Monday, April 29, 2019

Putera Palsu 2

Cerita Putera Palsu ni dulu masa saya sekolah-sekolah dulu memang fames. Paling fames masa tu Putera dari Kelantan. Kecoh cerita dia, tapi saya tak ingat. Yang saya paling ingat kisah kerabat Raja dari Johorlah. Al maklum saya sekolah di Johor masa tu.

Ada satu anak Raja Johor yang sangat dibenci oleh orang Johor sendiri. Nama dia Tengku Majid. Natah napa tah orang benci, tak tahulah. Orang kata dia ni suka masuk kampung dan kacau anak dara orang. Itu yang orang benci dan mula mengungkit-ungkit kisah keturunan dia yang dari lanun katanya.

Raja Negeri lain yang orang benci ialah Pahang. Sebab Orang Bangsawan Pahang ini terkenal dengan suka kawen artis. Almaklumlah masa tu rata-rata zaman orang tak suka artis. Bukan macam zaman sekarang, artis dipuja dan diburu. Lalu dibongkar ulang ceritalah pasal Sultan Pahang yang suka jual tanah balak kat Cina.

Kalau Johor jadi kaya-raya sebab melanun, Pahang pula membalak---memusnahkan alam sekitar. Orang tak suka, orang marah sebab kelaku perangai orang Istana yang bukan-bukan. Itu cerita dulu. Zaman sekarang dah berubah. Nampak anak Raja je ramai yang pecah ovari. Paling glemer pun anak Raja Johor dan Pahang juga. Almaklumlah derang itu bukan orang lain pun, sepupu. Kuat sungguh pertalian Johor dan Pahang ini. Mereka share nenda yang sama. Nenda mem Salleh you. Orang Great Britain.

Tapi zaman ini bukan macam zaman orang dulu-dulu. Orang suka Anak Raja Pahang dan Johor ini. Kenapa? Anak mem-Salleh ini orang suka. Ayah Anak Raja Johor ni suka bersama Rakyat. Adik dia, Mama kepada Anak Raja Pahang pun sama juga macam abang dia. Mereka suka jelajah negeri mereka untuk bersama-sama rakyat marhaen. Itu yang orang suka dan orang dah tak bising sangat pasal keturunan Lanun ka, keturunan pemburu retis, sampai gadai Hutan Balak negeri kat Cina.

Anak-anak Raja ni pun elok jak tak ada skandal sana sini. Yang satu tu dah kawen, lalu beranak-pinak tak kisahlah dia nak nangoi pun, atuk-nenek dia kaya raya duit/harta banyak apa? Dulu sebelum masa PH tak payah banyak, kalau ko ada RM1 Juta jak simpan dalam TH, setakat nak nangoi sorang dua tak de masalah, makan dan besarkan anak pakai hibbah TH pun cukup dah tu, (dululah masa sebelum PH dulu, la ni tak tau le cukup ka idak? Itu baru sejuta, harta lanun takkan takat Juta-Juta aje, kan? Yang sepupu dia baru umur 23 tahun, tak habis belajar lagi, dan sangat low profile....

Itu cerita pasal Anak Raja Keturunan Lanun + Mem Salleh...

Inilah dia Nenda bertuah yang telah menghadiahkan Malaysia dengan Anak-anak Raja Melayu yang Ohsem
Apa cerita pasal Anak Raja Selangor pulak? Selangor pun saya ada dengar juga dari sepupu saya. Dia sekolah di Kelang sana. Itulah dia balik Melaka dia bawak cerita Istana Selangor, saya pula membawangkan Anak Raja Johor. Selangor ni teda Lanun mereka ni, teda artis-artis, kacau-kacau anak dara orang. Teda buat gitu sebab Nenek dia katanya ada SAKA besaaaaaar.... uish takutkan!!! masa nak mati, tak mati-mati. Ingat dah nak mati, tapi bila waktu lunch, dinner, breakfast, kambing seekor pun Baginda boleh habiskan. Al-kisahnya nenda ini menuntut ilmu pengasih agar suami dia Sultan Selongor tak main kayu 3.

Keturunan dia tak tercemar, tak palsu? Tak. Masa itu memang tak ada cerita yang Selangor ini Palsu. Tapi masa saya buat master baru-baru ni, pensyarah saya cerita, Selangor pun palsu juga. Suami nenda SAKA tadi anak gundik Sultan yang berbangsa Cina. Itu pasal mata dia sepet. Anak Melayu dah kena penjara ntah kat mana tah. hah gitu cerita dia.

Jadi memang kalau puak-puak anti-Raja nak serang Anak-anak Raja ini memang boleh, pun. Tak fitna pun memang faktanya begitu. Kenapa saya kata fakta bukan auta. Sebab yang sampaikan cerita ini bukan orang-orang tak sekolah, yang cerita ni cikgu, pensyarah yang tak ada kepentingan apa-apa pun. Bukanya orang politik, super creative yang suka berkhayal dan mengarang karang neratif super songsang, pun. Saja kita suka cerita membawang-bawang buang masa. Zaman kami dulu tak mainla membawang hal retis. Kita tak kenal, pun sapa retis, kecualilah retis tu ada skandal dengan anak-anak Raja.

So Anak Raja Palsu vs Anak Cucu Mamanda Kutty, pejuang LGBT, ko pilih yang mana?


Putera Palsu???

Tak kisahlah Palsu, pun palsula, janji bukan lelaki "palsu"

Saya memang tak berapa amik port sangat pasal sejarah Sultan-Sultan dan Raja-Raja yang ada di Negara ini walau katanya kita Malaysia inilah yang ada paling ramai Sultan dan Raja-Raja. Dalam sebuah negara kecik macam Malaysia kita ada 9 Raja dalam banyak-banyak 30 Raja je di dalam dunia ini. Rekod tuh!!!

Itu saya tak kisah, cuma bila ada kes panas-panas pasal gaduh-gaduh antara Raja dan Perdana Menteri ini timbul balik cakap-cakap yang raja kita Raja Palsu. So sapa sebenarnya Raja di sini. Dakwaan Raja Palsu ini memang dah lama dengar pun, antara yang paling plastik lagi Palsu ialah Sultan Johor. Derang kata Raja ini Raja lanun bukan Raja betul, pun. Saya pulak rasa, asal hensem, tak de cerita skandal bogel-bogel dalam paper oklah tu, dia lanun ka tak lanun, kan?

Lagi pun so far nampak anak cucu cicit keturunan lanun ni tak de pula kalau saya tengok gambar derang tepampang kat majalah saya pening kepala dan mula rasa nak tumbuh-tumbuh tanduk, tertanya-tanya, bersangka jahat, eh ini "perempuan ka Lelaki?" Kalau lelaki memang jelas, pencinta wanita, kalau perempuan memang jelas mencintai kewanitaanya sendiri dan penuh yakin dapat dicintai/digilai lelaki. Bukan perempuan tapi nampak macam lebih menghairahi perempuan juga, vise versa. Pada saya kalau cucu-cicit dia nampak jelas kejantinaannya. oklah tu. Saya tak de nak komplen apa-apalah, walau pun palsu.

Mereka yang nak mengaku lebih baik dari Raja-Sultan palsu ni kenalah lebih baik dari yang palsu. Kalu yang asli pun tak jelas kita boleh beranak-pinak cara normal ka anak cucu dia, baik jangan mengada-ngada nak ngaku keturunan terpilih untuk mewakili masyarakat Asia yang masih berpegang kepada nilai murni timur yang luhur ini,kan? Malaysia ni baik Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Bajau, Bugis, Dayak, dan lain-lain masih lagi tak "mampu"(tak terbuka/ kolot/ kunu/ tak maju) oooiiii nak ikut cara orang LGBT bikin keluarga dan beranak-pinak, weh!!.

Inila yang saya maksudkan bila tengok jak cucu dia, mulalah nak tumbuh tanduk bertanya benda yang bukan-bukan

Wednesday, April 24, 2019

Kawan Saya... final Part.

Sambung dari cerita semalam dan hari itu

Kalau saya tanya sama kawan tu "ingatkah yang kau pernah ajak saya sokong pembangkang masa BN dulu?" Pastilah dia kata dia tak ingat barangkali tu. Masa dia ajak tu dia tengah stress dengan penulisan pop yang menjadi-jadi. Ditambah pula novel-novel terbitan indie yang jelek bahasa serta jelek jalan cerita seperti cerita pondan kena rogol, tok imam rogol anak sendiri, bla bla, pendek cerita, cerita dalam kain yang tak masuk akal semua nak didokumentasikan dalam karya kreatif yang vivid, serta detail jalan penceritaaannya. Bak kata mencarut bos saya orang Melaka pekat, "habis sehelai-sehelai bulu butuh dapat dikirainya, satu-satu"

Tahun berlalu kawan saya sudah tenang. Suami dan sahabat yang cool macam saya ini agaknyalah yang bikin dia rasional dan tahu batas mana boleh dicapai, mana tak boleh. Saya perasan aje tu yang saya influence dia jadi cool about sastera dan berkawan dengan kawan-kawan yang kita tak suka, pun! Tapi yang sebenarnya dia memang cool, bukan jenis cepat melenting macam saya. Lagi satu dia berusaha keras tingkatkan ilmu pengetahuan, dari Pembantu Bahasa, sehinggalah pada hari ini dia sambung belajar sampai master dan dapat jadi Pegawai Bahasa.  Kawan tenang-tenang sahaja dan boleh beramah-mesra dengan semua pemain dalam industri, walau dia dari badan pengawal Bahasa Jiwa Bangsa Kerajaan yang dilihat sebagai sangat konservertif dan tertutup. Dia tidaklah menampakkan sikap berkawan dengan kawan-kawan yang kita suka aje. Dia kawan dengan semua orang.

Pada satu masa, di zaman dia cemas, pernah juga  saya rasa dia semacam bercakap pada saya, walau dia tak pernah cakap, tapi saya membayangkan dia bercakap-cakap begini. "hah nantilah budak-budak pencerita rogol-rogol 18sx tu. Kalau ada political will, siaplah kamu urang aarrr!" ntah macam nak kena ban, kena ntah apa-apatah... pemulihan kut. Macam kem Bena Negara tu agaknya kut yang kawan bayangkan kalau pucuk pemerintahan negara berubah.

Tapi itulah, bila berubah.... lain pula cerita.

Sebelum berubah, dah banyak sangat meroyan. Meroyan sana-meroyan-sini, sampai agaklah KPI Pejabat dia tak capai target, kerajaan pun tubuhlah lagi satu badan untuk bantu capai KPI ini. Gomen ni dia ada target tau. Kalau nak jadi negara maju, kau kena keluar sebegini, begitu buah buku lah kalau dalam konteks kerja kawan saya ni. Jadi bila tak banyak buku dihasilkan, gomen tubuh lagi satu entiti.

Masalah pada hari ini... "budak" yang berkerek-kerek sangat dalam FB kata dia tengah all out polisi Sastera Negara pernah komplen yang entiti baru ini bukan buat kerja tapi bersaing dalam pasaran sastera yang telah sedia kecil ini. Dalam kata lain, manalah buku-buku sastera nak laku sebab Entiti baru ini sibuk nak keluar buku juga, jadi melambak yang ada tak laku, keluar lagi baru, lagi tambah tak laku.

Masalah pada hari ini, kalau betul budak ini boleh all out polisi SASTERA seperti yang dia bangga-banggakan sangat tu, ha ha ha....kau fikir?

Memang ada desas-desus yang entiti itu ada ditutup untuk mengembalikan fungsi kepada pejabat kawan saya tadi. Kau rasa? Selama ini pun pejabat kawan saya terkial--kial nak capai KPI, dan terima kasihlah sebab ada entiti bantuan ni, tapi bila naik gomen baru, lain pula naratifnya, nak tutup pulak? Makin kacau lagi tambah haru-birulah dunia sastera ini, ibarat memanggil tikus untuk membaiki labu, saya rasa begitu... Kau rasa pulak, macam mana?

Kau nak tau kenapa saya kata tikus? Kau dapat rasa tak apa rasa jahat sangka yang sedang bersarang dalam kepala saya yang bertanduk ini? Jahat sangka orang kewangan ni memang senang diteka, kan? "Alah tak lain dia nak bajet entiti yang dikata-kata nak ditutup gomen lah tu. Tak de maknanya ditutup untuk dipulangkan kepada Jabatan tempat kawan saya berkhidmat. Ini semua kes nak rebut bajet gomen yang sebahagian besarnya datang dari poket pembayar cukai.

It is ALL ABOUT MONEYlah Cash is King. Jangan terpedaya sangatlah kata-kata kunun perpejuangan,lah itula ini lah---dipijak-pijak tak mampus-mampus---- sapa ada pijak kau pun? Kalau tulis buku propaganda penuh ketaksuban nak upkan influencer/Tokong sembahan sendiri, meroyan-royan marah-maki-hamun-emosi-kebencian-berlebihan---bunuh kereter influencer lawan, lepas tu bercanggah dengan fakta, lepas tu kau nak pakaikan dengan jubah SASTERA? Kau ingat pembaca yang "posh" macam saya ni nak baca ka buku-buku macam itu? Kalau kau melokop pun tak ada sapa pijak kau, deerr. Naratif kau yang penuh propaganda, ketaksuban/ketakjuban pada diri sendiri, kebencian melampau pada pihak yang kau paranoidkan sebagai musuh, itulah yang menjatuhkan sebenarnya.

Itu rasa jahat saya yang pertama:--- Bukan satu, tapi duaaaaa---

Yang ke--dua:- kau dapat rasa tak apa rasa jahat yang bersarang dalam kepala saya yang sudah tumbuh lagi satu tanduk? Ini bukan jahat sangka orang kewangan ni, ntah jahat sangka orang apa tah? aish!!! bila masa bule tanduk dua ni, selalu tanduk macam kat idung badak sumbu je. Ni dah jadi dua plak. kiri kanan ada.

Jahat sangka no 2.... masa gomen nak buat entiti bantuan tu, ada orang "atas" jabatan tempat kawan saya kije tu yang tak suka entiti lain ditubuhkan. Jadi dia ambil budak yang sebenarnya tak ada apa-apa, tapi dipakaikan dengan apa-apa, itu untuk jadi "kuda perang" dia. Iyalah kalau datang dari dia nak menutup entiti lagi satu tu nampak jahat sangat,kan? Jadi guna ajelah orang yang tak de apa-apa, tapi dipakaikan dengan apa-apa untuk melawan orang yang memang sama-sama ada apa-apa.

Kesimpulan:-

Gomen tak payah buang apa-apa, yang gomen perlu buat ialah inject je more money in this dying industry. Sekarang ini buku dah capai KPI, tapi tak laku. hah apa lagi tambah duit untuk marketing sudahlah. Apa susah nak komplen-komplen buat cerita entiti lagi satu ini menyemakkan market? kalau market yang ada dah terlalu saturated, tambah duit cari blue ocean pula.

P.S. yang bukan P.S. sebab panjang"-

Kalau suruh budak kerek kuat melalak tu tak untuk hasilkan lebih banyak buku, baik tak payah! Takut jadi macam saya, terus keluar market tak beli langsung buku sastera. Pembaca "porsh" macam saya ni tak "berselera", tau baca buku-buku yang kalu tak buku tu siok sndiri, ngangkat diri sendiri atau influence pujaan hati, buku tu cerita hal paranoid, memaki-hamun-mencarut- bunuh kerekter fictitious kunun-kunun dia sedang berperang dengan monster besar.

Tuesday, April 23, 2019

Kawan Saya 2

Lepas makan-makan, semalam saya watsap pulak kawan sebab saya terkejut bila puak yang dia, mereka tak berapa senang diangkat pulak jadi pemikir penyelesai masalah bidang kecintaan kawan. Kawan saya ni orang sastera. Iyalah cerita derang terpinggir, tak dipeduli memang dah lama dah.

Patutnya sastera letak lagi tinggi dari segala mak nenek ilmu yang ada. Tapi ntahlah di Malaysia ni jadi sastera tidak berharga mana pun. BUkan Malaysia aje, rasanya seluruh dunia kut benda jadi gitu. Orang lebih suka baca penulisan pop dari sastera. Sastera ni benda berat. Orang yang ada bakat intelek yang tinggi, bangsawan, Orang-orang Besar sahaja yang layak membicarakan pasal sastera. Elit gitu. Market dia keciklah. Orang Elit ni, berapa ramailah, kan? 

Dari kaca mata orang back ground accounting macam saya ni masalah derang ialah market yang keciklah. Lebih senang jual kueh karipap dari jual buku sastera. Saya nampak macam itu. Sebab susah nak jual, jadi hambar. Itu pandangan saya. Pandangan derang pulak, kalau susah kerajaan kena bantulah. Dari kerajaan lama dulu pemain segmen ini tak puas hati dengan usaha kerajaan. Masa itu mereka rasa macam kerajaan baru macam lagi intelek, bergeliga dari kerajaan lama. 

Itulah yang saya cerita semalam, sebabnya kawan saya ajak sokong tukar kerajaan. Lemau sangat,kan kerajaan lama dulu tu. Dengan masalah kerajaan lemau, dengan saingan bahan, pop, bahan Indie yang bahasanya tak ikut standard bahasa jiwa bangsa, makin parahlah masalah mereka ni. Gomen patut main peranan lebih aktif dalam menghidupkan sastera, dan membenteras gejala penulisan pop juga indie yang tidak melambangkan akhlak, adab, tata susila masyarakat Timur yang luhur ini. Itu demand mereka. Ingatkanlah bila dah tukar, ingat gomen baru ini ligatlah dalam usaha menghidupkan sastera molek dan membenteras penulisan gampang dan rendah mutunya. Tapi rupanya sama lemaunya juga.

Tambah lagi malang, gomen baru ambik pulak pemain Indie yang macam haram jadah (haram jadah ni pada kaca mata pemain sastera molek tegar ya.. kawan saya ok dia flaxible, indak perna dia kata budak2 indie ini Haram Jadah, tu. Dia pun banyak juga tu beli buku-buku terbitan indie) untuk merangka ntah apa-apa pelan yang patut dirangka. Mana pegi professor, tah, Doktor tah, sasterawan Negara tah, semua dah terpelanting. Diangkat pulak penerbit buku indie yang bukunya dikata-kata banyak typo error, penipu, tak bayar upah editor, proof reader, untuk all out dalam dasar sastera Negara? Nasib baik saya tak ada PhD dalam sastera, kalau tidak, boleh menyirap juga darah saya tu. Aku yang intelek ni ko tak panggil, ko panggil pula ntah sapa-sapa tah!!!! Penat tau aku belajar tetonggeng-tonggeng sampai dapat PhD, hah! ko tak panggil pun. Sampai Hati!!!

Tapi sebab saya ada master je. Master plak dalam bidang forensic accounting dan financial statement criminology, idaklah saya terasa apa-apa, pun. Alah dalam dunia crimonology memang biasa tu, orang tak ada PhD, kadang tak sekolah, boleh kalahkan orang bijak pandai tu. Jadi memang tak heran kalau Professor kalah dengan penerbit Indie yang kita tak pernah tau dia ni sekolah ka tidak. Tengok dari post-post FB dia macam orang tak pegi sekolah jak. Apa nak heran, apa nak pelik, kalau Menteri dia sendiri penuh dengan orang tak ada kelulusan tinggi, tipu sijil, tipu kelayakan bagai, memang sajak sangatlah orang yang rangka hal sastera Negara pun orang yang mungkin sekolah tinggi, tapi bahasa media-sosialnya macam pendedak-dedak, Cytro Key Board Warrior, atau pentaksub abang NON, Abg Long Fadhil, serta Abang-abang kakak social-media influencer bagai. Orang yang bukan sahaja tak de gelar-gelar Dr, Professor, dipangkal namanya, nama FB dia ntah nama betulka nama tipu tah tu, (identitinya tidak jelas) diangkat untuk menjaga ehwal orang berfikiran aras tinggi, intelek. Kesian. 

Tapi itulah yang terjadi sekarang ini. 

Dulu masa kerajaan lama, kemain bising derang demand nak semua yang tinggi-tinggi, pop tak mau, carut-marut-maki hamun tak mau. Hari ini apa dah jadi? Saya hanya boleh rasa kesian aje. Nak tolong memang tak mampu,lah. Saya akan lagi kesian, kalau Institut mereka yang mengutamakan bahasa lembut, halus, indah berkias, marahnya dalam tawa, apa-apatahnya bla bla bla,, ditutup, dana untuk institut disalur ke publisher yang cenderung kepada penulisan bahasa kasar bahasa bahasan-meroyan-royan ala-ala Cytro REd Bean Army.

Monday, April 22, 2019

Kawan Saya

Kawan saya ni bukanlah seorang pentaksub. Dia rasional. Tapi saya tak taulah kenapa satu ketika dulu dia pernah ajak saya join parti pembangkang yang hari ni dah dapat perintah Negara. Saya enggan dan saya juga nasihatkan dia jangan sebab dia sama-sama kije gomen macam saya.

Masa tu idaklah saya dok bagitau saya tak berkenan dengan pembangkang. Masa tu aiaah, jangan kau kata ko tak berkenan, habis nanti kau disumpah-seranah. Bukan kawan sayalah yang menyumpahnya, orang lain le. Saya malas nak cakap kenapa saya tak berkenan, sebab masa tu saya rasa ketidakberkenanan saya adalah bersifat personal, juga fallacy. Kau sendiri-sendiri tak suka sudahlah jangan war-warkan. Nanti jadi naratif songsang, membawa kepada memfitna pula.

Kenapa fallacy? Saya tengok je penyokong pembangkang kat offis yang suka buat fictitious claim, terus saya merumuskan, besok ni kalau masuk bertanding, menang, jadi menteri, lebih teruk dari gomen yang diumpat-umpat dan diajak kita-kita ini tumbangkan. Bajet pejabat tak sampai sejutapun dia nak sakau, kalau dapat juta-juta, billion-billion, lagi julinglah bijik mata dia nak menyakaunya.

Saya tak pasti saya pernah cakap benda ni kuat-kuat kat opis atau tidak. Tapi saya ingat saya selalu cakap benda ni ulang-ulang sama mak saya, sampai mak saya cakap, alah mak undi PAS, sebab pakcik PAS tu masa kita duduk Kampung Kerenchi dulu, asal musim buah je mesti datang bawa nenek. Kalau nenek tak sempat datang, nenek kirim dekat dia. Kau kecik lagi mana kau ingat! eh mak ni saya cakap je, taklah sampai saya suruh mak jangan undi PAS pun. Apalah mak ni Undi, kan rahsia.

Masa tu orang PAS kuat sokong DSAI or saya lebih suka panggil Abang Non. Abang pula berhadapan dengan kes gatal-gatal satu badan sampai kita semua dapat tengok dia telanjang dalam video. Orang PAS mati-mati kata kamera itu besi, besi tak boleh jadi saksi. Nak dijadikan cerita adalah pulak sorang minah kat pejabat orang kata anak bendahari PAS Melaka. Perangai memang keji,lah. Masuk ofis mesti bukak orang baca quran, imej kalah ustazah dari ustazah... tapi mak tuan aiii memang kreatif kalau dalam bab fictitious claim ni. Dalam setahun tu, kalau setakat bil RM7-8k senang-senang je dia sakau. Ada juga satu kali tu kawan saya mengadu, siap tunjuk baucar bernilai dalam RM12k yang fictitious. Tu baucar yang orang tunjuk kat sayalah yang tak ditunjuk, saya tak tau. Sampai bila saya naik pangkat dari Pembantu Akauantan ke Penolong Juruaudit, ada yang cakap begini sama saya "Kau balik Melaka ni cepat-cepat Mar, kau tangkap dia masuk jel!" begitulah bencinya mereka sama Minah yang satu ini.

Pasal minah ni, pasal ustaz-ustaz yang mengada-ngada bikin saya percaya yang pembangkang kalau jadi gomen memang akan huru-hara. Tapi saya heranlah pula kenapa kawan saya yang satu tu berani ajak-ajak join gerakan jatuhkan gomen pada masa itu.

Hari ini, semalam adalah kali pertama kita jumpa lepas gomen istihar hibbah TH yang sangat menghibakan itu. Barulah kali ini kawan saya bercakap seolah baru dia nampak PH atau dulu Pembangkang itu tidak ada kesatuan. Saya pintas sahaja dengan kata-kata begini "Mereka tu dulu pembangkang. Mereka tak ada pengalaman memerintah Negara" saya ambil contoh macam mana Menteri Besar Johor menangani krisis pencemaran gas sedikit masa dulu. Senang cerita. Memang Menteri tak bersedia dan tak tau macam mana nak bikin kalau ada bencana seumpama itu.

Kami pun makan-makan-makan dan saya cerita kisah BN. Saya terangkan cerita-cerita BN dah inalilah itu tak betul. Saya juga cakap kesian orang India Hindu, tak ada wakil dalam kerajaan baru ini. Saya nampak selain PAS, kelibat kaum India sudah kelihatan dalam mebantu kempen PRU baru-baru ini. Sebelum itu saya ada tunjuk gambar dalam watsap, kawan tak kenal pun lelaki dalam gambar tu, walau itulah dia sebenarnya Timbalan MIC....tutur saya.

Kawan saya mula nampak Parti yang dia sandarkan harapan dia untuk "see the light at end of the tunnel" idaklah bersinar, mana, pun. Dulu masa dia benar-benar percaya yang dia akan nampak "new horizon", sebaik BN ditumbangkan, idaklah pernah rasanya saya mengejek-ejek dia kuat berangan. Kami tak pernah gaduh pun pasal hal politik ni. Saya sentiasa menyimpan rasa prudent/pesimistik begini:-, "eh kalau aku kata dia kuat berangan, what if kalau BN jatuh besok ada cahaya kilau kemilau muncul, malu aku. Lagi pun aku ni rasa-rasa yang Pakatan tu Pakatan Hancur, just because perangai hancheng minah sekor kat pejabat ni" Tapi akhirnya kebenaran itu tersingkap jua walau terpaksa tunggu bertahun lamanya. Dia terpaksa jua mengaku, yang dia hiba, sehibanya perasaan saya bila Hibbah TH tinggal 1.25% je.

Next, saya ingat saya nak kupi-kupi dengan Pemuja Atuk pulak... Tadi tu pemuja Abang Non. Doakan saya dapat berkupi, sebab pemuja Atuk ni memang susah sikit nak jumpa.

Sunday, April 21, 2019

Hari-Hari Pun Jatuh....Part 2

Ceh bersambungan pulak....

Iya sambunglah sebab cerita ni belum habis.

Bah kan jadi semakin hangat.

Hangatlah bila Kawan baik Memanda Tua kata dalam masa enam bulan "all is well".

Memang memula pun saya gelak sakan juga. Apalah yang kau boleh buat dalam masa enam bulan tu?

Hah! kau tau lepas dia balik Cina, apa dia buat? Dia tak buat apa-apa tapi kawan baik dia si Memanda tu recycle semua idea Bosskau yang satu ketika dulu si Memanda tu juga kata idea pelokop negara. Habis semua dia pakai. Kau ingat? Mestila lepas all is well,kan. Idea boss kau memang brilliant. Tak mustahillah lepas ni pelabur akan datang balik dan Kawan Memanda yang keji itu akan untung berlipat-lipat kali ganda, bila sikit hari nanti Bursa akan mula naik mencanak.

Keji,sungguhkan orang macam ini? Tapi memang macam itulah. Zaman ni kalau nak menang memang kena berperangai keji dan busuk.

Adakah mereka akan jadi kerajaan sepenggal?

Itu tak berani nak kata,lah rasa mungkin berpenggal-penggal jika dah semua idea Boss kau dia pakai dan orang dia dan mereka berjaya putihkan kerajaan dan ganti orang mereka. Orang mereka memang miskin idea, tapi cekap dan pantas bertindak, orang Melayu ni bijak, tapi ada slow sikit. Tu je.

Boleh juga jadi sepenggal, sebab idea Boss kau tak pernah menjanjikan Petrol turun RM1.50, PTPTN tak payah bayar. Pengajian peringkat tertiary percuma. Dan boleh jadi sepenggal lagi sebab kita tau Kawan-kawan baik Memanda itu orang yang tamak. Sebelum kekayaan negara diagih pada merhaen, kawan-kawan dah tibai dulu. Memang boleh jadi sepenggal juga sebab masa zaman Bosskau, Bursa menjadi the longest selling binge pun, tetap orang tak suka. Pendek kata, kepenggalan Kerajaan di bawah takluk Memanda Kuda Tua, tidak terletak kepada prestasi BURSA.

owh speaking of Kuda Tua,

sapa kah gerangan yang menunggang Kuda ini? Sapa lagi, orang rumah dia, anak-anak dia dan kawan baik dialah. Takkan Soros geng budak-budak Rothchild le yang dok menunggangnya? La ni kalau anak beranak Lim dok tunggang sama butul juga tu. Matailah patah pingganglah Kuda Tua, kan?

Owh btw...

Speaking of jatuh-jatuh-jatuh... ialah pasal lack of clarity.. la ni semua dah clear dah, rebrand jak Najib punya plan, ko rasa bagaimana?

Saya ada cerita pasal pencuri idea ni, memang dia curi, dia execute, tapi itu bila dia main curi dia memang clueless sebona eh on how it should be run. Memangla semua kagum, tapi orang tak tau modal keluar lebih banyak dari pulangan.

Thursday, April 18, 2019

Hari-Hari pun Jatuh...

Jatuh, Jatuh, Jatuh.....

Asyik jatuh je market.

Ini bukan cerita politik, tapi sebab actor dalam market kita ni Menteri, menteri itu bukan jawatan tetap berpencen macam penjawat awam, macam akauntan, KSU, Auditor bagai, tetaplah bila cakap pasal market, ia akan balik semula kepada menteri kewangan. Bila sebut menteri orang dah kata kita berpolitik dan cakap pasal politik. Sebab kita panggil dia Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, jadi macam kita membawang pasal ahli politik, bukan ahli ekonomi, walau sebenarnya kita membawang pasal prestasi CEO dan CFO/Chief Accountant.

Jom cerita pasal jatuh, jatuh, jatuh ini.

Daim kata lagi enam bulan "all is well".

Saya garu kepala, saya tanya kawan yang memang main market, kawan yang selalu optimis, jatuh bangun market hanya sementara. Kunun ini semua mainan spekulator yang hebat, duit banyak berkepuk-kepuk, boleh arah angin orang keluar masuk market. Kununya masa sekarang ni market jatuh, sebab orang tu nak jatuh-jatuh lagi sampai to the bottom pit, besok ramai-ramai berpusu-pusu masuk balik market dan market pun bullish balik.

Tapi tu hampeh betullah mamat sorang ni, diam je dia. Kenapa diam? Tak berani dia nak jawab. Takut dia yang kejatuhan kali ini sangat tak munasabah lagi tak ikut pattern-pattern terdahulu sebab unik pada Malaysia aje. Tau dia takut nak jawab, kalau jawab lepas 6 bulan naik, tapi tak naik-naik juga malu le dia kat kawan dia yang mental ini, hah! kan? Jadi tunggu 6 bulan baru memasing akan berbunyi.

Saya memang harap keadaan market normal-normal aje, tak unik. Tapi tu bila teringat War Lord dan macai-macai puak-puak kerajaan yang satu ketika dulu derang tu pembangkang / Najib Haters/those who say "I wanna teach, I wanna teach, Najib doing nothing to the country, all this because of The kebijaksaan, kebitaraan Tun", memang dalam hati saya berkata-kata "eh lagi padanlah muka derang kalau keadaan market ini unik untuk Malaysia sahaja".

Iyalah bila kita tengok Rafidah Aziz, betapa sombongnya dia bila dia kata "pelabur macam ini kita tak harap"... Kalau yang diharap pun ikut bukak langkah seribu? Macam mana? Memang dalam hati berdoa biar lepas waima 3 tahun pun Market tak bangkit terus. Baru padan muka kau semua. Masa tu bukan TH je, KWSP pun tak mampu nak bayar dividen lelebih.

Jahatnya? Tak baik wish-wish benda buruk kat negara sendiri. Tapi kalau dah bongkak sangat, langsung tak mau mengaku salah, padanlah muka tertiarap terus. Kita marhean apa ada masalah. Greece bangkrap, rakyat Greece ada jadi pelarian ka? kan? aish aish... tak baik tau mulakan hari dengan ill wishes.... kena banyak baca auzubillah ni.

tA tA.... wishing you all a wonderful weekend....

Wednesday, April 17, 2019

MASAKLA atuk!!!

eh kata tak nak cerita politik dah, tapi cerita juga...

Ni bukan cerita politiklah ini cerita pasaran saham. Tak de kene mengena dengan politik pun. Purely cara kerajaan kendali ekonomi yang beri impak kepada BURSA kita. Muthahir, market memang jatuh, jatuh, jatuh. Kenapa? Ramai penganalisis kata derang tak berapa yakin nak bubuh duit kat sini.

Rafidah Aziz akan kata, pelabur yang begini Malaysia tak heran. Rafidah memang tak heranlah duit dia berkepuk-kepuk. Cuma tu dari segi fiskal, benda alah ni ada kesan kat nilai ringgit, kalau market lemah, ringgit pun lemah, import jadi lebih mahal tu je. Export akan jadi murah, tapi kalau murah pun orang tak nak beli, memang susahlah.

Dalam pada itu, Encik DAim the wizard of Atuk, kata, jangan risau, dalam masa 6 bulan lagi "all is well".... Saya pula ada ternampak imbas-imbas macam Abang Non kata dia boleh sediakan 10 billion, bila dia jadi Menteri besok. Pada masa sekarang ni,lah nampak macam Abang Non lebih kaya dari Encik Daim. Kenapa? Encik Daim dia lone ranger, kawan dia Atuk sorang jewweeerrr.... Knowing Atuk, dia tak ada kawan, musuh je ada keliling pinggang. Abang Non dia kawan semua orang, dan kalau kewan-kawan LGBT, tu saya yakin derang kaya-raya dan boleh back-up Abang.

Kita memang percaya yang Abang kaki temberang, tapi don't underestimate the power of the RAINBOW, doe, kan?

Apa? Bosskau? Boss kau tu kaki play safe, tu kena tunggu lagi 4 tahun, or paling singkat pun 3 tahun lagi. If Abang Non can prove yang dia boleh kasi lagi banyak dedak, petrol RM1.50 seliter, BSH RM3k sebulan, Hibbah TH 15% setahun, sapalah nak bising-bising lagi? APA? Rainbow mambooo jambo, SAJAT? kau ingat Marhaen ni kisahka kalau lepas ni puak-puak SAJAT RAINBOW kuasai PUTRAJAYA NI? Janji mereka boleh bagi semua yang saya listkan dah lebih lagi, dan juga rampas balik semua Duit Negara yang telah dicuri dengan AMLATFPUAA.

For those of you yang berharapkan BOSSku, (which I personally feel kalau puak RAINBOW ABANG, beRAJA di Putrajaya"habis"lah anak-bini-keturunan kau)...kau boleh berharap-yang RAInBOW ABANG ni pun kaki skandal, kaki pemboros juga macam pink-pink-like a diamond.

I tak harap sangat begitu sebab RAINBOW-RAINBOW yang AI kenal, setakat 2, 3 orang tu,lah...memang boleh diharap pun. Bukan setakat CGPA je gempak, kerja pun pandai, maintenance pun tak mahal. Tak de dia demand kau permata pink-red-blue bagai, pun. Dia nak gantung blink-blink-panca warna tu kat mana, pun? (tak tau lah saya if besok-lusa gay-gay boys dapat sakit gila main judi, baik judi casino, atau tukar bursa into big cassino table, kan.... Tak gantung blink blik sana sini, tersangkut kat meja judi, meja mahjong... sama rakus jugalah macam si kaki bling bbling & shopping) All they need is an acceptance dan pengiktirafan jeer...

Speaking of my RAINBOW friends... macam mana ek korang boleh kata derang ni rosakkan keturunan kau? Bukan kau juga ka yang "bela" derang tu. Kalau tak macam mana ustaz Don kata ada doktor ngadu dengan dia ramai isteri sakit pantat nak kencing gatal-gatal sebab kena serang kuman yang hanya duduk dalam dubur orang lelaki?

Monday, April 15, 2019

Makan-makan Sihat....

Hari ini masuk 53 hari saya mulakan sessi fit & cool bersama MySihat ini. Mujurlah saya ini jenis yang boleh makan sayur. Dulu memang kurang makan sayur, tapi kini saya banyakkan sayur dan rasa sayur tu sedap aje...

Oklah berdiet cara ini. Saya tak ada masalah nak follow apa yang disaran oleh dietitian dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya pun gatallah post-post di FB. Tak ada niat pun nak mengajak sesapa follow cara saya. Saya sangat faham ada orang tak boleh, tak suka makan sayur. Susah tu kalu itu keadaannya. Jadi diet-diet, meal plan dari KKM memang akan susah mereka mau follow.

Penyudahnya mereka mengata-ngata diet, meal plan KKM bikin mereka kebulurlah, tak realistiklah bla bla bla bla. Puncanya sebab kebulur, sebab tak boleh makan sayur. Tu aje. Nak impit perut kau sampai sentak dengan carbo dan protien, itu bukan sahaja boleh jadi kita senang nak gemuk, tapi pada yang ada masalah diabetes, dia akan bikin tak tahulah apa jadi, tapi yang pastinya, mestilah akan bikin Dr marah. Setelah dia kasi kau meal plan, gula kau tetap juga macam gitu, hah apa lagi kena marah dengan Dr,lah!.

Bila dah kena marah dengan Dr, mula-mula kutuk-kutuk meal plan. Lepas tu kutuk sayur-sayur yang available hari ini banyak yang toksik. Saya kalau jenis begini saya malas nak lawan. Saya tahu sangat dah ni. Super ego suruh kita makan banyak sayur. Kita tak suka. Kita pun menggunakan helah bela diri dengan mengata-ngata sayur beracun, saranan pelan pemakanan tidak sesuai untuk kita. Kenapa nak kata-kata sayur itu beracun. Life is hard and the hardest part of life is mengaku yang kita tak suka, tak boleh makan sayur.

Ramai sungguh orang pada hari ini yang menghina-hina makanan. Yang boleh ikut pemakanan sihat, menghina pemakanan tak sihat. Yang tak boleh ikut, menghina-hina pemakanan sihat itu sudah digenetically engineerkan sehingga memudharatkan manusia. Begitulah. Life memang hard for those yang tak boleh terima sayur. Dan yang boleh terima pun susah juga. Boleh jatuh riak sebab makan sayur, kalu tak nak meriak pun, secara tak sengaja dah bikin orang yang tak boleh makan sayur terasa hati. Tapi biak pilah derangkan? Kalau mereka boleh post gambar makanan berlemak, manis-manis, kenapa pula kita tak boleh post gambar sayur-sayur, kan?

Kita susah, dia susah, macam mana pula dengan Dr jaga orang sakit diabetes ni, kan?. Kesian Dr. Kalau saya jadi Dr, saya diam je, sebab saya tau kalau pesakit tu tak boleh makan sayur, kita tak boleh paksa. Bagi jelah dia ubat macam biasa dan tak payahlah susah-susah bagi dia diagram, chart bagai untuk dia lengkapkan. Nanti Dr jadi marah, patient pun jadi marah sama.

Thursday, April 11, 2019

Cerita Dulu-Dulu 3

Sambung cerita semalam ya...

Dari cerita-cerita saya tegur "eh apa kata kau tulis bagus-bagus, jual bagus-bagus dari mengata-ngata baca buku so and so nanti masuk neraka" bertukar pulak cerita saya ini kakitangan gomen dari Neraka:- tali-barut/kaki bodek gomen; suka inaya orang.  Kira jenis opportunis, yang gemar menabur fitna-sana-fitna-sini, pijak memijak, tikam menikam untuk kepuasan dan kesenangan diri. Iyalah masa tu tahun 2006, 2007 kalau tak silap. Internet / media sosial masa tu semua kes tempat anti-gomen. Terback-up sikit gomen pun dah memasing meroyan gila-gila babi punyalah.

Masa tu kan, saya dapat rasa betapa kebencian meluap-luap bukan sahaja pada gomen, tapi pegawai  dan kakitangan gomen juga. Derang pandang serong jak kat orang gomen ni seolah-olah semua kami makan gaji buta dan makan dedak; apa tah lagi kerani cabuk macam saya ini, lagilahkan?  Tak padahal yang mengata-ngata saya gila itu orang makan gaji gomen juga. Kira derang ni lah seketul-dua, pegawai kompen ahli-syurga, yang sedang berjihad bermati-matian dalam pasukan gomen yang dah macam kerajaan hutan, applying law of the jungle, gitu. Kira saya pegawai calon ahli neraka, yang macam enau dalam belukar, pucuk saya sendiri lepas, sudahlah, kalau pucuk kau nak naik, saya cantas, saya pijak!!! hah jahat,kan? Isunya saya dah cerita dah dalam cerita dulu-dulu, jadi tak payah ulanglah ya. Nak ulang juga? Baik saya ulang, jangan bosan, sebab kita orang perempuan ni makin dah tua makin dia suka mengulang-ulang cerita lama...

Ceritanya, satu badan gomen dah antar penulis nereka ke Majlis penulis kompem ahli syurga. Cerita sebenarnya katanyalah nak antar ada sorang penulis tu sebagai pembimbing penulis, tapi dia banyak songeh nak claim macam professor, sedangkan dia kelulusan SPM je. Pastu mengada-ngada pula mengarah-arah itu ini.  Gomen dia macam ini, kalau dah bajet lulus untuk pembimbing gred SPM, tak boleh senang-senang nak tukar kepada pembimbing gred PhD. Means to say kalau kau SPM kau tak nak pergi kena ganti orang SPM juga. Kalu nak ganti PhD susah, banyak kerja. So gomen pun pilihlah ka sengaja pilih ka, tak tau kita,kan... pilihlah si penulis neraka ni tadi untuk membimbing segerombolan penulis kompen ahli syurga.

Apa lagi mengamuklah. Program kat luar negara. Lepas program geng-geng kompem ahli syurga ni mengaruk sampai bertahun-tahun gitulah rasanya. Sampai hari ini saya tak pastilah derang dah sedarka tidak yang kemengarukkan mereka tak ke mana. Buku derang pun tetap suam-suam kuku juga, buku ala-ala neraka makin glemer. Buku derang ada juga yang laku, tapi tetaplah tidak boleh tanding buku-buku neraka ni tadi....

Berbalik kepada kenapa saya pula yang kena? Sebab saya bodoh cuba nak terang pasal ini,lah. Pasal claim, pasal peraturan gomen. Derang kata, tak kira apa peraturannya, sekarang Gomen dah buat salah gomen kena minta maaf sebab dah bawa ahli neraka dalam majlis ahli syurga. Kau ingat gomen nak minta maaf ka? Hurm... HARAMMMM... tetiba tttuttuttu tuttut, one of the best ahli syurga pula pada tahun-tahun berikutnya kena ban dengan gomen. Alahai.... sebab saya ka? Saya tutup periuk nasi dia? Sapalah saya. Sayakan orang gila. Takkan gomen dengar cakap orang gila. Saya kije kerani, bukan kije pegawai ban-ban buku orang. Bila dah kena ban, masing-masing pun keluar duit sendiri, terbit buku sendiri.

Dah kayakah derang? Ntah, tak ada keja saya nak teropong dompet orang doe, tapi penerbit terpekik terlolong kata derang masih tak kaya-kaya lagi dan minta kita beli buku, so that mereka boleh kaya. Tapi tu,lah saya ni berapa banyak buku yang saya boleh beli,kan? Lagi pula dah tua-tua macam ini baca-baca sikit dah mengantuk.  Jadinya buku nereka saya tak baca, buku syurga pun saya dah tak baca lagi. Tak mengapalah dikata-kata bodoh, bebal sebab tak baca buku, dari membaca kalau tak terlelap, mencebik-cebik pulak, berkata dalam hati "apa jadahlah kisah yang dia tulis ni?"

So donelah kiranya kisah saya dengan sastera, penulisan kreatif dan buku. Kita buka buku baru. Buku eat clean dan healthy life style.

Wednesday, April 10, 2019

Cerita Dulu-Dulu 2

Ni sambung cerita semalam ya...

Macam mana pulak tetiba orang kata saya gila? Mustahil lelaki boleh jadi sejahat itu.

Ceritanya begini, dia sikit lebih kurang macam cerita Syed Sadiq pegi masuk lorong Pembangkang lepas tu kena boo dengan pembangkang. Cuma bezanya dia Sadiq, Menteri, saya Mardhiah, kerani cabuk gomen yang sedang dalam recovery journey in mental illness.

Cuba bayangkan Sadiq bukan Sadiq, hanya seoran kuli gomen yang sedang berjuang menangani masalah mental, termasuk kat lorang BN dan cakap "Bossku pencuri-pencuri-pencuri-pencuri". Hah gitulah ceritanya. Awat marah sangat? Benak sangat bodoh sangat ka penghuni-penghuni lubuk yang saya dah termasuk itu. Tidak. Tidak sama sekali. Bahkan mereka itu bijak-bijak belaka. Pendek cerita intelek. Tapi intelek dalam internet ajelah. Depa ramai dok pong-pang dalam online je. In real life suara dan aspirasi mereka orang tak ambil port pun.

Al-maklumlah lubuk itu namanya lubuk sastera. Sepatutnya jadi lubuk paling syumul, tapi di Malaysia apresiasi sastera ini tidak sehebat mana pun. Infact kalu nak banding persatuan sastera dan persatuan sakit mental semalaya, persatuan sakit mental lagi orang nak cakap eh, lagi banyak duit, kut. Malaysia ini dah sampai satu tahap semua kejayaan diwakili oleh RM dan sen. How much cash, asset that your persatuan have in the bank account. Gitu. Sebab masa tu di sini "CASH is THE KING"

Orang-orang sastera ini meroyan kunun gomen tak amik port pasal mereka. Cuba ko bayangkan, ada satu tahun tu derang buat event kat dewan sekolah je. Bayangkanlah persatuan sakit mental pun boleh buat dinner kat hotel. Ada ka idak dinner yang persatuan sastera sendiri organised tak tau la saya. Tapi kalu majlis-majlis hari raya ka, apa-apa majlis ka, derang buat kat rumah derang yang derang panggil "Rumah Pena".

Begitula orang-orang bijak ini jadi so-so macam itu ja... Saya pun menegurlah. Kebetulan derang ada gaduh pasal ada sekelompok penulis yang derang label penjual bakat, perosak pemikiran rakyat...iaitu penulis novel pop. Meroyan-royan derang. Silapnya saya teremel royanan mereka pada sahabat yang ntah ada sikit gaduh / tak berkenan dengan ada so and so la.The gist of the gaduh-gaduhan, "jangan marah rezeki orang, kalau betul kamu bagus, tulis bagus-bagus, jual sampai laku supaya lebih laku dari yang kamu marah sebagai pelacur bakat/penulis perosak"  Habis la jadinya. Perang gituuuu....

Perang, perang, perang sampai keluar gila-gila-gila ini. No big deal for melah.

Memang saya gila apa. So, jaga ajelah kesihatan, dapatkan nasihat doktor dan bersungguh-sungguh ikut program pemulihan agar kata-kata kesat dan tuduhan tak berasas mereka tidak memudaratkan kesihatan saya.

So sampailah hari ini, saya bukan setakat habis diploma je, sempat habis master lagi. Master dalam bidang akaun la. Kalau buat sastera agaknya tengah buat PhD. he he... Memang nak buat sastera, tapi saya kije kerani akaun, saya belajar akaunlah.

Itu ajelah ceritanya. Cerita saya memang succsesslah

Cerita derang tetaplah begitu juga. Tetap tu meroyan-royan menuduh gomen tak amik cakna kat deme. Betul la ni gomen yang naik tu gomen idaman hati mereka. Infact ada antara Jeneral-mereka dah dapat naik kementerian pun. Dari orang buku ke Parlimen. Tapi sorang itu ajelah. Yang lain-lain tetap tak puas hati sama gomen. Mereka kata Gomen not doing enuf.

Ala gomen baru 10 bulan. Nak realisasikan impian mereka tu perlu duit. kan Cash is the King. Masalah sekarang ni, politician faham impian mereka tapi asyik tak cukup duit memanjang. Mana saya tau tak cukup duit? Saya taulah sebab politician tu bos saya he he... dulu saya jaga KPI bab audit dia. Nasib baik Audit dah gugur dari KPI menteri. Stress agaknya kalau masuk juga. Mana tak stress, KPI asyik tak capai sebab tak de duit dan iron-up apa-apa masalah yang audit bangkitkan. Nasib baik audit tak audit sastera, kalau audit lagi pening Menteri nak jawab, kan. So la dah gugur, syukurlah. Menteri tak pening, Audit lagi tak pening,

Susahlah, kalau kita tak cukup duit,kan? Macam mana nak bawak derang makan kat hotel, nak bagi makan budak-budak sekolah selaras dengan menu cadangan Kementerian Kesihatan pun Menteri saya "sakit". Menteri bukan nak jaga orang sastera sahaja. Menteri ada ramai lagi budak sekolah yang dia nak jaga. Duit dapat banyak potong sana-potong sini. Manalah Menteri nak terlayan penulis-penulis sastera, ni kan?

Itu derang tak nak faham. Puncanya bergila-gila-gila ni juga sebab saya cuba nak fahamkan Menteri tak mampu nak bawak derang makan kat hotel. Marah derang... "memang tak mampulah sebab gaji orang gila macam kau buat akaun"--- Hey si Gila engkau tu gila, bini menteri curi duit pun mana kau sedar" itu dulu.

Hari ini bini Menteri yang kuat curi duit tu lakinya dah kalah. Naik Menteri baru yang derang harap-harap dapat bawa derang makan-makan hotel, naik kereta besar, rumah besar, sales besar, bini besar, gundik jak comel jelita. Tapi kan baru 10 bulan. Tunggulah 10 tahun lagi. Kalau 10 tahun lagi dok meroyan lagu yang sama, tak tahula kita, sapa yang sebenarnya gila.

Itu pasal masa derang kata saya macam-macam saya diam je. Sebab saya macam yakin gitu, tukarlah menteri dari langit pun, menteri akan lebih fokuskan budak sekolah dari budak sastera. Itu je... Ko nak semua besar, ko sendiri fikirlah macam mana nak membesarkan audience, follower kau. TU je. Jangan harap gomen nak membesarkan kau sangat-sangat.

Latest saya dapat dari FB feed saya. Betui, ka? Hat baru semalam melintas dalam FB saya Menteri dok puji-puji ada satu minah editor Institut rajin menjaja dan mencadang buku apa harus Pak Menteri beli. Jadi menteri ucap tahniah dan saran supaya terus menulis. Besok-besok kalau betul Institut di tutup bolehlah member fokus pada penulisan,kan. tak payah pergi parlimen jual buku lagi. By the way I just wonder ada berapa banyak buku laku/berbaloika kalu open table di sana?



Kalau mungkin bertukar sohih, memang malanglah nasib, mereka, kan? 
latest update:-

Tun Daim kata Pakatan only need another six month to sort things out. Hurmm walau saya sktikal, tak berharap sangat kali ini janji dikotakan, pun bagus juga kalau jadi nyata. Walau personally saya akan lebih seronok kalau lepas 6 bulan tak ada apa-apa pun jadi. Seronoklah sebab bole cakap kat kawan-kawan penyokong kuat PH " I told you so!"

Tapi tu, dari dok tunggu lagi 4 tahun lagi nak tukar kerajaan balik, (tapi kerajaan yang nak diganti tak pernah janji bulan-bintang macam yang ini) if reallylah pakatan yang ini boleh ada magic, lagi 6 bulan, harga petrol 1.50 seliter, peluang kerja lagi bagus, harga barang turun (walau it is too good to be true,kan) sapalah tak suka. Kau tak suka ka? Kalau dah pulih, apa payah nak tutup-tutup ITBNM, ni,kan? Kau nak pulih guna sihir ka? Jin Ifrid, ka? Lantoookkkk, yang rakyat tau please ea harga barang murah, semua murah, gaji nak tinggi. Itu je.

Cuma ramai juga cuak dengan si Daim dan Madey ni, takut he need another 6 month untuk pulihkan poket dia jer...poket rakyat masih juga koyak. Isyh isysh, kalau ini berlaku, memang malanglah rakyat.

Tuesday, April 9, 2019

Cerita Dulu-Dulu

Saya ni memang jenis tak reti nak membodek dan tak pandai kawan dengan lelaki. Agaknya sebab inilah satu masa dulu derang pakat ramai-ramai kata saya gila. Bukan sorang dua, bergerombolan gitu, siap masing-masing dengan koncu-koncunya. Ini cerita di alam maya.

Does it affect me in the real world? Bohongla kalau saya tidak. Yes it does and alot. But I took it in the positive way. Saya sambung belajar, dan lepas habis belajar ni saya focus kepada gaya hidup sihat, bersenam dan eat clean. Saya juga menyertai NGO, so that I don't feel alone.

Dalam semua-semua dok pakat "balun" saya ada jugalah orang yang percaya sebenarnya saya ini berbakat besar dalam bidang penulisan kreatif. In fact ada sorang tu kata, saya di"balun" sebab cemburu (kenapa harus cemburu dengan budak kerani gemuk dan pendek macam saya ni, GILA apa?)dan offer jadi jadi guru pembimbing penulisan. Saya memang berbesar hati dengan kesudian dia. Ada juga kawan baik percaya saya boleh tunjuk kepada mamat-mamat ni semua yang saya sebenarnya  pun boleh menulis!!! Itu sudah semistinyalah, tapi saya tak suka compete dengan orang. Terutamanya dengan lelaki yang sanggup "pukul" orang perempuan.

Lebih baik saya bersaing dengan diri sendiri. Tapi saya macam rasa macam kawan saya tu nak saya "tunjuk" hebat dalam bidang mereka. Saya kena be firm with her yang saya tidak berminat lagi nak tunjuk saya betul, saya tak gila dengan berebut audience di pentas sastera. Tak pekdahnya pun. Last-last sendiri dapat sakit paranoid kunun ada orang benci, ada musuh ada pesaing bagai, tapi yang sebenarnya tak ada orang kisah pun sama saya. To her/them, get into public, bercakap itu mercu kejayaan/ tanda kita ni berada di landasan yang benar. Pada saya itu bukan keutamaan bagi saya buat masa ini. Keutamaan saya ialah kalahkan nafsu yang suka nak makan itu ini. Baju-baju yang mula menyendat dan selesa semula dipakai pun adalah tanda kejayaan saya.

Takrif kejayaan kita sebenarnya berbeza. To me enuf for you to be healthy and happy. Tak perlu jadi hero penyelamat, punya follower setia yang sanggup "mati" untuk kau sebab kalau jadi pun, bertasbihlah pulak yang semua orang "Fitnakan saya, semua orang berkonspirasi menjatuhkan saya". Peningkan kita nak layan,orang macam tu? Apatah lagi yang meroyan tu diri kita sendiri he he. Tengok aje scholar yang telah dituduh menghasut TMJ. Senyap-senyap aje, (tak de sapa tau sapa mereka, kalau tak de orang bocorkan paper mereka, kita takkan tau) derang bentang paper depan Raja-Raja dan impactnya TMJ dah berbunyi dan tibai ATUK. Sampai ATUK ugut TMJ balik nak kenakan TMJ dengan undang-undang anti-menghasut.

Tak perlu publisiti murahan sebanarnya jika benar tulisan kau tu betul-betul power. Tak kisahlah power nak ajak orang bergaduh ka atau power nak ajak orang berdamai. Yang penting apa ya? ntahlah. Audience kau kut. Kalau tulis untuk audience minah-minah psiko kuat berangan feeling-feeling jelita dengan kejelitaan dia boleh ubah dunia), hah dapatlah cerita-cerita murah "perang HUSNA---FIKA" drama Jangan Benci CintaKu.

I minat nak tulis untuk Raja-Raja ka. Neh... like I said, I minat nak tulis pasal eat clean dan my journey fighting my mental illness, if I rajinlah. Dulu masa derang serang-serang I pun I dah set begini:- If I were to write, my audience will be pesakit mental macam I juga. Iya dah derang sakit, chances derang baca tu kecik, lah. Tapi mereka ada mak ayah, penjaga yang saya pasti minat nak baca buku saya. So, masa tu saya fikir buat apalah saya buang masa nak tunjuk kat orang yang ada stigma pada penyakit mental yang pesakit mental ni ok-ok je. Derang itulah yang tak oknya, sanggup hina, keji dan fitna pesakit mental macam-macam. he he

Sunday, April 7, 2019

Memang Tak Cantik Pun....

Saya ni bukan kisah sangat pasal cantik-cantik ni. Dah memang saya ni lahir-lahir idaklah comel mana pun, tapi itu tak jadi isu sebab saya anak tunggal, saya tak ada pesaing. Cantik ka idak, tetap saya tercantik di mata mak saya.

Masa kecik mak dan saya tinggal dengan nenek sebab ayah dah meninggal masa saya umur 2 tahun. Memang ramailah sepupu-sepupu saya yang cantik-cantik. Tapi sebab saya sorang sahaja cucunya yang tinggal full-time sama dia, tetap saya cucu yang terutama. Basically bab kasih sayang ni saya tak ada isu di"tinggal"kan atau ketinggalan. Bahkan kadang-kadang tu boleh jadi lemas pun ada pasal benda alah ni.

Cantik ka tak cantik bukan kudis pada saya. Tapi mak selalu tegur juga tu pasal penampilan, tapi selalu juga saya lawan-lawan dia. Pada pandangan saya "why bother?" Tugas saya ka nak sentiasa sejukkan mata dia? Kalau mak dan nenek dan lain-lain family serta kawan-kawan boleh terima ketidakcantikan saya, tapi dia yang tak boleh terima, itu bukan masalah saya. Itu dialah yang bermasalah. Mak juga selalu tegur pasal tutur kata. Yang itu saya memang cuba. Cuba diamlah. Nak tukar style bercakap tu, memang saya dah cuba, tapi ada je jenis orang yang kita payah nak tak sentapkan hati dia. Kalau kita cakap pasti dia tersentaplah. Saya jenis sarkastik, nak cakap saya cakap je. Kadang tu kena laser lalu tersentap pun sebab kelaku dia pun. Jadi bila berhadapan dengan orang macam ini saya diam ajelah, walau acapkali lepas saya melaser ramai ucap tahniah dan terima kasih pada saya.

Iya, kita orang pempuan yang mulut laser ni lebih baik diam. Lelaki pun sama juga tu. Tapi memang ada keadaan lepas melaser dapat ucapan tahniah dan terima kasih itu (laser memang diperlukan), biar orang lelaki aje yang buat. Kita diam-diam sahaja sudahlah. Lagi pun lepas saya dapat kawan-kawan baru peminat-peminat politik, (saya kan suka sembang politik) budak-budak muda ni, ramai yang lagi dahsyat dan laser dari saya, baik pempuan baik lelaki. Jadi biar orang muda ajelah yang melaser ya. Memang tak cantik pun bila tengok budak-budak ni melaser, tapi biasalah tu orang muda darahnya panas.  Kalu budak muda buat, derang muda lagi, tak cantik, pun nampak cantik juga, esp jika memang dianugerahi Tuhan rupa paras yang cantik. Cubalah yang dah nak masuk 50 series melaser-laser meroyan di Media social, kalu dulu muda cantik pun, hari ni masih cantik sikit-sikit, bila meroyan, kompem dari sikit-sikit cantik, terus bertukar HODOH.  Jadi kita bikin fruit basket, goodies, door-gift, jemput-jemput orang makan, sudahlah, ya.

Wednesday, April 3, 2019

Resepi Pemakanan Seimbang

Nah... Hari ni marilah saya share serba sedikit tentang makanan sihat yang saya dah belajar... Mula-mula peserta diberikan Diari SMS. SMS tu singkatan dari perkataan Saya Mahu Sihat. Dalam dia tu adalah carta pasal makanan dan kalori.


DIARI SMS

Kalau kita tak pergi kelas, susah kita nak mengiranya berdasarkan buku ini sahaja. Itu pasal ada coach yang ajar cara mudah nak mencongak  kalori yang kita dah consume dalam sehari. Syaratnya bagi wanita kita hanya boleh makan 1,400 kcal sahaja dan bersenamlah.

Sifirnya mudah, makan sarapan, lunch dan dinner setiap satu 400kcal, darab 3, jadi 1,200kcal. selebihnya untuk sneaking. Dengan 400 kcal, apa ajelah yang kau boleh makan? Uish, mula-mula tu memang perut saya berbunyi kriuk...kriuk...kriukkkk gitu. lapar seh. Lepas tu coach betulkan portion, sampai hari ini rasa macam ok jerrr. Memang tak lapar pun dengan 1,400kcal tu.

Macam mana plak hari pertama lapar gile? ntah... Rasanya sebab saya kurang minum air. Hari kedua saya minum air banyak sikit, baru ok.

Owh 400kcal tu apa boleh kau makan ya? Banyak sebenarnya kalau kita pilih barang yang betul dan cara masak yang baik. Jom tengok gambar...contoh:-

Spaghetti Bolognese
Hah tengok gambar Spaghetti tu... hah nampak macam berat jeeerrr.... cer google barapa calorinya? 260 jeerrr ha ha... Tapi saya kira kasar macam ini:-

1 cawan spaghetti
 150 kcal

1 portion daging
(sebesar 2 kotak mancis)

 130 kcal

2 cawan sayur
(Tomat+karot + cendawan cincang)
   20 kcal

TOTAL
 300 kcal


Tengok tu ada extra 100 kcal lagi, kan? Itula boleh la makan buah sikit, boleh air lemon, bubuh madu satu sudu teh, ka. Memang kalau makan spaghetti tu aje memang lapar. Yang jadi kenyang ialah buah dan salad mentah tu, juga air kosong. 

Yang 260kcal tu mungkin tak ada daging. Tapi dalam plan diet ni mesti ada protien. Saya nak daging,kan...jadi saya tak tumislah. Iya kalau tumis lagi sedap, tapi kita nak jimat kalori, kita masak main rebus je. Rahsia yang jadi rendah adalah pada cara memasak. Kalau kita tumis pakai minyak, satu sudu makan sudah 135kcal. Jadi saya ganti minyak dengan daging...Memang la tak sedap, nak buat macam mana. Hidup serba sempit dan kena berjimat cermat ni memang tak best. Tapi tu,kan bila rasa baju-baju yang dah sendat-sendat tu mula selesa dipakai, rasa tak sedap pun semua hilang... gitewww

ok kengkawan... jom masak-masak. Masak cara sihat, tau.