Kawan saya ni bukanlah seorang pentaksub. Dia rasional. Tapi saya tak taulah kenapa satu ketika dulu dia pernah ajak saya join parti pembangkang yang hari ni dah dapat perintah Negara. Saya enggan dan saya juga nasihatkan dia jangan sebab dia sama-sama kije gomen macam saya.
Masa tu idaklah saya dok bagitau saya tak berkenan dengan pembangkang. Masa tu aiaah, jangan kau kata ko tak berkenan, habis nanti kau disumpah-seranah. Bukan kawan sayalah yang menyumpahnya, orang lain le. Saya malas nak cakap kenapa saya tak berkenan, sebab masa tu saya rasa ketidakberkenanan saya adalah bersifat personal, juga fallacy. Kau sendiri-sendiri tak suka sudahlah jangan war-warkan. Nanti jadi naratif songsang, membawa kepada memfitna pula.
Kenapa fallacy? Saya tengok je penyokong pembangkang kat offis yang suka buat fictitious claim, terus saya merumuskan, besok ni kalau masuk bertanding, menang, jadi menteri, lebih teruk dari gomen yang diumpat-umpat dan diajak kita-kita ini tumbangkan. Bajet pejabat tak sampai sejutapun dia nak sakau, kalau dapat juta-juta, billion-billion, lagi julinglah bijik mata dia nak menyakaunya.
Saya tak pasti saya pernah cakap benda ni kuat-kuat kat opis atau tidak. Tapi saya ingat saya selalu cakap benda ni ulang-ulang sama mak saya, sampai mak saya cakap, alah mak undi PAS, sebab pakcik PAS tu masa kita duduk Kampung Kerenchi dulu, asal musim buah je mesti datang bawa nenek. Kalau nenek tak sempat datang, nenek kirim dekat dia. Kau kecik lagi mana kau ingat! eh mak ni saya cakap je, taklah sampai saya suruh mak jangan undi PAS pun. Apalah mak ni Undi, kan rahsia.
Masa tu orang PAS kuat sokong DSAI or saya lebih suka panggil Abang Non. Abang pula berhadapan dengan kes gatal-gatal satu badan sampai kita semua dapat tengok dia telanjang dalam video. Orang PAS mati-mati kata kamera itu besi, besi tak boleh jadi saksi. Nak dijadikan cerita adalah pulak sorang minah kat pejabat orang kata anak bendahari PAS Melaka. Perangai memang keji,lah. Masuk ofis mesti bukak orang baca quran, imej kalah ustazah dari ustazah... tapi mak tuan aiii memang kreatif kalau dalam bab fictitious claim ni. Dalam setahun tu, kalau setakat bil RM7-8k senang-senang je dia sakau. Ada juga satu kali tu kawan saya mengadu, siap tunjuk baucar bernilai dalam RM12k yang fictitious. Tu baucar yang orang tunjuk kat sayalah yang tak ditunjuk, saya tak tau. Sampai bila saya naik pangkat dari Pembantu Akauantan ke Penolong Juruaudit, ada yang cakap begini sama saya "Kau balik Melaka ni cepat-cepat Mar, kau tangkap dia masuk jel!" begitulah bencinya mereka sama Minah yang satu ini.
Pasal minah ni, pasal ustaz-ustaz yang mengada-ngada bikin saya percaya yang pembangkang kalau jadi gomen memang akan huru-hara. Tapi saya heranlah pula kenapa kawan saya yang satu tu berani ajak-ajak join gerakan jatuhkan gomen pada masa itu.
Hari ini, semalam adalah kali pertama kita jumpa lepas gomen istihar hibbah TH yang sangat menghibakan itu. Barulah kali ini kawan saya bercakap seolah baru dia nampak PH atau dulu Pembangkang itu tidak ada kesatuan. Saya pintas sahaja dengan kata-kata begini "Mereka tu dulu pembangkang. Mereka tak ada pengalaman memerintah Negara" saya ambil contoh macam mana Menteri Besar Johor menangani krisis pencemaran gas sedikit masa dulu. Senang cerita. Memang Menteri tak bersedia dan tak tau macam mana nak bikin kalau ada bencana seumpama itu.
Kami pun makan-makan-makan dan saya cerita kisah BN. Saya terangkan cerita-cerita BN dah inalilah itu tak betul. Saya juga cakap kesian orang India Hindu, tak ada wakil dalam kerajaan baru ini. Saya nampak selain PAS, kelibat kaum India sudah kelihatan dalam mebantu kempen PRU baru-baru ini. Sebelum itu saya ada tunjuk gambar dalam watsap, kawan tak kenal pun lelaki dalam gambar tu, walau itulah dia sebenarnya Timbalan MIC....tutur saya.
Kawan saya mula nampak Parti yang dia sandarkan harapan dia untuk "see the light at end of the tunnel" idaklah bersinar, mana, pun. Dulu masa dia benar-benar percaya yang dia akan nampak "new horizon", sebaik BN ditumbangkan, idaklah pernah rasanya saya mengejek-ejek dia kuat berangan. Kami tak pernah gaduh pun pasal hal politik ni. Saya sentiasa menyimpan rasa prudent/pesimistik begini:-, "eh kalau aku kata dia kuat berangan, what if kalau BN jatuh besok ada cahaya kilau kemilau muncul, malu aku. Lagi pun aku ni rasa-rasa yang Pakatan tu Pakatan Hancur, just because perangai hancheng minah sekor kat pejabat ni" Tapi akhirnya kebenaran itu tersingkap jua walau terpaksa tunggu bertahun lamanya. Dia terpaksa jua mengaku, yang dia hiba, sehibanya perasaan saya bila Hibbah TH tinggal 1.25% je.
Next, saya ingat saya nak kupi-kupi dengan Pemuja Atuk pulak... Tadi tu pemuja Abang Non. Doakan saya dapat berkupi, sebab pemuja Atuk ni memang susah sikit nak jumpa.
No comments:
Post a Comment