orang semua, Ai si just realistik je...Ai is rasa Islam tak le sekejam itu nak paksa KPI yang begini untuk umatnya,kan. Ai is rasa gitulahkan. Ai is so rasa, Islam lagi pentingkan kestabilan/kesihatan mental penganutnya. Ai is put is mental is no 1---jihad nahi mungkar ntah no brapa tah---ai is could be wronglah,kan.
Tulah, apa ai is nak cakap today is Ai is so kesian kat korang ek. Tu je. Ta Ta.
Nahi Mungkar---
Friday, September 17, 2021
Angan-angan
Yang melukis ni lelakilah pulak---hadoooiiii malunya saya ndak terkata-katalah rasanya,kan. Memang menangis lama jugak le kita ni,kan. Rasa sampai hari ni pun sedih hati tu ada lagi. Tak boleh nak move onlah-- Sikit-sikit saya terima kenyataan yang maha hodoh ini, dan perlahan-lahan suka pulak dengan imejan ini. Kenapa saya suka? Hey berangan no 2 kan sebagai penyiasat. Penyiasat, polis, kenelah rupa hodoh macam tu---barule orang jahat, takut, kan? !!!!
Monday, September 13, 2021
Apa goal korang dalam hidup? Tak moh ada haters? Be realisticlah kan, mana ada orang tu semua orang suka, Nabi pun ada musuh. Saya rasa dia gini, lagi ramai orang sayang kau lagi ramailah orang benci, kan. Orang biasa-biasa macam kita, kecik-kecik level-level melukut ni aje kuranglah orang benci
Kalau tak nak ada haters duduk aje dalam gua, dalam hutan, tak yah jumpa orang langsung. Barulah tak de haters. So, pada yang rasa diri dia tu banyak sangat haters---senang aje nak deal dengan mereka-mereka ni dengar cakap abang hensem kita ni. Wuish----saya tak suka mamat ni, tapi saya minat gileeerrr ada satu watak lakonan dia John Wick. Ala watak fiksyen jeeerrr, tu.
Kalau dok fikir-fikir nape ee dia benci Ai, buang masa jeeerrr,kan. Kau pun bukan perfect pun, jauh sekali malaikat jelmaan manusia. Especially saya memang banyak sangat kurang diri. seMelukut saya yang kecik ni pun ada orang benci sangat sampai gigih dia melukiskan saya sebagai begini. Memula tu pening gak dok fikir apalah salah aku pada dia ni,kan?
Tapi benda dia lukis ni rasa macam sajak jugalah dengan aku. Especially bab mulut tu. Mulut orang perempuan yang suka bercakap. Dahlah suka bercakap, tak cantik pulak, memang macam gitulah gamaknya rupa kita dia mata dia,kan? Yang bab jari-jari tu, ntah, especially yang pisau tu, ntah. Ada ke mencucuk, menggigit bagai? Mungkin kut. Dulu-dululah dok dalam opis, dok dalam kelas mungkin ada tercucuk, tersepek orang. Kalau dalam kelas memang kompen dulu pernah gulingkan pensyarah sendiri dari kelas he he---lepas minah tu terguling, kawan-kawan angkat pulak jadi Class Rep hadoooiiii---what a character lah Mardhiah ni,kan. Nasib baiklah Allah bagi dia sakit gila masa dia awal 20 an dulu. Kalau tak, hari ni jadi ketua Jabatan, ntah macam mana ropenya dia,kan? Ntah konspirasi pejabat apalah yang dia dah buat,kan? Syukur dapat sakit, dapat peringatan awal, dapat lebih berhati-hati dalam setiap tindakan. Itu pun hurrmmm kije kicik-kicik ni pun ada orang tak tahan juga dengan saya ni, sampai tulis masssage berjela-jela tak puas hati.
Itulah tu, azam tahun 2021 ni nak kurangkan bercakap, bercerita. Infact, dah pasang azam ni sejak remaja lagi dah. Bukan tak mau semua orang suka, bukan, kita tak nak kecoh-kecoh, gaduh-gaduh, tu jer. Letihlah. Dah tua, dah tak larat.
Ok berbalik pasal azam. Itu satu azam tak berjaya-jaya. Satu azam yang besar. Lebih besar dari cita-cita YB Khairy Jamaluddin nak jadi PM before umur 40 he he--- tak pe yang penting cuba. Dah melepasi umur 40, waima besok nak mati pun saya tak mau putus asa dari mencuba. Saya tengah rangka strategi, bercakap benda yang positif aje. Elakkan diri seboleh mungkin dari mengumpat.
Wish me luck, and berjaya hokeyyy----
Thursday, September 9, 2021
Pasal Semalam---
Punyalah lama tunggu appointment ENT semalam pegi jumpa Dr Pakar, kojap eh dah balik, ubat pun tak dapek, disuruh ea se datang lai bulan sobeleh nanti, 2 kali pulak tu. Entah apo test lai nak dibuek ee---
Itu le cerita semalam, kisah saya di klinik pakar ENT. Cucuk telinga, cucuk idung, lepas tu Dr ketuk-ketuk ada besi bentuk "U" panjang, lepas tu ditekapnya bontot besi tu kat telinga depan belakang kiri, kanan, lepas tu kat dahi, siap. Lepas tu dia tanya soklan standard darah tinggi, kencing manis, allergy ubat bla-bla---Lain sikit, dia tanya, ada terdedah kepada bunyi yang kuat/letupan? Ada terjatuh?
Letupan, bunyi kuat tu memang tak, lah kan, tapi jatuh, ni, rasa macam ada. Tapi benda tu dah lama---lama dulu. Masa saya sakit mental tak sedar diri. Masa tu saya jadi aggrasif, katanya saya gaduh dengan semua orang. Orang pulak fikir saya sudah kena rasuk dengan setan, so masa tulah rasa, saya ada mendapat cedera yang teruk di kepala.
Tapi so far tak ada apa sangatla sakit telinga, atau orang panggil tinnitus ni, cuma kadang tu bila bunyi dia kuat tu mengganggu jugalah. Tula la saya risau bunyi kuat tu jadi semakin kerap. Tapi kalau kita layan risau pun tak guna, kan? Kalau keadaan macam sekarang ni saya ok aje. Tapi tu kenalah cek doktor juga,kan? Manalah tau pakar boleh bagi nasihat untuk kalau tak boleh kurangkan masalah, sekurang-kurangnya janganlah sampai keadaan jadi makin teruk.
Ntah macam mana tak semalam ada kawan share pasal ceramah ntah apa tah. Dalam ceramah tu penceramah kata "orang gila je happy" tetebeeerrr rasa macam sentap, sayu pula. Kenapa eh orang selalu cakap macam tu. Asal orang gila aje tak de masalah, happy? Maksud saya masa gila tak sedarkan diri tu. Dah sedar memanglah semua back to normal.
Ini cerita pasal pengalaman sayalah, kalau betul gila itu happy, offcoursele saya nak gila terus, masalahnya tak happy, everyday kau berperang dengan ntah apa-apa tah, kau rasa tak selamat, bla bla bla, ada ketika kau kena pertahankan diri dari diserang. Kau rasa dalam alam tu orang nak bunuh kau. Tapi bila kau sedar orang kata kau yang serang mereka dan mereka terpaksa berbuat sesuatu untuk tenangkan engkau---ntahlah.
Apakah orang gila happy seperti yang dikata-kata orang banyak?---bergantunglah kut, mungkin ada yang happy. Dalam alam gila dia, dia duduk di syurgawi, taman dan sebagainya. Tapi too bad, benda tu tak terjadi pada saya. Alam gila saya itu ngeri dan bahaya. Itu pasal kut saya sedar dan kembali ke alam nyata dan berusaha untuk tidak lagi kembali ke alam yang lagi satu.
Tapi kau ada pernah dengarkan, orang gila yang berulang-ulang kali gila sebab tak mau ambil ubat? Atau mereka yang kekal di Tanjung Rambutan sana. Mungkin di alam yang lagi satu lebih damai dan tenang dari di sini. Jika di sana lebih tenang, buat apa susah-susah mau kembali ke sini,kan? Well No body knows.
Tuesday, September 7, 2021
Berharmoni di Tempat Kerja
Saya sebeno eh yang kongsi pasal pegawai yang satu pejabat, kementerian menyampah, kira virallah kita yang tak kenal pegawai pun dok sama dengo umpatan lalu menjadi hater mereka. Klakar tak, dia tak kenal kau, kau tak kenal dia aleh-aleh ko jadi hater dia. Contoh mudah macam Imelda Marcoslah kan. Seumur hidup kau tak pernah jumpa tak kenal, tapi kau hate dia. Kalau tak kenal Imelda, cuba pula Firaun, kan. Orang Islam kalau tak kenal ini orang, tak taulah kite nak cakap apa.
Yang saya nak cerita pasal derang ni, bukan nak ajak benci, tapi nak cerita apa benda perangai mereka berdasarkan cerita-cerita orang yang saya jadikan panduan, dan cuba amalkanlah. Ada, ada benda perangai mereka ni yang kita boleh jadikan contoh. Tak semua teruk. Ok orang menyampah sebab dia ni kerjanya mengipas bos je. Tapi ada yang sorang tu, saya ntah macam mana tah boleh terkawan dengan dia. Dia ni mula prebet je, tapi dia sambung belajar, last macam saya kenal dia tu, dia pegawai gred 41, kira kau bayangkan dari pegawai rendah, entri level masa tu SRP, boleh jadi Pegawai Berijazah tu. Hebat,kan.
Benda yang saya puji dia, sepanjang saya berkawan dengannya, dia tak kisah sangat hal orang, dia sibuk kipas bos je. Dia suka memancing dan tiap kali dapat ikan besar dia bagi bos. Dia kipas bos dengan bagi ikan, dan berborak-borak. Bukan dengan bos je dia berborak dengan semua orang dia suka borak. Tula bila asyik berborak tu, yang kije dia tu kadang tak siap. Tu yang orang marah tu. Borak dia idak pernah menyentuh pasal rakan sekerja. Kalau dia nak cerita orang jahat, dia cerita Firaun jelah. Itu pun jarang-jaranglah. Selebihnya dia cerita pasal dia study, pasal pengorbanan bini dia, anak-anak dia. Banyak berkisar motivasi diri macam mana nak berjaya menyambung pelajaran secara sambilan. Ada sikit-sikit pasal pengalaman dia di Kementerian yang dia dah serve sebelum ni. Gitu-gitu ajelah. Pendek cerita, borak dia almost nak 100% benda-benda positif dan berbentuk motivasi diri.
Jadi dari dia ni saya ambil pelajaran supaya, pepandailah ambil hati bos, dan kalau berborak tu, sebolehnya cerita benda positif je. Dan saya tambah baik lagi, kalau tak de benda nak cakap, jangan cakap. Period. Eh lama gak tu nak praktik benda ni, tapi sikit-sikit, kita kurangkanlah bercerita benda negetif. Nak bernegetif, nak meroyan, hah meroyanlah dalam sini. Sini bukan ada orang baca, pun he he---or kalau nak bernegetif, saya akan berkongsi dengan mak dan kawan tempat kita share burden-emosi kerja. Means to say bestie la. I am greateful lah ada bestie kat sini. Tapi dengan bestie pun saya make sure, kami tak cerita benda negetif lama-lama sangat. Kalau dia sedih, saya sedih, kami pegi makan-makan ka, pi shoppping ka. Short vaca ka, tapi tula ni dah PKP, saya cerita kat mak ajelah.
Itu cara sayalah. Kalau dah satu opis tau so and so tu teruk, buat apa kau nak bersiaran, lagi, kan. Baik ko tutup mulut rapat-rapat je. Orang sekeliling bukan bodoh. Mereka boleh menilai. Itu dengan bos. Jauhi/elakkan dari berkata buruk perihal bos engkau.
Ok kalau rakan sekerja pulak sendu, macam mana ya? Dia sendu, itu dia punya pasal. Tapi jangan cari pasal, kau masuk bilik bos mengadu itu ini. Kadang tu, bukan kau nak mengadu pun, bos pulak korek-korek. Kau pulak pada masa tu memang tengah bengang dengan si Sendu ni, apalah lagi umpama orang ngatuk disorangkan bantal, lah, kan? Masa ni sangat crucial, jangan kau terpancing dengan umpanan ini. Contoh, bos tanya---kije ni you buat sorang je ka--- jangan mengada-ngada nak kata, "iya, kat sini semua kerja saya buat sendiri, si anu, si ani semua lepas tangan" kau bodoh kalau kau kata begitu. Kenapa saya kata bodoh? Kau pasti ka kerja kau tu perfect sangat, zero defect? Kalau kau memang zero defect kinda of people, teruskanlah. Saya tak. Jadi sangat bahaya kalau saya kata begitu. Bila kita bagi kredit kat rakan sekerja walau pun kadang tu kerja dia nan sendu tu kau kena buat balik, incase ada silap-salah, tak le kau sorang-sorang tanggung semua liabiliti tu, kan?
Betul kalau kerja tu menjadi, kau dapat kredit sensorang, tapi what if ada cacat sana-sini? Kesalahan itu boleh dikongsi bersama, kan? Low risk, memang low return, tapi saya memang risk adverse. Tak kisahlah ujung tahun dapat markah suam-suam kuku je, tapi kita tak bergaduh sesama kita,kan? Pada saya berharmoni dengan rakan sekerja tu lebih penting dari markah prestasi hujung tahun.
Itu kes sendu, what if cemerlang, sesamalah kita cemerlang. Apa nak sakit-sakit hati, dia sendu, pun sama markah dengan kau? Sebab dia masuk kerja dulu dari kau, dia dapat naik pangkat, kau yang kerja bagai nak rak, masih di situ jugak. Itu rezeki dia, rezeki kau jugalah secara tak sengaja dapat beramal jariah dengan dia, tolong dia siapkan kerja dia,kan? Anggap tolong cover kerja kawan itu amal jariah. Dahle kita ni abih bulan abiesh gaji, nak sedekah, nak tunggu raya je---tu pun PKP ni raya tak de budak datang ziarah, tak de orang tua nak diziarah, safe sikit duit aku, kan? so sedekahlah dalam bentuk tulang empat kerat kau tu. Apa kedekut sangat?
Yang penting kita baik dengan dia, besok lusa dia dah nak berangkat naik pangkat, kita doa, dapat rakan sekerja yang tak sendu. Hah gitu. Tak usah buang masa masuk bilik bos ngadu macam-macam. Tak de pekdahnya. Ngadu je kat dalam blog ni, ngadu kat emak, ngadu kat Dr Mental. Saya tahu, korang tak bernasib baik ada tempat ngadu yang power-power, kan? Kesian korang ek, terpaksa ngadu dengan bos, akhirnya semua orang takut nak kawan dengan kau. Tapi korang punya Tuhan, kan? Hah menangis, mengadulah pada DIA. Dia lagi power dari ibu, blog dan Dr, kan?
Cerita, sana-cerita sini, tak de pekdah satu hal. Yang bahayanya lagi satu hal. Bahaya, kau, what if tuan badan yang kau jaja-jaja cerita tu datang serang, kau. Massssaaaaakkkkk, kan? Tak pepasal kau begaduh. Lepas begaduh, apa? Kau buat le keje sensorang, lepas tu katalah benda yang kau buat tu ada errror yang besar, bluder, hah, Hambekkkkk----tadi kata kau pandai, sangat,kan?
Itu ajelah saya nak share. Pada hari ini.
Saturday, September 4, 2021
Membebel Sikit
Kata malas nak meroyan, nak cerita pasal apa budak rupa suam-suam kuku kat opis bikin saya gerigitan, kan, tapi tetebbeerrr terajin. Terasa nak meroyan. Nak tunjuklah macam mana saya meroyan online. Nak cerita sikit, ni rasa macam kali ke 2 ke 3 lah gitu saya meroyan dengan dia. Satu kali dia dah reti bahasa, kali ni kena royan sebab ntah tak tau ke terlepas pandang ka hapa ka--- gini, dia dah tau saya ni tak suka geng-geng ahli pikir pujaan dia tu, saya meroyanlah kata saya tak suka. So, sekali cakap dia dah tak berani dah nak ajak-ajak simpati/sokong/kesian kat mamat pujaan hati dia.
Like I said before, kali ni agaknya dia terlupa ka hapa ka, dia antar pulak bebenda yang Ai is kategorikan sebagai nak minta simpati/sokong/puja mamat tu dalam group. Atau dia ingat kalau dia blast dalam sana, saya takkan berani komen apa-apa, kut. Tapi tu hah meh tengok apa aku dah tulis dalam group, punyalah berani,kan saya. huh! keyboard lebih laju dari otak? Tak takut ka kalau dalam group tu semua pemuja mamat tu, tak takut besok masuk opis semua pandang kau as if kau orang gila? ada aku kesah? Jom bacalah dulu, then kau fikirlah gila atau tidak royanan saya tu---
Kau rasa naik opis nanti aku kena serang tak dengan pentadsub Dr? he he---tak denya derang nak serang sebab dalam group ni kami bertiga je. Itu pasal le saya berani, kau ingat, kalau dalam group ada ramai-ramai ahli, saya berani ka nak meroyan macam itu?
Lepas kena balun kaw-kaw macam gini, lepas tu dlm group tu kalau ada apa-apa, asyik ajelah dia minta excuse alumilah, kelas bahasa German lah.
By the way ini group kerja. Bincang pasal kerja. Dia buat hal share haram jadah ni pun tengah kami sibuk prepare material untuk our JKA meeting minggu depan ni. So group tu memang aktif le. So bila kami pung-pang-pung-pang share info memang dia senyap je le. Lepas tu dia masuk say sorry tak dapat join sebab yang saya cakap tu le. Siap kau tepek gambor alumni bagai. Masa google meet cerita pulak peri pentingnya meeting tu. Alumni semua duduk luar negara. Aku memang tak terbakar le sebab dah masak dengan perangai dia ni, bab-bab kerja memang ada sendu sikit. Tapi kawan aku yang lagi satu tak tau le. Kalau kau, apa kau rasa. Kita tengah struggle sediakan bahan meeting, kau sesedap dengan Alumi kau satu hal, lepas berlagak pulak tak cukup logo, cerita pula apa kerjaya ahli alumni kau, kau rasa? Apa rasa kawan yang macam nak rak sediakan slide presentation untuk meeting tu. Slide tu pulak sapa yang baca/tengok? KSU tau!!!! eh bukan setakat Ketua Jabatan kau je. KSU KPM, Kementerian terbesar di Malaysia.
As for me, I took this job seriously sebab KSU Datuk Yusran ni dia baca tau material yang kau bagi kat dia. Tu Datuk Yusran, kalau Dato' Kamel Timbalan dia, yang dah naik pangkat gi Melaka tu, lagi brutel, bukan setakat baca, kalau ada error siap diconteng-contengnya kertas tu, dia pulang balik kat kau. Tu pun masih mau berlagak-lagak lagi dengan cerita sedih Dr kau kena serah balik jawatan Menteri,lah Alumni kau di luar Negara yang semua tu Dr lah, kelas bahasa Jerman kaulah, Hadoooiiii. Macam manalah saya tak gerigitan, kan?
Ni saya nak pegi kedai, nak cari apa-apa patut untuk kudap-kudap bos. Iya PKP ni mana ada meeting pejabat, (so tak boleh klim makan mesyuarat pejabat, tapi ada je orang nak sponser kudap-kudap bos, kau kena juga sedia benda tu) tapi bos saya ni pelik, dia nak Timbalan dia, ahli dia dalam 4, 5 orang gitu selonggok dengan dia masa online meeting, pelik tak. Abeh, dah dok belonggok, takkan satu titik air pun kau tak jamu, kan. Hah itu semua kerja urus setia. Memang dalam meeting tu tak de orang pun kenal kau, kau tu kije setakat macai je---eh kalau cerdik kije bodoh-bodoh macai ni le membuatkan kau selalu tak de isu dengan bos kau yang lorat/lapar macam singa tu tau.
Ni aku bagi tips macam mana nak bos sayang, ambik tau apa makan, minuman kesukaan dia, jaga perut dia. barula dia tak meroyan. Ni kau kalau tak bergaduh dengan team mate, tak bergaduh dengan auditi, tak denya kau nak ngadap bos,kan. Jumpa bos bila ada masalah aje. Hey, bos tu dah ada banyak masalah dalam otak, lagi mau tambah masalah kau pulak. Kalau bos sembur kat kau balik, "saya tak nak dengar masalah" ko pigi rakam, dan viralkan satu opis suara bos kau yang tengah meroyan tu. Ko rasa, kalau anak buah kau macam gitu, kau rasa kau nak sayang tak anak buah yang begitu? Sebelum tuduh orang lain kaki bodek, kaki ampu, cermin dulu muka tu. Bawa muhasabah diri, apa beza kau dan mereka-mereka yang disenangi bos.
Lepas ni saya nak ceritalah tips berharmoni dengan bos yang cerewet./bermasalah atau share cerita pasal si kaki ampu, kaki bodek---