Monday, March 6, 2017

ANAK-ANAK LELAKI SAYA

Lagi sekali ini juga cerita khayalan semata-mata.... saya belum pernah berkahwen dan ada hanak hokey....

Penceraian adalah sesuatu yang menyulitkan. perkara harus yang dibenci Tuhan, namun siapalah kita untuk menghalang andai ia terjadi. Benarlah ia amat teruk dan kesannya juga menggigit-gigit jantung hati sampai kini.

Kami bercerai pasal apa pun tak tahulah. Pasal bercerai memang tak tahu itu, memang tahulah, tak ada benci tak ada apa, alih-alih bercerai tapi macam mana sampai kami boleh berkahwin itu lagilah musykil untuk difikir-fikir semula. Kami tidak sepatutnya berkahwin sejak dulu lagi. Dia kutub Utara, Saya kutub Selatan. Kalau hari ini dia pencinta Zakir Naik, saya pula pensimpati Siti Kassim. Mungkin dia terpedaya dengan sifat keibuan saya, berpakaian menepati ciri Muslimah dan minat yang mendalam terhadap dunia masakan dan matematik. Kalau tak mengira, kalau pening mengira kami makan dan masak-masak-masak. lepas masak-masak kami pergi berkayak. Itu yang menyatukan kami

Ntah bila berantakan pun tak sedar, sampai dapat anak kembar, saya minta cerai kerana ibu mertua mau suami mengambil sepupunya yang menjanda kerana kematian suami akibat kemalangan jalan raya. Suami pun jenis tak membantah, cuma agak terkilan Azman terpaksa saya serahkan pada mereka.

Hari ini kedua-dua anak saya sudah bujang. Sedih hati bila keduanya memang tak boleh ngam dan Azman menjadi duri dalam hati saya, apabila tidak pernah betah dengan perangai kembarnya Azim. Azman juga berani memarahi dan mengkritik saya. Pelbagai label dia beri kerana pada matanya saya gagal mendidik Azim. Keputusan periksa selalu cukup-cukup makan, tapi kawan perempuan keliling pinggang. Kalau CGPA tak bagus, macam mana nak dapat kerja yang bagus nanti. Marah Azman. Kalau tiba giliran dia di rumah saya, dia akan berlagak ustaz mentazkirahkan kami berdua.

Dahlah saya sedih sangat ini. tak boleh cerita panjang. Nantilah bila saya kurang sedih saya cerita lagi.











No comments: