Hari ini masuk 53 hari saya mulakan sessi fit & cool bersama MySihat ini. Mujurlah saya ini jenis yang boleh makan sayur. Dulu memang kurang makan sayur, tapi kini saya banyakkan sayur dan rasa sayur tu sedap aje...
Oklah berdiet cara ini. Saya tak ada masalah nak follow apa yang disaran oleh dietitian dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya pun gatallah post-post di FB. Tak ada niat pun nak mengajak sesapa follow cara saya. Saya sangat faham ada orang tak boleh, tak suka makan sayur. Susah tu kalu itu keadaannya. Jadi diet-diet, meal plan dari KKM memang akan susah mereka mau follow.
Penyudahnya mereka mengata-ngata diet, meal plan KKM bikin mereka kebulurlah, tak realistiklah bla bla bla bla. Puncanya sebab kebulur, sebab tak boleh makan sayur. Tu aje. Nak impit perut kau sampai sentak dengan carbo dan protien, itu bukan sahaja boleh jadi kita senang nak gemuk, tapi pada yang ada masalah diabetes, dia akan bikin tak tahulah apa jadi, tapi yang pastinya, mestilah akan bikin Dr marah. Setelah dia kasi kau meal plan, gula kau tetap juga macam gitu, hah apa lagi kena marah dengan Dr,lah!.
Bila dah kena marah dengan Dr, mula-mula kutuk-kutuk meal plan. Lepas tu kutuk sayur-sayur yang available hari ini banyak yang toksik. Saya kalau jenis begini saya malas nak lawan. Saya tahu sangat dah ni. Super ego suruh kita makan banyak sayur. Kita tak suka. Kita pun menggunakan helah bela diri dengan mengata-ngata sayur beracun, saranan pelan pemakanan tidak sesuai untuk kita. Kenapa nak kata-kata sayur itu beracun. Life is hard and the hardest part of life is mengaku yang kita tak suka, tak boleh makan sayur.
Ramai sungguh orang pada hari ini yang menghina-hina makanan. Yang boleh ikut pemakanan sihat, menghina pemakanan tak sihat. Yang tak boleh ikut, menghina-hina pemakanan sihat itu sudah digenetically engineerkan sehingga memudharatkan manusia. Begitulah. Life memang hard for those yang tak boleh terima sayur. Dan yang boleh terima pun susah juga. Boleh jatuh riak sebab makan sayur, kalu tak nak meriak pun, secara tak sengaja dah bikin orang yang tak boleh makan sayur terasa hati. Tapi biak pilah derangkan? Kalau mereka boleh post gambar makanan berlemak, manis-manis, kenapa pula kita tak boleh post gambar sayur-sayur, kan?
Kita susah, dia susah, macam mana pula dengan Dr jaga orang sakit diabetes ni, kan?. Kesian Dr. Kalau saya jadi Dr, saya diam je, sebab saya tau kalau pesakit tu tak boleh makan sayur, kita tak boleh paksa. Bagi jelah dia ubat macam biasa dan tak payahlah susah-susah bagi dia diagram, chart bagai untuk dia lengkapkan. Nanti Dr jadi marah, patient pun jadi marah sama.
No comments:
Post a Comment