Saya ni bukan kisah sangat pasal cantik-cantik ni. Dah memang saya ni lahir-lahir idaklah comel mana pun, tapi itu tak jadi isu sebab saya anak tunggal, saya tak ada pesaing. Cantik ka idak, tetap saya tercantik di mata mak saya.
Masa kecik mak dan saya tinggal dengan nenek sebab ayah dah meninggal masa saya umur 2 tahun. Memang ramailah sepupu-sepupu saya yang cantik-cantik. Tapi sebab saya sorang sahaja cucunya yang tinggal full-time sama dia, tetap saya cucu yang terutama. Basically bab kasih sayang ni saya tak ada isu di"tinggal"kan atau ketinggalan. Bahkan kadang-kadang tu boleh jadi lemas pun ada pasal benda alah ni.
Cantik ka tak cantik bukan kudis pada saya. Tapi mak selalu tegur juga tu pasal penampilan, tapi selalu juga saya lawan-lawan dia. Pada pandangan saya "why bother?" Tugas saya ka nak sentiasa sejukkan mata dia? Kalau mak dan nenek dan lain-lain family serta kawan-kawan boleh terima ketidakcantikan saya, tapi dia yang tak boleh terima, itu bukan masalah saya. Itu dialah yang bermasalah. Mak juga selalu tegur pasal tutur kata. Yang itu saya memang cuba. Cuba diamlah. Nak tukar style bercakap tu, memang saya dah cuba, tapi ada je jenis orang yang kita payah nak tak sentapkan hati dia. Kalau kita cakap pasti dia tersentaplah. Saya jenis sarkastik, nak cakap saya cakap je. Kadang tu kena laser lalu tersentap pun sebab kelaku dia pun. Jadi bila berhadapan dengan orang macam ini saya diam ajelah, walau acapkali lepas saya melaser ramai ucap tahniah dan terima kasih pada saya.
Iya, kita orang pempuan yang mulut laser ni lebih baik diam. Lelaki pun sama juga tu. Tapi memang ada keadaan lepas melaser dapat ucapan tahniah dan terima kasih itu (laser memang diperlukan), biar orang lelaki aje yang buat. Kita diam-diam sahaja sudahlah. Lagi pun lepas saya dapat kawan-kawan baru peminat-peminat politik, (saya kan suka sembang politik) budak-budak muda ni, ramai yang lagi dahsyat dan laser dari saya, baik pempuan baik lelaki. Jadi biar orang muda ajelah yang melaser ya. Memang tak cantik pun bila tengok budak-budak ni melaser, tapi biasalah tu orang muda darahnya panas. Kalu budak muda buat, derang muda lagi, tak cantik, pun nampak cantik juga, esp jika memang dianugerahi Tuhan rupa paras yang cantik. Cubalah yang dah nak masuk 50 series melaser-laser meroyan di Media social, kalu dulu muda cantik pun, hari ni masih cantik sikit-sikit, bila meroyan, kompem dari sikit-sikit cantik, terus bertukar HODOH. Jadi kita bikin fruit basket, goodies, door-gift, jemput-jemput orang makan, sudahlah, ya.
No comments:
Post a Comment