Sunday, February 12, 2017

REALITINYa

Hari tu saya dah cerita pasal Paranoid/delusion/false belief.. hah realitinya, Putrajaya ni tak de ustaz-ustazah jadi-jadian pun. Yang ada, cumalah bos saya yang suka hapdate tazkirah dalam group watsap. Dah duduk Putrajaya ni saya ada 4 group yang bos dia sorang tulah rajin berdakwah, orang lain dakwah juga tapi bermusim dan berpada-pada. Dulu masa kat Sabah, satu group. Dulu kat Sabah, saya tak tengok muka dia, saya cakap dalam hati "ala, dia tazkirah kat staff di Putrajaya saaannna. orang Sabah tak termasuk". Ini dah empat group, kalau dia hapdate satu, empat-empat dia hapdate juga. Delusi, mak dibikinnya. Ramai bebeno orang mau bawa saya pulang ke Jalan yang Benar, itulah duduk Sabah sana main anjing banyak-banyak, kan dah kena tazkirah!

Kami siap ngumpat-ngumpat secara berjemaah lagi. Ngumpat apa? Bos ni nak tazkirah kah nak nunjuk-nunjuk? Bos ni pakai Hp apa ek? Ada applikasi sent to all ka? Pendek kata, group mate, opis mate saya semua sekular-liberal juga. Maksud sekular liberal sini, suka berhias-hias, dan sukakan kecantikan. Kalau tak suka hias muka sendiri, dia suka hias kek, hias makanan, macam saya,lah.

Sekular liberal sebenar, yang ditakut-takut orang ilmuan bijak-pandai memang tak adalah dalam pejabat ini, tapi kalau dalam Pejabat Menteri, Pejabat KSU, TKSU yang terletak di Blok E8, tu, tak taulah saya. Betullah tu wannabe, jadi-jadian-jeeerrr. Ntahlah, mungkin juga tak jadi-jadian, memang betul-betul dah liberal kuuut sebab kalau kita orang ni idealis tegar dan tak boleh adapt, berdamai dengan insiden-insiden yang kadang-kadang berlaku, seolah  '--Kerajaan = kejahatan yang perlu.--', dah lama masing-masing cabut berenti kije gomen, balik kampung tanam pisang, atau memondok tunggu kiamat yang katanya tak lama lagi akan tiba. Ke syurga ka, ke neraka kami ini? Malas nak fikirlah, pasal kegusaran dan keperihatinan intelek-intelek yang berada di luar kompleks kita, ni, eh.

Kesihatan mental lebih utama, moga Allah maafkan sayalah kan. Kalau kita rasa orang itu menyesakkan, lebih baik sendiri. Saya ini anak tunggal, bukan nak berlagaklah, tapi saya memang tak berapa fahamlah apa itu sunyi. Orang duk sibuk-sibuk cakap sunyi-sunyi-sunyi, saya susah nak relate. Sunyi tu macam mana eehhh? Aku ni almost 24 jam aku sorang-sorang, ok jer, Kalau malam tutup mata berangan main pondok-pondok, main guli, layan paranoid sampai terlelap mata, kalau siang, tak kerja balik kampung borak panjang-panjang dengan Mak, dengan Busu, dengan Enche, hah hilanglah sunyi. Kalau mereka sudah pergi? Itu tak usah pikir lagilah. hadalah tu penggantinya tu. Insyaallah, Allah akan gantikan, don't worry too much about the future hokey!

Owh, la ni saya dah tak berangan main pondok-pondok lagi, saya berangan jadi peguam cara untuk assignment masa part II saya nanti. Kalau rajin, saya akan download siri LA Law dan tonton, supaya angan-angan saya jadi lebih real. Saya masih melayan paranoid saya. nantilah kalau rajin saya tulis ya. Best tau paranoid saya ni, dah macam ala-ala Da Vinci Code, Dan Brown dah jadinya kes paranoid ku ini. dok eh, mak tak heroen, tapi mak penyangak besar yang bantai Heroen yang sedang menuju ke Huma Abadi...hehehhe.

Nak rasa sunyi, ka. hish, tak nakla. Nauzubillah, minta dijauh tuhan. Syukur juga tau ada Delusi Dan Brown ini hehehehe...kau hadooo???... kalau hadoo, tulislah. Mesti hadooo, tu. Errrkk...'jodoh kau telah diaturkan dalam surprise birthday party oleh bakal aki-ipar yang baik hati semasa bercuti di atas cruise mewah, misalnya?'

Saya pun sama keturunan macam engkau, cuma kau percaya nenek moyang kau berhuma keluar Padi emas, batang perak, daun suasa, sebab belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab, umur belum 30, dah dapat PhD... Saya pula, umur 19 tahun  didiagnose mental, Makanya Riwayat dari penulis bermukjizat yang diberi nama Sasterawan Negara Prof Emeritus Shanon Ahmad, lebih padan dengan saya. Menurut riwayatnya moyang saya berhuma padi biasa, kena rogol dengan Anak raja buas hitam legam. Jadi gila. Masuk hutan, kawan dengan monyet, dengan siamang. Kalau asal anak-raja-sakti-kayangan takkanla saya boleh mental,kan?

Mujurla dengan perubatan moden hari ini saya tak perlu duduk dalam hutan macam moyang saya. Mujur juga agama Islam tidak pandang permulaan kita, tapi penyudahnya. Syukurlah Alhamdullilah.

No comments: