Laggi ni cerita fiksyen khayalan aje ni, tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati...
Kawan ofis tanya, "tak tengok wayang ka?"
Kawan lain jawab " Cerita apa? Tak kuasa, cerita la ni macam cerita bodoh, cerita omputeh pun dah bodoh juga. Malas aku. Aku nak main game. Game kat DPulze, bestlah"
"kau pulak Maddie?"
"aku tengok wayang kat FB"
"Cerita apa?"
"Pakcik fear-Siti KAssim, hehehehe"
"Owh pakcik Transporter tu eh? Apa cer? Bukan hari tu kata dah pencen bukak sekolah anak yatim kat kampung mentua diaka?"
Nahhhh meh saya cerita....
Cerita apa ek? Cerita pasal pakcik khayalan/kawan imaginary di FB saya. Ala, pakcik fear-Republik-Siti Kassim itu,lah. Wayang hari tu sambung lagi sikit, ni. Pakcik tu tetiba mengeksyen dalam FB lagi, cerita muuuuuda dulu dia buat itu ini. Dia berjaya chah keting so-and-so... so that so-and-so dapat jadi president. Dalam kata lain dia bantu so-and-so dapat kuasa melalui cara keji,lah. Memang setanlah pakcik ini,kan.
Jadi sekarang katanya nak pencen bukak kedai bakeri. Iyalah tu kira gangster nak tukar profesion jadi tukang uli roti. Bole ka Pakcik? Baguslah pakcik ek. Semoga kedai kopi pakcik suksess...Sukalah hati saya membacanya yang Pakcik ni akhirnya settle down juga. Tak ada lah dia nak mengacau mengugut-ugut orang dengan pisau rodok dia tu. Paranoid la pensimpati-pensimpati SITI Kassim dibikinnya tau...Alhamdullillah.
Tup-tup pagi ini kau, mak buka FB dia mengacau pakcik Pencen, PAKATUN, nak kumpul bukti nak suruh polis tangkap pakcik KATUN. Haish orang-orang pencen ni, tak reti berpencen ko ini dak iya... haish haish, haish...
Apa pulak onar dah pakcik KATUN ni bikin? Sampai nak kena tangkap dengan polislah pulak ni? Ntah malas nak ceritalah... cuma nak ingatkan lagi sekali, lebih kepada diri sendiri yang bila dapat amanah buat betul-betul, jangan besok bila pencen tak sudah-sudah nak berkerja. Masih rasa yang masih berkhidmat lagi. Hey bagilah chance kita orang dalam perkhidmatan ni buat kerja,kan. Alangkah bagusnya Pakcik KATUN dan Pakcik Transporter-anti-Republik-Siti-Kassim ni duduk sekampung, pergi masjid sama-sama, baca Quran sama-sama, gotong-royong kat kampung jaga budak-budak kampung sama-sama sorang ajar Pencak Silat, rodok-rodok perut orang dengan Pisau Askar, sorang lagi ajar budak-budak muda matematik ka, Oceonagraphy,ka kan. Ini asyik nak bergaduh. Sorang tuduh bos kau pencuri, yang sorang lagi plak ugut, apa? Pencuri? Nanti kau siap kau aku tengah kumpul bukti ni. Nanti aku panggil polis tangkap kau. Biasa dia!!!fitna bos aku ye! Tak padahal derang ni dah pencen, mana ada bos lagi.kan?
Pencen tu buat cara pencen. Main cucu ka, kalau dah banyak duit sangat tu, pergi berlibur-liburka, sokong industri Seni kalau Seni Negara tak kelas, sokong kesenian dunia,ka. Bagilah business kat orang seni macam kita orang ni. Barulah berkembang seni dan kebudayaan Negara dan bangsa kita. Hinih tidak, asyik berpolitik aje, dah tua-tua tak reti berenti-berantak derang ini.
No comments:
Post a Comment