Thursday, March 9, 2017

SELAMAT HARI WANITA????

Minggu ni hari wanita, penuh wall dengan ucapan-ucapan selamat dan aktiviti sambutan. Ada nyambut dengan bunga, ada dengan Aiskrim, belon memang best, memang meriah. Ada cakap wanita ni kami tak perlu tentera, kami tak perlu senjata cukup dengan air mata dan kata-kata untuk nak menang perang. Hebat meriah ek life online saya....

Iyalah memang meriah, sebab ada professor, ada JUSA, ada Sasterawanita, pendek kata kawan-kawan saya dalam FB ramai yang negarawan-negarawan, key decision maker for the nation tau. Eh macam mana plak saya boleh berkawan dengan mereka ni ek. Kau jangan tak tau dulu mak sekolah Sains tau. Sempat bikin A'Level nak pergi UK, hah itu yang dapat kawan hebat-hebat ni.

Itu cerita deranglah eh.... cite mak apalah pulak? Tak tahu pun ada hari wanita, kalau hari, bulan mental tu tahulah emak. Bos pun satu, nama aje wanita, dia pun terlupa nak belikan kita belon ka, kek ka aiskrem ka,kan. Dia pun 2x5 macam saya kut, tak tahu ada hari wanita. Silap hari bulan kalau ko tanya

"Bos tak de apa-apa ka? Hari ini,kan Hari Wanita?" takut dia jawab jer

"apa hari wanita? Tiap-tiap hari hari kamu wanita maaa, apa semalam, hari-hari sebelumnya kamu itu lelaki ka?"

Bos kami ni chinese, takut dia ambil direct translation,kan. aaah sudah ada yang kena check doktor pasal ketulenan gender pulak doh, nanti jadinya.

Ok berbalik pasal wanita nak menang dengan air mata dan kata ni, agaknya sapa pulalah yang mak nak kalahkan hihihi.... kau ingat sapa? Zakir Naik? Aish Aish Aish.... memang dah tempah neraka jahanam lah tu. Syukur juga ek, masa nunggu nak "fly" pigi UK mak kena sampuk hantu raya. Kalau tak, terlepas kat UK, ada yang hari ini dalam paper tu bukan ada Siti Kassim dan Asiah Abdul Jalil, saja, ada lagi sorang malaun. Mardhiah Yusof namanya hihihi.... Nauzubillahkan. Kalau macam itu memang mak saya tak akan ngaku saya anak,lah.

Saya tak tahulah adakah mak saya minat Zakir ka tidak, tapi mak minat habis dengan Ustaz Kazim. Hari itu masa Ustaz Kazim datang Melaka, ustaz ngadu pasal dia kena fitna dengan Wardina dengan Syed Peluk Anjing. Ustaz tak cakap dia kena fitna. Mak cakap, ustaz cakap macam gini "Saya nak minta maaf ni sebab terpaksa pendekkan ceramah sebab kena pulang segera, ada musibah besar sudah melanda saya. Saya harap tuan puan doakanlah kemenangan saya" sikit lebih kuranglah.

Mak tanya saya dan busu masa kita tengah sarapan " apa kena dah dengan ustaz?" Saya diam jer. Busu cakaplah apa kena. Wah dia pun sedihlah. Kami diam. Masa mak tak ada, saya tanya Busu "what do u think?" kita angkat-angkat bahulah... 50-50 antara percaya dan tidak.

Instinct saya kata Wardina and Syed betul. But but but butttttt.... syukur saya disibukkan dengan kuliah. Jadi tidak bernafsulah saya mengorek, mencari maklumat, bukti untuk menyokong "instinct" saya ini. ie Syukurlah saya tak gunakan senjata air mata dan kata-kata untuk berperang dengan ustaz Kazim.

Harus diingat saya tidak anti-islam, saya cuma anti-pendewaan-sesama-Muslim. Kalau dah diangkat jadi dewa tu, ko nak cabul, bukan setakat 99 anak dara, anak teruna pun tak apa, bah...buli, dapan blakang buleh boleh boleh, kasi hantam semua, sama rata, sama rasa. Saya akan berperang pasal ini?.... what for? banyak kije lain nak buat dooohhhh. Kes-kes cabul macam ini,(bukan ustaz Kazim yang cabul ek, orang bawahan yang berada dalam tanggungjawab beliau yang cabul) akan terbukti secara sendirinya satu masa nanti. Ada cerita yang tunggu masa untuk nampak kebenarannya. Kau tutup mulut, sabar banyak-banyak. Dalam Islam tidak ada istilah justice yang tertangguh adalah injustice. Setiap keadilan ada dapat penghakiman selayaknya, walau kau kena tunggu mati dulu, bangkit semula di Padang Mahsyar sana dan dihisab amal baik mu. Janganlah kecewa andai di dunia ini kita tak dapat pembelaan yang selayaknya. Dan tak payahlah mak yang ada isu dengan stigma mental ini terhegeh-hegeh nak membela mangsa cabul ni eh.... silap hari bulan mereka boleh pusing cakap, MAK yang CABUL mereka.

' ******

Ok itu cerita pasal skala makro masyarakat, ini cerita pasal mikro, kawan sesama kita, lelaki pempuan. Saya ada berperang tak? Memang dari dulu lagi asyik bergaduh dengan Boys. Padan mukalah hari ini dah jadi andartu. Bukan tak suka derang, tapi ntahlah derang ni cakap berdegar-degar tapi effort ciput-cenonet-cekenit. Itu yang saya marah tu! Memang nak kena semburlah. Itu dululah sekarang ni langsung saya tak ada kawan lelaki kecuali kengkawan baik yang rata-rata terdiri dari sedara-sedara kita, kawan tempat di tempat kerja dan kawan kuliah jeh. Kita perempuankan? Tak perlu bala tentera nak menang perang, cukup kata-kata dan air mata jeeerrr. So, dah kenapa yang bersakit-sakit nak kumpul ramai-ramai penyokong? Apa kebenda alah yang ko nak perangkan? Apalah benda alahnya yang korang nak rebutkan? Market share produk jamu? Produk kosmetik? Kalau gitu good luck saya ucapkan. Lepas ni uploadlah sekali selfie-selfie air mata pula.

But for me yang ada isu besar pasal mental untuk di"champion"kan, hodoh benar rasanya kalau saya nak naik pentas menagis, minta "stop the stigma". Jadi biarlah saya just doa minta agar stigma ini tidak menjejaskan diri, kestabilan minda dan produktiviti harian, bukan sahaja untuk diri ini tapi pada mereka tidak bernasib baik, berperang dengan stigma yang melingkari kehidupan. Serahkan segala sama Allah. Saya percaya perempuan yang berakhlak mulia tidak akan menumpahkan air matanya untuk meraih simpati hanya kerana mau menang perang, pertandingan, atau mau men"champion"kan sesuatu isu.

'******

ehhh lagi satu ek, balik pasal cerita Siti, Asiah VS Zakir Naik

Korang agak-agaklah,kan kalau Siti dengan Asiah pi kat Zakir Naik, nagis-nagis suruh Zakir jangan datang sini lagi, kau agak derang menang tak. Banyak lagi negara di dunia dia boleh seek asylum. Napa Malaysia yang dia pergi? Pergila Negara Saudi sana, duduk depan Kaabah, kan senang.

Ni dok sini nak berdakwah kat sini. Sini JAKIM dah lama ada, kalau tak de Hindu, masuk Islam itu adakah pasal warga JAKIM sana makan gaji buteeee sehingga kena jemput pendawah dari luar?

Tapi saya rasa kalau Dayana Sofea yang nagis gerenti Zakir akan tak datang sini lagi dah. Kita bukannya apa kita bukan benci dia pun, kita tak suka dia datang sini dan create ketegangan dengan abang Macha kita, dan bikin as if brother ustaz JAKIM kita macam not good enough. Tu jer. Janganlah kata saya anti Naik,lah pula,kan. It is just kita pempuan ni tak sukalah kecoh-kecoh ni. Pening.

No comments: