Sambung cerita hari tu, hat pasal kawan opis dok teliur tengok saya punya gambar makanan kat FB/whatapp status dan minta beli, tu haaahhhh----depa kata sedap. Depa siap nak beli hari-hari. Minta saya buat ala-ala meal prep gitu. Mula malas juga. Tapi fikir balik hat aku masak-masak try-sana-try sini, buat satu portion makan, lebih dok buruk dalam peti, membazir, baik masak banyak sikit, pi jual, kan?
So jadinya Ramadhan ni bermula la kerja part-time baru, buat masak meal prep ni. Sebenarnya benda ni bermula bila saya dah hilang dekat 30kg, bebudak opis tanya, makan apa, so tu yang dok menayang dalam status tu. Tak sangka pula derang nak makan macam gitu juga.
Tapi saya seram juga kalau derang makan benda sama tapi tak turun. Kalau tak turun tu maknanya ada makan benda lain la tu selain meal prep saya. Dia sesungguh nak turun berat ni sebab itu pra-syarat dia nak dapatkan rawatan kesuburan klinik gomen. Iya niat suci, kita tolonglah kan? Moga cepat turun berat, cepat dapat buat rawatan dan dapat zuriat yang dinanti-nantikan itu---
So masak belum, tapi biasalah orang meniaga dengan auditor ni, nak Sebut harga (quotation) bagai--- saya pun buatlah dokumen feeling-feeling sebut harga macam kat gambar bawah ni
Gambar contoh tu saya cuplik la dari mana-mana site yang saya rasa lebih kurang menu yang saya nak prepare nanti. Gambo real yang jadi besok ntah macam mana rupanya, tak tahulah nak cakap. Kena prepare dulu. Saya plan nak deliver hari Isnin untuk menu 1 & 2, Rabu Menu 3&4, Jumaat Menu 4, 6&7. Idaklah tetiap hari kena masak. Eh saya tak beranilah nak prepare sekali rooommmm seminggu gitu. Takut makanannya rosak.
No comments:
Post a Comment