Wednesday, April 24, 2019

Kawan Saya... final Part.

Sambung dari cerita semalam dan hari itu

Kalau saya tanya sama kawan tu "ingatkah yang kau pernah ajak saya sokong pembangkang masa BN dulu?" Pastilah dia kata dia tak ingat barangkali tu. Masa dia ajak tu dia tengah stress dengan penulisan pop yang menjadi-jadi. Ditambah pula novel-novel terbitan indie yang jelek bahasa serta jelek jalan cerita seperti cerita pondan kena rogol, tok imam rogol anak sendiri, bla bla, pendek cerita, cerita dalam kain yang tak masuk akal semua nak didokumentasikan dalam karya kreatif yang vivid, serta detail jalan penceritaaannya. Bak kata mencarut bos saya orang Melaka pekat, "habis sehelai-sehelai bulu butuh dapat dikirainya, satu-satu"

Tahun berlalu kawan saya sudah tenang. Suami dan sahabat yang cool macam saya ini agaknyalah yang bikin dia rasional dan tahu batas mana boleh dicapai, mana tak boleh. Saya perasan aje tu yang saya influence dia jadi cool about sastera dan berkawan dengan kawan-kawan yang kita tak suka, pun! Tapi yang sebenarnya dia memang cool, bukan jenis cepat melenting macam saya. Lagi satu dia berusaha keras tingkatkan ilmu pengetahuan, dari Pembantu Bahasa, sehinggalah pada hari ini dia sambung belajar sampai master dan dapat jadi Pegawai Bahasa.  Kawan tenang-tenang sahaja dan boleh beramah-mesra dengan semua pemain dalam industri, walau dia dari badan pengawal Bahasa Jiwa Bangsa Kerajaan yang dilihat sebagai sangat konservertif dan tertutup. Dia tidaklah menampakkan sikap berkawan dengan kawan-kawan yang kita suka aje. Dia kawan dengan semua orang.

Pada satu masa, di zaman dia cemas, pernah juga  saya rasa dia semacam bercakap pada saya, walau dia tak pernah cakap, tapi saya membayangkan dia bercakap-cakap begini. "hah nantilah budak-budak pencerita rogol-rogol 18sx tu. Kalau ada political will, siaplah kamu urang aarrr!" ntah macam nak kena ban, kena ntah apa-apatah... pemulihan kut. Macam kem Bena Negara tu agaknya kut yang kawan bayangkan kalau pucuk pemerintahan negara berubah.

Tapi itulah, bila berubah.... lain pula cerita.

Sebelum berubah, dah banyak sangat meroyan. Meroyan sana-meroyan-sini, sampai agaklah KPI Pejabat dia tak capai target, kerajaan pun tubuhlah lagi satu badan untuk bantu capai KPI ini. Gomen ni dia ada target tau. Kalau nak jadi negara maju, kau kena keluar sebegini, begitu buah buku lah kalau dalam konteks kerja kawan saya ni. Jadi bila tak banyak buku dihasilkan, gomen tubuh lagi satu entiti.

Masalah pada hari ini... "budak" yang berkerek-kerek sangat dalam FB kata dia tengah all out polisi Sastera Negara pernah komplen yang entiti baru ini bukan buat kerja tapi bersaing dalam pasaran sastera yang telah sedia kecil ini. Dalam kata lain, manalah buku-buku sastera nak laku sebab Entiti baru ini sibuk nak keluar buku juga, jadi melambak yang ada tak laku, keluar lagi baru, lagi tambah tak laku.

Masalah pada hari ini, kalau betul budak ini boleh all out polisi SASTERA seperti yang dia bangga-banggakan sangat tu, ha ha ha....kau fikir?

Memang ada desas-desus yang entiti itu ada ditutup untuk mengembalikan fungsi kepada pejabat kawan saya tadi. Kau rasa? Selama ini pun pejabat kawan saya terkial--kial nak capai KPI, dan terima kasihlah sebab ada entiti bantuan ni, tapi bila naik gomen baru, lain pula naratifnya, nak tutup pulak? Makin kacau lagi tambah haru-birulah dunia sastera ini, ibarat memanggil tikus untuk membaiki labu, saya rasa begitu... Kau rasa pulak, macam mana?

Kau nak tau kenapa saya kata tikus? Kau dapat rasa tak apa rasa jahat sangka yang sedang bersarang dalam kepala saya yang bertanduk ini? Jahat sangka orang kewangan ni memang senang diteka, kan? "Alah tak lain dia nak bajet entiti yang dikata-kata nak ditutup gomen lah tu. Tak de maknanya ditutup untuk dipulangkan kepada Jabatan tempat kawan saya berkhidmat. Ini semua kes nak rebut bajet gomen yang sebahagian besarnya datang dari poket pembayar cukai.

It is ALL ABOUT MONEYlah Cash is King. Jangan terpedaya sangatlah kata-kata kunun perpejuangan,lah itula ini lah---dipijak-pijak tak mampus-mampus---- sapa ada pijak kau pun? Kalau tulis buku propaganda penuh ketaksuban nak upkan influencer/Tokong sembahan sendiri, meroyan-royan marah-maki-hamun-emosi-kebencian-berlebihan---bunuh kereter influencer lawan, lepas tu bercanggah dengan fakta, lepas tu kau nak pakaikan dengan jubah SASTERA? Kau ingat pembaca yang "posh" macam saya ni nak baca ka buku-buku macam itu? Kalau kau melokop pun tak ada sapa pijak kau, deerr. Naratif kau yang penuh propaganda, ketaksuban/ketakjuban pada diri sendiri, kebencian melampau pada pihak yang kau paranoidkan sebagai musuh, itulah yang menjatuhkan sebenarnya.

Itu rasa jahat saya yang pertama:--- Bukan satu, tapi duaaaaa---

Yang ke--dua:- kau dapat rasa tak apa rasa jahat yang bersarang dalam kepala saya yang sudah tumbuh lagi satu tanduk? Ini bukan jahat sangka orang kewangan ni, ntah jahat sangka orang apa tah? aish!!! bila masa bule tanduk dua ni, selalu tanduk macam kat idung badak sumbu je. Ni dah jadi dua plak. kiri kanan ada.

Jahat sangka no 2.... masa gomen nak buat entiti bantuan tu, ada orang "atas" jabatan tempat kawan saya kije tu yang tak suka entiti lain ditubuhkan. Jadi dia ambil budak yang sebenarnya tak ada apa-apa, tapi dipakaikan dengan apa-apa, itu untuk jadi "kuda perang" dia. Iyalah kalau datang dari dia nak menutup entiti lagi satu tu nampak jahat sangat,kan? Jadi guna ajelah orang yang tak de apa-apa, tapi dipakaikan dengan apa-apa untuk melawan orang yang memang sama-sama ada apa-apa.

Kesimpulan:-

Gomen tak payah buang apa-apa, yang gomen perlu buat ialah inject je more money in this dying industry. Sekarang ini buku dah capai KPI, tapi tak laku. hah apa lagi tambah duit untuk marketing sudahlah. Apa susah nak komplen-komplen buat cerita entiti lagi satu ini menyemakkan market? kalau market yang ada dah terlalu saturated, tambah duit cari blue ocean pula.

P.S. yang bukan P.S. sebab panjang"-

Kalau suruh budak kerek kuat melalak tu tak untuk hasilkan lebih banyak buku, baik tak payah! Takut jadi macam saya, terus keluar market tak beli langsung buku sastera. Pembaca "porsh" macam saya ni tak "berselera", tau baca buku-buku yang kalu tak buku tu siok sndiri, ngangkat diri sendiri atau influence pujaan hati, buku tu cerita hal paranoid, memaki-hamun-mencarut- bunuh kerekter fictitious kunun-kunun dia sedang berperang dengan monster besar.

No comments: