Tuesday, February 7, 2017

My Paranoid 2

eh mana aci, cerita Hasmah aje. Cerita Rosmah apalah pula?

Rosmah yang betul sudah disimpan Dajjal dalam perjalanan pulang dari kuliah masa dia masih belajar di UK berpuluh tahun yang lalu. Tika itu musim salji. Sejuk. Rosmah nangis sambil berjalan tanpa arah tujuan di dalam sebuah taman. Dia jadi tidak keruan kerana kekasih hatinya terpaksa kawen dengan pilihan keluarga. Kekasihnya janji untuk jadikan Rosmah bini kedua, tapi Rosmah terlalu sedih untuk percaya pada janji lelaki, kalau dia percaya pun dia tak mau hidup bermadu. Tanpa hirau salji kian melebat, dia menangis sampai pengsan. Dajjal jumpa dia yang kepengsanan itu dan bawa dia pulang ke markas. Selepas sedar Dajjal yang merupai nenek baik, suruh dia bercerita. Maka bercerita-ceriterlah si Rosmah ini. Nenek tua dapat idea. Bersinar-sinar mata nenek.

Nenek sudah ada rencana agenda besar. Nenek tanya Rosmah, "kalau nenek kata nenek boleh tolong kau dapatkan semula kekasih kau hanya untuk kau seorang, tanpa perlu kongsi, bagaimana? Tapi dengan satu syarat"

Rosmah suka dan tak kisah dah apa syarat nenek. Nenek amik sebahagian dari tubuh Rosmah dan bikin klon Rosmah. Rosmah yang betul dah mati dah. Jasadnya aje Nenek awet dan simpan dalam tempayan. Rosmah yang ada kini memang perompak jahat pun, Perompak, agendanya nak merompak, jadi dia tak de rasa bersalahpun kalau merompak RMbillion-billion. Bila tak bersalah, manalah nak ada resah gelisahnya? Lagi banyak dia boleh rompak, lagi gembira, sihat dan segar bugarlah dia.

* ini cuma cerita rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup atau pun yang mati.

No comments: