Hari ni kita tayanglah sikit gambor Low Carb Burger yang saya dah buat. Idaklah semua saya lahap, ada saya bagi kat kawan opis. Tulah gatal sangat dok upload-upload gambar kat whatsapp/FB, kan. Ada kawan dah berkenan nak rasa, sampai nak beli-beli, bak hangggg----Saya tak berani nak juai. Saya bagi rasa jak dulu. Kut lah tak buleh nak "masuk" low carb roti yang buat dari tepung almond tu, kan?
Tuu diaa---ready nak hantar kat orang yang teliur tengok whatsapp/FB status |
Manalah derang tak terliur,kan gambar sikit punya segak😋--- |
owh, meh saya share sikit resipi bun tu---hat patty tu ikut selera korang, nak ayam, nak daging, nak udang, nak salmon, macam-macam ada. Google je kat internet, tu. Belambak resipinya, follow je:
Resipi Low Carb Bun
Bahan A
3 sudu besar tepung Almond
1/2 sudu kecil xantham gum/psylilium husk
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
Bahan B
1 biji telur
1 sudu besar minyak/mentega cair
1 sudu kecil apple cider vinegar (ACV)
Cara-cara
Satukan bahan kering (Bahan A), wisk sikit. Wisk telur dan minyak manja-manja macam nak buat telur dadar. Masa nak masuk bahan basah dalam bahan kering tuang ACV. ACV ni katanya nak bantu baking powder tu bekerja. Tapi setakat yang dah buat ni, idak ada le juga roti saya tu kembang biak tu. Serupa itulah roti kalau tepungnya tak ada gluten. Dia tak boleh naik berganda-ganda. Lepas tu kacau, dan masukkan dalam acuan. Air fried selama 15 minit suhu 180 darjah Celsius.
No comments:
Post a Comment