Tuesday, March 7, 2017

CITA-CITA

Ada kawan FB tanya peminat, follower dia mana lebih best di sana atau di sini. Di sana itu di Universiti sebagai tenaga pengajar ahli Akademik. Di sini itu Jabatan Kerjaan kementerian. Ahli birokrat. Saya follow dia dah lama juga dari zaman dia kata dia hard-core communist-socialist yang kununnya brutel,  berubah jadi Picasso jadi-jadian cum ahli akademik sepi yang gigih, dan kini ahli birokrat yang berdedikasi masih lagi sepi dan kadang-kadang ada sedikit mereng yang sengaja dibuat-buat. Mengada-ngadalah tu.

Itu FB dia, dia sebenarnya... saya pun tak tahu. Saya anggap apa yang dipaparkan dalam FB itu saja-saja, imej buatan suka-suka tika kita dalam kebosanan. Jadi bila di tanya di sana atau di sini, saya tak fikir pasal dia pun, siapa dia, apa dia mahu in life manalah saya tahu. Betul saya boleh analisa psiko orang, dan sejak masuk audit ni ramai yang suka dengan analisa saya, tapi analisa ini eh, tak semestinya kita boleh kenal orang sekenal-kenalnya, Ia bergantung dari pemerhatian gelagat dan kelakuan individu yang dianalisa. Kalau FB ia bergantung maklumat paparan kehidupan yang diberi. Kita pun tahu dalam media sosial, FB bukannya betul,pun. Kadang-kadang tu lebih drama je.

Sebab saya tak boleh baca dia macam mana, tak bolehlah saya fikir what is the best for him, what will give him the ultimate happiness in life, sini atau sana. Jadi saya fikir kalau saya berada di tempat dia, apa saya buat? Well, saya akan moving on with life. Saya tak akan patah-balik pada dunia akademik. Saya akan pandang ke hadapan dan mengintai masih ada lagikah peluang untuk mengembangkan kerjaya di masa hadapan. Jika saya terus membirokrat, saya ada peluang untuk mencuba dunia korprat pula. Saya dah puas jadi ahli akademik, itu pasal saya tak berpatah-balik dan saya akan cuba benda lain jika diberi peluang. Itu sayalah.

Dia. Ada aku kisah? Bijak pandai kata lelaki tidak pernah ada kata putus. Lelaki yang berpeluang mencuba pelbagai jenis pekerjaan dalam hidup adalah seorang lelaki yang bertuah. Kawan saya itu sangat bertuah diberi limpah kurnia Ilahi dengan peluang yang sebegini unik. Dan, ini hanyalah pendapat peribadi saya yang tak perlu sapa nak ikut,pun.


No comments: