Ramai kata eat clean tak sedap, lepas tu mahal. Bab mahal saya memang setuju. Tapi tak sedap? Tu saya memang kurang setujulah. Ada diet tak sedap, ada diet yang sedap. Yang terbaru yang sangat popular ni diet KETO. Menu dia memang sedap-sedap tau. Saya memang tak bulehlah amal diet ni sebab keto ni komposisi dia 70% lemak, 25% Protien, 5% carbo. Saya dah ada kolestrol tu, mana buleh fats bebanyak,kan. Tapi tu saya sekali sekala saya cuba jugalahkan. Macam moussaka, Keto Pizza, Karipap Keto----pergh memang sedap. Gambooo---alah tak adalah pulak. Tapi tu mari kita cuplik dari Jom Mojo barang 3, 4 gambar,kan?
Kueh Ketayap |
Kueh Putri Ayu |
Apam Balik |
Mee Goreng Konjac |
Biasa saya amal diet tinggi fibre je. Banyak sayur, ulam salad, makan ikan tinggi lemak, makan ayam---daging tu sekali-sekala je. Selebihnya saya IF.
Tapi KETO ni,kan sesuai untuk orang yang suka manis-manis, nak kick start IF. Orang suka manis ni dia tak tahan lapar. Banyak video dalam Youtube kata gula/waima gula dalam carbo bikin kita craving nak makan, lapar. Bila saya kata saya IF OMAD, ramai kawan tanya tak lapar, ka? Ntah saya rasa biasa je. Saya boleh cut sugar dan kurangkan karbo, sebab tu tak lapar, kut. Kat opis ni 2, 3 orang gak mengamal IF, memang rata-rata memula langkah dengan ganti gula dengan pemanis.
Berbalik pasal diet tak sedap---walau saya tak mengamal KETO, kita cerita KETOlah eh bagi kengkawan yang nak berjinak dengan IF tu. Ramadan ni ialah waktu sesuai untuk mulakan buang segala jenis kueh-kueh manis tu. Raya pun samalah---makanlah kueh approve KETO, moga lepas Ramadan boleh sambung puasa enam, lepas tu sambung lagi dengan Isnin Khamis sepanjang tahun.
Saya nak tunjuk manisan apporove KETO yang saya buat sendiri memang tak ada. Like I said before, saya kalau manis-manis ni kurang sikit. So memang tak buatlah kalau untuk diri sendiri. Tapi sini saya nak iklan satu tempat di mana kita boleh dapat manisan ini pada harga tak masuk akal. Jom tengok
Sebenarnya kat KL banyak aje restoren yang menjual makanan apporove KETO ni, tapi yang ini kut la nak beli untuk sambut raya nanti, kan.----
No comments:
Post a Comment